My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Saturday, January 31, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 7 (24 September 2014)


Assalamualaikum....

Lama sungguh nak hapdate next day kan???? Jenuh nak recall balik...hehe. Tapi don't worry, Korea punya pasal... lepas setahun pun segar dalam ingatan. Yer ke?? Hehe.. Ye lah sebab kalau bersembang dengan orang tak sebut yang lain dah, asyik sebut yang ni jer lah (kompem dalam hati ada yang menyampah)... Haha. Menyampah ke??? Ada aku kisah...Bak kata Che' Ta, "biaq pi la depa nak kata apa. Mulut orang bukan boleh tutup" hehehe.. Ok, enough membebel. Jom down memory lane hari ke-7 di Seoul.

Hari ni mau pergi mana???? Mana lagi... kalau 1st time datang Korea wajiblah ke sini. Ke mana?? Cer teka...cer teka!!! Betul!!!! Nami Island !!!!!!!!! Gambar kat atas tu dah bagitahu kan...^_^ 
Tempat yang bertanggungjawab memperkenalkan keindahan, kecantikan, keanggunan , kebeautifullan Korea kepada dunia.. Pendek kata semua yang lawa-lawa lah.. Setuju tak??? Mestilah setuju kan. Kalau tak takderlah korang dok nganga depan tv time-time maghrib tu tengok winter sonata...krikk krikkk.



Macam biasa, awal pagi dah keluar sama jer rushing ngan orang nak pergi kerja. Saja nak tolong memeriahkan suasana subway..haha.... Tapi hari ni cuaca hujan la pula.... Hurmmmmm. Tapi tak lebat pun, just drizzle. Dah turun bawah baru tahu hujan. Raincoat yang beli kat Jeju tu tertinggal dalam bilik pula. Nak save masa and malas punya pasal, tak der lah naik atas balik ambil. So redah jerlah. Dalam hati masing-masing berdoa and yakin hujan kat Seoul je ni. Nami Island jauh lagi. Lagi sekali, confident itu amat penting..hehe.

Nak ke Nami Island ni ada 2 cara, by bus or by subway. If by bus ada 2 tempat yang boleh naik. Yang pertama kena pergi ke stesen Jongak, ambil train line 1 dan keluar ikut exit 3. Then terus menghala ke Tapgol Park. Kat situ ada shuttle bus ke Nami Island. Tiket boleh beli kat situ juga. Masa aku check tu harga tiket termasuk tambang ferry ke Nami Island 23,000 won. Bus bertolak pukul 9.30 pagi. Tempat kedua untuk naik bus pula dekat stesen Dongdaemun, exit 12. Bus bertolak pukul 8.45 pagi. Cara kedua ialah naik jer subway sampai ke stesen Gapyeong. Kami pilih cara ni sebab cepat dan mudah. Travel time 63minit. Mimpi dulu lah dalam train tu...hehe. Tambang train 1,850 won dari station Hoegi.

Sampai jer stesen Gapyeong, keluar then ambil teksi ke Nami Island. Exit stesen ni satu jer hokay, so tak payah risau nak sesat barat bagai... T_T. Cakap kat drebar teksi nak pi Nami Island or bahasa Korea nya sebut Namiseom. Ha!!! pahamlah pakcik tu yer. Dekat jer pun, meter teksi tak sempat gerak pun. Maintain 3,000 won. Tapi teksi tak derlah nak hantar betul-betul sampai depan jeti ke Pulau Nami tu ha..dia berhenti kat area parking tu jer.. So, jalanlah sikit dalam 50m jer. Ha!!! masa sampai ni kan, hujan makin lebat!!!huhu.. So singgah pula 7-E beli raincoat. Orang pi Korea shopping barang kosmetik, kami shopping raincoat...Haha... Sabaq jerlah... So, moral of the story, usung jer raincoat tu. Bukan berat pun.... lulzzzzzzz

Then terus ker kaunter beli tiket. Harga tiket 10,000 won. Nak masuk Nami Island ni, ada certain negara kena pakai visa tapi Malaysia tak payah.. yahoooo!!!!! Masa sampai tu kan... puuuuuuuuuuunyalah ramai manusia dari China Mainland... berserabut. Geng-geng budak sekolah Thailand pun hado juga!!!! Geng-geng anak tokey tomyam gamaknya...hehe.. Kalau anak orang biasa and masih sekolah tak mampu rasanya nak jenjalan Korea wey. Tapi Alhamdulillah, orang yang jaga pintu masuk tu nampak kami terus panggil ke depan. Tak payah beratur tunggu makcik-makcik dari China itu and adik-adik Siam mari itu..hehe. Masuk jer ferry weolss teruja nampak bendera Malaysia. Wah!!!! bangga sey... Walhal sekeliling ferry tu terpacak bendera dari pelbagai negara. Kami terus naik tingkat atas ferry. Saja nak tengok view lagi best.. tapi sayang sebab hujan so tak leh la nak lepak-lepak kat bahagian dock ferry tu. 

Konon pergi Korea nak bergaya dengan kot bulu-bulu.. tapi rain coat yang dapat!!! Hua hua hua



Nak masuk pulau ni pun ada dua cara. Satu naik ferry ni, and satu lagi naik cable car ala-ala macam flying fox tu. Next time kalau pergi nak naik flying fox tu lah.. Macam best jer nampak. *_*

Sampai je kat pulau tu manusia dah ramai...huhu.. Walaupun hujan tapi masing-masing tetap pulun dok bergambar ni..hehe... Ada juga yang sanggup buka kejap raincoat or letak payung kat tepi semata-mata nak ambil gambar lawa... Pakat nak tayang baju!!! Siapakah itu??? Jeng..jeng...jeng... Haha!!! Oopssss.... !! Paham-paham sendirilah yer...kihkihkih. Nasib baik ada la juga area yang daun-daun pokoknya dah bertukar color, so dapatlah juga feel autumn nya tu kan... ^_^

Orang ni lah yang pulun buka rain coat tu.. siap melompat lagi tu!!! Hewhew ^_^



La.. ingat pokok kat tengah-tengah alam tu.. Sarah rupanya..hehe





Masa mula-mula sampai ingatkan pulau ni kecik jer kawasan nya. Tapi boleh tahan besar rupanya. Kat bahagian belakang pulau ni siap ada chalet lagi. So bolehla siapa-siapa yang rasa nak ber winter sonata lebih pakat mai tidoq kat pulau ni na!!! Hihi.. Boleh juga nak buat aktiviti untuk team building kat sini. Kebetulan masa kami kat sana nampak ada satu company baru sampai. Rasanya untuk team building diaorang lah kot..

Lawa kan kawasan chalet dia....sangat tenang!!!!



Kat sini juga ada banyak bendera Malaysia.. sebabnya ada join programme UNICEF Korea and Malaysia. Siap ada satu kawasan kecik nama Pulau Langkawi lagi... Wah!!! Kembang kempis hidung iolss...hehe.. Agak-agak kat Langkawi ada Pulau Nami tak?? Siapa pernah jumpa Pulau Nami kat Langkawi angkat tangan!!!! Masa kat sana time tu juga, ada program mari mebaca untuk kanak-kanak. So ada satu kawasan yang dia letak board buku cerita. Yang lagi membanggakan buku cerita tu penulis dia orang Malaysia... Wah!!!!! Makin kembang hidung... Hahaha...


Hey!!!! Siapa penasihat bahasa Melayu ni??? Fail sungguh!!!

Buku cerita kisah burung hitam dan burung putih yang berebut pokok yang sama untuk dijadikan tempat tinggal


Tolong!!! Tolong!!!! Tolong saya!!! Saya tersepit!!!!
Sambil jalan-jalan tu kan, berdoa lah juga minta Allah bawa hujan ni ke tempat lain sebab nak jalan-jalan ambil gambar dengan selesa. Hehe... Tapi tak derlah hujan berhenti terus, cuma makin kuranglah lebatnya. Alhamdulillah... Semua kawasan ada lopak-lopak air, bangku-bangku pun basah. So kena careful juga nak jenjalan tu, takut tetiba ada yang terrrrrrcium tanah Pulau Nami tu pula.. Ha!!! Sayang sungguh kat Pulau Nami tu gamaknya...hehe.. And, kalau datang Pulau Nami tak bergambar dengan patung hot couple winter sonata tak sah la kan... Tapi yang peliknya dari tadi jalan dah sampai belakang, bayang patung pun tak nampak!!!! Tak kan ter miss kot... Tak per, jalan lagi. Tiba-tiba.... terasa ada kuda berlari-lari dalam perut.. Lapaq wey!!! Dahla keadaan hujan macam ni. Berjalan sana sini pula, memang oppa gangnam style la perut kami. Tengok jam pukul 12.30 tengah hari. So, muafakat membawa berkat..hehe.. Kita makan dulu.

Dah kenapa muka masing-masing cegini?? Haha





































































































































































The best thing kat Pulau Nami ni, ada restoran HALAL. Ada surau. So tuan-tuan dan puan-puan yang beragama ISLAM, anda tak perlu risau dan was-was tentang tempat makan di sini yer. Makanlah sebanyak mana anda nak makan...Hehe. Tapi jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan... =)

Nampak tak perkataan itu??? Bangunan belakang tu lah restorannya =)

Selamat datang ke restoran makanan halal Pulau Nami!!!
Tengok buah labu pun jakun....mehmehmeh
Nak boleh masuk makan pun pakat bergambar sakan aih....
Sila-sila... pakat order. Makan dulu bayar kemudian =)
Meja belakang rakyat Malaysia juga =)
Suka restoran kat Korea, plain water free of charge and minta refill sesuka hati
Chicken terriyaki ni sangat sedapppppppp !!!!!!
Tak ingat nama.. tapi sedap juga
Ni pun sedap... ok, terliur!!!

Motif utama gambar ni adalah gambar pelayan kat belakang tu..haha.. gatai sungguh na!!
Hurmmm..dapat makan senyum manis la masing-masing.. hihi























Sebelum makan bukan baca doa tapi upload kat FB dulu..hewhew

Before makan tu, kiranya pas ambil order la.. tokey restoran (agaknyerlah..hehe), dia akan datang kat kita ambil gambar dengan camera polaroid. Nanti bolehla kita tulis message comey-comey kat atas gambar tu then gambar tu nanti dia akan lekatkan kat dinding restoran dia tu. Kreatif sangat!!!

Gambar dalam gambar... ^_^

Nampak tak dinding tu??? Situlah gambar-gambar ni akan dilekatkan.

Ni minta tolong dua rakyat Malaysia yang baru masuk  nak makan...hehe. Kami pun tolong snap gambar diaorang berdua tau!!!
Siapa pergi restaurant ni lepas ni.. ada tak gambar kitaorang??? Kalau jumpa tolong snap pleaseeeeee...hehe
Kreatif sangat kot hiasan dalam restaurant ni
Perut dah kenyang, barulah best nak jalan kan??? Sekarang mission utama cari patung ini. Hujan pun dah berhenti. Alhamdulillah.. lagi best la jalan-jalan... ^_^

Landmark Nami Island
Sepeti yang diberitahu tadi, jalan dah sampai ke belakang ni, dah sampai chalet bagai tapi tak juga nampak bayang patungnya. Then baru perasan, oh!!! Ada dua jalan rupanya. Boleh pusing balik dari arah lain. Jeng jeng jeng.... rupa-rupanya patung tu kat side jalan sebelah sana. Side sana boleh nampak tasik.. Cantik sangat. Kat tasik tu boleh main itik kayuh-kayuh tu. Tapi tak derlah kami nak main kan..Hehe. Motip datang sini nak bergambar!!! So, semua trademark yang ada kat pulau ni kami berjaya bergambar.... Yahoo!!! And yang bestnya, tanpa segan silu pakat-pakat suruh tolong tangkap gambar...Hehe.. Ada tourist dari Filipina, dari Indonesia and dari Brunei. Semua pakat dok beramah mesra ni. Maklumlah....serumpun lah katakan. ^_^

Jom... tengok gambar !!!









Chik Ah Yoo Jin... haha

Jangan pisahkan... aku dan dia!!! Tuhan tolonglah ku cinta dia... cewah.. hewhew




Dalam kedai souvenirs.. ada gambar Mawi & Ekin

Sarah and Minho datang sini??? what!!!??? Hehehe

Bukti kedatangan... tapi pehal Lee Donghae kat situ...ngehngehngeh


Stage untuk buat konsert
Terror tak snap pic tupai tengah berdiri..hehe



Mission accomplished !!!! Weehoooo... Ok, dah pukul 2.30. Jom solat then bergerak ke next destination. Surau terletak kat tingkat atas library. Bangunan library sebelah restoran tadi. Sangatlah lawa library dia. Memang jatuh chenta. Dah la ada book cafe lagi. Wah!!! Memang my dream nak buka a book cafe.. Boleh jadi sumber inspirasi ni.


Sangat cantik kannnnn.... Jatuh chenta sungguh!!!


Dinding penuh dengan buku cerita kanak-kanak...sangat menarik!!!
Memang best wey dapat baca buku kat sini....


Ok.. let's go to next destination !!! Petite France... Tunggu feri sampai ada kot dalam 15 minit.

Bubye Nami Island... see you again :-)
Sampai kat train station masa tu lebih kurang dalam pukul 4.00 petang. Then terus pergi kat counter tourist info tanya macam mana nak ke Petite France. So dia bagi satu kertas yang ada tulis no bus and jadual dia. Sayangnya kami baru terlepas bus pukul 3.45. Next bus pukul 4.30. Tapi nak sampai ke sana pun lebih kurang setengah jam and next bus untuk balik ke stesen ni pukul 5.30 petang... Dah belajar dari kesilapan masa kat Daejeon and Jinan kan... so, tak pergi lah. Tak ada rezeki nak ke sana. Huhu.. Makanya kami bergambar sekitar station Gapyeong tu ajer lah.. Cantik tau landscape depan station tu.. Ada bukit depan dia and penuh dengan munge~~ Kita suka!!!... ^_^





Hah!!! Dua-dua tak ready..hewhew


Suka gambar ni... so sweet of Sarah ^_^




Done sesi bergambar bersama bunga... then balik. Next destination terkejut tergempaq ialah Itaewon. Budak dua orang tu dah jatuh chenta dengan kebab Itaewon..hehe. Lagi pula sebab nak pergi masjid Itaewon. Ni memang tempat wajib pergi kalau datang Korea tau!! WAJIB...  Sampai Itaewon lebih kurang pukul 6.00 petang. Jalan-jalan dulu, sempatlah pakat borong t-shirt..hewhew. Then around pukul 7.00 baru nak cari masjid. Bila baca blog orang macam senang tapi cari tak jumpa pun!!! Teringat masa sembang-sembang ngan delegasi Malaysia yang ke sukan Incheon ari tu, diaorang ada tunjuk arah masjid. Tapi dah sampai area tu tak nampak juga pun..Huhu.. Then adalah nampak satu tangga yang agak tinggi. Tak kan nak kena naik tangga ni kot?? Errrr.. ok jom tanya orang. Masuk satu kedai makanan Turki tanya dia mana masjid.Yang kelakar nya dia explain dalam bahasa Turki...Hahaha.. terbaek ar. Walaupun tak paham tapi bila tengok gaya tangan and cara dia bercerita, soheh dan kompem kena panjat tangga setinggi 2 tingkat bangunan tu untuk ke masjid. Ooiiii... banyak pahala sungguh la siapa hari-hari ke sana jalan kaki wey.

Kalau nak ke masjid besar Itaewon, inilah tangga menuju kejayaan nya =)
Dah habis daki tangga kena berjalan mendaki bukit pula...hewhew. Sebab masjid terletak di puncak tertinggi.. Masa sampai terdengar laungan azan menandakan masuknya waktu solat Isyak bagi kawasan Itaewon dan kawasan yang sewaktu dengannya... ^_^
Subhanallah... memang rasa kagum bila sampai. Sebak pun ada sebab di mana sahaja bumi dipijak, insya Allah Islam tetap bersama dan teguh berdiri. Di tengah-tengah bandaraya yang serba laju dan boleh dikatakan 98% penduduknya bukan beragama Islam, tersergam masjid yang indah dan gah ini... Memang sangat mengagumkan setiap yang memandang.


View dari kawasan parking masjid... sangat sejuk dan nyaman kat atas ni !!
Dah settle menunaikan ibadat wajib, then hati pun tenang nak cari makan... =)
Masa jalan turun tu sempatlah juga bergambar sekeping dua..hehe. Sebabnya dinding-dinding sepanjang jalan ke masjid ni ada mural comey-comey juga.. So, haruslah bergambar kenangan kan... ^_^

Hi unta.. kita sekarang di Korea tau..mehmehmeh
Plastic beg hasil menyoppingkan diri...hehe
Kenapa bayang-bayang Chik Ah rupa lain???? Apekah!!!!????
Masa nak naik tangga no hal tapi masa nak turun ni prob sikit. Sebabnya ligamen lutut aku terkoyak.. Semuanya gara-gara lambat nak jemput mak abah masa sampai kat stesen bus Putrajaya time konvo adik bulan June ari tu... Lari turun tangga then deng!!! Terasa lutut meletop...Huhu... So, sejak itu bila nak turun tangga akan terasa ngilu pada lutut kanan sebab beban lebih. Maka, jadilah daku seperti nenek turun tangga, turun satu-satu letakkan beban pada kaki kiri... Mujur Chik Ah tolong pimpin... Love u Chik Ah.. sobss sobss

Sakit lutut pun gambar wajib ambil..hehe
Ok... kali ni try makan kebab kat kedai lain pula. Nama kedai Mr. Kebab. Tapi kebab kat sini kurenggg sikit sedapnya berbanding kat kedai Ankara Picnic tu. Sebabnya nasi dia guna beras Korea. Patut nasi arab kan beras dia sebiji-biji macam berasa Basmathi tu. So, bila guna beras yang melekit macam pulut tu maka tak bestlah jadinya. Lagi pula harga kat kedai ni mahal sikit and tak termasuk air macam kedai Ankara Picnic. So, tak puas hatilah budak dua orang tu..hehe.. Balik-balik dok sebut and compare dengan kedai Ankara Picnic tu. Mujur orang tu tak paham bahasa melayu.. Ada juga kena cepuk ngan aku.. Haha. Dah kena jampi pak arab kedai tu gamaknya budak dua orang ni.. Kihkihkih.

Masa menunggu makanan, ada dua family Malaysia kat dalam tu. Maka beramah mesra lah kami...Kan eden dah kobar, rakyat Malaysia ni jumpa kat obersea ramah. Kalau kat negara sendiri berlaga bahu pun tak senyum...hehe.. Adat merantaulah katakan =)

Sempatlah juga rekomen kat satu family ni suruh pergi Korea Folk Village.. sebab kakak tu tanya mana lagi best nak pergi. Memandangkan dia ada anak kecik umur 5 tahun so mestilah dia suka tengok aktiviti kat sana tu nanti kan. And anak sulung dia yang umur 17 tahun and of course peminat tegar drama korea, mesti lagi suka jumpa patung Kim Soo Hyun...ehehehe... Sabar jer mak dia bila anak sulung dia dah menjerit, "Mama... kena pergi situ!!!" Ok... sorry to influent your daughter akak....hehehe

Perut dah kenyang maka marilah pulang!!!! Mata pun dah layu ni. So hari ke-7 tamat.... ^_^

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

18 comments:

  1. Wah....bilalah makcik boleh sampai ke Korea ni....namapka seronok sangat.... :)

    ReplyDelete
  2. Wow..banyak betul share gambar.
    Terasa saya sedang berada di korea jugak sekarang ni.
    Yeppp..pernah dengar ttg Nami Island ni masa kat blog K.JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kak... mula kanlah tabung ke korea kah kita...hehe

      Delete
    2. Tapi sebenarnya akak takut naik flight.
      Teringin jugak nak ke korea.
      Tapi tu lah...
      Masa pi Vietnam pun ketaq lutut.

      Delete
    3. takut nek flight xdpt nk nolong la.. mayb blh ambl flight mlm. naik trus tdo..hehe.sedar2 dh smpai

      Delete
  3. samalah kita..sis JM kalau citer pasal Korea satu hari pun x pe...sebulan pun x pe..gitteeww penangan Korea heee

    x bestnya kalau waktu jalan2 Hujan...september dah masuk Autumn kan..maybe cuaca x menentu lah ye

    tiket masuk 10,000 won? kenapa sis JM pegi Nov lepas 8,000 won je? argghh x best nya hujan!!

    maybe aerly autumn so byk lagi pokok tak tukar colour kan Salihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8,000 won???? oh no!!!! ini tidak adillllll...kena pergi lg untk make sure hrga tiket tak menentu..hehe.. x boleh blah alasn nk pergi lg kan...

      tu la.. saya pergi terawl sgt sis, memg la dh mask autumn tp blm full lg.

      agaknya ada yg muntah hjau dgr cita korea kita kan....haha

      Delete
  4. huhuhu makin berkobar2 rasa nak pegi ni.. kena mula menabung lebih gigih.. semua mahal huurm currency skrang tak menentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ct... currency sekrg tak menentu so kena bajet lebih sikit..huhu

      Delete
  5. Seronok baca blog awk ...sy akan ke korea end of april ni selama 8 hr...so kena khatam blog awk utk dpt inspirasi tpt2 yg prlu dilawati..tq alot ya bls komen sy tny psl guesthouse hr tu....xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..no prob. terima kasih banyak2 seb catatan sy dpt bg manfaat kt awak. so, kena lah saya cepat2 update balance hari yg ada supaya senang awak refer lg ^_^

      Delete
  6. waahh..dpt jumpe jun sang yerr...heheheheh...tetiba tingat citer tuh kan...winter sonata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. xdpt jumpa org dpt jmpa patung pn jadilah..hehe

      Delete
    2. Owh..jun sang ea nama dia.
      Kenal rupe je..nama xtau.

      Delete
    3. itu nama watak dia k.shikin, nama btul dia bae yong jun

      Delete
  7. bila kita berada di negara yg minoriti islam...dapat jupe masjid rasa dia len macam je kannn....subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. rasa Allah betul2 dekat di jiwa dekat di hati.. sebak sgt rasa.

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^