Assalamualaikum....
Ini kisah masa cuti new year hari tu. Cuti ni merupakan cuti-cuti untuk jalan-jalan cari
oppa makan (
deng!!! azam carried forward setiap tahun nak kurangkan berat badan...huahuahua!!!). Memang sengaja ambil cuti hari Jumaat sebab nak cuti panjang. Plan asal nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Konon nak jalan-jalan kat sana sambil ber photo shoot lah.. Ala-ala kat oversea (jelus tengok my kakak pergi travel ka Europe)... T_T. Ok, insya allah one day akan sampai juga ke Europe. And sepatutnya juga jalan-jalan cari makan makan ni plan untuk 4 orang, aku, chik ah, una and a'tiah tapi at the end chik ah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maka tinggal kami bertiga jerlah...huhu
Pagi new year Atiah sampai dari Kedah, naik bus turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Mujur sekarang dah senang sebab bus dari utara pun dah masuk TBS ni. Kalau tak either kena naik/turun kat Jalan Duta or Pudu Sentral. Lepas ambil A'tiah, singgah kedai mamak beli roti canai and roti telur. Balik rumah breakfast sambil tunggu Una sampai dari Shah Alam (
macam jauh benar kan..hihi). Pukul 2.00 baru Una sampai (
tidur dulu ler tunggu)..Then, tengah hari lokasi pertama jalan-jalan cari makan ialah kedai ayam goreng Kyochon kat One Utama.. Dah lama nak ke sana tapi belum berkesempatan. Una and aku sebagai peminat Suju haruslah ke sana kan. T_T
Tapi sekarang dutanya Lee Minho... no more suju. So penuh dengan gambar Lee Minho jerlah. sobsss sobsss =(