My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, February 1, 2015

Skytrex Extreme Challenge

Assalamualaikum....

Kepada peminat-peminat outdoor sport ni, korang dah pernah try ke buat skytrex ni???? Kalau dah pernah best sangat kan?? Walaupun the next few days memang sakit satu badan..hehe. Ke aku sorang yang rasa sebab selalunya senaman atas katil jer... mehmehmeh *_*
Kepada yang belum buat sila lah buat. Berbaloi baloi baloi...serius tak rugi.


Last saturday, aku join Una and geng hospital dia main menda alah ni. Total yang join semua 15 orang. 14 perempuan and 1 kumbang... It was my first trial. Kami main dekat Bukit Cerakah, Shah Alam. Ada 3 peringkat semua skytrex ni.. Little adventures untuk beginners, Big Thrill (intermediate) and extreme challenge (advance). Walaupun aku tak pernah main before ni tapi terus join yang extreme... Dasyat kan ??? Huahuahua..Mula-mula takut juga sebab dok fikir boleh buat ke tak ni???Dahla senaman selalu atas katil..hehe. Tup tup terus nak join buat aktiviti lasak bagai ni, ambil extreme challenge pula tu. Ha!!! memang mencabar la kan.


Start aktiviti around pukul 11 pagi. Untuk extreme challenge ni semua ada 36 task yang kena buat. Memang task task dia mencabar and to those yang teramat gayat or fobia ketinggian, better fikir baik-baik before join ok. Sebabnya memang task dia semua berada pada ketinggian hampir ke pucuk pokok, serius tak tipu. Task dia semua melibatkan meniti atas tali and flying fox. 

For me, meniti atas tali tak rasa takut sangat tapi masa nak start flying fox ada sedikit gementar sebab satunya takut tetiba stuck in the middle..hehe. And keduanya sebab tetiba nak terbang macam tu kan so macam-macam muncul kat kepala hotak ni, what if tetiba kabel at fault and i'm downnnnnnnnnnnnnnnn to the ground dari ketinggian about 7 tingkat bangunan tu?? Ha!! Tak ke arwah, kalau tak arwah pun could be cacat seumur hidup, so dah menyusahkan orang. A'uzubillahi min zalik.. Eeee, imagining it alone dah scary y'all.. Tapi insya Allah don't worry, semuanya selamat..hehe.

Before start main tu, conductor akan bagi taklimat and ajar kat kita cara-cara nak guna equipment yang ada. Please give full attention okay sebab kalau tak memang korang tak akan tahu macam mana nak buat and macam mana nak guna all those safety equipment. SANGAT PENTING. Sebabnya, masa tengah main ada sorang budak tak lock dengan betul harness dia kat kabel, then tercabut. Mujur kabel-kabel tu dibuat dengan ciri-ciri keselamatan yang hebat, tak boleh take out dua-dua belah serentak. Kalau tak ada juga yang memang jatuh dari ketinggian 7 tingkat bangunan tu. Hewwww....

For 1st timer like me ni... i managed to complete the task within 3 1/2 hours. Itu pun sebab tunggu orang depan jalan tu yang lambat sikit tu and lagi pula ada satu checkpoint yang memerlukan tenaga kaki dan tangan yang banyak. So, untuk start the next task kena rehat lama sikit sebab tangan and kaki lack of energy, so shaking dia lebih..Hehe, maka tak confident untuk start the next task iaitu meniti atas tali. Apa pun, sangat best!!!!!

So, kalau korang nak uji tahap keberanian korang tu..sila lah bermain skytrex. Nak bawa anak-anak pun boleh juga tapi diaorang buat yang kids punya challenge la yer... Gila nak buat yang extreme ni!! Lagi pun memang tak lepas kalau nak buat..hehe. Orait.. to those yang nak join boleh check out this website www.skytrex-adventure.com . Kat sana juga ada sediakan loker untuk simpan beg, bayar RM5 sebagai cagaran and RM1 untuk fee dia, sama juga boleh sewa pemegang botol air, RM5 duit deposit and RM1 duit sewa. Glove juga ada jual kat sana RM3 sepasang. Memang kena pakai glove la.. kalau tak sakit tangan nak grab those cables tu..

Tapi yang kelakar nya, lepas dah habis semua masing-masing rasa tak puas.. Sebabnya lepas habis buat semua tak rasa macam dah completed 36 task, rasa macam baru siap dalam 20 task.. Haha.. berlagak kan sesorang ??? Siap boleh dok argue dengan staff yang jaga safety equipment tu lagi. Staff tu bengang jer ngan kitaorang..haha. Diaorang siap tanya kitaorang ni komando ke apa??? Haha...  Well, kalau nak lebih extreme, sila pergi Langkawi. Kat sana lagi extreme and lagi banyak task.. kata mereka.. Ahaksss... ok fine. Let's go to Langkawi... hehe

Dalam jaring beranilah berselfie wefie bagai....haha

Alhamdulillah...berjaya complete ^_^
Ok.. done aktiviti lasak. After settle semua pergi solat then pergi makan... Nasib ler tuan kedai oi, penuh satu kedai bau peluh kitaorang...Haha. Masing-masing order makan tak beringat.. Hewhew.. Konon nak cover balik kalori yang hilang tu la...kuangkuangkuang.. Kwangsoo ^_^
Esoknya terasa la kelenguhan pada tangan dan kaki...padan muka..hehe




Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

21 comments:

  1. Extreme challenge ni memang x seswai untuk akak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa??? akak takut tinggi ke..??hehehe

      Delete
    2. Ye akak.. Akak memang tak sesuai... Akak sesuai aktiviti kilatkan kuku... He He He...

      Delete
    3. Haha.. terpegun patient tgk kuku doctor sgt kilat

      Delete
  2. sis JM blum pernah joinn minat tu ada..kalau ada kawan baru best..mmgbest kalau dpt join aktiviti begini

    ReplyDelete
  3. sis JM ninat join aktiivti begini tapi x de member..best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo JM minat juga ke..ok xpe. next time insya allah if saya nk main lg sy ajak sis join saya sama ok!! =)

      Delete
    2. Haaa...dah ada member tu, k.JM.
      Hati berbunga riang lah tu kan :D

      Delete
  4. eeerk CT takleh la aktiviti macam ni.. masuk escape penang tnggu kawan aje yang main.. duduk kat bawah tngk diorang brgayut. noooo i is kenot haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa....ct ni. ada ke patut dok saja..rugi rugi..hehe. escape penang tu pn mcm best juga. dlm plan jga nk pegi situ

      Delete
    2. takleh la.. gayat n seram sejuk aje nak buat semua ni hahaha.. CT ada the same tot jugak..
      mcm mne kalo.. macam ne kalo hahaha.. mulalah muka nak pucat..

      Delete
    3. Kita same spesies lah, CT. Akak pun gayat.
      Huhu..x minatlah Aktiviti2 lasak ni.

      Delete
  5. aiyooo...kalau sy dh terjelepuk awal2 lagi laaa....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. belum cuba belum tahu kak deanna..sgt best ni ;-)

      Delete
  6. takpelah ..kak yan tunggu kat bawah aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tunggu kt bawah kak yan.. tunggu kat atas la best..hehe

      Delete
  7. mcm gayat plak...tp nk try lah =)

    ReplyDelete
  8. Nak tnye kita boleh bawak beg untuk simpan camera ke bila kat skytrex nnti masa main?

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^