Kiter dah register belajar bahasa Korea..... Hehe. Belajar bahasa korea atau dalam bahasa korea nya hangeul... Ni salah satu azam sejak gila tengok drama Korea...hehe.. Rugilah kan kalau dok nganga tengok drama Korea tapi sepatah habuk pun tak paham... Balik-balik yang ko terror cakap sarangheyo jerlah Norsalihah oi.. so, now dah alang-alang dapat peluang, maka pergilah belajar kan...Tapi yang ni class untuk level 1A. Kiranya kelas yang paling basic la. Belajar ABC dia dulu. Macam budak baru masuk tadika gitew..
Macam mana boleh register?? Ha... actually dari dulu lagi nak register tapi survey separuh jalan, terhenti. Kat KTO menara Hup Seng ada buat free jer tapi weekdays, memang tak dapatlah kan... Then, tiba-tiba masa bulan December ari tu, my colleague cakap kat Groupon ada jual untuk belajar bahasa Korea. Apa lagi, tergedik-gediklah nak beli..hewhew.. So, my klik and I pun beli lah.. Untung tau beli kat Groupon ni sebab harga dia saaaaaangatlah murah...hihi.. 3 bulan kelas, setiap minggu 1 1/2 jam belajar harga RM155.00. Harga asal RM500.00. Untungkan ??!! Lagi pula sebab kelas tu kat area shoplot sebelah Sunway Pyramid tu, dekat dengan rumah, so haruslah register kan..!!
Kami pilih kelas hari Sabtu jam 11.30 pagi. Lepas habis kelas boleh terus lunch.. weehooo. Tapi kawasan tu punyalah azab cari parking. Walaupun dah tahu chances untuk dapat parking satu dalam sejuta (hyperbola sangat) tapi gedik juga dok pusing cari parking. And of courselah non-hado kan.. So terus masuk sunway pyramid jer lah parking.. Patutnya sampai-sampai terus ke sana, tapi biasalah.. harga minyak turun, so pemurah lah sikit..hehehe..
Su Yean... my officemate merangkap my classmate for learning Hangeul |
Ok, kelas mula lewat dari yang dijadualkan. Biasalah 1st class, tunggu orang datang. Sebabnya ada sorang aunty ni tak jumpa mana kedai ni.. Adoi aunty!!!! Sila check ngan pakcik G dulu before pergi macam kitaorang buat ni... But it's okay, lain generation lain pemikirannya..Haha (gelak jahat). Cikgu yang ngajar tu muda sangat ok. Baru umur 25 tahun, pure Korean tapi dah menetap di Malaysia dah nak masuk 11 tahun. The whole family migrated here, and now diaorang menetap di Ipoh. Family cikgu ni buka restoran kat Ipoh sana nun... Comey cikgu, muka dah tak macam Korean sebab dah mixed well ngan apek Ipoh..hehe.. Bagusnya sebab dia boleh cakap 4 bahasa, fluently. Bahasa Korea (of course lah kan), English, Mandarin and Malay..
Our Cikgu... jambu kan..hehe |
Okay... masing-masing of course semangat belajar kan. Maklumlah senang nak sembang ngan mak mertua nanti (bluekkkk..berangan tahap dewa). Habis kelas pukul 1.30 petang dan perut sangat kelaparan. Plan asal nak lunch kat K-street, kedai makan Korea dalam sunway pyramid tu. Tapi bila lalu depan kedai makan Arab, tetiba teringin pula nak makan nasi Arab. Ajak Su Yean try sebab dia tak pernah makan lagi. Memang sedap, harga pun berpatutan. Dan paling best mengeyangkan.. Dah tentu kenyangla kan..nasi arab kot !!! Aku ambil nasi beriani and Su Yean ambil nasi mandy. Dua-dua lauk ayam. Harga sepinggan RM13.50. Murah kan... Selalunya kalau nasi Arab mesti harga 20 hengget ke atas. Su Yean makan tak habis, aku macam biasa..membazir itu amalan syaitan..hehe.. Yang pasti, dua-dua puas hati :-)
Nasi Beryani Ayam - RM13.50 |
Nasi Mandy Ayam - RM13.50 |
Habis makan, ingat nak balik terus. Tapi masing-masing teringin pula nak try ice cream bentuk J yang aku tengok kat Jeonju dulu ni. Ha!!! dulu kat Korea was-was nak makan, so kat Malaysia dah ada yang halal, apo laei..moh ler. Nama kedai dia Jipangi, terletak kat ground floor Sunway Pyramid tapi lupa area mana..sorry. Tapi dari arah ice rink tu jalan straight jer sampai ke hujung then turn left. Harga agak mahal la. Kalau ambil yang single iaitu vanilla sahaja or chocolate sahaja RM7. Tapi kalau ambil yang mix RM9. Kami nak rasa dua-dua so ambil yang mix.
Masa tengok kat Korea nun.. telan air liur jer..hehe |
Tengah membeli tu kan... masing-masing pelik bin hairan sebabnya geng pekerja kat situ pakat dok berdiri atas kerusi tengok arah belakang kami. Dari belakang memang dengar riuh rendah. So aku and Su Yean agak mesti ada retis datang ni. Ok, tak per.. pas beli ice cream kita pergi tengok.. Nak juga menyibuk kan..hehe... Betul tekaan. Rupa-rupanya retis Hong Kong uollss, datang promo kerusi urut Ogawa. Chi Lam... ha!!!! akak kenal sangat la ngan mamat ni. Mau tak kenal, dulu zaman sekolah dok tengok dia berlakon drama polis-polis. Kalau sekolah petang, berlari balik rumah ni pulun nak tengok tv. Baju pun tak dan salin dok nganga depan tv tu ha!!! Mak marah pun lantakla..hehe... Encem nya lah dia.. lesung pipit dia tu, alahai comeynya... Muka maintain awet muda i tell u. Sama tak berubah masa i tengok dia zaman sekolah dulu.. Ha!!! Melangit aku puji dia.. Hehe.. Puas hati dapat tengok berdepan. Tapi, tak delah tunggu lama. Dalam 15 minit camtu kami pun belah.
Lesung pipit tu yang mahal tu..hehe... Gambar ehsan pakcik G seb gambar yang ambil hari tu tak berapa nak clear, maklumlah ambil dari jauh...huhu |
Muka depan..haha |
Ok.. selesai hari pertama kelas. Tak sabar nak pergi next class :-)
Terima kasih kepada yang sudi membaca ;-)
bagus :)
ReplyDeletetak rugi blajar bahasa lain...
amboii...cikgu nya ala ala kpop ..haaha
artis hong kong yg saya kenal siapa ek....ermmm jackie chan...steven chow....haha
bagus :)
ReplyDeletetak rugi blajar bahasa lain...
amboii...cikgu nya ala ala kpop ..haaha
artis hong kong yg saya kenal siapa ek....ermmm jackie chan...steven chow....haha
haha... jackie chan n steven chow ni legend...
DeleteMana gambar Chil Lam? Ngape tak amik gmbr?
ReplyDeleteCOmelnya cikgu dia. Terus rasa nak gi belajar gak bahse Korea. Bagusnya dia pandai ckp Malay. Hebak2. So, setakat ni cemana dgn kelas tu? Senang nak faham ke tidok?
@lydsunshine lupa pula nk letak gmbar dia..hehe... ok2, update sekrg letak gmbar dia. tp gmbar yg ambil hari tu xclear sb jauh, nnt nk mnta gmbar kt pakcik G :-)
DeleteBagus kalau belajar bahas lain...senang cari keja kan...
ReplyDeletebagus memg bagus..tp kalau bahasa korea ni kt Malaysia mcm xberapa nk guna..hehe
Deletecutenya cikgu..kalau sis JM mmg x boleh nak tumpukan perhatian lah hahaah
ReplyDeletekalau nak tahu sis JM pun dah lama survey nk belajar bahasa korea ni sbb minat KDrama punya pasal lah tapi belum ada peluang...ada masa nanti nk google tempat yg best..
leh bagi tak nama tempat Salihah bejar ni leh sis skodeng :-)
haha.. cikgu dia sgt peramah..memg best blajar. mujur pangkat adik so xdelah segan sgt nk buat haru biru dlm kelas..hehe
Deletetmpat ni nama dia MARU. sis JM blh check. dia ada buat cooking class juga. RM50 per class
K.JM, sila fokus time belajar.
DeleteNanti cikgu rotan.
Meh sini SS ajar... He He He...
DeleteTeruja dengar awak sanggup belajar bahasa korea.
ReplyDeleteLepas ni haruslah bercakap bhs korea, k.
Bestnya cikgu tu pandai 4 languages.
Aah, dah mcm muka chinese sini pulak.
Lagi baik belajr bahasa arab. bahasa alquran. fanatik hiburan melampau.
ReplyDeleteAssalamualaikum.... terima kasih atas teguran anda. bahasa arab saya dah belajar sejak form 1 lg dan akn sntiasa blajar n be my priority utk lebih memahami AL-QURAN. Lagi pula, ALLAH tak larang kita belajar apa2 bahasa pun sebab dakwah bukn hnya dlm bahasa arab. Kat dunia ni bkn semua org blh belajar bhasa arab. Maybe niat saya untuk belajar bahasa korea disebabkn untuk hiburan tapi who knows suatu hari i could use it untuk explain tentang islam for Korean non-Muslims. Masa sy kat korea pun ada org tny sy knapa ada wanita islam yang pakai tudung n ada yg xpakai. Malangnya bila explain dlm english mereka sukar nk faham. Masa tu kalaulah sy fluent in Korean, insya allah saya akan explain sebaik mngkin ttg kewajipan mnutup aurat. Once again, thanks for ur reminder and if u really want to remind me tentang pentingnya belajar bahasa arab, please don't do it as anonymous supaya saya nampak keikhlasan anda =)
Deletebestnyaaaa pi kelas bahasa korea.. adoi cikgu muka jambu gitu boleh tak focus nak study bhahaha
ReplyDeleteboleh ct sb cikgu sangat sporting.. lg pula adik je pun..hehehe
DeleteSeronok kan belajar bahasa asing :) kelas bahasa pun strategik je tempatnya,..boleh makan, jalan-jalan shopping sekali.
ReplyDeleteTu namanya sambil menyelam... Minum sirap bandung....
Deletewoww best tu dapat belajar bahasa korea, pasni bila tengok cite Korea x payah tunggu yg ada english subtitle dah kan hehe. Setakat ni sy boleh faham sikit2 bahasa hindi sbb rajin gak tengok cite bollywood tapi bahasa korea ni susah sikit nk belajar sendiri hihihi
ReplyDeleteKena telan kimci hari2 baru lidah tak terbelit... He He He....
ReplyDeletekikikkikikiik...family cikgu dok ipoh....nak kenal bleh....ada mcm muka kyubear tak.... :P
ReplyDeleteAlaa ingatkan kelas ni kat area ipoh..huhuu..nak belajar hangul jugakkk !!
ReplyDelete