My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Saturday, December 27, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 5 (22 September 2014)

Assalamualaikum....

Yeay.. hari ke-5!!! Berzaman nak buat kan..hehehe...sorry.

Ok, bangun pagi dengan perasaan gembira dan tenang. Al-maklumlah tidur dalam suasana fefeeling princess zaman Joseon, huahuahua... So, bangun pagi ni semangat nak jalan-jalan cari saki baki anak raja Korea..hahaha...verangan sangat!!!!

Semalam, before tidur masing-masing dah buat MoU pagi ni kena breakfast kkongnamul gukbap kat kedai Sam Baek Jib.. ni salah satu makanan yang kena makan kalau datang Jeonju Hanok Village ni. Guesthouse ni ada sediakan breakfast juga, roti + jem and kopi and peach tea... Tak per, itu 2nd round...hehehe. So, dah siap cun-cun memasing maka keluarlah mencari makanan. Suasana pagi ni tak tahu camna nak gambarkan, sangat fresh... Udara yang segar, suasana yang damai. Pendek kata, kalau ada yang stress meroyan ngan kerja kat office yang tak pernah habis tu kan, sangat-sangat digalakkan lah korang datang berhibernasi kat kampung ni at least seminggu. Confirm pas tu kepala hotak korang normal balik.. Ok, terbebel sebentar.



Patutnya, kat kampung ni salah satu tempat best dia adalah muzium-muzium dia tu, tapi sebab hari ni hari Isnin, semua muzium ditutup. So, kena lah jenjalan tengok benda lain kan... Ok, before jenjalan, jom breakfast dulu wey!! Semalam tak dapat proper lunch, so pagi ni perut berzumba lebih... hehe...

Ada munge di laman guesthouse.... Good morning !!!

Salah satu tarikan kampung ni design bumbung rumah-rumahnya yang unik. cantikkan !!!

Suasana pagi yang sangat tenang dan mendamaikan

Jatuh cinta ngan kampung ni

Chik ah tengah intai tapak kosong nak buat rumah dok sini, berniaga nasi lemak..hehe


Sepanjang jalan ada stream kecik-kecik ni.. budak-budak lalu semua pakat dok main air ni..haippp
This is our breakfast... kkongnamul gukbap. Sarah sangat suka hokay!!!

kkongnamul gukbap aka hangover soup, orang melayu sebut sup taugeh campuq nasi je pun..ahhaah

Ingat mende...rupa-rupanya cencaluk. Eh, Korea pun hado...!!!
Perut dah kenyang, so jom patah balik guesthouse untuk check out sebab checkout time 10.00 pagi. Tapi tuan tanah dah bagitahu, boleh tinggalkan ajer beg-beg kitaorang kat situ kalau kitaorang nak gi jenjalan melawat kawasan. Baikkan dia. Sampai guesthouse tengok tuan tanah belum sampai, so lepak-lepak lah dulu belek guesthouse tu. Jatuh cinta dengan deco rumah tu. Kat sebelah dapur ada bilik komputer, boleh la guna untuk online or nak transfer gambar ke.. Sambil tunggu tuan tanah, kami bedal pula breakfast yang disediakan...hahaah, rezeki jangan tolak, musuh jangan cari.. :-)

Roti bakar + blueberry jem + peach tea....sedapnyaaa. Ada anggur lagi...

Jemput breakfast.... nak beli rumah renovate buat design ni lah





Ok.. dah check out, barang-barang dah kemas lawa-lawa and tinggalkan kat situ, so mari kita sambung jalan-jalan... Mula-mula jalan ikut setiap lorong-lorong kampung ni. Memang sangat cantik lah.. Tak terdaya nak gambarkan. Kena pergi dan rasa sendiri. Terasa macam hidup pada zaman Joseon bila jenjalan menyusuri lorong-lorong rumah-rumah kat sini. Oh, cuaca kat kampung ni  time ni sama panas macam kat Malaysia juga, so harus pakai sun block ok...


Jangan kata bumbung, dinding dia pun lawaaaaa



Depan toilet pun jadi keja bergambar..hahah... Tapi sangat cantik

Haippp... nak curi apa tu!!!

This is South Korea... :-)


Ada ahjumma offer nak tolong capture gambar ni :-)


Model dinding

Landscape restaurant





Masing-masing pulun dok tahan panas demi nak bergambaq..hahahaha





Yea...boleh berteduh!!!!!




Sarah gila pintu..jumpa pintu lawa semua dia nak bergambar. Aku pula gila gambar..hahahaha




Apa yang suka sangat ntah... kincir air tu lawaaaaa

Just a landscape.. no other meaning


Sangat ramai budak-budak tadika buat lawatan

Kedai jual souvenirs.. harus masuk tengok !!!
Dah puas belek lorong-lorong belakang yang tersangat menarik.. jom ke seberang kampung ni pula. Ada mural village. Dari sini kena lalu atas bukit menyeberangi bridge untuk ke seberang sana. Kat atas bukit nun akan melalui satu kawasan nama dia Omokdae dan Imokdae. Kat sana ada satu pavilion tempat lepak raja pertama Dinasti Joseon, iaitu King Taejo. Lepas baginda menang perang ke atas para penceroboh Jepun kat Gunung Hwangsan, Unbong, kat sini lah baginda singgah and celebrate kemenangan dia tu. Cewah.. dok cerita sejarah Korea pula. Sejarah Malaysia fail..hahaha...

Jalan menuju ke Omokdae dan Imokdae adalah berbukit bukit...harus berhenti bergambar dulu...ahaa

Kalau datang sini tak bergambar kat monumen ni tak sah ler....




Boleh tengok seluruh hanok village dari atas sini

Batu bersurat yang menceritakan kisah Omokdae dan Imokdae
Inilah pavilion tempat lepak raja tue

Ini jambatan yang menghubungkan kampung ni dengal mural village
Now..entering mural village. Walaupun nampak kecik jer mural village ni tapi penat juga oi nak berjalan. Dahla panas terik. Sun block xpakai, bijak sangatlah kan.. Dok perasan time autumn, cuaca sejuk..Ha!!!! padan muka, terbakar hangit muka. Dahla kulit asal pun 1/200 putih dari snow white, sekarang dah jadi macam Dayang Senandung...hihu... Tapi pakat bergambar maintain walaupun tengah panas... hehehehehe. Ok, jom tengok gambar-gambar kat mural village.

Ni kena paksa ngan chik ah suruh ambil gambar tengah-tengah panas ni...uwaaa!!!!



Love is in the air

Masing-masing pantang bergambar...

Cafe..sangat cantik dan meriah deco dia



Cak..!!! Hehehehe



Chik ah menggatai










Agak-agak kalau lawan makan sapa menang... kehkehkeh
Jalan-jalan kat mural village ni pun ambil masa lama juga.. tengok jam dah pukul 1.00 tengah hari. So, turun dari kampung ni menyeberangi jalan masuk balik ke arah hanok village tadi.. Kali ni lalu ikut kawasan tepi sungai pula, ada restoran seafood kat tepi sungai tu. Tengok ramai orang tengah lunch, kebanyakan pekerja pejabat la. Setiap meja mesti ada soju. Ha!!! kenal sangat kau dengan botol soju yang color hijau tu. Maklumlah hasil dok nganga drama korea sejak sekolah..hehehe..


Ok, next destinastion ialah tempat penggambaran drama Sungkyunkwan Scandal...yea!!!!!!!! Kita pergi tengok hasil jejak Mickey, Song Joong Ki and Yoo Ah In... suka suka suka !!!! Tempat ni actually pusat pengajian Confucius. Kat situ, ada dia letak baju-baju yang diaorang pakai masa dalam drama tu. Baju sekolah diaorang...so, apa lagi?? Dah ada, try la kan..hehee


Inilah bangunan sekolah dalam drama Sungkyunkwan Scandal tu




Bangunan yang kononnya asrama diaorang.. tapi ni actually ada rumah orang




Lawa pula baju ni kan..Ok, boleh buat satu!!!
Dah habis jalan-jalan sini, maka melangkah la mencari makanan pula.. Disebabkan cuaca sangat panas, maka jom makan patbingsoo. Ala ABC je pun...hehehe... tapi ni original patbingsoo. Kalau datang sini mesti makan patbingsoo kat kedai Grandmother's patbingsoo ni.

Ais yang disagat, kat atas dia diletakkan kacang merah dan yang putih and hijau tu macam jeli. Semangkuk ni sorang penat nak habis, so kena share 3 orang. 8,500 won semangkuk ni

Jemput makan..!!!

Nikmatnya makan ABC lepas terseksa bawah panas terik selama lebih kurang 3 jam....!!!!
Dah habis makan, sambung balik jenjalan. Kali ni nak pergi tengok tempat simpan potret raja pula. Namanya Gyeonggijeon Shrine. Tiket masuk 1,000 won. Tapi istana yang simpan gambar raja tak boleh masuk sebab tengah renovate, cuma boleh masuk muzium yang simpah dokumen-dokumen sejarah je lah. Disebabkan tak banyak masa nak belek semua tu, so sekali lalu jer lah tengok..hehe. Alasan malas membaca kan. 

Tepi-tepi tembok nak masuk dia ada munge cantek sangatttt


Entrance Gyeonggijeon Shrine










Dah habis jenjalan sini, jom pergi tengok poko ginkgo berusia 600 tahun, punyalah tua sampai digelar pokok datuk...


Kalau dah betul-betul autumn ni lagi lawa...kuning jer semua daun dia
Dah complete semua tempat yang nak tengok, perut pun dah berzumba lagi sekali. Jam pun dah pukul 2.30 petang dah, so moh ler cari lunch. Haruslah makan bibimbap kan sebab seluruh pelosok Korea Selatan mengakui kesedapan bibimbap Jeonju ni. Cewah... tapi memang diaorang cakap pun, bibimbap Jeounju paling sedap. Rasa dia tak sama macam kat tempat lain. Masa on the way nak cari lunch tetiba, ada sekumpulan pelajar perempuan datang serbu aku siap tarik tangan. Ingatkan nak apa!!! Rupa-rupanya nak jak bergambar. Oh... boleh ajer. terasa glamor iollss tau!! Heheehe.. Sama glamor macam Donghae..ngeeee. Lepas satu group ada satu group lain pula.. Ok, Donghae kita setaraf... sesuai untuk bercouple..Hahha..sila jangan menyampah!!! toing toing.....




Disebabkan perut sangat lapar, tangan pun menggeletar..maka terlupa dah nak ambil gambar bibimbap tu. Semua makan tanpa sepatah kata. Heheeh.. lapar bebenar wey. Dan ternyata bibimbap Jeonju memang sedap. Rasa dia berbeza dengan bibimbap yang kami makan kat Jeju. Oh, restoran yang kami makan ni betul-betul dekat jalan masuk ke guesthouse yang kami duduk tu.. Dah habis makan, tengok jam dalam pukul 3.15. Ok, jom gerak.. Next plan nak ke Jinan pula sebab nak pergi Maisan Provincial Park. Actually niat nak pergi Naejangsan Provincial Park hari ni tapi atas nasihat Myung Hwa tak jadi pergi. Katanya daun-daun masih hijau, belum bertukar color so tak cantik sangat nak tengok..Uhuk uhuk uhuk... Salah timing datang. Kalau nak tengok daun rona roni kena datang tengah October.. Sajer jer tau nak suruh kiter celebrate birthday donghae kat sini, 15 October.. Ahaksss... Gedikssssss sangat.... :-)
Balik guesthouse ambil beg, say bai bai kat Myunghwa then bertolak ke stesen bus.

Ini dia tuan tanah!!!
Ambil teksi terus ke sana. Nak ke Jinan kena ambil bus dari stesen bus local. So, beg kami tinggal dalam loker kat stesen bus intercity tu. Senang nak gerak. Stesen bus local mengikut singboard yang dia tulis 400m dari stesen bus intercity. Tapi kami yang jalan ni rasa macam 800m..Hehehehe.. Seharian berjalan mula lah kepala lutut dah lenguh...

Di sinilah berlaku lagi satu kecacatan plan. Sebabnya beria tulis notes Maisan Provincial Park tutup pukul berapa, bus last ke sana pukul berapa, tapi bolehla kan tak tengok.. Sabaq jer lah.. Dah sampai Jinan pukul 5.00 petang. Tempat tu tutup pukul 6.00 petang. Dah sampai stesen bus Jinan baru terbaca..Great!!!!! Terasa bersalah sangat kat Chik Ah and Sarah sebab aku yang buat itinerary...huhuuh..sorry korang. Alhamdulillah diaorang memahami. Chik Ah kata it's ok sebab ni kan 1st time, pastu tempat orang pula. Dah berjaya sampai sini pun dah kira hebat...Hhuhuu.. Sangat terharu. Tapi dah alang-alang sampai sini, tak kan nak balik terus kan. Maka jalan-jalan lah tengok town Jinan ni.. Pekan dia kecik jer tapi cantik. Maybe sebab kampung yang banyak gunung-ganang. Dalam dok bersedih tu sempat lagi shopping...Hahahaha... Tapi mujur tak beli periuk emas yang glamor tu.. Ahaks.. Kalau tak ada yang nak kena sekeh ngan pakcik kastam...kuangkuangkuang...

Jumpa ahjussi jual kerepek ubi kayu manis tepi jalan, beli. Sepeket 5,000 won. Then masuk shopmart dia. Tengok-tengok banana milk dia murah, 4 botol 4,600won. So apa tunggu lagi, pakat angkut sorang sepeket la...Kelakar betul. Then beli tupperware, 3 biji untuk masak maggi..Adoi, sorang-sorang kalau bab menghabiskan duit cukup terror... Sabar jerlah.. So pusing-pusing tempat ni sedar-sedar dah pukul 7.30 malam.. Ok, jom lah pulang ke pangkal jalan. Bus last ke Jeonju pukul 9.30 malam. Tiket ke Seoul belum beli sebab nak beli on the spot.

Walkway sepanjang kedai-kedai nya

Sungai belakang pasar Jinan

Ahjussi...senyum !!!! :-)

Jakun sesorang tengok madu lebah dijual sekali dengan sarangnya
Sampai stesen bus Jeonju terus beli tiket. Lagi sekali pakat dok buat drama. Lagi 5 minit bus nak bertolak. suka tau buat glamor macam ni... Naik je bus, macam  biasalah aktiviti nya...tidur. Tapi sempat juga tengok drama kat tv. Drama My Lovely Girl.. ala yang Rain and Krystal berlakon tu. Tapi masa tu tak tahu apa tajuk sebab kat Malaysia belum tayang...heeeee

Sampai Seoul, kami menyinggah pula kat Dongdaemun night market.. Punya lah ramai manusia...huhu.. Perut dah lapar balik. Cari kedai makan tak jumpa. Masa tu dah pukul 10 malam. Masuk tanya kat tourist info centre mana ada kedai makanan ikan bakar yang sedap, dia kata dah tutup..Uhuksss.. Yang tinggal dia kata kedai bibimbap jer. Tapi Sarah kata dia dah tak larat makan bibimbap. So at the end naik subway balik hotel singgah convenient store, macam biasa beli nasi segera 3 bungkus. Balik hotel, panaskan makan dengan sambal ikan bilis yang Chik Ah bawa dari Malaysia tu... Alhamdulillah kenyang..

Before tidur, aktiviti wajib ialah kira hutang piutang..hehe.. senang kira siap-siap sebab nanti masing-masing boleh check balance yang ada. And of course before tidur juga telan 2 biji ostematrix bagi hilang rasa sakit-sakit san sengal-sengal tulang akibat banyak berjalan.......

Untuk tidur yang lebih lena dan bangun pagi dalam keadaan segar dan selesa.. 2biji ostematrix exactly just sebelum tidur sangat membantu :-)
Maka selesailah hari ke-5 jalan-jalan Korea... sehingga bertemu lagi di next entry untuk the next day...

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)




12 comments:

  1. Replies
    1. memg best... tu yg rasa nk pegi lg tu...xpuas sb niat nk pegi gunung ganang tu kn.

      Delete
  2. Pergh ~ bestnya.. nak juga pergi sana.. tp bajet lum ada.. disalurkan ke kementerian lain dulu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kementerian mana yg berani ambil bajet g korea tu....hehehe
      tak per.. slow2, insya allah pasti ada rezeki. nk nekad utk pergi kna bli tket dulu, bla dh bli tket kompem by hook or by crook mst akan buat smp jadi. mcm saya. sanggup ikat perut n puasa shopping..eheheheh.. Alhamdulillah berbaloi :-)

      Delete
  3. tak sempat je Jeonju pun...sbb berlari ke gangneung dulu.. :)

    cantik kawasan dia...tapi mid september baru nak masuk autumn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh..hebat berlari smp gangneung..hehehe... tu la, autumn btul2 start mid oct. ralat la juga sb salah timing. tu pasal lah dok tergedik2 mcm nk p lg sekali next autumn..hehehe

      Delete
  4. seronoknyaaa.. CT nak ke korea ni tah bila laaa plak

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. memg sgt seronok..hahah... tak puas pegi sekali. nk pegi lgi

      Delete
  6. mcm best je stay d jeonju village tu..nak try lah stay kat sana. Nak tanya ..kedai Sam Baek Jib tu lokasi nya di mana eh..di Myeongdong ke atau temat lain..leh bagi direction tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt best... memg kalau ada rezeki nk pergi lg stay sama. nk pergi betul2 time autumn... kedai sam baek jib tu dlm hanok village kt jeonju tu.

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^