Assalamualaikum...
Yeay dah hari ke-8. Laju sikit update wahai Norsalihah!!! Dah masuk bulan February 2015 pun.. hihu. Ok, hari ni pergi melawat istana-istana yang ada di tengah-tengah bandaraya Seoul ni. Kalau datang sini tak masuk istana-istana yang glamor ini tak sah la kan... so harus masuk. Harini keluar lambat sikit sebab istana buka pukul 10 pagi, so tak adalah rushing sangat. Dah hampir pukul 9 baru keluar hotel. Breakfast siap-siap.
Dari station Hoegi kena ambil line 1 ke station Jongno Sam Ga then transfer ke line 3 untuk ke station Gyeokbogung pula. Dah sampai keluar ikut exit 5. Exit ni dari arah pintu belakang Gyeongbokkgung Palace.
|
Kat station Gyeongbokkgung.. siapa lalu ikut gerbang ni maintain cun foreva..haha. Tapi ni replika jer. Yang betul dalam Chandeokkgung Palace |
Masuk jer kawasan istana tengok..wah!!! besarnya...cantiknya!!! Apa lagi, snap la gambar dulu...hehe. Tapi tetiba ada pula sekumpulan student lelaki sekolah menengah serbu weollsss nak bergambar juga.. Ha!!! kan dah kata, iollsss pun glamor macam Donghae...krikkk krikk.. ari tu kat Jeonju, ni kat Seoul pula.. ^_^
|
My pic with them dalam camera diaorang... lupa pula nak ambil satu guna our camera |
Ok...done layan peminat...hehe.. jom jom masuk istana. Hari ni kami untung sebab masa sampai para-para guard sedang buat persiapan untuk pertunjukkan proses pertukaran guard. So boleh tengok real depan mata secara live macam mana proses tu berlaku. Tapi before tu pergi kaunter tiket beli tiket dulu. Tiket untuk masuk palace ni ada 2 jenis. Satu tiket untuk setiap istana, semua ada 5 istana di tengah-tengah bandar Seoul ni, and satu lagi tiket nama dia combined tiket. Combined tiket ni untuk kelima-lima istana tu. Lagi untung beli yang combined tiket ni sebab harga dia 10,000 won jer. Tarikh expire tiket ni pula sebulan dari tarikh pembelian. So, kalau tak sempat habis tour semua palace dalam sehari pun tak per..don't worry, be happy !! Esok masih ada..hehe.
|
Tengah tunggu pakcik-pakcik guard sekalian masuk |
|
Penuh dengan pelancong dari China Mainland |
Time ni laaaaaaaaagilah ramai pelancong dari China.. mendengar suara-suara mereka terus minda jadi confuse. Eh eh.. aku kat Korea ke kat China ni..hehehe...And ramai juga budak-budak sekolah yang buat lawatan hari tu. Agaknya time ni musim sekolah-sekolah kat Korea buat lawatan kot.. Masa kat Jeonju pun sama juga. Tak kisahlah, yang penting jom belek istana and of course bergambar kenangan... ^_^ Istana ni sangat besar okay, penat nak pusing..huhu.
|
Dewan besar Raja dan pembesar bersidang.. selalu kan tengok dalam drama Korea |
|
Bilik Raja |
|
Sangat luas dan besar kawasan dia |
|
Kawasan tempat simpan tempayan-tempayan yang mengandungi segala jenis sos |
|
Comey jer budak-budak sekolah ni ^_^ |
|
Ala kesian..penat ke???? |
|
Salah satu kawasan belakang istana |
Masa before pergi Korea tu kan.. baca blog masing-masing cakap jalan terus ke belakang istana ni nanti boleh sampai Blue House iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri. Kalau siapa tengok drama Korea mesti tahu punya lah.. so pulun lah kami ni pakat jalan sampai belakang, dah la jauh tapi sampai sudah tak jumpa...Huahuahua...walhal dari jauh dah nampak bumbung biru tu...Adoi...sabar jerlah. Last sekali give up la, lagi pula masa tu dah pukul 12 tengah hari. Kejap lagi nak ke Chandeokkgung pula, nak join tour guide masuk secret garden pukul 1.30 tengah hari. Kalau lambat tak leh masuk dah.. So, kami pun patah balik ke depan. Kat bahagian depan ada macam khemah boleh pakai pakaian traditional pekerja istana.. So, apa lagi. Moh ler kita try... berangan jadi Da Jang Geum sekejap...hehehe
|
Pakai baju ni tangan otomatik masuk dalam...hehe |
|
Mana ada orang piece piece wey pakai baju ni!! |
|
Pakaian guard pun kami pakai...sebab nampak lawa!!! And sebab nampak color merah ni juga ^_^ |
Sedar tak sedar dah pukul 1.10..oopsss. Must move on now. Kalau tak nanti tak sempat. Maka, lajulah melangkah ke arah Chandeokkgung. Dari istana ni, keluar ke arah pintu utama dia then ke kiri, jalan terus jer sampai jumpa Chandeokkgung. Kena lintas jalan melalui satu kota besar tengah-tengah simpang tu. Yang tu menara kawalan istana. Kena jalan dalam 1km juga la..ke lebih sikit. Tapi yang pasti sakitlah tumit tu melangkah dengan laju..hehe. Tapi rushing macam mana sekali pun haruslah ambil dulu gambar pak guard istana ni kan... serius jer muka depa..haha....
|
Nak ke Chandeokkgung mesti lintas kat depan kota ni ok |
Perut pula terasa lapar tapi abaikan dulu. Tengah jalan singgah beli coffee dulu kat Ediya Coffee. Cuaca sangat panas tapi sebab ada angin, so tak terasa bahang dia tu. Sedar-sedar dah terbakar hitam muka and tangan...haha. Sunburn teruk wey!!! Dahla asal pun tak berapa nak putih salju kann...hehe. Dah dapat coffee sambung jalan tapi tak nampak pun istana lagi satu. Arah betul dah. Masa ni lah ambil kesempatan sikit, nampak oppa hensem ber kemeja, ber neck tie sedang jalan agak laju, tahan dia. Hehe... Tanya istana kat mana??? Dia tunjuk arah Gyeongbokkgung, tapi aku cakapla bukan, nak pergi Chandeokkgung. Oh, then dia tunjuk arah belakang dia. Kamsahamnida oppa...Hehe..gatai na!!! Dahla orang tu nak cepat. Nasib ler.. siapa suruh hensem...krikk krikk. Eh, tapi kan.. aku perasan something la. Kat Seoul ni ramai juga yang boleh cakap ongputih. Pakcik drebar teksi and makcik kedai pun sama. Bagus la kan.. maybe sebab diaorang pun dah terdedah dengan ramai foreigners, so automatically pakat belajar English gamaknyer..hehe.
Sampai depan kaunter tiket around pukul 1.20, tapi ramainya pakat beratur...Huhu, takut tak sempat beli sebab tiket untuk masuk secret garden setiap session ada 100 keping jer. Tapi kenapa beria nak masuk secret garden ni??? Boleh jumpa Hyun Bin ke?? Wakakaka.... kalau ada Hyun Bin memang lagi pulun lah wey. Tapi tak ada kena mengena pun.... cuma hasil pembacaan blog kawasan dalam ni lagi cantik sebab ni kawasan special raja. Hanya orang tertentu jer boleh masuk... Ha!! begitulah ceriteranya. Beratur punya beratur dapat juga tiket.Oh, actually bukan beli tiket baru, just tunjuk tiket yang kita beli tadi then convert dengan tiket untuk masuk secret garden. Dah dapat tiket, apa lagi???? Pecut la wey... dah pukul 1.35 kot. Ingatkan kami jer yang berdrama kat situ, ada lagi 2 orang lain..Haha... huhhhh...memang penat. Ngam-ngam sampai, tourist guide tengah introduce diri.
Setiap kawasan, tourist guide akan berhenti and explain tentang tempat tu. Tapi sebab perut lapar, kaki sakit (alasan kan...hewhew) maka masuk telinga kanan keluar telinga kiri..huhu.. Yang aku ingat ada tempat untuk raja berehat, study, berburu dan menulis puisi. Yang mana satu... cheq lupa!!! Kena pi lagi sekali buat nota...hehehe... ampun =)
Tapi memang kawasan dalam secret garden ni sangat lawa. Tak dapat bayangkan kelawaannya kalau time daun semua dah bertukar color. Walaupun masih hijau pemandangan semua tapi tetap memukau mata. Tengok jerlah semua gambar-gambar yang ada ni okay.. Tak tahu nak explain camna..hehe
|
Starting point secret garden.. Bertentangan ni ada toilet, lepas ni tak de dah. So siapa nak tunaikan hajat better buat sekarang...hehe. |
|
Yang berpayung berbaju biru putih tu lah tourist guide |
|
Kolam ni bentuk negara Korea... tapi tak der sorang pun tahu..hehe.. Kesian tourist guide, penat suruh kami pikir... Sorry lah Eonni, kalau peta Semenanjung Malaysia I tahulah =) |
|
Bayangkan kalau daun dah warna kuning, oren, merah, koko...mesti lagi lawa kan???!!! |
|
Gazebo tengah bendang..walhal kat Kedah nun berlambak..haha..cuma tak lawa cegini =) |
|
Kuarters pekerja ke tetamu ...tak hengat...hehe |
|
Ruang hujung sana lelaki punya kawasan. Pintu kat tengah ni untuk menghalang pandangan lelaki and wanita |
|
Ada juga yang terjun dalam telaga tu..hehe |
|
Pokok bonsai yang tak bonsai dan sangat cantekkkkk |
|
Design bumbung lawa.... binatang-binatang kat atas tu sebagai penjaga ala-ala tangkal azimat la |
Fuhhh.. penat juga jalan-jalan dalam secret garden ni. Dah keluar dari situ tak larat dah nak masuk palace dia. Kat sebelah palace ni ada lagi satu palace tapi tak larat dah nak pi sebab perut lapar gila kot. Makanya kami decide terus keluar cari kedai makan. Jalan terus ke arah Insadong sebab nak shopping souvenir juga. Best thing area Seoul ni sebab semua tempat-tempat lawatan dia within walking distance, dengan keadaan cuaca yang berangin tu, so jalan kaki jauh sikit pun memang tak terasa. Masa ke arah Insadong, masing-masing siap kata terus ke kedai makan. Jangan singgah mana-mana dah. Walhal elok lalu depan kedai beg tengok ada sale, pakat rembat sorang satu beg..Hahaha... girls will always be girls...lulzzzz
|
Konon ambil udara Seoul lah tewww |
Ok... lapaq lapaq lapaq... seriusly rasa macam nak pitam dah. Base on blog Budget Travel To Korea, ada satu kedai makan yang dicadangkan kat area Insadong ni. Kat blog tu dia dah bagi siap-siap direction, so follow jer. Memang tepat dan benar lah direction tu. Senang jer jumpa.. Masuk jer terus order set ikan mackerel kering.. Dok bayangkan ikan tu besar ikan kembong jer sekali besar ikan jaket kau... memang kenyang ler. Side dishes dia pun sangat sedap. Paling best tokey kedai encem...hehe.. And harga dia pun tak mahal, satu set makanan 6,000 won sahaja.
|
Makanan dia sedapppppp |
Habis makan, perut kenyang, hati pun maaaanyak happy lorrr... Barulah boleh jalan2 sopping.... Yeaaaa!!!
Kat insadong ni memang murah nak beli souvenirs. So, korang borong lah puas-puas kat sini. Punyalah khusyuk shopping sampai lupa nak ambil gambar kedai yang kitaorang borong tu... T_T Anak tokey kedai tu pompuan, terror cakap Melayu lagi tu.. memang sedaplah bershopping and tawar menawar..haha. Bagus betul diaorang kan, sanggup belajar demi nak tarik customer... So, makcik-makcik, pakcik-pakcik, akak-akak and abang-abang peniaga...sila lah kayakan penguasaan bahasa anda..Hehe... supaya senang nak beramah mesra ngan customers.. Ye idak???
|
Antara kedai yang ada...teringat nak snap satu ni jer..hehe |
Masa jalan-jalan jumpa lagi orang jual gula tarik..so singgah ler nak tengok lagi. Lagi pula oppa encem panggil beli kan...hehe... Kat sini mestilah lagi murah dari Jeju. So beli lah juga sekotak bawa balik Malaysia. Gula tarik ni tahan sebulan tau lepas time dia buat tu, tapi kena simpan dalam fridge lah.
Berhantu lah kawasan Insadong ni... tengok tu lawa, tengok ni lawa...aishhhhh... ini sangat bahaya. Macam kena pukau, sedar-sedar selesai 150,000 won...Huhu... Uwaaaaaaaa.......!!!! Chik Ah kata pasni kita pakat pi menari tepi jalan, dapat kutip sorang 30,000 won pun jadilah...haha.... iyolah tu. Shopping tak beringat...Hewhew.. Tapi memang bahaya wey. Terlebih bajet. So, apalagi.. emergency call la kepada orang yang ada kat Malaysia nun... tolong bank in duit ke Maybank Sarah...pleaseeeeee. Hehehe... Sebab Sarah dah aktifkan maybank dia untuk withdraw oversea. Alhamdulillah...legaaaaa rasa....hehe. Lain kali, jangan nak gatal shopping tak beringat!!!! Dah ler kat negara orang!! Hurmmmmm T_T
|
Antara performance untuk kutip duit... ingatkan kami pun nak kena join venture juga...hehehe |
Ok... done shopping souvenirs. Jom gerak ke Gwanghwamun Square. Nak bergambar ngan patung King Sejong... Raja yang bertanggungjawab memperkenalkan tulisan Hangeul.. Nak tahu and faham sejarah nyer, sila tonton drama Deep Rooted Tree...hehehe.. Masa sampai depan istana Gyeongbokkgung tengok ada show.. Art show guna lampu, show tentang history that palace... Wah!!! menarik sangat. Kerusi disusun kat tengah-tengah dataran tu. So, pakat-pakat duduklah watched the show... Walaupun diganggu oleh kenderaan yang lalu lalang tapi itu bukan masalah, sangat best show dia i tell u... :-)
|
Muka sesorang hitam terbakar...hahaha |
Sangat terror kan??? Guna lampu jer tunjuk kat semua orang sejarah diaorang. Menarik pun menarik. So...bolehla Malaysia guna juga idea ni untuk tunjuk pada tourist tentang sejarah kita... =)
Show ni pun bukan lama sangat. 10 minit jer.. so dia ulang again and again dalam masa 1 jam tak salah. Dah habis show kami pun blah...hehe.. Nak buat per dok situ lagi kan. Nun ha King Sejong sedang memanggil...errr.. serramm kot kalau betul dia panggil..hewhew
|
Jam matahari |
|
Pehal la budak ni asyik terlompat-lompat kat Korea ni...adoiiii...hehe |
|
Tak leh berdiri lama-lama kat sini..nanti kena sirammm...hahaha |
|
Patung General Lee Soon Shin |
Dah puas bergambar kat sini, nak cari Cheonggyecheon stream pula....tapi tak tahu arah...huhu.. Baca blog orang, kata area dekat ngan dataran ni juga. Tapi tak nampak pun!!! So tanyalah pakcik G, apa-apa landmark yang boleh tolong untuk ke sana. Masa tu aku duduk atas planter box dekat junction menghadap patung tu.. Chik Ah and Sarah menghadap belakang jalan aku. Pas jumpa landmark stream tu aku tunjuk la kat Chik Ah... tadaaaa!!! terus dapat jumpa sebab Chik Ah tengah tengok menda alah tu..haha..kelakar betul *_*
|
Ni lah mercu tanda itu...hehe |
|
Menjejak Cheonggyecheon stream....Kalau dah jumpa longkang ni betul lah tu..hehehe |
|
We are here...!!!!!!!!! |
Kalau korang dari arah Gwanghwamun Square tu kan, betul-betul before turun tangga ke stream ni, kat sebelah kiri korang boleh nampak stesen tv channel A. Motif info??? Hehe...sajer nak bagitahu, kalau selalu lepak sini ada la kot 1/1000 chances nak terserempak ngan retis-retis Korea tu ha!!!!!
Memang best wey lepak kat stream ni. Bestnya rakyat Seoul, abes kerja boleh lepak kat sini. Tengok air tu terjun pun dah tenang.Couple tak yah cakap la..memang penuhla sepanjang stream..hehe.. Sekeliling stream ni pula banyak kedai makan, ada bar bagai.. Bestlah pakat lepak kan...!!! Dan yang paling best, air dia sangat jernih dan langsung tak berbau. Pendek kata memang best la lepak kat sini...rilekssssssssss jer rasa. Walaupun dengar bunyi kenderaan lalu lalang tapi bunyi air terjun tu lagi damai la..memang betul lah, nak cari kedamaian kena back to nature... =)
|
Kolam buat hajat...Kononnya kalau berjaya baling coins masuk dalam bulatan siput tu, then make a wish...tertunai!! Nampak tak akak tu tengah nak baling coin?? |
|
Risau gak kot tersembam masuk dalam ni..hehe |
|
Ini semua adalah lakonan semata-mata...ahaksss ^_* |
Lepak kat sini macam tak mau balik..hewhew.. tapi mata dah mengantuk and tumit kaki pun saaaangatlah sakit..so nak tak nak mesti balik..uwaaaa!! Ok gediksss...hehehe... Ok, done day 8 jenjalan kat Seoul. Walaupun exhausted tapi tidur malan mimpi indah...ngehngehngeh..ok bai.
Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)
Waahhh...macam2 baju u olzzz try ye.
ReplyDeleteTapi kelakarlah baju2 tu nampak kembang.
haha.. baju tu memg kembang pun akak. sangat sopan kot. boleh la kalo nk try buat baju raya...hehe
DeleteBanyak nye tempayan isi sos.
ReplyDeleteTempayan besau pulak tu.
memg banyak pn. korea kan masakan dia terkenal ngan mcm2 sos. kadang tu pes2 cili juga. kimchi pn isi dlm tmpayan ni juga.. diaorg akan buat byk2 n simpan, kadang tanam dlm tanah. lg lama sos ditanam lg sedap... hehe. mcm terror je kan bercerita. inilah hasil nganga tv..hehe
Deletechili paste yg sedap... musim sejuk akn simpan dlm tanah...lg sedap...try lah!! wlaupon merah menyala tp x pedas sgt, sdap utk dimakan =)
Deletebetul...chili paste dia rasa lain.. tp ada jga yg pedas. kalau pedas memg menangis la mkn...hehe
DeleteMercu tanda tu bentuk spiral ye?
ReplyDeletemcm betuk kulit siput pn ada juga.. lebih kuranglah...
DeleteAah bestlah stream tu. Kalau ahkak pun wajib menebeng kat tepi tu waktu balik kerja. Nak mintak transfer Seoul lah:)
ReplyDeletenk transfer seoul akak???? nk ikut jga..hehe... nnt bolehla kita berjiran, pastu every weekend kita buat jalan2 cari mkn kt sana...haha.. berangan tahap gaban!!
DeleteJenuh nak scroll dari atas ke bawah... Tapi menghiburkan... Keep on blogging...
ReplyDeletehi...tenkiu sudi bertandang kembali ^_^
Deleteseronok BW..cuci mata ^_^
Deleteterima lasih sudi singgah...singgah2 ler selalu =)
Deletedatang singgah lagi...citer trip korea belum habis kan..bila mau sambung
Deletepstt : diri sendiri pun tak habis tulis lagi huuhhu
haha kak JM.. penat nk karang kan? tp best!! mengimbau kenangan silam
DeleteBest nyer jalan2 melawat negara orang ... Macam nak test jer baju tu ...
ReplyDeletebest hani..kalau ada rezeki pergilah.. baju tu pn best untuk di try..hehe
Deletechantek nyer lampu2 tuhhh....warna warni...kalu sy mmg lepak laa kat situ...hihiihih
ReplyDeletekannnn... memg best lepak kat situ. serius mcm xmau blik. aman damai jer rasa..huhu
Deletekalau sis JM terus nk pindah ke sana..tapi apakan daya...huhuhu
Deleteok sis JM jom ramai2 pndah dok sana..hehe
Deletekalau tak silap nnti kt kolompo pon nak wat stream cenggitu...hrap2 chantek mcm tu laa kan....leh lepak2 situ....hihihiihh
ReplyDeleteye ke.. kt mana?? sg klang tu ke?? kalau nk buat cmtu make sure segala bau bauan yg terlbih harum tu hlang dulu... kalau tak tak payahla buat. xder maknanya...
Deletesg klang??? baun harum tu ye...kikikik
Deletehaha...xsanggup juga!!!
Deleteaaaa bestnya. jeless sih.. :P
ReplyDeletesila lah buat tabungan dr sekarang..hehe. pas 2 thun boleh pegi dah ;-)
Deleteohsem!!! tp ms g sna xde kesempatan nk pkai baju pengawal tu =) rindu nye nk ke Korea lg...tu pon sbb ade sponsor..hihihihi... kn isi tabung ayam ni
ReplyDeletewow!!!! bestnya dpt pi korea di sponsor.... untunglah..hehe
Deletebersih x air kat stream tu?? cool je dpt lepak sana ...hohoii =)
ReplyDeletesangat bersih n tak de bau langsung. la.. masa ke sana xpegi ke??? ruginya..
Deletegituuuu haaa CT mula baca dari day 8 nak kena cari day 1 hehehe..
ReplyDeletenanti kita godek2 na insyallah.. kalo CT pegi jenguk 1 saja kot istana diorang ni..
sebab lebih tertarik untuk pergi jenguk tempat lain.. tapi nak juga ke istana sebab cantik binaan.. cumanya kalo pi jenguk banyak2 istana bosan hehehe..
stream tu memang wajib. insyallah masuk dalam list juga.. kena pi siang o malam eh lagi cantik ? pape pun xpe janji ada jejak jugak kan.. stream biasa aje tapi da unik tu yang orang dok pakat pi..
okay nanti cari day lain pulak =P
tu la.. rasany tgk satu istana je pn dh ckup sb lbh kurg je. tp kalo nk saru je better chandeokkgung kot sb kna mask secret garden dia tu..hehe. blh singgah gyeongbokkgung tgok guard's exchange ceremony tu
Deletemak masuk this chandeokkgung dalam itie for next coming trip :-)
Deletemasuk sis jgn xmasuk.. tp make sure pegi time full autumn bru best sb sgt cantekkk
Deletesambil baca story Seoul ni menggamit kenangan tul pastu sambil denganr lagu 2PM pulak hati melonjak2 dan tak sabar nk ke Seoul lagi...adusss..penyakit tul
ReplyDeleteLagu 2pm tu lagu apa..or siapa, k.JM?
Deletebukan lagu 2pm...salah hihih...kumpulan 2PM :-)
Deletehehe.. lagu beautiful tu ke sis JM
Delete2 kali jejak seoul 2 kali jugaklah x sempat nk singgah kat stream nih...why? sbb salah tempat huhuhu
ReplyDeleteBoleh pi kali ke3 ye, k.JM.
Deleteahakss..kali ke 3..partner yg ikut tu x nk tempat2 camtu..nk yg lebih extreme katanya...skrg tgh sibut buat itie huhuh
Delete*sibut - sibuk
Deletetgah buat iti??? nk pegi lg ke...nk ikutttt...huhu. alah kak JM, pegi skjap waktu mlm masa on d way nk blik hotel tu pn jadilah.. sgt best tmpat ni lepak waktu mlm
Delete