Assalamualaikum..
Ha... cerita tentang cik Merah lagi... last 2 weeks rabu petang masa balik kerja kesahnya. Hari tu konon nak sampai rumah awal la, so malas nak stay lama-lama kat opis nun. Maka tepat jam 6.00 petang dah belah. Tapi hari tu hujan, walaupun renyai-renyai tapi faham-faham jelah KL ni kan.. dia punya jem alahai....... jalan kaki pun dah boleh sampai..huhu... Macam biasa, sambil driving layan lagu-lagu kat radio. Tetiba nampak asap dari depan bonet kereta. Tak delah tebal sangat, nipis je asap tu ala-ala macam asap ubat nyamuk. Mula-mula buat tak kesah sebab ingat asap ekzos motor kat depan tu. Tapi lepas motor tu jalan asap ada lagi. Ok... dah mula panik. Tapi still think positive, mungkin sebab hujan kot, cuaca sejuk so sebab tu berasap sebab enjin kereta kan panas, lagi pula sebab tengok kat panel dashboard tak ada apa-apa warning sign pun yang menunjukkan tanda-tanda temperature naik. Ha!!! very the confident uolss. Tapi dalam dok tried to be optimist, dalam hati dah mula takut. Huhu... macam mana kalau tetiba kereta terbakar, apa akan jadi pada aku?? Macam mana kalau tak sempat keluar, macam mana kalau tetiba kereta meletup???? Nauzubillah... macam-macam fikir time tu. Tak boleh jadi ni, mesti berhenti check and make sure apa yang berlaku. Nasib baik kat depan tu ada stesen minyak, so bolehlah berhenti kat situ. Tapi, memang dugaan betul la..... Walaupun jarak nak sampai stesen tu adalah dalam 20m kot tapi sebab jem tak bergerak, dekat 15minit baru nak sampai.... Huhu. Dahla time-time tu lah rasa nak ke toilet.
Ok, dah berjaya sampai pergi toilet dulu tunaikan hajat..hehehe. Then perut lapar pula, masuk kedai Mesra beli sandwich, beli mineral water then baru pergi belek semula cik Merah. Boleh pula la dok shopping makanan dalam situasi macam ni kan.. Adoyai, memang aku ni kalau stress or sedih or risau pasti nak makan. Dahla berat dah terlebih tapi lagi mau tambah kan...huhu. Ok, back to cik merah. Buka bonet depan, tengok asap tu keluar dari bahagian bateri tu. Satu jer terpikir kat kepala kalau kereta berasap, air tak ada. Then ambil kain dalam kereta, buka cover tempat isi air tu. Sangatlah berhati-hati sebab kat situ pun ada mention kan jangan buka time enjin panas, bahaya. Tapi risau dan takut punya pasal buka lah juga. Alhamdulillah selamat dibuka tanpa sebarang kecederaan. Tengok air penuh jer. Ha sudah!!!! Apa yang tak kena????? Terusla kan laju jer call Abah. "Abah, pasaipa gheta adik berasap tapi ayaq ada ja??" Jawapan spontan yang tepat dan benar dari Abah, "Minyak enjin habeh la tu!!" Oh... seriously tak pernah terfikir minyak enjin habis pun boleh buat kereta berasap. So so so typical lady driver me!!!! Memang dah sampai paras F kot !!! Tulah, terlambat service punya pasal. Patutnya last service bulan September last year tapi sebab busy la konon so skip service. Nah hambek kau!!! Buat lagi lain kali, baru tahu macam mana rasa maybe akan kehilangan cik Merah. Sobs sobs ~ ~ ~ ~
So, masuk semula kedai Mesra tu cari minyak enjin. Tapi tak tahu nak beli yang mana. Nasib baik ada pakcik yang kerja kat situ tolong. And minta tolong pakcik tu juga tolong isikan sebab of course lah aku tak tahu mana nak isi kan.. Again, so typical lady drive me!!!!! Terima kasih banyak-banyak pakcik, di kala senja menghulurkan bantuan... Lepas semua dah settle call Abah semula report. And of courselah dapat ceramah free kan...hehe.
Pesanan Abah, "bawa kereta jangan tahu bawa ja. Kena belajar juga sikit-sikit tentang kereta. Kalau-kalau jadi benda-benda emergency macam ni!! Kena tahu mana letak bateri, mana nak isi air, mana nak isi minyak enjin. Paling penting, sebelum jalan check dulu keadaan kereta. Check 5 benda ni WOFTB. Ini kira rukun kereta lah. Walaupun setakat jalan 10km ja tapi kita tak tahu apa yang jadi kat kereta sepanjang perjalanan tu. Lagi la pula kalau dah jalan sampai 1000km. Sebab tu kena sentiasa beringat, air tu sentiasa spare dalam kereta. Lagi-lagi kereta dah lama, keadaan mana nak sama macam kereta baru. Lagilah kena beringat!!!" Ha, panjang lebar kan ??? hehe... Memang lepas ni sentiasa beringat dan tak akan skip service dah la. And semalam cik Merah masuk spa. Terus kena major service kau!! Siap kena buat appointment hari lain pula untuk full aircond service. Estimated untuk full service aircond sahaja dah 1K..Huhu..... baru nak berjimba-jimba dengan duit bonus shaklee yang baru dapat tu. Pandai cik Merah pilih time!!!! Untung lah cik Merah, tuan dia pun tak pernah service sampai tahap ribu begitu. Well done cik Merah. I love you so much...
Oh, bagi yang belum tahu apa benda WOFTB tu (macam aku...haha!!!), ni dia:-
W - Water
O - Oil
F - Fuel
T - Tyre
B - Battery
Ha.. before jalan mesti check semua benda tu ok. Make sure everything dalam keadaan tip top especially to those typical lady driver like MEEEEE yang hanya tahu drive sahaja kereta !!!!!
Ok, sekian another great and valuable experience with my cik Merah
Thank you very much kepada yang sudi membaca nukilan ini =)
ishhhhhhhhhhhh tu sebijik akak tu....akak pun tau bawak keter jek.... bab2 enjin mmg haram tak tau...penah gak jadi dulu mcm tu keter berasap...rupenye kaborator bocor, air takde....yg akak ni dok laa start2 ..mujur ade mamat lalu die bagi signal so stop start enjin keter....kalo akak dok start2 mau meletop keter..... mmg kene amik tau gak kan pasal keter nie...takde laa tau bawak ajek....
ReplyDeleteuish kak lieya...itu lg bahaya tu. sy sb dok tengok panel dashboard tak kuar apa2 sign ttg temperature, tu yg pelik.hehe.. mana tau rupa2nya kes minyak enjin. nasib baik prasan, kalau tak mau mletup enjin...huhu
DeleteBab2 kete ni akak kene handle sendiri sebab xde sape nak ambik tau. Itupun akak selalu terlupa jugak service. Ada gak mntk tolong asben - prepare duit je lah..
Deletehahahaha... itu lah dia... kita ingat nak jimat makin lah kena yg dasat2 punya bayaran... so next time jangan skip service yer... dari nak buat untung terus buat rugi... sorry tertambah garam pulak
ReplyDeletesalam kenal...salam singgah juga
hehe.. bkn nk jimat service tp busy sgtlah kononnya smp nk buat apointmt service kereta pn xsempat.huhu.. pasni memg service kereta lah yg diutamakn
Deleteselamat berkenalan juga...tenkiu sudi singgah =)
Baik2 Najib, darah tinggi karang..
Deletealahai... ujian sungguh tu..
ReplyDeletelya kalo bab2 ni mmg failed..
x reti lgsung..
tu la kn..tahu bawa keta jer. memg selalunya kalau apa2 hal jd kt keta terus call Abah la
DeleteFollower #17
ReplyDeleteKeep in touch.
drshikinzainal.blogspot.com
hehehehe sama spesis lah. tapi alhamdulillah so far mmg hntr service dok penah lama or trlewat sngt. CT pun tak tau gak tmpt2 kalo nak tuang air ke apa ke.. tmpt air wiper tau la hehehe..
ReplyDeletehaha...ni lg dasyat. tpmat nk tuang air pn xtau..hehe
DeleteSaya pn sama gak jadi cam tu,tetibe berasap dalam hujan.. dashboard tunjuk betry menyala..pastu stareng terasa berat dari biasa,aircond pn xsejuk..pastu biakan dalam 30 mnit bawah hujan..pastu isi air kreta then start blik xde plk asap lagi tapi aircond xsejuk dengan stereng still terasa berat
ReplyDelete