My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, January 25, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan Part 3

Assalamualaikum....

Hari terakhir jalan-jalan cari makan.. or maybe actually more to A'tiah's wishlist..hehe... Sebab sebagai tetamu yang diraikan, A'tiah is the priority di sini, nak pergi mana, nak buat apa, nak makan apa??? Ha.. begitulah ceriteranya. So, today's wishlist nak makan western food. Masalahnya aku ni bukan lah rajin sangat jalan-jalan cari makan kat KL ni. So, memang tak tahu lah mana tempat yang ada western food yang sedap. Makanya... mulalah search segala jenis blog makanan yang ada. Tapi kebanyakan buka waktu malam. Then A'tiah kata dia ada tengok iklan tentang kedai makanan western nama Wadi Hana. Ok... jom check Wadi Hana. Tanya pakcik G. Location kat Bangi, ok tak jauh. Tapi ada Wadi Hana Steakhouse and Wadi Hana Kitchen. Kalau nak yang full western kena pergi Wadi Hana Steakhouse lah sebab Wadi Hana Kitchen serve macam-macam jenis makanan. Ada makanan Arab, makanan Jepun, makanan western juga tapi tak banyak macam Wadi Hana Steakhouse. And today also is the last day A'tiah in KL..sobsss sobssss. Dah nak balik...huhu.. Berjimba-jimba bersama bestfriends memang tak puas kan.

Saturday, January 24, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 2

Assalamualaikum...

Sambungan entry semalam.. memang makan sungguh la kami ni..hehe

Semangat bangun awal-awal pagi ni, kalah time nak pi kerja. Tapi bagi housemate yang nak pergi kerja mandi dulu lah, kang ada pula kena sinaran laser ultraman..hehe.. sibuk orang nak pergi kerja!!!

Ok, semalam dah bincang kononya nak masuk Singapore. Saja tak dak arah. Tapi bila bangun pagi ni Una and A'tiah cakap tak payahla.. Penat nanti sebab nak balik hari kan. Lagi pula Una kata macam ada memo baru kaki dan tangan gomen kalau nak ke oversea wajib apply dulu, kalau tak pakcik kastam tahan.. Huhu... Baiklah best friends.. tak jadi ke Singapore. So destinasi terkejut tergempaq ialah Melaka. Elok sangatlah tu sebab aku sendiri pun tak pernah jalan-jalan kat Melaka..hehe...

Thursday, January 22, 2015

Jalan-jalan Cari Makan Part 1

Assalamualaikum....

Ini kisah masa cuti new year hari tu. Cuti ni merupakan cuti-cuti untuk jalan-jalan cari oppa makan (deng!!! azam carried forward setiap tahun nak kurangkan berat badan...huahuahua!!!). Memang sengaja ambil cuti hari Jumaat sebab nak cuti panjang. Plan asal nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Konon nak jalan-jalan kat sana sambil ber photo shoot lah.. Ala-ala kat oversea (jelus tengok my kakak pergi travel ka Europe)... T_T. Ok, insya allah one day akan sampai juga ke Europe. And sepatutnya juga jalan-jalan cari makan makan ni plan untuk 4 orang, aku, chik ah, una and a'tiah tapi at the end chik ah tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Maka tinggal kami bertiga jerlah...huhu

Pagi new year Atiah sampai dari Kedah, naik bus turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Mujur sekarang dah senang sebab bus dari utara pun dah masuk TBS ni. Kalau tak either kena naik/turun kat Jalan Duta or Pudu Sentral. Lepas ambil A'tiah, singgah kedai mamak beli roti canai and roti telur. Balik rumah breakfast sambil tunggu Una sampai dari Shah Alam (macam jauh benar kan..hihi). Pukul 2.00 baru Una sampai (tidur dulu ler tunggu)..Then, tengah hari lokasi pertama jalan-jalan cari makan ialah kedai ayam goreng Kyochon kat One Utama.. Dah lama nak ke sana tapi belum berkesempatan. Una and aku sebagai peminat Suju haruslah ke sana kan. T_T
Tapi sekarang dutanya Lee Minho... no more suju. So penuh dengan gambar Lee Minho jerlah. sobsss sobsss =(

Sunday, January 18, 2015

Apabila cik Merah berasap

Assalamualaikum..

Ha... cerita tentang cik Merah lagi... last 2 weeks rabu petang masa balik kerja kesahnya. Hari tu konon nak sampai rumah awal la, so malas nak stay lama-lama kat opis nun. Maka tepat jam 6.00 petang dah belah. Tapi hari tu hujan, walaupun renyai-renyai tapi faham-faham jelah KL ni kan.. dia punya jem alahai....... jalan kaki pun dah boleh sampai..huhu... Macam biasa, sambil driving layan lagu-lagu kat radio. Tetiba nampak asap dari depan bonet kereta. Tak delah tebal sangat, nipis je asap tu ala-ala macam asap ubat nyamuk. Mula-mula buat tak kesah sebab ingat asap ekzos motor kat depan tu. Tapi  lepas motor tu jalan asap ada lagi. Ok... dah mula panik. Tapi still think positive, mungkin sebab hujan kot, cuaca sejuk so sebab tu berasap sebab enjin kereta kan panas, lagi pula sebab tengok kat panel dashboard tak ada apa-apa warning sign pun yang menunjukkan tanda-tanda temperature naik. Ha!!! very the confident uolss. Tapi dalam dok tried to be optimist, dalam hati dah mula takut. Huhu... macam mana kalau tetiba kereta terbakar, apa akan jadi pada aku?? Macam mana kalau tak sempat keluar, macam mana kalau tetiba kereta meletup???? Nauzubillah... macam-macam fikir time tu. Tak boleh jadi ni, mesti berhenti check and make sure apa yang berlaku. Nasib baik kat depan tu ada stesen minyak, so bolehlah berhenti kat situ. Tapi, memang dugaan betul la..... Walaupun jarak nak sampai stesen tu adalah dalam 20m kot tapi sebab jem tak bergerak, dekat 15minit baru nak sampai.... Huhu. Dahla time-time tu lah rasa nak ke toilet.

Thursday, January 15, 2015

Belajar Hangeul....

Assalamualaikum semua.. :-)

Kiter dah register belajar bahasa Korea..... Hehe. Belajar bahasa korea atau dalam bahasa korea nya hangeul... Ni salah satu azam sejak gila tengok drama Korea...hehe.. Rugilah kan kalau dok nganga tengok drama Korea tapi sepatah habuk pun tak paham... Balik-balik yang ko terror cakap sarangheyo jerlah Norsalihah oi.. so, now dah alang-alang dapat peluang, maka pergilah belajar kan...Tapi yang ni class untuk level 1A. Kiranya kelas yang paling basic la. Belajar ABC dia dulu. Macam budak baru masuk tadika  gitew..

Macam mana boleh register?? Ha... actually dari dulu lagi nak register tapi survey separuh jalan, terhenti. Kat KTO menara Hup Seng ada buat free jer tapi weekdays, memang tak dapatlah kan... Then, tiba-tiba masa bulan December ari tu, my colleague cakap kat Groupon ada jual untuk belajar bahasa Korea. Apa lagi, tergedik-gediklah nak beli..hewhew.. So, my klik and I pun beli lah.. Untung tau beli kat Groupon ni sebab harga dia saaaaaangatlah murah...hihi.. 3 bulan kelas, setiap minggu 1 1/2 jam belajar harga RM155.00. Harga asal RM500.00. Untungkan ??!! Lagi pula sebab kelas tu kat area shoplot sebelah Sunway Pyramid tu, dekat dengan rumah, so haruslah register kan..!!