My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Showing posts with label makanan korea halal. Show all posts
Showing posts with label makanan korea halal. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 11 (28 September 2014)

Assalamualaikum...

Iollss punya misi dah masuk hari ke-11, means lagi sehari kena lah pulang ke pangkal jalan kan...huhuhu. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi kalau dah hujan emas di negeri orang, hang duduk lah lama-lama kat negeri orang kumpul emas tu. Dah kaya raya, baru lah balik ke negeri sendiri. Kan... dah rezeki depan mata buat apa nak tolak??? Hahahaha.... Ok, let's go down memory lane jalan-jalan Korea hari ke-11.

Wednesday, April 1, 2015

Lee Donghae wait 4 me !!!!!

Assalamualaikum.... ^_^

Apa khabar semua??? GST Sihat ke??? hehe .... Saja nak habaq Sabtu 2 minggu lepas kelas bahasa Korea level 1A dah habis......So aku dah berjaya khatam dengan cemerlang. Yeayyyyy..!!! And dah dapat sijil pengiktirafan pun. Suka suka suka... So mak mertua, wait for me!! And of course my Donghae... Kahkahkah ^_^

Nahhh... nak tayang kat hangpa semua... Haha

Thursday, January 22, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 1

Assalamualaikum....

Ini kisah masa cuti new year hari tu. Cuti ni merupakan cuti-cuti untuk jalan-jalan cari oppa makan (deng!!! azam carried forward setiap tahun nak kurangkan berat badan...huahuahua!!!). Memang sengaja ambil cuti hari Jumaat sebab nak cuti panjang. Plan asal nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Konon nak jalan-jalan kat sana sambil ber photo shoot lah.. Ala-ala kat oversea (jelus tengok my kakak pergi travel ka Europe)... T_T. Ok, insya allah one day akan sampai juga ke Europe. And sepatutnya juga jalan-jalan cari makan makan ni plan untuk 4 orang, aku, chik ah, una and a'tiah tapi at the end chik ah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maka tinggal kami bertiga jerlah...huhu

Pagi new year Atiah sampai dari Kedah, naik bus turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Mujur sekarang dah senang sebab bus dari utara pun dah masuk TBS ni. Kalau tak either kena naik/turun kat Jalan Duta or Pudu Sentral. Lepas ambil A'tiah, singgah kedai mamak beli roti canai and roti telur. Balik rumah breakfast sambil tunggu Una sampai dari Shah Alam (macam jauh benar kan..hihi). Pukul 2.00 baru Una sampai (tidur dulu ler tunggu)..Then, tengah hari lokasi pertama jalan-jalan cari makan ialah kedai ayam goreng Kyochon kat One Utama.. Dah lama nak ke sana tapi belum berkesempatan. Una and aku sebagai peminat Suju haruslah ke sana kan. T_T
Tapi sekarang dutanya Lee Minho... no more suju. So penuh dengan gambar Lee Minho jerlah. sobsss sobsss =(

Saturday, December 27, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 5 (22 September 2014)

Assalamualaikum....

Yeay.. hari ke-5!!! Berzaman nak buat kan..hehehe...sorry.

Ok, bangun pagi dengan perasaan gembira dan tenang. Al-maklumlah tidur dalam suasana fefeeling princess zaman Joseon, huahuahua... So, bangun pagi ni semangat nak jalan-jalan cari saki baki anak raja Korea..hahaha...verangan sangat!!!!

Semalam, before tidur masing-masing dah buat MoU pagi ni kena breakfast kkongnamul gukbap kat kedai Sam Baek Jib.. ni salah satu makanan yang kena makan kalau datang Jeonju Hanok Village ni. Guesthouse ni ada sediakan breakfast juga, roti + jem and kopi and peach tea... Tak per, itu 2nd round...hehehe. So, dah siap cun-cun memasing maka keluarlah mencari makanan. Suasana pagi ni tak tahu camna nak gambarkan, sangat fresh... Udara yang segar, suasana yang damai. Pendek kata, kalau ada yang stress meroyan ngan kerja kat office yang tak pernah habis tu kan, sangat-sangat digalakkan lah korang datang berhibernasi kat kampung ni at least seminggu. Confirm pas tu kepala hotak korang normal balik.. Ok, terbebel sebentar.

Sunday, December 21, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 4 (21 September 2014)

Assalamualaikum... sambungan hari ke-4 jalan-jalan kat Korea :-)

Plan asal hari ke-4 ialah dari Seoul terus ke Daedunsan Provincial Park, yang terletak di Daerah Jeollabuk-do. Kiranya luar dari Seoul la. Kemudian dari Daedunsan Provincial Park ke Jeonju Hanok Village then ke Maisan Provincial Park kat  Jinan. Mengikut hasil pertanyaan dari pakcik G travel dari Seoul ke Daejeon mengambil masa 2 jam.. Means lebih kurang dari KL ke Melaka or KL ke Ipoh. Awat aku beria nak pi sana??? Sebabnya masa pergi workshop kat Korea Plaza before travel hari tu, daku jatuh chenta dengan view dalam gambar kat bawah ni.

Gambar ehsan pakcik G

Thursday, November 13, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 1 (18 Sept 18 2014)

Assalamualaikum....

South Korea.....!!!!!!!! Daehanminguk...!!!!!!!!

Kalau yang pakat dok gila tengok drama Korea n gila kpop memang wajiblah kan terbang ke sana. Kalau tak pergi mesti pakat meleleh air liur tengok orang pakat pergi... Sakit jer hati, terbakar rasa..hehehehe

So, segala penat lelah aku sangatlah berbaloi. 12 hari stay kat sana tapi still tak puas rasa. Definitely will go again !!!!! Insya Allah..Cuti-cuti ini aku namakan ia #Misi12HariMencariCinta.. Kenapa nama dia begitu???? Sebab salah satu tujuan, impian dan harapan ke sana nak jumpa dengan Lee Donghae.. member group Super Junior yang hensem, kacak, cute, ganteng itu.. Cewah.. macam boleh jumpa begitu jer kan. Dah angau tahap cipan lah katakan.. Memang lompat sampai bintang la kalau dapat berjumpa.


Tadaaaa.......... Ladies & gentlemen i am gladly to present u my other heart, Lee Donghae (*_*)