My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, November 12, 2015

Long Time No See

Assalamualaikum...

Apa khabar semua??? Lama gila tak update.. hampir terlupa ada blog. Huhuhu.. Life got a bit haywire due to kerja bertimbun kat office and masalah kesihatan juga. Anyhow thank u so much aku nak ucapkan kepada semua yang masih sudi singgah kat blog ni and tinggalkan komen-komen manis. In Sya Allah akan aku balas kunjugan kalian yang sangat sweet itu :-)

I know i'm supposed to update pasal jalan-jalan cari pasal kat Bangkok, but sebab dah lama tak update maka mulakan dulu lah dengan sedikit kata-kata hebat dan menarik dari Ustaz Badlishah. Next entry i'll continue tentang my pertemuan dengan my love ok.. Ahaksssss

Kata-kata ni forwarded by seorang sahabat yang sangat sweet orangnya.. Kak Qat. Kenal sebab sama-sama join Shaklee :-)

Ini petikan kata-kata ceramah tentang Israk Mikraj oleh Ustaz Badlishah.

"Israk Mikraj adalah manifestasi perjalanan kita menuju Allah. Kita nak menuju Allah kena cuci hati dulu (sebab hati Nabi SAW dicuci oleh malaikat Jibrail dan Mikail sebelum Israk Mikraj kan.. dicuci dari perkara tak elok dan diletakkan hikmah).

Bersihkan hati kerana hati adalah raja. Tuhan tak pandang paras rupa kita, Tuhan tak pandang berapa panjang janggut kita, Tuhan tak pandang berapa besar serban kita.. yang Tuhan pandang hati. Hati ni, kata ulamak tasawwuf (ahli sufi khususnya), hati ni raja kita. Kalau hati elok, seluruh badan elok. Kalau hati tak sihat, seluruh badan tak sihat.

Ada orang rumah besar bertingkat-tingkat, duitnya tebal berlipat-lipat, keretanya susun berkilat-kilat, isterinya pun cantik memikat, kadang-kadang jumlahnya empat, tapi.... rumahtangga hari-hari kiamat.
Ada orang sekadar duduk di kawasan setinggan, pakai kereta antik jenama wak segan, tapi ma sya Allah, anaknya ada 9, itu pun sambil-sambilan.

Jaga hati, jom operate dada kita. Bersihkan dengan zikir sebab kita nak menuju kepada Allah, ini (hati) tempat pandangan Allah, banyakkan berzikir, kurangkan hasad dengki kepada orang lain."

Begitu indah kata-kata Ustaz Badlishah ni kan !!! Sangat menusuk kalbu jiwa dan raga. Sebab tu lah aku nak share dengan semua orang supaya setiap orang pun akan dapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jom sama-sama berdoa.

Kalau sayangkan seseorang haruslah doakan segala kebaikan untuknya kan. Biar sama-sama masuk syurga. Amin...

Kalau sakit hati kat seseorang pun, doakan juga segala kebaikan baginya walaupun dalam hati menyampah nak mampus dengan dia.. Hahaha.. Mudah-mudahan Allah makbul doa kita dan jadikan kita semua bersahabat kerana Allah.

Ok, sampai sini dulu. Selamat beramal :-)

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca and singgah kat sini ^_^


Wednesday, August 26, 2015

Rahsia Kelihatan Seperti Umur 25 Tahun Pada Usia 50 Tahun


Assalamualaikum....

KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN :-)

Hari ni nak cerita tentang suplemen terhebat keluaran shaklee.. In Sha Allah. Nama dia VIVIX. Kalau sebut jer vivix, perkataan sinonim dengannya ialah antioksidan terhebat dan anti-penuaan terunggul. Haaa gitewww!! Ini over claim bukan sebarang over tau. Tapi adalah fakta ^_^

Ok, mari kita berkenal kenalan dengan cik VIVIX yang hebat ini :-)



Vivix merupakan satu-satunya supplement shaklee dalam bentuk cecair. Ramuan utama vivix ni terdiri dari 4 jenis tumbuhan yang kaya dengan resveratrol. Apa benda pula resveratrol tu kan??? Berbelit lidah makcik nak menyebutnya. Hehe. Ia merupakan komponen dalam tumbuhan yang kaya dengan kandungan antioksidan. Resveratrol ini dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh yang rosak akibat radikal bebas. Ia juga dapat melindungi sel-sel dalam tubuh dan mencegah dari terus rosak akibat radikal bebas dengan cara mengurangkan kandungan radikal bebas dalam tubuh. Sumber utama resveratrol boleh didapati dari kulit anggur merah dan buah-buahan beri.

Kelebihan resveratrol ini sangatlah banyak. Bukti jelas boleh dilihat kepada graf tahap kesihatan penduduk Perancis. Kenapa??? Kerana satu kajian menunjukkan terlalu sedikit daripada jumlah penduduk Perancis yang mengalami masalah penyakit kardiovaskular, fenomena ini dinamakan French Paradox. Bukan macam kat Malaysia ni dek non oi, penyakit kardiovaskular pembunuh nombor satu. Nauzubillahi min zalik. Ok, kenapa wujud fenomena yang bernama French Paradox ni? Hasil daripada kajian yang dijalankan itu, menunjukkan tabiat mereka yang suka minum sedikit wine merah setiap hari membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka, kerana wine merah diperbuat daripada kulit anggur merah. Kulit anggur merah ini kaya dengan resveratrol. Resveratrol ini lah yang membantu menghalang penyakit kardiovaskular tersebut. Tapi kalau orang Islam tak kan nak minum wine merah pula kan??? So, haruslah cari alternatif lain. Dan jawapannya ada dalam vivix ni ^_^

Jom tengok apa kelebihan resveratrol ni...


1) Penyakit berkaitan jantung - Mengurangkan keradangan, menghalang berlakunya oksidasi kolesterol jahat iaitu LDL, menjadikan platelet susah melekat dan berkumpul antara satu sama lain, iaitu punca berlakunya saluran jantung tersumbat yang boleh membawa kepada masalah serangan jantung.

2) Kanser - menghalang pertumbuhan sel kanser dan meningkatkan proses kematian sel-sel kanser (apoptosis)

3) Alzheimer - Melindungi sel saraf daripada rosak dan sebarang pembentukan plak yang menyebabkan penyakit alzheimer

4) Diabetes - Membantu mencegah rintangan insulin, iaitu sistem badan menjadi kurang sensitif dengan penghasilan insulin. Semua  maklum insulin merupakan hormon yang mengurangkan kadar gula dalam darah, Kegagalan sistem tubuh menghasilkan insulin akan menyebabkan tanda-tanda menghidap penyakit kencing manis.

5) Meningkatkan kesihatan badan - Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan tikus yang diberikan makanan berkalori tinggi bersama dengan resveratrol hidup lebih lama berbanding tikus yang diberikan makanan berkalori tinggi tanpa resveratrol. Ia juga dapat mengurangkan masalah obesiti.

6) Awet muda - Sifatnya yang antioksidan melindungi sel-sel dari rosak dan mengekalkan keremajaan sel.

Khasiat resveratrol dalam tumbuhan

Hasil kajian terhadap resveratrol inilah menghasilkan Vivix, gabungan 4 bahan utama yang kaya dengan resveratrol. 4 bahan utama dalam vivix ialah:-



1) Anggur muscadine - Satu-satunya anggur di dunia ini yang mempunyai 20 pasang kromosom, anggur lain hanya ada 19 pasang kromosom sahaja tau. Para saintis percaya, disebabkan 1 pasang yang lebih ini, ia dapat memberikan lebih kebaikan kepada kesihatan, mempunyai sistem immune yang lebih tinggi dan mempunyai kekuatan antioksidan yang lebih tinggi. Size sebiji anggur ini sama besar dengan size sebiji bola golf. Dalam sebiji anggur ini juga mempunyai asid ellagic yang tinggi iaitu sejenis phyto-nutrient yang tidak ada dalam anggur-anggur yang lain. Kelebihan ini menjadikan anggur ini mampu menghalang bahan-bahan kimia yang menyebabkan kanser, anti-virus dan juga anti-bakteria.

2) Purple carrot - Sumber vitamin A yang hebat. Kaya dengan kandungan anthocyanins iaitu bahan yang memberikan color merah, biru dan ungu pada tumbuhan.  Anthocyanins mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi. Dalam setiap tumbuhan carrot juga mempunyai sejenis asid yang dinamakan asid chlorogenic, iaitu  asid yang bertanggungjawab mengurangkan risiko diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

3) Elderberry - Kelebihan utama elderberry ialah mampu merawat simptom-simptom selsema terutamanya influenza B. Tumbuhan berry mempunyai flavanoids, iaitu unsur yang kaya dengan antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem immune, bagi melawan jangkitan bakteria dan virus. Elderberry juga kaya dengan anthocyanins, yang memberi kesan anti-radang. Kesan anti-radang ni penting untuk mengurangkan sakit-sakit pada otot dan sendi yang disebabkan oleh demam, selsema atau influenza. Elderberry juga kaya dengan vitamin A, B, C, asid amino, carotenoids, tannin dan rutin. Elderberry juga membantu mengurangkan masalah selsema, jangkitan yeast, asthma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes. Ia juga membantu mengurangkan kandungan LDL iaitu kolesterol jahat yang menyebabkan berlakunya serangan jantung. Selain itu, ia juga mengurangkan stress, meningkatkan tahap penglihatan dan meningkatkan sistem penghadaman.

4) Polygonum cuspidatum - Juga dikenali sebagai Japanese knotweed. Ia merupakan sumber komersial resveratrol. Digunakan untuk formula anti-aging. Kandungan resveratrol dalamnya juga mampu membantu mengurangkan proses penuaan sel, mengurangkan kadar kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan athletic performance dan mengurangkan jumlah berat badan.

Khasiat yang terlalu banyak dalam sebotol vivix ini menjadikan ia amat penting untuk dimiliki oleh setiap orang bagi meningkatkan tahap kesihatan masing-masing dan mencegah penyakit-penyakit berbahaya daripada bermastautin dalam badan. Pengambilan sesudu teh vivix setiap hari selama 30 hari bersamaan dengan jumlah resveratrol yang ada dalam 3,000 gelas wine merah. Hebat kan khasiat vivix ni!!!



Jadi, marilah kita ramai-ramai dan sama-sama meningkatkan tahap kesihatan kita. Boleh bagi mak ayah minum ni sorang sebotol setiap bulan. Mudah-mudahan mereka makin sihat dan cergas supaya senang beramal ibadat.
Harga retail sebotol vivix ni hanyalah RM475.00

Tapi... anda boleh jimat lagi!!!!!

Promosi khas berakhir bulan October 2015 :-
- Beli 2 botol vivix dapat discount 5% selepas harga ahli sebabnya pembelian 2 botol vivix ni sudah melayakkan anda untuk mendapat free membership. Then dapat lagi free sebotol multivitamin tertua di dunia berharga RM88.75. Ada lagi, dapat cashback bonus bulan depan nanti.

Sangat menarik kan tawaran yang shaklee bagi!!! Jadi, dapatkan sekarang suplemen kesihatan terhebat ini!!!!

Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan lanjut, anda boleh layari https://www.facebok.com/mutiarakasih atau hubungi 012-5379145 


Sekian dulu penerangan tentang vivix ^_^


Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)






Saturday, August 22, 2015

My Love In Bangkok - Preparations

Assalamualaikum :-)

Selamat berehat-rehat di hari minggu uolls.. Mari rileks-rileks kan minda dan badan baca kesah sengal ini. Haha....

Ok, last entry janji nak cerita macam mana cabaran nak beli tiket konsert kan.. So, meh baca :-)
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Dari malam tu lagi awal-awal dah pesan kat Rina, standby depan pc, jangan terlambat walau sesaat pun. Saingan ramai ni. Cewahhh.. dah rasa macam watak heroine movie confession of a shopaholic berebut nak beli designer's stuff pula kan.. haha. Gila yang amat. Makin dekat waktu tiket nak buka tu makin la berdebar jadinya. Mujur bangun awal-awal pagi dah siap mandi and breakfast bagai, basuh baju siap (mesin la basuhkan... kalau ada mesin boleh tolong sidaikan sekali lagi bagus.. hehe). Then lagi sejam sebelum tu dah tercongok depan pc, menunggu sambil online facebook, baca blog and main candy crush. Banyak nau benda aku buat kan. Almaklumlah.. menunggu sambil mengurangkan debaran di hati. Cehhh.. macam nak pi interview je.

Then.. masa yang telah dinantikan pun tiba. Sebelum tu web nak beli tiket tu awal-awal dah buka. Web dia www.allticketthailand.com. Mujur ada bahasa ongputeh juga uolls, kalau tak mahu tersembur biji mata aku ni nak google translate. Kahkahkah. Bak kata Rina, tengok tulisan Siam yang macam bunga kerawang tu terus pening jadinya. Hikhikhik.. Nasib ler Rina oi... Seriusly berdebar wey.. takut tak dapat tiket. Setiap saat mata tengok jam. Then tepat pukul 11 pagi Thailand terus refresh page. Tapi.. aikkk!!! awat tiket belum buka??? Tak kan salah tarikh kot or salah jam??? Tapi memang dah tanya pakcik G awal-awal kalau pukul 11 pagi Thailand, Malaysia pukul berapa? Pakcik G jawab pukul 12 tengah hari. So betul la. Ok, panic sekejap. Terus whatsapp Rina. Rina macam mana ni???? Tetiba Rina pula reply laptop dia buat hal, hang tak leh buka. Internet pula slow. Uwaaaaa........ memang meroyan wey!!!!!!!!!

Ok.. rileks-rileks kan diri tarik nafas then refresh page lagi. And jeng jeng jeng.. dua minit kemudia link untuk purchase tiket available. Sepantas Usain Bolt berlari laju jer jari jemari klik link tu. Aim kami seat paling depan. Bila dah masuk link untuk beli tiket terus klik kat zone yang nak beli. Tapi tak boleh klik pula. Katanya tiket sold out. Oh no!!!!!! Tak mungkin... tak kan kot.. Baru je buka! Minda dan hati tak dapat terima kenyataan ni. Walaupun memang selalu tiket konsert dalam masa 10minit dah sold out. Uwaaaaa.. memang meroyan la. Sambil dok try klik klik lagi zon yang nak tu sambil whatsapp Rina. Memang meroyan la dua-dua orang. Rina lagi meroyan sebab tak leh nak online. Then nampak kat sidebar ada tulis no of seats available, semuanya kosong. Oh tidak!!!!!! Tak mungkin..... ini semua mimpi. Kata sorang limit boleh beli 4 tiket jer....tak kan dah habis kot. Terus aku pi refresh setiap saat. 

Dalam 10 minit pastu Rina reply cakap dah boleh online. Ok, cun!!! sekarang tentera ada dua orang. Siapa dapat masuk dulu terus beli. Tapi masalahnya untuk 15minit pertama still tunjuk bilangan seat yang tinggal KOSONG..KOSONG.. Sangat kecewa kot!!! Tapi Rina memang kuat semangat, dia cakap refresh jer terus. Maybe web crash sekarang sebab semua nak beli kan. Ok, fine!! Swing never never give up!! Pulun sungguh untuk benda yang bukan-bukan ni kan. Hahaha.. Then lepas 20minit tetiba muncul seats available tapi bila klik nak beli kata sold out. Aishhhh ini sangat menghanginkan keadaan. Bikin daku panazzzz ni. Main-main pula dia. Tapi, masa ni dah 50% gembira dah sebab tahu memang web crash sebab high traffic. So, keep refreshing on and on and on. Muncul je seats available aku and Rina klik. Masa tu tak kesah dah seat mana yang ada janji dapat tiket. Tapi memang nak sangat yang duduk punya, tak laratlah nak berdiri 3 jam kat dalam tu oi...!!! 

35 minit kemudian, aku dapat dua seat. Tapi bukan sebelah menyebelah. Satu depan sekali, satu lagi row ke-3. Oklah.. tak kisahlah janji dapat kan. Bila dah isi semua info then bila time nak bayar dia jadi error.. ooooo lagi seteressss campur geram. Susah sungguh!!!!!!!!!!!! Then refresh lagi, buat lagi dari awal. Keluar error juga. Memang sakit hati sangat-sangat. Hampir nak give up dah tapi Rina memang kuat semangat gila, keep insist suruh try over and over again. Then lebih kurang 50 minit kemudian, dua-dua dapat seat. So aku and Rina sama-sama proceed jer beli. Siapa dapat bayar dulu kena cakap sebab nak stop. Nanti tak pasal-pasal terbeli dua kali walaupun nak jual balik tak der masalah tapi leceh ler.. Berdebar sungguh time ni, seminit kemudian Rina message cakap tengah tunggu security code dari bank, ok berdebar lagi. Masa ni aku stop dulu la time payment tu. Then seminit kemudian Rina message cakap dah dapat tiket. Masa ni macam tak percaya. Siap suruh Rina cek lagi, kompomkan betul-betul. Jangan syok sendiri sudah, memang menangis tak berlagu la. Rina cakap kompom.. memang kompom. Terus dia forward confirmation email tu. Wah!!!!!!!!!!!!!!! bunga api dalam hati woi... i can meet my love... Lee Donghae, wait for me!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahaaa...gediksssssss sangat kan. Nak menangis pun ado.. huhuhu. Berbaloi mencuba selama hampir sejam. Jari dah kebas and sakit sebab asyik dok klik mouse tu jer.

Dapat email ni terus belasah nasi dua pinggan. Wakakaka

Bila dah settle semua fuhhh lega teramat. Rina dari pagi tak makan terus kenyang. Wakakaka.. baguslah!! Boleh turun sekilo tak agak-agak. Kehkehkeh. After dah dapat tiket konsert so next action carilah tiket plane and book hotel pula kan. Belek-belek kat trivago tengok air asia paling murah. So, book jer dari web Air Asia Go. Book hotel free flight ticket. Mula ingat nak naik MAS, so that sampai lebih kurang time Donghae sampai, adalah chance jumpa awal kan kat aiport tu. Ouchhh gedikss sangat. Tapi disebabkan trip ni bukanlah sesuatu yang dirancang, semuanya berlaku terkejut tergempaq.. so simpanlah hasrat bertemu di aiport tu. Money is my constraint. Huhu... I jumpa you kat konsert jer lah honey. Kehkehkeh. Kalau rajin i pegi skodeng kat hotel. Hahahaha.. Pulun sangat tau!!

Hotel pula dah tanya member opis. Kebetulan dalam 2 minggu sebelum tu dia pergi Bangkok. So, tinggal kat hotel tu jerlah. Nama hotel First House Hotel. Location betul-betul tengah-tengah bandar belakang Pratunam Market. So, kalau memang niat nak shopping, boleh shopping sampai lebam hokay. Rate hotel pun ok jer, semalam lebih kurang RM70.00. Murah ler kan untuk rate hotel tengah-tengah alam tu. Untuk ke tempat konsert di Siam Paragon pun, just 20minit jer jalan kaki. So memang sangat cun lah kan.

Dah settled... yahoo


Untuk itinerary pula, ha!!! masa ni lah sesi terjah menerjah blog-blog yang ada. Dan memanglah sangat tidak menghampakan. Blog-blog yang terlibat ialah.. cewah macam nak umum pemenang award pula. Kihkihikih... Ni senarai blog terlibat. 


So, kepada semua blogger-blogger yang hebat ini, thank you so much sebab sudi meluangkan masa mengabadikan segala suka dan duka korang travel dan segala petua bagai dalam blog untuk panduan setiap orang. Cewah!!! terharu tak?? Kehkehkeh. Tapi seriusly jasa kalian amat ku kenang.. Hehe. 

Ok, hal-hal booking membooking semua settle. Pastu terus message Chik Ah cakap nak pinjam camera. Sebab selalunya Super Show kalau compact camera or polaroid camera boleh jer bawa masuk. So ok lah kan. Tapi lagi 2 minggu nak pergi Chik Ah cakap abang ipar dia nak pinjam pula kamera tu. Alamak!!! What to do???? Huhu, camna nak abadikan gambar my boyfriend ni??? Try la cari juga kat kawan-kawan lain. Masalahnya zaman sekarang semua pakat pakai handphone je ambil gambar. Masalah aku pula, handphone ku tak lah secanggih ipong tu ha.. Huhu. Then tetiba nampak pula lazada iklan ada sale.. Huh???? Jeng..jeng.. jeng..!! Laju jer klik belek-belek kamera yang ada. Tapi time tu bajet yillek... tunggu gaji masuk camera yang dok berkenan tu pun dah sold out. Uwaaaaaa. Then pergi lah belek yang lain. And terjumpa camera fujiflm yang comel with higher spec tapi lower price. Wallawehh.. tak pikir panjang dah. Terus jer beli. Harga asal RM1,199.00 tapi lepas diskaun tinggal RM355.00. I sukaaaa!! Walaupun kamera ni spec lama tapi still boleh guna ambil gambar cantik-cantik ^_^ 

Maka nya, all preparation untuk ke Bangkok is done. Hati berdebar tak sabar nak pergi. Apply cuti pun lagi seminggu nak fly, mujur bos bagi. Hehe.. Kalau tak menanges la. Kahkahkah..

Ok, sampai sini dulu. Next entry sambung hari perlepasan. 

Thank you semua kepada yang sudi membaca :-)




Souvenirs Dari Europe Giveaway Contest

Assalamualaikum....

Selamat berweekend uolls..

Jom, sambil lepak-lepak join GA ni :-)

 Klik banner untuk join
Klik banner ni kalau nak join hokayyy

Alright... have fun everybody  $_$

Thursday, August 20, 2015

My Love In Bangkok - The Reason

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Harap sihat lah yer :-)

Hati tengah excited berbunga riang untuk hapdate latest  travel ni. Kalau tengok tajuk entry mesti ada yang boleh teka kan? Kalau dah ada wording cintan cintun tu mestilah ada kena mengena ngan buah hati pengarang jantung... LEE DONGHAE.. Hahahaha. Gila tak??? Memang gila.

Semuanya bermula di sini.................

Meroyan tengok announcement ni..  T_T