My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, December 21, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 4 (21 September 2014)

Assalamualaikum... sambungan hari ke-4 jalan-jalan kat Korea :-)

Plan asal hari ke-4 ialah dari Seoul terus ke Daedunsan Provincial Park, yang terletak di Daerah Jeollabuk-do. Kiranya luar dari Seoul la. Kemudian dari Daedunsan Provincial Park ke Jeonju Hanok Village then ke Maisan Provincial Park kat  Jinan. Mengikut hasil pertanyaan dari pakcik G travel dari Seoul ke Daejeon mengambil masa 2 jam.. Means lebih kurang dari KL ke Melaka or KL ke Ipoh. Awat aku beria nak pi sana??? Sebabnya masa pergi workshop kat Korea Plaza before travel hari tu, daku jatuh chenta dengan view dalam gambar kat bawah ni.

Gambar ehsan pakcik G

I suka sangat uollss nak merentasi jambatan gantung tu. Panjangnya hanya 50mm tapi perasaan lalu kat sana macam naik roller coaster. Ini apa yang orang cakap lah. Heheheh... Sendiri cakap manalah boleh cakap sebab tak sampai lagi kat sana kan !!!
So macam biasa keluar pagi-pagi in the morning terus ke Seoul Express Bus Terminal. Dari station Hoegi terus ambil line 7 ke station Sangbong. Tapi before keluar pergi cari manager hotel dulu nak cakap yang kami ni tak ada kat Seoul untuk 2 hari, so balance duit sewa bilik kami akan bayar masa balik nanti hokay... Tapi bila sampai kat opis tengok tak ada orang. So, kami pun berlalu begitu sahaja..Hehehe.. Mana boleh buang masa kan. Jauh lagi perjalanan ni. Then pergi ke bus terminal bus beli tiket bus untuk ke Daejeon. Oh, kami mengharapkan kat bus terminal ni ada money changer.. yer lah, tempat tourist confirm akan pergi mesti akan ada kemudahan ni kan.. Sekali oh no!!!!!!! non-hado... Tanya pakcik guard kat situ ada tak kawasan sekitarnya yang ada money changer, dia kata non-hado. Kena pergi Itaewon or Gangnam...uhuk-uhuk... Salah perancangan... Maka selepas berbincang kami ke Itaewon. Sebab dah alang-alang nak pegi tukar duit baik pergi makan terus lah, Itaewon sangat banyak makanan halal ok.... :-)

Dah alang-alang sampai Itaewon, kami cari kebab la.. sebab ramai ni pakat dok ceghita kebab kat Itaewon sana nun sedapppp... so, sesampai kat sana, keluar ikut exit 4, turn left, ada bangunan Lady M Cake Boutique sebelah kanan.. Belakang tu ada IBK bank, untuk foreigner. Everyday buka. So pergilah tukar duit kat situ. Dan paling best tukar duit kat sini currency dia murah dari tempat lain, so boleh dapat banyak...suka suka suka... Tapi sorry lupa nak ambil gambar bank..huhuhu.


Keluar sini pastu terus ke kiri. Bank kat belakang bangunan Lady M Cake Boutique tu :-)
Ok.. lepas tukar duit, mestilah next activity is jalan-jalan cari makan... yeay!!! Semua dah kebulur kot. Pagi tadi breakfast biskut munchys yang kecik-kecik tu sebungkus dan banana milk sebotol ajer. Maka, bergerak la mencari restoran kebab. Dari bank terus ke kanan dalam 50m kot, jumpa restoran Ankara Picnic. Tak fikir panjang dah terus laju jer masuk..hehehe.. Masing-masing order set kebab ayam dengan nasi. Set dia termasuk soft drink. Harga 8,000 won. Sangat sedap......!!!

Abam hensem tengah slice kebab..heeeee

Makan time perut sangat lapar, sangatlah nikmat



Masa kat Itaewon ni kan, rasa macam kat Malaysia..hehehe... sebabnya jalan selangkah jumpa orang Malaysia. Maybe sebab kat sini senang nak cari makanan halal, so ramailah yang suka stay area sini. Dan seperti yang aku khabarkan before ni, orang Malaysia ni kalau jumpa kat oversea masing-masing pakat ramah tamah.. Jumpa bagi salam, tegur, tanya khabar, sembang-sembang.. dan seangkatan dengannya lah. Oh, kami jumpa juga dengan dua orang lelaki delegasi Malaysia ke Sukan Sea Inchon, lama juga lah dok sembang-sembang dengan diaorang kat tepi jalan tu. Jumpa orang Brunei juga, diaorang pergi kursus kat sana. Benarlah kata pujangga, jauh perjalanan luas pengalaman. Minda dan mata kita lebih terbuka.. Allah pun ada berfirman dalam Al-quran suruh kita sentiasa travel tengok sejarah dan bukti kehidupan zaman dulu... Ok, jom travel selalu... :-)

Habis makan-makan bagai jam dah pukul 12. so terus bergerak semula ke bus terminal. Laju jer beli tiket ke Daejeon. Kat sini cacat sikit perancangan, sebab tak terfikir bila sampai daejeon tu nanti dah lewat. Bus ke daejeoncheongsa pukul 12.41. Harga tiket 9,600 won. Perjalanan ambil masa kira-kira 2 jam. Ok, sampai ja kat sana dah dekat pukul 3. Masa check ngan pakcik G nampak mudah, dari bus stop Daejeon tu ambil je bus ke Daendunsan Provincial Park. Tapi bila dah sampai..uwaaa... agak susah !!! Lama juga dok kat bus stop tu dok tanya pakcik G camna nak ke sana. Last sekali pergi kat kaunter bus stop tu tanya orang yang jual tiket kat situ. Oh, bus stop Daejeon ni bukan macam bus stop biasa. Dia macam mini bus terminal untuk bas-bas ekpres, sebab tu ada kaunter jual tiket. Nasib baik Eonni yang kerja dalam tu boleh speaking london sikit-sikit.. Tunjuk kat dia gambar Daedunsan Provincial Park, tanya macam mana nak ke sana. Dia pun bagi lah arahan nak naik bas mana untuk ke bus stop seterusnya. Dari bus stop tu nanti ambil bas lain pula ke sana. Ok, lega.. Then berjalan ke depan dalam 500m untuk ambil bas yang dimaksudkan. Bas sampai, naik. Bila turun je kat bus stop yang dimaksudkan, rasa tak sedap hati. Nampak macam ada yang tak kena jer.. Jam dah pukul 4.30. Then after perbincangan, kami buat keputusan tak jadi pergi. So, kami tahan teksi minta hantar ke Daejeon bus terminal. Tambang 2,700 won. Sampai kat bus terminal beli tiket ke Jeonju, sebab dah book bilik kat sana untuk satu malam. Harga tiket 6,900 won. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Masa beli tiket tu, bus lagi 2 minit nak jalan. Berlari-lari lah kami mencari platform bus.. drama korea sangat...hehehehe... Bila dah boleh duduk dalam bus tu lega sangat rasa.. Alhamdulillah. So tidur.

Walaupun dalam hati gundah gulana, tapi masih sempat wefie lagi..heheehe... Ni masa tunggu bus konon nak ke Daendunsan Provincial Park

Gambar seberang jalan bus stop
Sampai kat Jeonju bus terminal dah petang sangat. Lebih kurang pukul 6.30. Dah nak malam pun. Then terus ambil teksi ke Jeonju Hanok Village. Bagi alamat guesthouse tapi ahjeossi driver tak tahu, dia cuma hantar sampai betul-betul dalam kampung tu jer. Mula-mula pening juga dok pikir mana nak tuju ni tapi chik ah yang kaya dengan photographic memory itu teringat masa teksi lalu tadi nampak nama jalan yang sama dengan guesthouse ni. So, mudahlah kami nak cari. Pusing-pusing dalam 10 minit juga lah baru bertemu. Rumah dia kena masuk celah lorong and terletak kat belakang rumah lain. So kena belek betul-betul alamat dia. Jeonju Hanok Village ni sangatlah cantik, dia dalam satu kota. Masa sampai sini kita seolah-olah dah masuk dalam dunia lain... Ha!!! Dah macam ceghita good doctor. Harap-harap boleh la jumpa Lee Minho...verangan harus over..hehehehe.. Ok, so lepas turun teksi kami pun jalan mencari guesthouse. Alhamdulillah tak jauh geusthouse tu dari jalan utama. Suasana dalam kampung ni sangat lah best.... Tenang dan mendamaikan. Jeonju Hanok Village juga dikenali sebagai slow city, sebab rumah-rumah dalam ni semua rumah traditional dan ada penduduknya, ada 800 rumah semuanya. Rumah-rumah dia dipanggil rumah hanok. Rumah-rumah kat sini glamor bukan sebab traditional ajer tapi sebab design bumbung setiap rumah yang sangat cantik dan unik. Seriously memang cantik. Dalam kampung ni ada semua kemudahan asas macam sekolah, balai bomba, balai polis, church, hospital dan kedai-kedai makan. So, orang dalam kampung ni berkemungkinan kenal antara satu sama lain.. Best kan??? Satu kawasan terancang yang sangat best untuk tinggal kat sini... Ok, dah sampai guesthouse tengok tuan tanahnya tidak ada kat situ. Tapi ada phone no, so kenalah telefon cakap we are here!!! Guesthouse ni rumah traditional Korea, so bolehlah fefeeling princess raja zaman dolu-dolu kan...hehehe.. Seriuosly sangat excited and tak sabar nak tidur kat sini. Tuan tanah perempuan, nama Myung Hwa... cantik dan english dia walaupun tak berapa fluent tapi banyak juga sentence yang dia boleh cakap. So memudahkan conversation :-)

Map kampung ni ehsan pakcik G :-)
Tunggu dalam 5 minit juga lah baru tuan tanah sampai. Sesampai jer terus minta maaf, it's okay.. No prob. Nasib baik beli simcard, kalau nak harap wifi memang tak dapat nak call la...

Entrance guethouse ni

Sementara tunggu tuan tanah bergambar la dulu

Sebelah kiri sekali tu bilik kami :-)

Ni bilik nya.. Pintu kat belakang tu pintu toilet

Ceiling dia cantik...

Toilet modern dan sangat bersih

Toiletries disediakan.. full lagi

Yang berlangsir tu pintu masuk.. Ala-ala zaman dulu, anak dara bercakap balik langsir..hehehe.. So kalau buka pintu pun tak nampak direct ke luar. Actually langsir tu untuk prevent nyamuk masuk..hehehheh
Ok, setiap guest yang sampai kat sini akan dihidangkan dengan peach tea yang sejuk dan menyegarkan dan juga biskut tak tahu apa nama...hehehehe... Alhamdulillah, buat lapik perut yang kelaparan. Lepas masuk bilik, tuan tanah akan bagi kita map kampung ni, then dia akan terangkan tempat-tempat menarik kat kampung ni yang boleh kita lawati. Kampung ni memang terkenal dengan ke'traditional'annya.. Kat kampung ni lah bermulanya era dinasti Joseon.. Dan kat kampung ni ada lagi generasi terakhir keturunan raja Joseon.. ni apa yang aku baca lah. hehehe... Kat sini ada macam-macam jenis muzium, muzium teh, muzium buat arak, dan muzium kraftangan. Dan tempat ni glamor  dengan bibimbap dia. Orang Korea cakap bibimbap kat Jeonju ni sangat sedap, rasa dia tak sama macam bibimbap kat tempat lain.. Kita rasa nanti.....okay??
Sembang-sembang dengan Myung Hwa lama la juga. Dia tanya kenapa datang korea?? Aku jawab sebab jatuh chenta dengan Lee Donghae...hahahhahaha... Terkejut pankreas Myung Hwa-ssi...hehehehe. Kami cerita kat dia apa makanan best kat Malaysia, of course lah nasi lemak and roti canai kan. Oh, satu word yang buat dia kagum dengan aku punya knowledge bahasa korea, "myeolchi". Ha...Apa maksud?? Maksudnya ikan bilis. Kenapa tetiba sebut ikan bilis?? Mestilah sebab dok ceghita pasal nasi lemak kan. Mulanya cakap kat dia anchovy tapi dia tak tahu maksud, then tetiba aku teringat Eunhyuk. Of course laju jer mulut sebut myeolchi kan.. See, sapa kata minat k-pop sia-sia... Tepuk tangan untuk diri sendiri and to all ELF out there... Daebak!!! Hehehehehe

Habis jer penerangan Myung Hwa, tengok jam dah pukul 8.30 malam. So next activity mesti lah keluar merayau dan jalan-jalan cari makan...Ni paling best ni. Masa workshop kat Korea Plaza tu, Ria ada bagi senarai makanan yang wajib kena makan kalau kita pergi Hanok Village ni. Makanannya ialah of course yang pertama sekali bibimbap, kemudia sup taugeh iaitu kkongnamul gukbap kat kedai nama Sam Baek Jib, patbingsoo kedai Grandmother's Patbingsoo dan chocopie kat kedai PNB bakery. Tadi masa teksi masuk hantar dah nampak dah PNB bakery, ha!!! So laju jerlah kaki melangkah ke arah sana. Lagi pula tak jauh sangat dari guesthouse ni. Jarak dalam 150m lebih kurang la... 

Ni lah kedai PNB bakery tu.. sebelah jalan utama jer.. So, senang nak cari

Suasana dalam kedai

Close up kedai

Tara!!!! chocopie yang glamor itu... Memang sedap. Sebiji 1,600 won
Suasana malan di Jeonju Hanok Village... tapi sekelip mata lepas pukul 9.30 dah sunyi...



Dah dapat chocopie, kami pun pusing-pusing kawasan tu tengok night life diaorang. Memang sangat best.. Tapi lagi best kalau pergi bulan October sebab macam-macam aktiviti diaorang buat. Apakan daya, salah perancangan...uhuk uhuk... Ok, habis pusing-pusing tengok jam dekal pukul 9.30 juga lah.. Then baru nak pergi cari dinner tapi kedai semua dah tutup..uwaaaaaaaaaa!!!!!!!! Perut lapar...padan muka, patut tadi pergi makan dulu kan ??? Huhuhuhu. So balik bilik la, makan chocopie, biskut and roti. Alhamdulillah nasib baik kat terminal bus Daejeon tadi ada beli roti kat Paris Baguette...Bancuh vico 3-1 then makan. Ini lah dinner kami.. Oh, guesthouse ni ada dapur, so bolehlah masak air panas. Dia ada sediakan juga minuman 3-1, bolehlah bancuh...

Dah selesai makan, maka masing-masing bersihkan diri, prepare tempat tidur untuk tidur... Tak sabar nak fefeeling hidup zaman dulu... Tidur atas tilam yang best itu...Hehehehehe

Aha.. tempat tidur dah tersedia, moh ler kita tidur.. Esok nak round kawasan :-)
Ok... done untuk hari ke-4. Pendek kata hari ke-4 ni 80% travel adalah naik turun kenderaan.. phewwww... penat tapi berbaloi :-)

Mood super duper happy.... Masa tengah tulis entry ni dapat email dari pihak booking.com beritahu dah 3 bulan since pergi Jeonju pergi Hanok Village ni...oh!!!! I miss it so much... ok, sedikit over..ngeeee

Alrite.. sampai sini dulu.. sambung next entry untuk hari esok nya ok.

Nah belanja my review tentang guesthouse ni kat booking.com


Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

11 comments:

  1. WAHHHHH best. takde subway ke dari itaeown ke sini,. bas lagi leceh kan pergerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada train ke sini tp tiket mahal la sikit. lg pula bila check travel time sama jer ngan bus sb tu ambil bus. lg murah

      Delete
  2. tukar duit? waktu ke sana tukar duit Won sedikit ke

    apa tak jadi pegi ke Daendunsan Park tu lah ye..baru berangan nk ke sana jika salihah berjaya jejak kaki ke sana huhu.susah sikit ye cara nk ke sana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar duit won kt Malaysia ni RM500 jer sb ada blogger nasihat tukar duit US dollar bawa ke sana, lagi untung..n memg dpt lg banyak... boleh shopping lebih...hehe. Sayang juga tak dpt pergi Daedunsan tu, walhal dh berangan dr Malaysia ni lg nk ke sana...huhu. xde rezeki. Insya allah next time..hehe

      Delete
  3. Apa yer nama guest house tu? Xjmp pulak nama dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. guesthouse ni nama dia bu kyung dang... kt jeonju tau bukan kt seoul. ni email dia www.bukyungdang.com

      Delete
    2. Tq a lot 4 ur info....ekceli sy akan ke korea end of april ni selama 8 hari...so sy bce blog awk utk kumpul info sblm dtg ke sana....tq again byk sgt info kt blog ni...p/s leh tak bg emel add awk...btw, sy Ryn...salam prkenalan!

      Delete
    3. ur welcome =)
      ni email saya sally_cruise84@yahoo.com
      salam perkenalan jga ryn... saya hutang entry lg 5 6 hari ni..huhu.. xsempat nk update. ok saya akn update secpt mgkin supaya awak blh study lgi apa yg patut =)

      Delete
  4. Ankara is among the first kedai kebab yang aku gi masa firstime gi Korea. Terus rasa macam dejavu gitu. Btw, Jeonju sangat lawa kan. Haritu gigih buat research nak lepak semalam dua tapi cancel. Nextime insha Allah, sebab memang hantu bibimbap so kenalah makan from its origin baru feeling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. mesti terbayang2 jalan ke sana kan..hehe. kalau ada rezeki n peluang pergilah jeonju. sgt best n cantik. bibimbap dia memg rasa sedap, lain dari yg mkn kt tmpat lain. betul la mcm orang korea kata, mknan dr jeju sedap.

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^