My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Tuesday, December 30, 2014

2014.... Pergi mu bersama 1001 rahsia

Assalamualaikum...


2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran..
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan..
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Saturday, December 27, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 5 (22 September 2014)

Assalamualaikum....

Yeay.. hari ke-5!!! Berzaman nak buat kan..hehehe...sorry.

Ok, bangun pagi dengan perasaan gembira dan tenang. Al-maklumlah tidur dalam suasana fefeeling princess zaman Joseon, huahuahua... So, bangun pagi ni semangat nak jalan-jalan cari saki baki anak raja Korea..hahaha...verangan sangat!!!!

Semalam, before tidur masing-masing dah buat MoU pagi ni kena breakfast kkongnamul gukbap kat kedai Sam Baek Jib.. ni salah satu makanan yang kena makan kalau datang Jeonju Hanok Village ni. Guesthouse ni ada sediakan breakfast juga, roti + jem and kopi and peach tea... Tak per, itu 2nd round...hehehe. So, dah siap cun-cun memasing maka keluarlah mencari makanan. Suasana pagi ni tak tahu camna nak gambarkan, sangat fresh... Udara yang segar, suasana yang damai. Pendek kata, kalau ada yang stress meroyan ngan kerja kat office yang tak pernah habis tu kan, sangat-sangat digalakkan lah korang datang berhibernasi kat kampung ni at least seminggu. Confirm pas tu kepala hotak korang normal balik.. Ok, terbebel sebentar.

Thursday, December 25, 2014

Ujian Dari Allah SWT

Assalamualaikum...

Sharing dari tazkirah di radio IKIM yang aku dengar semalam... memang kena sangatlah dengan keadaan negara kita sekarang ni kan.... Tapi lupa apa nama Ustaz nya..huhuhu
Sedang kita berjalan tiba-tiba kita ternampak seseorang yang kita kenal, lalu dari jauh kita pun memanggilnya. Tapi dia tak dengar panggilan kita. Kita pun ambil sebiji batu kecil baling ke badannya tapi dia tak hiraukannya. Maka kita ambil lagi beberapa batu kecil baling lagi ke tubuhnya, tapi dia masih buat tak peduli. Kita pun jadi geram dan terus ambil sebiji bata besar baling ke kepalanya. Sasaran mengena tepat sekali, lalu berdarahlah kepalanya dan dia pun sambil menangis berpaling ke arah kita dan bertanya kenapa baling dia dengan bata??? Hahaha.... macam zalim kan???

Sunday, December 21, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 4 (21 September 2014)

Assalamualaikum... sambungan hari ke-4 jalan-jalan kat Korea :-)

Plan asal hari ke-4 ialah dari Seoul terus ke Daedunsan Provincial Park, yang terletak di Daerah Jeollabuk-do. Kiranya luar dari Seoul la. Kemudian dari Daedunsan Provincial Park ke Jeonju Hanok Village then ke Maisan Provincial Park kat  Jinan. Mengikut hasil pertanyaan dari pakcik G travel dari Seoul ke Daejeon mengambil masa 2 jam.. Means lebih kurang dari KL ke Melaka or KL ke Ipoh. Awat aku beria nak pi sana??? Sebabnya masa pergi workshop kat Korea Plaza before travel hari tu, daku jatuh chenta dengan view dalam gambar kat bawah ni.

Gambar ehsan pakcik G

Saturday, December 20, 2014

"Jom Blogwalking Kaw-kaw Bersama Cik Iman"

Assalamualaikum.....

Ni segment yang dibawakan khas oleh blog cik iman mengarut lagi da dan saya join !!!! Jom join ramai-ramai... kita memeriahkan suasana dan mengeratkan silaturrahim :-)

Baby Iman yang cute.... ^_^
Tapi ada syarat tau nak join program ni.. syaratnya kena tag nama 3 blogger lain... Disebabkan saya ni baru kenal dunia blogging maka hanya ada dua tiga orang yang baru saya nak beramah mesra. Tapi demi syarat yang dikenakan, saya tag juga lah nama diaorang... kepada yang kena tag... minta maaf dulu yer sebab tag nama kalian... just untuk memenuhi syarat organizer :-)

+Jari Manis
+Kakcik Nur
+CintaHati Lina

Ok.. done semua syarat yang dikenakan :-)

Terima kasih kerana sudi membaca ;-)

Bila berserabut kena balik Aloq Staq....

Assalamualaikum... selamat malam semua...

Saja ja nak tulis entry santai-santai ni :-)

Minggu lepas balik kampung kat Aloq Staq..sangatlah happy sebab dah 2 bulan tak balik..uhukuhuk.. No wonder lah hidup jadi tak keharuan. Sebab tak pijak tanah Aloq Staq, tak tengok muka mak abah... Sebab khamis lepas cuti birthday Sultan Selangor, so hari jumaat haruslah apply cuti kan :-)
So dapatlah 4 hari cuti.. yahoooooo !!!!

Pergi balik naik kapal terbang MAS... ha!!! walaupun ramai dok kata macam-macam kat MAS, aku tetap setia dengan MAS. Dah sejak kecik dok tengok MAS lalu atas bumbung rumah nun... mau tak sayang jatuh chenta ngan MAS kan...

Tuesday, December 16, 2014

Biar pun usia ku sudah 30 tahun namun rupaku masih seperti 24 tahun :-)

Assalamualaikum..

Dok sembang-sembang ngan kengkawan pompuan di kala usia masing-masing mencecah 30 tahun ni kan.. keluarlah soalan cepuk cemas... Apa yang paling scary bila masuk 3 series ni??? Kalau dapat mr. beemer 3 series ok juga kan :-)

So, jawapan paling glamor ialah nampak tua..huhuu.... Masing-masing risau kalau baru masuk umur 30 tahun tapi dah nampak macam umur 40 tahun. Ok.. sangat scary. Nak-nak lagi yang belum berumah dan bertangga macam I ni... ini adalah suatu nightmare.. Oh No!!!!!!!!!!!!! So, prevention is better than cure. Apa punca kita nampak tua dari usia???? Punca utama sebab kulit jadi kedut la... Kalau kita tengok orang tu dah berkedut otomatik kita akan cakap orang tu tua kan ??? Begitulah kekdah nyer. Kenapa kulit berkedut??? Sebab collagen dalam badan makin susut. 

Monday, December 15, 2014

Nak kurus.... Azam setiap tahun baru..Hehehee

Assalamualaikum...

Setiap kali masuk tahun baru, mesti azam ni glamor di kalangan rakyat Malaysia kan??? Ntah-ntah seluruh dunia pun sama...Heheheh.. Apa dia??? Mestilah nak kurus kan. Nak kurangkan berat badan dan nak kurangkan size badan. Tapi macam biasa, ramai yang hangat-hangat tahi ayam jer.. Maybe 2 bulan pertama semangat bukan main tapi masuk bulan ke-3, hampeh... Dan aku lah salah sorang golongan tu....hahahahah... Beria beli tali skipping. Video aerobik beli sampai dua.. Canang kat seluruh donia, pos kat fb dok bagitau seluruh Malaya ni kata tengah semangat nak diet dan menguruskan badan, tapi at the end hampeh...hehee.. Sebab apa??? Sebab yang pertama MALAS. Yang kedua, tak ada daya juang yang tinggi, yang ke-3, teknik tak kena dan yang ke-4 busy... Itulah sebabnya. Dan bila semua sebab itu dicampur dan digaul bersama, ditambah sedikit perasa maka resultnya adalah ALASAN. Kan??? Memang terror cipta alasan !!!

Ramai tak sedar benefits yang ada bila badan kurus 

Sunday, December 7, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 3 (20 September 2014)

Assalamualaikum...

Hari ke-3 berada di Korea.. masih lagi di Pulau Jeju. Tapi ini adalah hari terakhir di Pulau Jeju. Sobs sobs... Plan hari ni nak ke Muzium teddy bear, cheonjeyeon waterfall, jusangjeolli clliff, chocolate land, ice museum and jeju underground market.. Tamak kan ??? Hehehehhe...

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami checkout dari guesthouse. Macam biasa kami dah breakfast siap-siap dalam bilik. Makan biskut jer.. Oklah buat lapik perut. Then bayar sewa dan say goodbye to Sam and Kathy. Diaorang ajak breakfast dulu tapi kitaorang cakap nak cepat sebab banyak tempat nak pergi. Maklumlah jadual pack. Kemudian menapak lah kami ke arah New Kyungnam Hotel sebab nak tunggu bus aiport limo kat depan tu. Before say bye-bye bergambar kenangan dulu depan guesthouse ni...

Photographernya adalah Sam :-)

Thursday, December 4, 2014

Adakah aku mempunyai sindrom "White Coat Hypertension" ????

Asssalamualaikum...

"White coat hypertension" ialah keadaan di mana seorang pesakit mempunyai bacaan tekanan darah lebih tinggi dari biasa apabila diperiksa oleh pakar perubatan di tempat yang menggambarkan suasana perubatan seperti hospital atau klinik. Dalam keadaan biasa seperti di rumah, tekanan darah yang diambil adalah normal iaitu 120/80. Namun jika seseorang itu mempunyai sindrom white coat hypertension, tekanan darahnya boleh meningkat sebanyak 30mmHG (systolic) dan 10mmHG (diastolic), malah mungkin lebih tinggi lagi. Peningkatan ini juga berbeza mengikut setiap orang.

APA YANG MENYEBABKAN "WHITE COAT HYPERTENSION" ???


#Misi12HariMencariCinta - Day 2 (19 September 2014)

Assalamualaikum..

Day 2... bermula nya jalan-jalan di Jeju Island. Masa buat itinerary jalan-jalan kat Jeju ni punyalah susah. Susah sebab before buat itinerary, dah book flight ticket dari Jeju ke Seoul. Plan dok Jeju 2 hari saja.. Ku fikirkan time beli flight ticket tu 2 hari dah cukup sebab Jeju tak ada apa sangat nak tengok.. Hambek kau, suka judging benda without getting to know it first. Sekali bila dok belek-belek map Jeju, nak menanges wey tengok.... huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! Sangat banyak tempat menarik!!!! Bila tanya pakcik G, memang rasa macam nak dok Jeju tu seminggu terus. Tengok gambar dia saja dah rasa excited, tak tau la kalau dah berada kat sana. Huhuhuhu.... So, itinerary dibuat se'pack' mungkin... Kalau boleh nak cover semua tempat. Tapi bila dok baca blog orang, kalau nak cover the whole Jeju Island tu paling kurang pun kena stay 3 hari. Itu pun tempat-tempat yang penting jer lah...Seriously memang kena pergi lagi stay Jeju saja 5 days....hehehehe.....