My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Friday, April 24, 2015

Obses Dengan Kecantikan Diri - Apa Hukum Dalam Islam ????

Assalamualaikum... Apa khabar semua?? Semoga sentiasa sihat dan ceria ^_^

Dah 24 April pun hari ini... cepat sungguh masa berlalu. Umur pun makin hari makin meningkat..uhuk uhuk uhuk. So, haruslah jaga penampilan dengan lebih mantap kan. Walaupun orang selalu kata age is just a number tapi hey!!! Kalau tak jaga, umur baru 25 tapi muka dah nampak macam 35 tahun. Apa kes???? Tak ke menganiaya and menzalimi diri sendiri kan....!!??? No no no.. harus jaga kecantikan yang Allah anugerahkan itu. Sambil itu wajib bersyukur dengan setiap apa yang Allah beri... ^_^

Last Saturday and Sunday, Alhamdulillah diri ini diberi peluang untuk menghadiri Konvensyen Fiqh Medik 2.0 - Wanita Dan Kesihatan, di Pusat Latihan DBKL. Wah!!!! Sangat-sangat menariksss dan berbaloi. Sangat banyak ilmu tentang perubatan dan Islam yang dibincangkan. Salah satu nya tentang pembedahan kosmetik dalam Islam yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Dalam Islam, hukum pembedahan kosmetik bergantung kepada 3 keadaan iaitu rawatan, pencegahan dan ubahsuai. Disebabkan 3 benda ni, so setiap pembedahan yang kita nak buat tu boleh jadi wajib, harus dan haram. Maka, mai pakat-pakat baca penerangan tentang 3 keadaan ni :-)

Tuesday, April 14, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 12 (29 September 2014)

Assalamualaikum...

Dah sampai hari terakhir misi daku itu. Hari ni harus pulang ke negara tercinta. Nak tak nak harus balik kan. Hewhew. Flight kitaorang dari Busan ke Kuala Lumpur pukul 10.35 pagi. So bangun pagi tak der lah rushing sangat kan. Barang pun dah kemas separuh, tinggal separuh lagi nak kemas. Ting tong ting tong dalam setengah jam siap kemas.. Konsep sumbat jer semua dalam luggage.. Haha. Eh, tak derlah teruk bebenor aku ni, susun lawa-lawa and kemas-kemas tau. Sedar-sedar time nak mengangkat, mak oi.. berat nau beg. Bila timbang tengok 21kg.. Hambek kau. Dahla hotel tak der lift, angkut la turun tangga. Mujur dok tingkat 1. Tapi Alhamdulillah masa dok terkial-kial heret anak gajah tu turun tangga, ada sorang uncle ongputih ni nak turun juga, so dia tolong angkat. Wah... gentleman gitew... thanks so much uncle ^_^
Settle check out, macam biasa singgah 7-E beli banana milk. Then singgah kedai roti Paris Baguette dalam Busan Station beli roti. Dah settle so harus ke stesen subway. Harus tahu yer station subway and station KTX berlainan yer. Stesen subway bertentangan stesen KTX. Jangan salah masuk.

Tuesday, April 7, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 11 (28 September 2014)

Assalamualaikum...

Iollss punya misi dah masuk hari ke-11, means lagi sehari kena lah pulang ke pangkal jalan kan...huhuhu. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi kalau dah hujan emas di negeri orang, hang duduk lah lama-lama kat negeri orang kumpul emas tu. Dah kaya raya, baru lah balik ke negeri sendiri. Kan... dah rezeki depan mata buat apa nak tolak??? Hahahaha.... Ok, let's go down memory lane jalan-jalan Korea hari ke-11.

Thursday, April 2, 2015

Life as a Quantity Surveyor

Assalamualaikum.... 
Apa khabar semua di hari kedua GST??? Hehe... Duit aku belum terbang keluar dari wallet lagi ni sejak semalam. Peram dulu..hehe. Tapi newsfeed fb dah penuh pakat komplen rege barang naik. Ok scary nak pi shopping. Hurmmm. Tak tahu nak cakap apa. Perasaan bercampur baur kan. So tengok lah camna.

Wednesday, April 1, 2015

Lee Donghae wait 4 me !!!!!

Assalamualaikum.... ^_^

Apa khabar semua??? GST Sihat ke??? hehe .... Saja nak habaq Sabtu 2 minggu lepas kelas bahasa Korea level 1A dah habis......So aku dah berjaya khatam dengan cemerlang. Yeayyyyy..!!! And dah dapat sijil pengiktirafan pun. Suka suka suka... So mak mertua, wait for me!! And of course my Donghae... Kahkahkah ^_^

Nahhh... nak tayang kat hangpa semua... Haha