My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, November 23, 2014

Persediaan Untuk Misi12HariMencariCinta

Sambungan hari pertama #Misi12HariMencariCinta......

Baru teringat nak tulis apa nak kena buat before fly ke sana...hehehe... Sorry sebab baru nak try blogging so tunggang langgang sikit entry nya. Harap semua faham. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan :-)

Ok, masa nekad memang nak jejak kaki ke sana tu, tak fikir apa dah. Tahu jer Air Asia buka tiket promo terus beli. Walhal masa tu budget nak ke sana tak ada lagi. Yang penting beli tiket dulu, apa nak jadi jadilah lepas tu... Pendek kata mesti jadi lah. Bila dah beli tiket baru decide macam mana nak berjalan kat sana. Ada dua pilihan, secara sendiri iaitu bacpacking atau ambil tour guide... Setelah bertanya kepada semua yang pernah pergi so keputusannya ialah backpacking. Lebih jimat dan adventurous gitu... I likeeee :-)



Untuk 1st timer seperti aku and my two partners in crime, haruslah banyak kerja dan kajian perlu dibuatkan untuk pergi secara sendiri. Kang tak pasal ada pula drama free rakyat Malaysia kat tengah-tengah Korea nun...hehhehe... So, segala info dari blog dan website berkenaan Korea habislah daku godek-godek. Bukan setakat tu ajer, semua kawan-kawan yang pernah pergi pun semua info aku korek. Dan mujurlah Kementerian Pelancongan Malaysia ada buka Korea Tourism Organisation kat Menara Hap Seng, so sangatlah membantu...

Sehingga bulan July kitaorang memang tak ada idea langsung apa nak buat kat sana, mana nak pergi, nak duduk kat mana, pendek kata semuanya blank. Kosong kosong kosong bak kata Najwa Latif. Memang tak ada langsung itinerary. Walaupun dah baca banyak blog tapi still blur no idea macam mana nak buat itinerary. Bila dah masuk August lagi lah panic, sampai lah ada seorang kawan yang pernah pergi sana beritahu suruh pergi ke KTO cari info dan ambil segala jenis coupon yang ada.. Thank u so much Kak Ina for showing me taufik dan hidayah...sobsss sobss... terharu. Tapi before tu aku book jer dulu semua guesthouse yang harganya berpatutan. Nanti yang mana tak nak cancel. Maklumlah free cancellation sampai seminggu sebelum tarikh menginap..hahaha.. Kesian orang lain yang nak book. Sorry !!!! Tapi mesti buat ni untuk back up.

Ok, masa 21 August balik kerja buka facebook KTO, then nampak dia ada buat satu workshop pada 23 August tu khas untuk Independent Traveler yang nak ke Korea time autumn nanti. Alhamdulillah.... sangatlah gembira. Dengan sepantas kilat terus register untuk workshop tu. Pihak KTO replied email permohonan untuk join workshop approved... Oh!!! Daku rasa seperti sebelah kaki sudah berada di Korea. hehhehehe...

Ria, pekerja di KTO sangatlah baik hati dan sangat sangat sangat membantu aku yang no idea langsung ni. Disebabkan ramai sangat yang macam aku, maka sesi menunggu untuk dapatkan khidmat nasihat Ria sangatlah lama. Sepatutnya KTO tutup pukul 1.00 tengah hari tapi disebabkan aku, pukul 11 malam baru aku and Ria balik. Mana tak lamanya, sebab pukul 6 baru Ria boleh entertain aku, just me and Ria. Before tu dia entertained orang lain dulu. Komited kan Ria.... memang I bagi 10 bintang untuk Ria !!! Cayalah Ria.. u are d best.... muah muah muah :-)

Ini lah Ria...cantik kan ??? :-)
Lepas habis bengkel dapat makan free Korean food... sangat sedap !!!!
Hasil perbincangan dengan Ria, maka terhasil lah itinerary untuk Misi12HariMencariCinta. Weehooooo!!!!!! Peta Seoul, Busan dan Jeju dapat free. Buku kupon dapat free, buku guide untuk traveler pun dapat free, siap ada buku tempat makan halal lagi... Pendek kata semuanya dapat Free of Charge.... Thank u so much KTO. I love u.... (*_*). So, kalau 1st time nak pergi Korea, korang memang wajib pergi KTO plaza ni. Pergi jangan tak pergi ok! Ni link FB dia https://www.facebook.com/KoreaPlazaKL?fref=ts

Hasil tangkapan di Korea Plaza.... Jenuh study !!!
Lepas dah dapat segala info dan guideline dari Ria, maka setiap malam selepas balik kerja, study pasal setiap tempat yang nak pergi tu lah kerja aku. Check kat internet macam mana nak pergi sana, nak naik subway line berapa, berapa tambang transportation, berapa entrance fee, kat mana nak makan.... Pendek kata everything dari A to Z aku buat lah demi menjayakan mission ni. Buat nota sampai tertidur depan pc, study kalah masa zaman study i tell u...heehhe.. Kalau zaman study macam ni mesti every sem dapat 4.00 flat kan, mesti dah dapat anugerah Diraja... Nyesallll sangat. Ok, let bygone be bygone. Life must go on ;-)

Rupanya baru ku tahu susah nak buat itinerary ni. Ingatkan senang. 2 hari study baru complete satu tempat. So i memang salute lah to all yang dok buat itinerary ni. Pesanan ikhlas untuk masyarakat, DO NOT EVER EVER COMPLAIN tentang itinerary kalau awak tu tak involve langsung dalam penghasilannya !!!!! ALHAMDULILLAH....Sampai last day before bertolak masih buat lagi itinerary...hahaha.. Tapi kat Busan tak sempat. Ok lah, Busan sehari jer stay, pergi jelah mana yang sempat and patut pergi when u are in Busan, kan??? Mengaku la sikit.... :-)

Inilah dia nyawaku di Korea selama 12 Hari. Diary Super Junior 2012 - Sebelum ni hanya simpan jadi harta karun tapi kini lagi berharga, segala catatan untuk #Misi12HariMencariCinta semuanya tertulis dalam ni.. Menangis wey kalau hilang...!!

So, apa benda yang nak kena buat before ke sana?????

# Mestilah kena ada passport...hehehe... yang tak ada sila buat! Yang dah ada check tarikh mati ok. Kisah aku nak renew passport pun dugaan juga. Pergi hari Sabtu kat kompleks Kelana Jaya, beratur dah sejam system down. Tengok jam pukul 10, terus rush ke Putrajaya. No giliran pula habis. Berdesup pula pergi UTC kat Pudu Sentral, no giliran habis juga. Pergi pula esoknya, Ahad. Beratur dari pukul 9.45 pagi sampai pukul 11.30 baru dapat no giliran. Masa beratur pun Makcik Guard dok cakap no cukup sampai 10 orang depan aku ja... Oh No !!!! Nekad punya pasal, tunggu juga walaupun ramai yang dah blah... Alhamdulillah, berkat kesabaran dapat juga. Makcik guard salah kira..hehehe. Tapi nya pukul 5.30 petang baru no dipanggil. Maka setengah hari daku habiskan masa merayau di Pavilion.. Boring yang amat tak tau camna nak kabarkan...hhuhuhu.... Time nak ambil passport, lagi dua no sampai giliran aku, system down lagi sekali.. Uwaaaa.... masa tu dah pukul 7. UTC ni pula setiap hari dari pukul 7-8 tutup untuk rehat. So tunggu lah pula sampai pukul 8. Akhirnya, Alhamdulillah... pukul 8.15 berjaya juga dapat buku merah ini... huahuahuahua... tragis sungguh... hehehehehehe

Buku merah jangan lupa bawa... check sekali tamat tempohnya ok :-)
# Check cuaca kat sana macam mana masa kita kat sana... masa kami kat sana dua hari kena hujan. So, memang kena bawa rain coat ler... walhal aku pun lupa nak check, ahhahah so beli la kat sana :-)

# Install lah app subway, learn Korean langguage, maps or apa-apa yang patut lah yang boleh membantu dan memudahkan perjalanan masa kat sana dalam handphone masing-masing yang canggih itu yer..


# Bawalah ubat yang patut macam panadol, ubat selsema, minyak angin, ubat sakit perut dan apa-apa ubat yang korang rasa perlu lah. Pesanan ikhlas penuh cinta dari Ria bawalah Vitamin C. Makan hari-hari untuk memantapkan tahap immune badan, so baru best jalan-jalan cari oppa :-)

This is my vitamin C... the one and only. Sustained released Vitamin C from Shaklee... sangat bagus !!!
# Ria pesan lagi bawa juga krim untuk sapu kat kaki. Bila dah banyak berjalan mesti tumit kaki cepat pecah kan.. So mesti bawa !!!!!
Multi purpose cream - herbal blend. Tumit pecah, sapu tiga kali dah ok.. Bukan setakat tumit, satu badan boleh sapu. Berangin sedap jer rasa bila sapu kat badan. Segala gatal-gatal pun hilang !!!
# Bawa lah juga makanan buat lapik perut especially yang beragama Islam. Kot-kot jauh nak cari tempat makan yang kurang was-was so boleh makan dulu. So, bawa biskut banyak-banyak ok. Kitaorang bawa rendang ayam, sup sayur dan ikan bilis dalam tin tapi Kastam kata patutnya tak boleh bawa. Sebab tu sup sayur kena rampas... uwaaaaa!!!!! Alasannya sebab air. Yang rendang tu dia kasi chance la... Alhamdulillah, masih ada rezeki :-)

# Tukar duit Korea masa kat Malaysia ni jangan banyak-banyak sangat. Tukar sikit jer dulu. Balance tukar ke USD sebab nanti bila tukar USD ke Korea masa kat sana lagi untung...!!!! Forex kan.... kami dapat tempat yang murah tukar duit USD ke Korea iaitu kat Itaewon. Kami tukar RM500 jer dulu ke Won masa kat Malaysia. Balance tukar ke USD... :-)
Tukar RM500 dapat 153,000 Won
# Sim card... ramai kata boleh sewa wifi router je kat sana. Tapi pengalaman aku better beli sim card. Kalau sesat or tak tahu nak cari jalan nak pergi hotel kena call. So beli sim card ok. Aku beli EG Simcard, booking siap-siap before pergi. Ni web dia http://www.egsimcard.co.kr/

# Booking bilik... satu yang aku perasan macam mana nak dapat rate murah. Mula-mula masa booking bilik kat Jeju aku booking untuk 2 orang sebab nak jimat tapi bila fikir keselesaan dan takut kena halau..hehehe, so upgrade jadi 3 orang. Tapi masa booking berdua tu memang pilih bilik yang boleh upgrade. Dan, bila upgrade jadi 3 orang lagi murah dari booking originally untuk 3 orang... So, kalau pergi ber empat booking la bilik bertiga then minta tambah sorang lagi..hehehe... Itu pun kalau bilik tu boleh upgrade lah :-)

# Bawa kasut yang sangat sangat sangat selesa untuk berjalan ok.. Tak de maknanya stiletto 3 inci nak ber catwalk kat sana. Buat sakit kaki and sakit pinggang jer.. Cayo lah cakap den :-)
Even pakai sport shoes pun aku dah sakit tumit, huhuhu.. So invest banyak sikit untuk kasut, ok! :-)

Ok.. rasa semua tips dan peringatan dah bagi kot. Kalau ada terlupo nanti aku letak lah dalam mana-mana entry ok :-)

So, kepada semua yang bakal berkunjung menggapai impian ke Korea sana nun... selamat bergembira !!! Enjoy your trip !!!! Aku mahu pergi lagi !!!!!!!!!!!!!!!!! (*_*)


On your mark...ready.. get set.... fly!!!!!!!!!
Segala penghargaan atas kejayaan misi ku ini, daku tujukan kepada penulis-penulis blog ini... :-)
- http://budgettravel2korea.blogspot.com/
- http://fandomreality.blogspot.com/
http://kampungboycitygal.com/
http://darikacamataini.blogspot.com/
http://farahzulkifly.wordpress.com/tag/jalan-jalan-di-korea/
http://farelove69.blogspot.com/2014/02/annyonghaseyo-seoul-2014-day-1.html
http://kakkiahsukatravel.blogspot.com/
http://myfir2u.blogspot.com/
- http://honeykoyuki.blogspot.com/
- sungrin87@gmail.com (daku terlupa apa nama blog dia)

Kalau ada yang terlupa minta maaf.... sebab banyak sangat buka n baca dah tak ingat. Ada yang terlupa nak remark..huhuhu...

Thanks a lot guys for sharing your journeys and made my journey awesome n success.... terharu :-)

Ok... bersambung di lain entry :-)

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)




8 comments:

  1. Assalam Zinzie, Salam kenal juga. Sis JM dapat tahu pasal blog ni melalui blog kak Kiah..ohh..miat Kpop jugak eh..samalah kita hihihih

    Betul tu..kalau travel backpack ni mmg penat sikit..all in perlu buat sendiri tapi hasil nya mmg puas hati.

    Sis JM pun baru balik dari Seoul dan Busan on 2 Nov lepas..entri pun belum habis tulis. Keep on sharing leh sis datang terjah selalu heee

    Wahh..bila baca story nk buat passport tu..fuhh..mmg betul2 mencabar perasan lah

    Korea pergi sakali mmg x puas...sis JM pun kalau boleh tiap2 tahun nk ke sana hee

    So mcm mana dgn trip ni..mesti success kan coz buat preparation wery well

    psst : ehh..terkomen panjang lak walhal festime singgah sini. Ni dek kelaran leka dgr lagu dari Supuer Junior dan 2pm lah nih ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis JM... tenkiu very much seb sudi baca.. baru belajar nk tlis blog ni.. suka dgr ada org baca :-). Memang sangat minat k-pop tp sb skrang bz kerja so dh jarang update berita terbaru.. tp tentang Donghae wajib update..heheheh

      Saya pergi dari 18-29 september. Niat nak tgk autumn tp salah timing..huhu. full autumn start tgh october. So ada lah reason nk pergi lagi... :-)

      Alhamdulillah sangat berpuas hati sebab hasil penat lelah sendiri kan... So next time kalau ada rezeki dapat pergi lagi, INSYA ALLAH dah pro dah...

      Thank sis JM seb singgah.. bolehlah kita sharing2 info.. sharing is caring :-)

      Delete
  2. Banyaknya lagi nak baca misi mencari cinta awak ni. Tapi suka baca. Sebab rasa mcm takde peluang je utk pergi Korea lagi sebab byk komitmen lain.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya preparation utk misi mencari cinta heheheh syok baca tips2 nya :)

    ReplyDelete
  4. Haha excited walaupun baca buat kali ketiga! :P

    Preparation kita semua sama. Kecuali bab prepare itinerary, saya takdelah pergi KTO. Hehe. Tapi, habis orang yang pernah pergi backpacking saya kacau. Dok tanya macam2 :P

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha ya..bisnes ni bagus

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan saya juga dari Ulsan korea

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^