My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan Part 3

Assalamualaikum....

Hari terakhir jalan-jalan cari makan.. or maybe actually more to A'tiah's wishlist..hehe... Sebab sebagai tetamu yang diraikan, A'tiah is the priority di sini, nak pergi mana, nak buat apa, nak makan apa??? Ha.. begitulah ceriteranya. So, today's wishlist nak makan western food. Masalahnya aku ni bukan lah rajin sangat jalan-jalan cari makan kat KL ni. So, memang tak tahu lah mana tempat yang ada western food yang sedap. Makanya... mulalah search segala jenis blog makanan yang ada. Tapi kebanyakan buka waktu malam. Then A'tiah kata dia ada tengok iklan tentang kedai makanan western nama Wadi Hana. Ok... jom check Wadi Hana. Tanya pakcik G. Location kat Bangi, ok tak jauh. Tapi ada Wadi Hana Steakhouse and Wadi Hana Kitchen. Kalau nak yang full western kena pergi Wadi Hana Steakhouse lah sebab Wadi Hana Kitchen serve macam-macam jenis makanan. Ada makanan Arab, makanan Jepun, makanan western juga tapi tak banyak macam Wadi Hana Steakhouse. And today also is the last day A'tiah in KL..sobsss sobssss. Dah nak balik...huhu.. Berjimba-jimba bersama bestfriends memang tak puas kan.

Saturday, January 24, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 2

Assalamualaikum...

Sambungan entry semalam.. memang makan sungguh la kami ni..hehe

Semangat bangun awal-awal pagi ni, kalah time nak pi kerja. Tapi bagi housemate yang nak pergi kerja mandi dulu lah, kang ada pula kena sinaran laser ultraman..hehe.. sibuk orang nak pergi kerja!!!

Ok, semalam dah bincang kononya nak masuk Singapore. Saja tak dak arah. Tapi bila bangun pagi ni Una and A'tiah cakap tak payahla.. Penat nanti sebab nak balik hari kan. Lagi pula Una kata macam ada memo baru kaki dan tangan gomen kalau nak ke oversea wajib apply dulu, kalau tak pakcik kastam tahan.. Huhu... Baiklah best friends.. tak jadi ke Singapore. So destinasi terkejut tergempaq ialah Melaka. Elok sangatlah tu sebab aku sendiri pun tak pernah jalan-jalan kat Melaka..hehe...

Thursday, January 22, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 1

Assalamualaikum....

Ini kisah masa cuti new year hari tu. Cuti ni merupakan cuti-cuti untuk jalan-jalan cari oppa makan (deng!!! azam carried forward setiap tahun nak kurangkan berat badan...huahuahua!!!). Memang sengaja ambil cuti hari Jumaat sebab nak cuti panjang. Plan asal nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Konon nak jalan-jalan kat sana sambil ber photo shoot lah.. Ala-ala kat oversea (jelus tengok my kakak pergi travel ka Europe)... T_T. Ok, insya allah one day akan sampai juga ke Europe. And sepatutnya juga jalan-jalan cari makan makan ni plan untuk 4 orang, aku, chik ah, una and a'tiah tapi at the end chik ah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maka tinggal kami bertiga jerlah...huhu

Pagi new year Atiah sampai dari Kedah, naik bus turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Mujur sekarang dah senang sebab bus dari utara pun dah masuk TBS ni. Kalau tak either kena naik/turun kat Jalan Duta or Pudu Sentral. Lepas ambil A'tiah, singgah kedai mamak beli roti canai and roti telur. Balik rumah breakfast sambil tunggu Una sampai dari Shah Alam (macam jauh benar kan..hihi). Pukul 2.00 baru Una sampai (tidur dulu ler tunggu)..Then, tengah hari lokasi pertama jalan-jalan cari makan ialah kedai ayam goreng Kyochon kat One Utama.. Dah lama nak ke sana tapi belum berkesempatan. Una and aku sebagai peminat Suju haruslah ke sana kan. T_T
Tapi sekarang dutanya Lee Minho... no more suju. So penuh dengan gambar Lee Minho jerlah. sobsss sobsss =(