My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, January 22, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 1

Assalamualaikum....

Ini kisah masa cuti new year hari tu. Cuti ni merupakan cuti-cuti untuk jalan-jalan cari oppa makan (deng!!! azam carried forward setiap tahun nak kurangkan berat badan...huahuahua!!!). Memang sengaja ambil cuti hari Jumaat sebab nak cuti panjang. Plan asal nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Konon nak jalan-jalan kat sana sambil ber photo shoot lah.. Ala-ala kat oversea (jelus tengok my kakak pergi travel ka Europe)... T_T. Ok, insya allah one day akan sampai juga ke Europe. And sepatutnya juga jalan-jalan cari makan makan ni plan untuk 4 orang, aku, chik ah, una and a'tiah tapi at the end chik ah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maka tinggal kami bertiga jerlah...huhu

Pagi new year Atiah sampai dari Kedah, naik bus turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Mujur sekarang dah senang sebab bus dari utara pun dah masuk TBS ni. Kalau tak either kena naik/turun kat Jalan Duta or Pudu Sentral. Lepas ambil A'tiah, singgah kedai mamak beli roti canai and roti telur. Balik rumah breakfast sambil tunggu Una sampai dari Shah Alam (macam jauh benar kan..hihi). Pukul 2.00 baru Una sampai (tidur dulu ler tunggu)..Then, tengah hari lokasi pertama jalan-jalan cari makan ialah kedai ayam goreng Kyochon kat One Utama.. Dah lama nak ke sana tapi belum berkesempatan. Una and aku sebagai peminat Suju haruslah ke sana kan. T_T
Tapi sekarang dutanya Lee Minho... no more suju. So penuh dengan gambar Lee Minho jerlah. sobsss sobsss =(



Sampai jer Kyochon tengok ooiiii ramainya orang walhal time tu dah pukul 4.30 petang kottt.. Kenalah que sekejap untuk tunggu meja kosong. Dalam 5 minit lepas tu dapat table, kat pintu masuk belakang patung Lee Minho. Aku order set yang ada nasi, ayam wingette and drummet 8 ketul, sup and air. Ayam dia aku ambil perisa mix, original and spicy. Una ambil chicken bulgogi spicy and A'tiah ambil Dakgalbi Grilled Chicken. Then Una and A'tiah tambah ayam goreng sahaja 8 ketul, sos spicy. Harga dia bagi aku agak mahal la tapi sangat sedap ok ayam goreng dia. Digoreng rangup. Sos pedas dia memang sangat pedas, rasa pedas dia bukan macam rasa pedas cili biasa tu tapi rasa pijar and panas kat tengah and hujung lidah. Sebiji rasa macam makan ddokbukki masa kat Korea nun... Ha!!! begitulah rasa sosnya. Tapi seriously sedap and puas hati. Korang boleh check menu and harga makanan kat Kyochon ni kat sini.

Penat nak wefie nak bagi nampak signboard atas tu.... T_T

Chicken bulgogi spicy

Spicy chicken




Lul.. lapik meja jer pun..haha
Dah selesai makan bayar ler... Yang bestnya kalau bayar pakai credit card CIMB or Kwik Card CIMB boleh dapat coupon. Kupon ni pula valid selama setahun dari tarih yang ditulis kat atas kupon tu. Setiap RM50 dalam single receipt dapat coupon RM10. Bestkan ??? Dah makan dapat balik cashback. So, siapa yang ada either card di atas baik korang bayar pakai card. Nanti boleh datang semula guna coupon tu, lagi untung dan menjimatkan =)

Sebab makan hari tu more than RM100 then dapatlah coupon RM20 ni ^_^

Dapat lagi table calendar muka Lee Minho ni.. i want Super Junior!!!!! hehe.. gediksss kan

Dapat postcard ni juga.. nak kena send ke Minho ke???
Ok, pas makan jalan-jalan dalam mall. Cari barang sikit. Biasalah pompuan kan, tak ada benda nak beli pun tapi bila masuk mall dan-dan terus ada benda nak beli..haha... Shopping is always the best medicine..lol.. Then around 9.00 pm balik tapi tak terus balik rumah coz pergi cari makan lagi. Ni untuk dinner. Korean food lagi uollss.. Hari ni hari makan makanan Korea.. Hahaha... gedikssss sangat!!! Actuallly untuk tunaikan permintaan A'tiah yang dah lama jelus tengok aku and Una asyik tayang dia makanan Korea tu...hihi.

Next destination is The Street Cafe kat SS15. Selalunya aku makan kat The Street Cafe dalam Sunway Pyramid tapi kali ni nak makan kat HQ dia pula. Kawasan ni tersangatlah seksa nak cari parking!!! Dua tiga kali pusing, adoiyai.... Tapi sebab nekad nak makan juga tabahkanlah hati okay!! Untuk dinner tak der lah makan yang berat-berat sangat coz siang tadi pun dah late lunch kan... Aku n Una ambil Ddobokki street style and A'tiah ambil sundubu Jigae (sup tauhu). Pas tu tambah dengan kimbap satu. Minum aku ambil mint tea, A'tiah chamomile tea and Una Milkis (susu yoghurt yang dalam dia ada pearl bila masuk mulut meletup).. serius tak tipu... Habis makan beli pula ice cream bentuk ikan nama dia Samanco.. Harga quite mahal ice cream ni. Satu RM7.90 tapi besar dan sedap. Filling dia kacang merah and ice cream vanilla. Kulit dia tepung la.. Ala-ala macam ice cream goreng. Oh, kat cafe ni untuk 1st timer dia akan bagi satu kad, every RM30 spent in a single receipt akan dapat satu cop. Cop ni boleh kumpul and redeem makanan apa yang tertera kat atas kad itu mengikut bilangan cop. So hari tu kitaorang dapat 3 cop =)
Boleh kira kan betapa sakan kami makan...hewhew....

Suasana dalam kedai

Muka masing-masing mengantuk..haha... Sebelah kiri Una, sebelah kanan A'tiah
Selagi boleh makan.... makan!!!!



Ok.. berakhir jalan-jalan cari makan edisi new year part 1.. ada lagi 2 part. Tunggu!!!!!!!!  =)

Thank you pada yang sudi baca :-)

10 comments:

  1. wah bestnya jjcm, ni boleh geng dgn anak kak ana ni, minat korea gak hehe :) was here dear norsalihah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak ana.. thanks sudi singgah. anak kak ana minat korea jga ke.. memg bolh geng sangtlah...hehe

      Delete
  2. Tempat wajib gagi peminat k-pop. Hehe

    ReplyDelete
  3. dedua antara tempat yang CT nak pi.. kyochon ciken tu asyik trgendala aja.. gangnam cafe di shah alam pun.. duduk penang macam nilah.. sesekali balik kg di bangi baru dapat nak buat macam2.. tengok citer korea slalu ada scene makan ayam goreng rangup. telan air liur tengok haha..

    ps : CT suka leeteuk ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. funny la ct ni. siap tlan air liur xtahan tu..haha... so mst pegi cuba kyochon ni..memg sgt best dan sedap. wlpn hrga agak mahal tp puas hati =)

      Delete
  4. Berapa umo adik2 manis ni?
    Selamat menjamu selera ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk thn ni dh 31 doc...huhu.. tp blm official sb blm birthday..tp hati masih rasa 21..haha

      Delete
  5. Lee Minho tu korean actor yang glamer ke?
    Dah macam muka Pak Nil kalau dari tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaa.... mcm pak nil akak ckp...huhu... menangis peminat2 dia...haha

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^