My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, January 11, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 6 (23 September 2014)

Assalamualaikum...

Ok... lama sungguh ambil masa nak update new day kan...huhu..
Misi diteruskan untuk hari yang ke-6.

Oh..before tu, masa sampai jer hotel sesudah pulang dari Jeonju tengok ada nota cinta terlekat kat pintu bilik. Salam sayang dari manager hotel minta langsaikan balance duit sewa...hahahaha.. mujur barang-barang tak kena letak luar bilik. Kalau tak pakat menari lagu sorry sorry Super Junior la kat manager hotel...heheehe.. So esoknya awal-awal pagi before keluar pergilah settlekan duit sewa dulu kan :-)

Ok, hari ke-6 penjelajahan Korea bermula seawal jam 8.15 pagi. Berebut-rebut dengan penduduk Korea menaiki subway menuju ke destinasi masing-masing.. Cewah.. skema betul ayat. Keluar awal-awal pagi di hari kerja bolehlah tengok macam mana betapa lajunya mereka berjalan untuk kejar jadual train. Actually bukan jalan dah, berlari-lari dah ala-ala macam sa'ie tu... Ha!!! Cegitu lah lebih kurang.

Plan kami hari ni menuju ke Korea Folk Village yang terletak di Suwon. Ala.. tempat ada rumah-rumah traditional yang banyak-banyak tu, yang selalu jer shooting drama-drama zaman dolu kala buat kat sini. Running Man punya episode pun ada juga kat sini... Dah ingat ke?? Kalau belum sat lagi kita pakat tengok gambaq na!!! Ok, journey starts macam biasa, bermula dari stesen Hoegi ambil train line 1 (Cheonan Line) ke arah Sinchong terus ke stesen Suwon. Lama uolls nak sampai stesen Suwon ni, kena lalu 32 stations..ambil masa lebih kurang 82minit. Ha!!! Lama kan.. memang tidur la dalam train ni. Dah sampai stesen Suwon, turun keluar kat exit 5 pergi terus ke arah tourist info center. Dari Suwon Station ni ada shuttle bus ke korea folk village, time dia 10.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 2.30 petang. Plan memang nak ambil shuttle bus pukul 10.30 pagi sebab nak jimat kos tapi apakan daya, kita merancang Allah yang menentukan segalanya. Redho... kami sampai pukul 10.40 pagi, terlewat 10 minit. Tapi pergi jugalah kat tourist info centre tu sebab nak tanya nak naik bus no berapa nak ke sana. Sorry terlupa apa no bus..hehehe... So kenalah juga bayar tambang 1,050 won..huhuhu... Bus memang berhenti dalam kawasan korea folk village tapi tak adalah betul-betul depan pintu masuk. Bus berhenti lebih kurang jarak 200m dari pintu masuk, so jalan lah ke sana. Macam biasa, before masuk kena beli tiket dulu. Harga tiket 15,000 won tapi sebab ada discount coupon dapat 10,000won. Yeay!!!! Dah jimat 5,000 won... boleh makan besar..hehehe.... Oh, satu benda penting untuk umat Islam, kat sini ada surau tau !!! Masa beli tiket tu korang boleh tanya orang yang jaga kat kaunter tu kat mana area surau. Nanti dia bagitau ok.

Ni pintu masuk dia... sebelah kanan kaunter tiket

Dalam folk village ni ada macam-macam aktiviti dia buat. Ada pertunjukan akrobatik atas tali, ada farmers music and dance, ada traditional wedding and ada juga equestrian feats. Dalam sehari setiap pertunjukkan ni diulang sebanyak dua kali. So, pandai-pandai korang lah yer bajet time kalau nak tengok semua show. Untuk maklumat lanjut setiap show korang boleh check sendiri kat web Korea Folk Village kat sini ha www.koreanfolk.co.kr/multi/english . Ok, jom masuk jalan-jalan tengok ada apa dalam ini kampung.

Masuk-masuk jer tengok ada beberapa orang budak perempuan sedang berlari mengejar seorang lelaki yang berpakaian traditional. Oh!!! Siapakah gerangan insan itu??? Yang pasti, confirm retis uolss.. Kalau tak, tak delah bebudak itu pulun sangat nak kejar kan. Sebenarnya aku pun teringin juga nak kejar tengok, tapi of courselah control ayu kan !! haha.. Dalam dok control pun laju juga lah jalan menuju ke arah lelaki itu pergi. Tapi sayangnya laju benor laki tu jalan. Tak dapat nak tengok siapakah gerangan. Yang pasti lagi dia tengah rushing ke shooting set sebab budak-budak tu ajak ambil gambar dia tolak dan ada lagi yang nak ambil gambar juga, pun dia tolak. Dah pulun jalan ikut jejak laki tu maka ketemulah tempat penggambarannya. Sayangnya... tak dapat tengok siapa dia sebab diaorang shooting kat atas satu pavilion yang terletak agak jauh ke dalam dari pintu masuk. Dan ada pula bodyguard dok jaga kat pintu tu. Nak curi-curi snap photo pun tak boleh uolss... Frust!!!! Maka, berlalulah kami dari situ membawa hati yang lara...Uhukuhuk... gediksss sangat kan... Ahaksss... Ceh, walhal dalam dok poyo macam tu sempat lagi check website KFV ni tengok current drama yang tengah shooting sebab pulun nak tahu sapa retis tu. Tapi tak hapdet pula web itu... Memang tak de jodoh la, so sampai sini jerlah kepulunan aku. Hehee.. Teruskanlah menjelajah kampung ni.

Sangatlah besar kampung ni. Kalau nak masuk setiap penjuru memang penat oi. So, tengok-tengok sambil lalu jerlah. Mana sempat and rasa menarik masuk singgah kejap. Lagi pula, kebanyakan rumah sama jer. Rumah-rumah traditional zaman dulu kan, era Joseon Dynasty nun.. Tapi kat kampung ni tak adalah orang duduk, cuma rumah-rumah kosong. Ala-ala macam muzium lah senang cita.. Dalam ni ada food court juga tau, ada restoran, ada toilet, ada kedai-kedai jual souvenirs (haruslah kan!!!). Ada juga rumah fortune teller.. serrrammm uolsss masa masuk compound rumah ni. Mula-mula ingatkan contoh rumah fortune teller zaman dolu kala, so laju juga lah kaki ni menuju nak masuk. Sekali itu adalah rumah betul seorang fortune teller yang sedang menunggu kedatangan para pelanggan. Nasib baik Chik Ah cepat cakap kat aku. Kalau tak, hambek kau!!! Mau terkena kenan zaman Joseon...huhuhu... Cepat-cepat jalan keluar.

Ni la rumah fortune teller tu... Nampak tak ada asap-asap keluar??? Serrrammmmm
Acara traditional wedding baru jer selesai so tak dapatlah nak tengok langkah-langkah dan procedure yang betul wedding diaorang kan.. Tak pelah, dulu dah tengok dalam drama Princess Hours, lebih kurang jerlah kot kan...hehehe... Next performance ialah farmers dancers tapi tu pukul 2 petang. Sekarang baru pukul 12, so banyak masa lagi. Jadi, pusing-pusinglah kawasan. Time ni sangat ramai budak-budak tadika buat rombongan. Sangatlah comey lotey mereka ini dan riuh rendah kawasan ni... Budak-budak sekolah rendah pun ada juga...!!!

Lawatan sambil belajar gamaknyer

Traditional wedding dress













Pokok untuk hajat jahat.. pokok ni ada dalam drama Arang gandingan Lee Jun Ki & Shin Min Ah





Kat sini juga ada poster-poster drama yang shooting kat sini dan juga lifesize cardboard pelakon-pelakon drama itu... Tak dapat jumpa real person, dengan cardboard pun bolehla kan kita bergambar... :-)

Suka betul Chik Ah dapat bergambar ngan Lee Jun Ki

Raja terhensem abad ini.. terus meliuk lentok si Sarah ni ha!!!



Walaupun hanya bergambar sebelah gambar Kim Tae Hee... tapi tetap terserlah ke'cun'an dia..uhukuhuk...


Lee Dong Wook Oppa ^_^
Yeay... dapat peluk Mickey.. ok, hormon adrenalin terlebih

Gatal jer tangan nak membeli kan..hehe

Sungai ni sangat cantik dan jernih air dia


Pulun sungguh kan dok menggalas menda alah ni..haha

Kat Malaysia pun hado... saja gedikssss


Kakak baju putih tu cikgu tadika uolss.. cantik!!!
Nampak macam dalam painting kan.. tapi this is real !!!

Kedai buat pisau

Ok.. dah pukul 2 petang.. So semua pakat pergi berkumpul kat arena persembahan nak tengok farmers dance punya persembahan. Memang sangat best. Ada antara aksi-aksi tarian tu macam ala-ala kungfu terbang, suka sangatlah budak-budak tadika ni tengok. Kitaorang pun enjoy juga.. Hihihi

Farmers dance.. suka bebenor budak-budak tadika ni tengok !!
Habis persembahan farmers dance tu, bergerak pula ke arena persembahan yang lain. Nak tengok aksi akrobatik berjalan atas tali. Memang hebat !!! Ahjussi okay yang jalan atas tali tu bukannya oppa.. Bila dia melompat terasa terhenti jantung tapi bila tengok dia landing balik rileks jer atas tali tu, fuhhhh... legaaaa rasa. Tapi kitaorang tak tunggu sampai habis pun performance ni sebab nak kejar masa. Nak balik ke stesen Suwon naik bus shuttle yang pukul 3.30 petang. Tengok jam dah pukul 3, solat pun belum. Maka bergegas lah ke surau...
Hampir 10 minit juga la dok mencari surau. Dok ikut map yang diberikan tu. Alhamdulillah berjaya jumpa :-)

Jambatan nak ke surau
Rupa-rupanya di seberang jambatan di atas, kita seolah-olah masuk dunia lain. Sebab di seberang jambatan ni bangunan dia adalah modern kesemuanya. Ala-ala macam disneyland gitu... Tapi sebab nak rushing cari surau kan so tak sempatlah nak snap gambar..hehe..sorry !!!

Dewan pameran kebudayaan Malaysia dan Indonesia... Bangga !!! Surau bertentangan bangunan ni



Surau dia bukanlah surau yang sempurna macam kat Malaysia ni. Tak ada tempat nak ambil wudhuk. Wudhuk ambil kat toilet yang ada kat sebelah bangunan tu. Tempat solat ni pula actually kat sebelah pintu masuk exhibition hall, berdinding cermin. Cuma diletakkan palang masuk dan tanda amaran dilarang pakai kasut.. Kiranya orang lalu lalang bolehla nampak kita solat. Tapi, as long as ada tempat solat yang bersih ok la kan... Oh, ada tunjuk arah kiblat juga :-)

Gambar surau tak sempat nak snap sebab jam dah pukul 3.25 petang. Selesai jer solat aku terus pecut ke pintu masuk sebab takut bus dah sampai. At least sorang dah sampai sana boleh minta driver tunggu kejap kalau yang lain terlambat kan. But u know what??? Bus lambat 15minit...Huhuhu. Mula-mula ingat dah kena tinggal tapi bila tengok ramai yang menunggu lega.. Plan nak makan seafood pancake pun musnah. Perut dah lapar...Huhu... Sampai stesen Suwon nanti lah pikir semula, janji naik bus dulu.

Ok..sampai jer kat stesen Suwon, ternampak Lotteria.. Alhamdulillah!!!! Kat situ ada burger udang yang boleh dimakan dan sedap (ikut kata blog orang). Tak pikir panjang dah..laju jer masuk beli. Satu set ada burger + fries + air harga dia 6,300 won. Lebih kurang macam MacDonald la set dia. Tapi tak makan kat situ, tapau!!! Sebab next plan ialah ke Suwon Hwaseong Fotress.

Dari sini, pergi semula ke tourist info centre tu cakap kat diaorang nak ke Suwon Fotress. Nanti dia bagi satu kertas tulis no bus yang perlu kita naik. Turun kat Paldalmun Bus Stop. Bunyi macam senang kan??? Tapi ni pun kitaorang tersalah turun..hehehe.. Tak tahulah nak cakap, salah turun or salah faham. Or maybe sebab ingat dah sampai kot. Sebab nampak satu kota tengah-tengah pekan tu ha!!! Oh, perjalanan dia dekat jer, 10minit jer dari stesen Suwon tadi. Tapi rasanya tak adalah salah sangat sebab tempat yang kitaorang turun tu ialah depan Paldalmun Gate. Gate ni ialah gate bahagian selatan untuk masuk ke Hwaseong Fotress tu. Oh, dok sebut Hwaseong Fotress dari tadi tapi tak cakap apa benda menda alah ni kan...hehe. Hwaseong Fotress ini dibina oleh King Jeongjo pada zaman Joseon sebab 2 perkara. Pertama sebab nak pindahkan makam ayahanda baginda ke sini dan satu lagi sebab nak kukuhkan kuasa baginda sebagai raja. Plan baginda nak pindahkan keseluruhan pentadbiran ke Suwon ni instead of kat Seoul. And info ni of courselah aku baca kat web Korea Tourism..hehe.. Tak kuasa den nak khatam segala bagai sejarah negara orang ni. Sejarah negara sendiri pun fail...huhuhu.

Paldalmun Gate

Tapi bila sampai kat sini, tengok pintu gate tu tutup.. So, macam mana nak masuk??? Atau memang tak boleh masuk kot.. Ok, memang sangat blur dah setaraf blur Song Ji Hyo. Maka musnahlah harapan dan frustlah kami untuk melawat Hwaseong Fotress. Tapi dah alang-alang sampai sini jalan-jalan lah dulu sekitar kawasan ni. Sedang berjalan nampak satu kedai baju buat sale... Harga murah i tell u.. Apa lagi??? Shopping is the best medicine kan for girls...hehe...Ni memang totally impromptu shopping. Hasil memancing dapatlah setiap orang sehelai baju. Ok lah tu, tak plan nak shopping pun. Tapi ada hikmah juga. Masa shopping tu tanya tokey kedai macam mana nak masuk Hwaseong Fotress tu, mestilah tunjuk gambar dari web kan. Ahjumma tak pandai speaking london uolls... penat nak explain. Dah macam-macam gaya tangan tu, kalah mami jarum.. Oopsss... Then baru tahu rupanya kena jalan jauh lagi ke depan lebih kurang dalam 1km juga lah. Ok, selesai bayar jalan ke depan lagi. Dah separuh jalan jumpa student sekolah tanya lagi sekali untuk confirm. Confirm betul.. Yahooooo...

Bergambar itu wajib.... :-)
Dah sampai... tapi itu sampai depan istana sementara yang Raja guna untuk berehat dan berlindung ketika perang. Namanya Hwaseong Haenggung. Bertentangan istana tu ada loceng besar. Jalan nak menuju ke Hwaseong Fotress masih tak tahu kat mana..Haha.. So funny. Tak perlah, dah sampai istana ni so moh ler masuk tengok istana ni !!!

Loceng besar
Ok... jom masuk istana. Sepatutnya istana ni tutup pukul 6.00 petang tapi hari ni dia tutup pukul 8 malam. Ok lah kan.. boleh jalan-jalan lama sikit. Agak besar kot istana ni. Ada bukit lagi kat belakang dia. Agaknya itulah fotress nya sebab dia bersambung ngan istana ni.

Nampak tak atas jalan tu macam ada corak-corak????

Inilah corak atas jalan tu.. gambar suasana medan peperangan zaman dolu kala



Pintu masuk istana

Istana ni tempat shooting drama Jewel In The Palace










Bilik-bilik pegawai istana


Mula-mula jengok dalam terkezzutt wey!! Ingat orang betul


















Duduk makan burger kat atas ni...sangat best. Atas bukit, dikelilingi bunga dan angin yang mendamaikan

Dah malam.. bila lampu dibuka lagilah cantik
Ok... done jalan-jalan dalam kawasan istana ni. Best juga walaupun hajat asal nak tengok fotress tu...Huhuhu... Keluar dari istana ni pun dah hampir pukul 7.30 malam. Lepas balik dari sini memang tak singgah mana-mana dahlah. Penat berjalan. Terus balik hotel... Sebab plan esok nak ke Nami Island. Yeay!!! Tempat famous sebab drama winter sonata tu!!!

Maka selesailah jalan-jalan hari ke-6......


Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)







10 comments:

  1. salam...wa bestnya dapat p korea lama dk berangan dh...

    ReplyDelete
  2. Salam Norsalihah,

    TQ sudi singgah ke blog Dunia Farel. Maaf sebab lambat saya reply mesej awak ye sebab masa tu saya tiada di Malaysia. Anyway malu jugak saya sebab dah lama saya tak hupdate blog tu. Tapi masih ada juga yang sudi singgah membaca. Your Blog jugak amat menarik. Salam kenal dan I'm done following your blog ni. Keep in touch and blog walking ye.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Farel..lama tl menghilang dalam dunia blog..when u will comeback ye

      Delete
  3. Korea FOlk Village? manarik!! sis JM belum pernah ke sana..next trip nk try ajak kawan terjana sana tapi 82 min perjalanan tu tak tahan..nanti try tanya member nk pegi ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidur je dlm train tu sis seb keluar awal kn...hehe

      Delete
  4. adoooiyai banyaknye station kena lepas.. sempat mimpi dulu eh.. pelakon yanv laju aje jalan tu da lambat kot.. kang director jerit marah marah.. aaauch hensemnya kim soohyun. dapat patung tu bawa balik pun hookay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg tidur pn ct ooiii... mimpi jumpa donghae..haha.. sanggup ke nk angkut patung kim soo hyun tu...haha

      Delete
  5. roof top princess kan cite blakon kat sini? eh ye ke.

    ReplyDelete
  6. Salam sis...cmne yek awk dpt voucher disc masuk ke kfv ni ? Yer la kn...klo dpt disc kan best...jimat sikit...lg stu, ms awk pegi ni hr apa?...sbb awk hwaseong fortress ni tutp lbt sikit dr biasa...tq in advance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rynn... buku kupon tu boleh pegi mnta kat korea plaza menara hap seng jalan p.ramlee. tp kna bawa itinerary flight sbg bukti kita nak ke korea. saya ke hwaseong fotress ni 23 sept 2014 hari selasa tp bkn hari selasa tutup lewat cuma kebetulan hari tu jer tutup lewat. kalau hari lain pukul 6 dah tutup kalau tak salah. yg ni awak kena cek dulu b4 pegi. n yg saya masuk tu palace dia seb xjmpa jln masuk fotress tu...huhu

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^