My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Monday, February 9, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 9 (26 September 2014)

Assalamualaikum...!!!! wajib jawab okay... bagus!!! baru dapat pahala... :-)

Ok, tanpa berlengah lagi jom santai-santai baca my journey in Korea on the 9th day. Sorry sesangat lambat nak hapdate... Maklumlah busy mengalahkan PM...hehe. Ok hari ni hari paling excited sebabnya kiter nak jalan-jalan cari boipren kiter...hehe.. (gedikssss kan???) Inilah highlight this journey.. asal usul punca journey ni dapat nama... Misi mencari Lee Donghae..hambek kau!!!! Confident tahap ultraman bunuh raksasa...huahuahua....



As usual, lepas breakfast keluar awal pagi sama sibuk macam orang nak pergi kerja. Dalam subway time time cegini kalau dapat tempat duduk memang Alhamdulillah sangat.. tapi dalam mimpi la..hewhew... But it's okay, it's alright.. walaupun tengah berdiri boleh jer layan muka buku kan.. Ha!!! jangan tak tahu, iolls pun dah setaraf rakyat Korea uollss, masuk train jer layan henpon..hehe. Berteknologi sangat. Ok, dah sampai destinasi yang ditujui...stesen Apgujeong Rodeo!!! Ada apa kat sini?? Ada apa kat sini??? Ada all those entertainment company yang produced retis-retis K-pop yang glamor itew ler.... Jangan tak tahu, kawasan Apgujeong ni kawasan retis uollss. Pendek kata kalau rajin dok merayap melilau tak tentu arah kemungkinan chances untuk korang bertemu retis-retis kegilaan korang tu ada la kot 1/100. Hehehe... agaknyer lah. Oh, nak tahu company apa yang ada kat area ni? Kat sini ada JYP Entertainment (retis 2PM, Got7 dan Miss A), Cube Entertainment (retis Beast, 4 Minute, Gina), FNC (retis CN Blue and FT Island) and SM Entertainment (retis My lovely Super Junior ^_^ , Girls Generation and EXO).


Awal-awal dah cari kat blog cara nak pergi to all those companies. So,  senanglah sikit kerja kan. Dari stesen Apgujeong Rodeo tu kena jalan jauh juga lah nak ke sana, aku rasa dekat 1km jugalah. Boleh jer nak naik bus dari stesen subway terus ke building berdekatan. Tapi saja nak jalan kaki, ala-ala macam drama Korea..hehehe. Turun jer train dah rasa aura K-pop tu. Mana tidak nyerrrr, kat stesen subway tu sendiri penuh ngan billboard wish birthday untuk macam-macam retis, ada wish birthday untuk Boa la, ada wish selamat kembali dari army untuk Leeteuk la, ada untuk Junsu 2PM la and macam-macam lagi la...tak hengat dah. And ada gambar 2PM juga kat tiang, real life size hokay... untuk tabung derma sebenarnya..hehe. Tapi dah alang-alang jumpa patung tu kan, bergambar la sekeping dua..weeehooo!!!!!

Abam sado Taecyeon... Annyeonghaseyo ^_^

Sawaddeekha Nick Khun ^_^
Keluar jer dari stesen subway tu pula dah boleh bau aura kemewahan kawasan ni..cewah!!! Over bangat sih.. Kemudian di bawah sinaran mentari pagi pada hari Jumaat yang mulia, menapaklah 3 orang manusia dari Malaysia demi memenuhi nafsu dunia.. Okay insaf....huhu. Tapi nak teruskan juga bercerita kegedikan di hari itu... hehehe.

Mula-mula nampak bangunan SM dulu. Bertentangan bangunan SM ni bangunan Louis Vuitton. Bangunan SM ni ada dua tau, satu lama and satu baru. Yang lama depan jalan besar sebaris dengan kedai-kedai jenama mewah tu.. Kiranya dari tepi jalan dah boleh nampak bangunan tu. Bangunan lama jauh ke belakang sikit, bukan depan main road la.. Dari jauh di seberang jalan ni dah boleh nampak punyalah besar gedabak poster comeback Super Junior, album Mamacita. Penuh satu building tu dilekatnya, sebabnya building tu tengah renovation. Alahai dek non oi...akak ni tengok poster ajer dah over excited, tak tahu lah kalau terjumpa orangnya...hewhew.... So, berhenti kejap ambil gambar dulu ngan poster tu.. Jadi kerja betul kan, kat tepi jalan tu. Haha...Dah habis ambil gambar ngan poster, ambil pula gambar ngan ferrari kat tepi jalan tu. Tak tahu lah sapa punya, ada 2 biji parking cantek jer kat tepi jalan tu warna merah and biru... Belasah jerlah kan..bukan nak rosakkan pun, nak hambek gambar jerrr.

Gedabak kannnnnnn

Dekat dengan Donghae tak.... ^_^
Chik Ah nak Heechul tapi terlindung sikit ngan pokok...bolehla :-)
Siapa punya kereta...??? Angkat tangan!!!!
Dah puas bergambar kat depan ni, perjalanan diteruskan. Nak ke JYP, Cube, FNC and bangunan baru SM. Kena lintas jalan ni menghala ke arah belakang bangunan lama SM tu. Sebelum tu singgah dulu kat bank sebab Chik Ah nak tukar duit. Kelllazzzz hang Chik Ah, tukar duit kat area orang kaya... ^_^
Dah settle tukar duit, so keep going lah untuk mission utama. Dari bangunan lama SM tu nak ke bangunan JYP tak der lah jauh sangat, dalam setengah kilometer je lebih kurang. Building JYP ni kat corner lot, bertentangan dengan kedai Dunkin Donuts. So, kalau ada yang pulun nak jumpa retis kegilaan korang bolehla lepak kat dalam Dunkin Donut ni sehari suntuk.. kalau bernasib baik lah..hehe. Masa kami sampai ada la 2 orang pompuan tengah makan dalam dunkin donut tu, tak tahu la siapa depa tu kan. Tapi pandang kami semacam jer.. lullzzzz... don't worry akak, weollss datang nak bergambar jew.. Tak kan duduk sehari suntuk nyer depan ni. Banyak lagi tempat nak pergi. Then ada juga 2 lelaki and sorang pompuan dok berdiri sembang kat pintu masuk building tu, sorang tengah standby sebelah van. Tak tahulah van tu retis mana punya. Agaknya kalau pulun menunggu bolehla nampak kot retis mana..hehe.. Ntah-ntah 2PM. Oh, ruginya!!!!

Haruslah muka JYP sendiri sebesar mungkin kan kat building dia.. T_T
Ok.. then bergambar pula depan building Cube and FNC. Kalau korang nak tahu buiding JYP, Cube and FNC ni dekat-dekat jer. Cube lebih kurang setentang jer lah ngan JYP ni and FNC sederet ngan Cube tapi ke depan sikit. So memang pakej lah kalau time korang datang tetiba geng-geng retis dari tiga-tiga company ni tengah melepak kat dunkin donut tu kan...wah!!!! berangannnnn as usual, mesti kebabommmm.

Sambil ambil gambar jeling-jeling juga kot nampak budak-budak kumpulan Beast kan...ahaksss
Yonghwa.... Hongki..!!!! where are you...  ^_^
Done with these 3 companies, now heading to new building SM pula. Harapan di hati dari Malaysia dapat bertemu my love (bluekkkk...sila muntah), tapi awal-awal lepas habis concert tengok Donghae update twitter dia, Enhyuk and Leeteuk pergi bercuti kat Jeju. Oh, sakitnya hati!!!! When I was in Jeju, dia kat Seoul. Bila aku dah sampai Seoul dia pergi Jeju pula... Uwaaaaaa!!! How come sampai begitu sekali salah paham kita...uhukuhukuhuk. Tak perlah, dah takdir. Ok gediksss... So bergambar jer lah depan building tu. Orang kata kalau dah suka, tak nampak tuan punya badan nampak bumbung rumah pun jadi lah kan. Rumah tak tahu kat mana, so nampak opis dia pun jadi lah...hahhaha... Kompem menyampah jer guard yang dok jaga kat situ tengok kami bergambar. Wuteva!!!! Tapi kan ada 2 orang budak pompuan tengah menunggu kat situ, tak tahu la pula fan sapa yer. Segan nak bertanya...hehe. So memang benarlah apa yang dibaca kat blog, always akan ada fans yang menunggu kat depan building ni. Begitu gigih sekali depa ngan retis yang depa minat ni kan. Ceh, walhal aku pun dok mengharap juga kot-kot tetiba keluar geng-geng Super Junior yang lain dari dalam building tu...hahaha. Tak pun boleh nampak Tiffany ke. Ok, sama jer over nya..hewhew.

Rasa macam nak buat slumber je masuk dalam building tu....hahaha
Okay okay dah dah... jangan nak verangan lebih-lebih. Gerak sekarang!!! Banyak lagi tempat nak pergi. So, jalan terus ikut signboard subway station. Jalan kot lorong sebelah building SM ni jer pun. Tiba-tiba...jeng jeng jeng.. ha!!! suspen tak. Berdebar ni bila diingatkan kembali. Sakit hati pun ada juga. Nak tahu kenapa. Sebabnya, masa baru gerak dari bangunan SM ni... ada seorang lelaki tinggi, hensem baru turun kereta. Dia parking kat lorong sebelah bangunan ni lah. So lepas turun dia pun nak jalan lah, mestilah nak jalan kan..hehe. Yang kelakarnya Chik Ah berdepan dia masa tu, aku belakang Chik Ah and Sarah belakang sekali. Boleh pula Chik Ah dok ber dancing ngan mamat tu. Dia ke kiri Chik Ah ke kiri, dia ke kanan Chik Ah ke kanan.. adalah dalam 3-4 kali kot pakat dok buat steps tu. Last last pakat gelak and dia stop moving. Seteresss aku terus said sorry kat dia sambil gelak. Dia pun senyum jer sambil kata it's okay. Masalahnya kan, aku and Chik Ah ni pas mamat tu dah jalan, dua-dua orang stress fikir siapa dia. Muka familiar yang amat kot. Masalahnya tak hengat siapa dia tu !!!! Penyanyi ke ??? Pelakon ke??? Sepanjang jalan pakat dok pikir kot.. Memang seteresssss. Sakit hati tak dapat jawapan. Hehe.. pulun sungguh kan cari jawapan. Tak perlah, biar dulu jawapan tu. Jom pergi melawat cafe Kona Beans yang dimiliki oleh mak-mak 3 orang ahli Super Junior. Cafe tu dekat area sini juga tapi kena jalan patah balik ke arah Apgujeong Rodeo Road tadi. Actually agak jauh nak patah balik so kami naik bus..Hehe. Terasa macam dalam drama Korea pula menunggu ketibaan bus hijau itu.. Dahla kat kawasan Apgujeong tu ha!!! Tak der pula retis sesat kan time tu...Hahaha..

Masa nak ke cafe Kona Beans ni, direction cari on the spot dari blog orang. Tapi terlupa pula apa nama blog tu...huhu. Sorry. Based on direction given, starting point dia dari stesen Apgujeong Rodeo tu. So kami pun turun kat bus stop stesen tu. Huahua... walhal masa baca direction ada jer mention dekat dengan balai polis and balai polis 3 bus stop yang lepas....Huhu. Plan nak jalan sedekat mungkin dah jadi jauh balik, patah balik pula !!!! Sabar jerlah. Tapi pulun punya pasal, apa pun boleh. Haha. Sampai jer kat Kona Beans tengok tak ramai orang, dalam hati dok mengharap juga please la ada salah sorang member super junior kat sini pun jadi lah.. please please please. Then tetiba nampak satu van kaler putih sampai, cermin gelap. Mula-mula berhenti kat tepi Kona Beans tu. Aku pun menanti dengan penuh debaran ni!! Siapakah??? Adakah?? Dekat 5 minit juga dok usha tapi tup-tup van tu blah...ceh!!!!!!!!! Kuciwa... baru adrenaline nak melonjak naik, mana la tau kot-kot yang keluar tu Leeteuk, leader Super Junior.. Huhu... Eh, tapi Leeteuk kan kat Jeju sekarang ngan my Donghae..Hurmmm. So, dengan hati hancur berkecai maka masuk terus jer dalam cafe ni. Duduk sambil belek-belek menu. Mujur tak ramai sangat orang time ni, so tak ado lah segan sangat nak bergambar kan..Hehe. So korang layan jerlah gambar perah santan aku dalam cafe ni banyak-banyak ok..

Mula-mula dok sini, pastu ubah masuk dalam kat hujung  penjuru pula




Ni semua fan yang bagi !!!!









Lama jugalah kami kat dalam Kona Beans tu. Merehatkan kaki sambil minum air. Kat luar sana panas tau. Walaupun dah masuk autumn tapi still early autumn, so suhu dia sama jer macam kat Malaysia ni. Beza nya keadaan sentiasa berangin, so tak der lah peluh lencun satu baju kan. Kalau kat Malaysia 5 minit jalan kaki bawah mentari pun dah berbakul aku komplen...Huhu. Dah selesai minum, keluar mencari cafe my love my bintang hati pula....yahoooooooo!!!!! Grill5Taco, tak jauh dari sini. Tapi dah dekat dengan area subway stesen Apgujeong Rodeo. So patah balik.. Actually, cafe ni abang Donghae yang jaga but still sometimes Donghae pun datang juga lepak-lepak kat sini. Dah sampai tengok customer adalah dalam 5 orang kot kat dalam tu. Tetiba segan nak mampus kot rasa. Dah berdiri depan pintu belek menu kat board tapi tetiba rasa semacam jer. Ok, tak jadi makan kat sini. Kita ambil gambar jer then belah..Huhu.. Apekah???!!!!

Hello Donghae.... I was here!!!!!!!!!!!



Sedar tak sedar tengok jam dah pukul 12.30 tengah hari tau!!! Fuh.... Perut pun mulalah mendendangkan lagu-lagu belas kasihannya... Nasib baik tak jauh dari Grill5Taco tu ada lotteria. So, apa  lagi... burger udang lah lagi sekali. Laju jer masuk order...hehehe... Tapi tak makan kat situ lah, take away sebabnya lepas ni nak pergi naik Seoul Tower pula.. Nak ke Seoul Tower lebih senang naik subway dari stesen Apgujeong instead of Apgujeong Rodeo, so jalan jauh lagi nak ke stesen Apgujeong tu... Hewhew... Jalan sungguh!!!! Tak perlah, memang niat nak berjalan pun kan... Lagi pula Chik Ah nak cari K-star road. K-star road ni dekat-dekat area building lama SM tadi. Ok la tu... memang nak menghala ke situ pun kan.

Please accept my love :-)



Suka nau Chik Ah!!!



Dah habis bergambar, cari jalan ke arah stesen Apgujeong pula. Tup tup entrance yang dari arah building tu tutup la pula untuk construction. Hewhew... so kenalah mencari jalan kebenaran yang lain. So, masuk ikut shopping complex. Bolehlah sambil-sambil tu tengok camna rupa shopping complex diaorang kan. Jalan yang kami lalu bagus betul, terus melalui shopping mart dia..hehe... Serba serbi nampak exclusive!!! Pastu masa lalu kat banana milk sempat lagi survey harga.. Murah kau!!!! Dia jual sebotol based on harga satu set yang beli kat Jinan haritu bahagi empat. Kawasan orang kaya jual murah wey!! Patutla orang kaya makin kaya..hehe... Logik tak!! Ok, abaikan.

Dah sampai kat area Namsan, tercari-cari pula arah nak ke tower tu. Semua jalan berbukit-bukit...huhu. Cari-cari juga kot-kot ada jalan short cut nak ke arah stesen cable car, non hado...!!!! Then, tanya sorang budak pompuan Korea ni, dia pun tunjuk arah jalan berbukit tu. Maka mendaki lah kami.... Sekali bila sampai kat stesen cable car tu baru perasan, la.... ada jalan satu lagi, ikut tangga. Lagi dekat, tak derlah seteruk jalan bukit tu. Sabar jerlah.. yang budak tu pun!!!! Huhuu.... Then terus beli tiket cable car, ambil yang return. Masa ni dah terasa kesakitan pada tumit kaki.. tak kosa akak nak mendaki bukit tu wey!!! Harga tiket 9,000 won untuk return. Ok lah, tinggi juga tu kalau nak mendaki sendiri. Lagi pula masa tu dah dekat pukul 3.00 petang dah.

Sampai jer kat atas bukit nun, benda pertama yang kami buat adalah MAKAN !!!! Yes makan.. kebuluran kot!!!! Mujur ada gazebo kat atas bukit tu, so bolehla dok kat situ makan. Sedapnya makan time lapar lapar begini... Dua kali beli burger udang lotteria, dua kali juga makan kat atas bukit. Hehe.. hari tu makan kat atas bukit dalam istana Suwon, arini makan kat atas bukit Namsan Tower pula.... Kat atas ni tak der benda nak buat kan melainkan bergambar jerlah dengan padlock yang ada tu. Tu kan symbol N Seoul Tower ni. Ok, korang cuci mata lah yer ngan gambar-gambar ni ^_^

Dalam cable car pun boleh bergambar... :-)

Udang dia dah tak nampak macam kat Suwon.. kat Seoul udang mahal gamaknya T_T

N for Norsalihah... Wah!!! Bangga gitewwww ^_^



Sorry lah... akibat terlebih muatan kerusi telah patah di tengah nya. Hahahahaha
Konon kalau tulis nama kat padlock n lock kat sini maka kekal selama nya lah percitaan  iteww.... 




Nampak macam bunga dah padlock tu


Dalam dok ada amaran pun kelepukkkk... tersadung juga!! Hewhew




Dari stesen cable car kena menapak tangga ni pula hokay. Sebelah kanan tu boleh berhenti rehat

View dari deck bawah

View bandaraya Seoul time senja... gambar ni ambil dari dalam cable car masa menurun
Done sesi jelajah Namsan Tower. Masa turun tu saja jer berehat sebentar kat deck sebelah tangga tu. Next destination plan nak naik Han River Cruise sambil tengok rainbow fountain. Tapi kena call dulu tanya ada ke tak malam ni, sebabnya kadang cancel sebab cuaca tak mengizinkan. Aku call tourist info centre tanya. Diaorang cakap malam ni ada pukul 7.30 malam. Ok... cun!!! Tengok dalam website pun memang jadual pukul 7.30 malam and 8.00 malam. So, around pukul 6.30 kami gerak dari Namsan Tower. On the way jalan kaki turun bukit tu tiba-tiba ada dua orang budak perempuan chinese tegur, "Eh, macam mana nak pi itu Seoul Tower?""Eh, U orang Malaysia ke?".. Ha!! Boleh pula aku tanya soalan tu kan.. Sah sah la orang tu cakap bahasa Melayu, loghat penang lagi...hehe. So bagilah direction kat budak dua orang ni. Yang kelakar nya bila diaorang dengar nak naik cable car kena bayar 9,000 won terus diaorang cakap, "Kita dah tak dak duit oooo... Duit tinggal untuk balik saja lagi. Makanan kat Jeju mahal sangat!! So, terlebih bajet"."Apa benda yang uolls makan kat Jeju mahal sangat? Kitaorang makan mahal la juga tapi tak derlah sampai terlebih bajet untuk makan?""Itu black pork sangat mahai u tau!! Satu set sampai 45,000 lebih"...Mak ai!!! Punya mahal binatang tu. Alhamdulillah HARAM untuk dimakan... Nasib uolllls la..So, diaorang terpaksa mendaki naik ke atas. Selamat mendaki T_T

Kami sampai stesen Yoeuido dah pukul 7.25 malam. Alamak!!!! sempat ke tak ni. So berlari-lari lah mencari tempat jual tiket. Ingatkan keluar je stesen dah nampak rupanya tak... jauh juga kot kaunter dia. Kat hujung sungai sana nunnnn.. Dalam setengah km juga lah.. Sampai jer kat kaunter dah pukul 7.40. So cakap kat dia nak tiket nak naik cruise nak tengok rainbow fountain. Tapi jawapan kakak cantik tu bagi sangatlah menguciwakan!!!Huhuhu.... dah tak der. Ada satu jer yang pukul 7.30 tadi... Uwaaaaa!!!!! Sangat sedih. So, lepak jerlah kat atas bangku tepi tu. Suasana dia sangatlah tenang setenang tenangnya, damai sedamai damainya.. Sangatlah best!!!!!! Dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ayam itik itu.. Haihhhh... kalau ada tent memang akak lena dah kat situ.. ^_^

Disebabkan malam ni malam Sabtu, so ramailah muda mudi yang berkelah. Pakat-pakat bentang tikar duduk kat atas rumput tu. Ada family bawa anak-anak juga, ada yang berbasikal, ada yang joging, ada couple jalan-jalan, pendek kata sangat best and sangat lepak friendly lah....Agak-agak kalau kat Malaysia buat macam tu selamat tak untuk dilepaki??? Hurmmmmmmm :-/


Restoran kapal... berapa ribu won pula kalau nak makan dalam ni gamaknyer???








Huhu..jelusss sama rakyat Seoul !!!
Dah puas lepak-lepak kat Sungai Han ni, moh ler pulang ke pangkal tilam...hehe. Perut lapar ni!! So malam ni plan nak pergi beli Haemul Pajeon buat dinner. Menatang apakah itu...Hehe... Korean pancake la tapi yang ni version gergasi punya. Iollsss baca kat satu blog ni, dia kata pajeon tu sedap dan diperbuat daripada seafood, so kita yang Muslim ni boleh lah makan.. akak suka dek non oi!!! And lagi pula kedai tu dekat dengan hotel weollss duduk tu, so sonanglah gheja nak mencari ^_^.

Kat blog tu mention lepas keluar stesen Hoegi exit 1 (which is same exit with our hotel) then jalan straight menuju ke arah Kyung Hee University. So kami ni pun jalan lah ke arah uni sana nun. Agak jauhlah juga dari hotel nak ke arah uni tu, mahu dekat 1km juga. Tapi tak jumpa pun!!!!!!!!! Dahla tumit kaki makin sakit sebab kasut tak best...uwaaaa!!! Perut lapar. Then buka blog tu tunjuk gambar kat makcik kedai baju. Sekali jalan yang makcik tu bagi ke arah hotel.. Ha sudah!!! Dah terlajak ke??? Huhu.. So patah balik pula. Sian Chik Ah and Sarah jadi mangsa mengidam aku..huhu. Bila dah jalan nak dekat hotel still tak nampak rupa pun lagi restoran tu. Memanglah area sini banyak kedai makan. Then, tahan pula 3 orang budak pompuan, student uni tu... tanya mana kedai tu. Senanglah sikit nak speaking london kan. Rupa-rupanya kedai tu actually belakang hotel yang kami duduk jer...Oh!!!! Sabar jerlah.. Hey, to all bloggers!!! Kalau nak bagi direction kan tolonglah bagi secara clear and details. Kesian weollss yang kelaparan ni tau...huhuhu.. Mujur bertemu jua. Kalau tak mau kempunan balik Malaysia T_T

Ini bukan pizza 

Tadaaaa!!!!! Sedapnya
Ok, dah beli pajeon, macam biasa.. nasi putih 3 bekas beli dari convenient store. Naik bilik simpan beg then terus pergi kitchen kat tingkat 7, panaskan nasi then makan ngan pajeon ni. Nom nom..nyum nyum...yummy!!! Nikmatnya makan nasi ngan pajeon pukul 11.00 malam....Hehehe. Habis makan, perut kenyang then bersihkan diri. Before tidur, macam biasa juga rutin harian kira hutang. Settlekan siap-siap before the next day..Sonang ceghita. Esok last day kat Seoul dah..uhukuhuk...

Alright.. memandangkan ini one of my favorite food di Korea and boleh dimakan, let me share with u guys how to reach this place ^_^

Mula-mula, korang kena naik subway ke stesen Hoegi. Tak kisahla mana korang duduk kan..!!! Sampai stesen Hoegi keluar ikut exit 1. Then turn left jalan straight. Mula-mula korang akan perasan kedai kopi nama EDIYA COFFE, sebelah dia kedai 24-jam nama CU24HRS STORE, pastu ada kedai makan nama GALBIJANGTUH, . Ok, jumpa 1st lorong. Lorong ni nak ke hotel yang kami duduk tu.

Belakang hotel KP tu hotel kami CMS Inn (Bila masa aku ada share tak tahu mengaku hotel kami...hehe)
Opposite kedai makan ni korang akan nampak kedai makan lagi nama MONGDDANG FOOD SYSTEM (refer gambar kat bawah ni !!!)

Sampai sini jalan straight lagi
Up close sikit kot-kot ada yang rabun tak dapat baca nama kedai dalam gambar kat atas nun
Jalan terus lagi..sederet ngan kedai dalam gambar kat atas tu juga..kat hujung sekali ada lagi kedai 24-jam nama dia GS25 Mart. Itu lorong kedua. Dongak ke atas sikit sila baca nama jalan yang tertera pada signboard itu. Nama dia Imun-ro.

Make sure nama jalan ni okay..jangan salah!!!!
Masa kat GS25 tu korang akan perasan yang jalan kat situ ialah jalan simpang 4. Tengok sebelah kanan korang, confirm akan nampak bank nama IBK bank.. Tengok gambar kat bawah ni

Dalam bulatan merah tu nama Bank. terlindung pula ngan tiang lampu. Aku dah malas nak ke seberang ambil proper picture..hewhew
Ok.. then kat lorong kedua sebelah GS25 ni la korang kena masuk. Lorong ni dipanggil lorong Pajeon sebab kat sini boleh dikatakan semua kedai jual Pajeon sahaja. Kedai yang recommended nama dia Imonae Hwang Pajeon.. Tapi kalau siapa buta huruf Hangeul kompem tak dapat cari..Hahahaha.. Petua dia, korang pergi sampai hujung lorong ni then korang akan nampak kedai tu sebelah kanan korang, penuh gambar retis Korea and banner stesen TV yang pernah promo kedai tu. Sorry sebab lupa nak ambil gambar depan kedai ni...huhuhu. Kalau tak pun korang match kan tulisan kat kotak pajeon dalam gambar kat atas sanan nun ngan tulisan kat kedai tu..ha!! senang cerita.

Inilah lorongnya....
Nah.. kasi korang tengok gambar dalam kedai. Dah ini jer yang ada..hehe. Masuk jer kedai kami terus duduk meja tepi pintu. Makcik pelayan datang terus set up table tapi kami nak tapau. Jenuh jugalah nak terang pakai bahasa ayam itik ini..Mujur tetiba Sarah sebut hotel then makcik tu terus paham. Alhamdulillah!!!! Tapi minta jugalah air kat makcik tu sebab dahaga.. ^_^



Order penuh meja tapi makan sikit jer pun.. haishhh
Boleh dikatakan full house... dengan bebudak uni lah!!!
Ok.. done jalan-jalan hari ke-9 di Seoul. Oh, pasal siapakah gerangan manusia yang kami jumpa kat area building SM tu kan, ni jawapan dia. Lepas dua hari sampai Malaysia, tengok satu gambar ni kat instagram Siwon. Siapa Siwon???? Siwon ahli Super Junior tu lah. Nak tahu gambar apa??? Ni gambar nya !!!

Sebelah kiri Siwon, sebelah kanan tu lah lelaki yang kami jumpa
Jawapan kepada persoalan kami terjawab...... lelaki tu manager super junior okay!!!! Fans super junior panggil dia prince manager sebab sama hensem ngan ahli group. No wonder familiar yang amat. Walhal masa concert LG kat Malaysia dulu ni dah pernah jumpa. Huhuhu.. awatlah time tu tak hengat. Kalau tak boleh ajak bergambar. Tak dapat bergambar ngan Donghae dapat prince manager pun jadi lah...hewhew T_T Seterresssssss akak !!!!!!!!!! Hurmmmmmmmmmmmmmmmm.  Hai lah anak pakcik Choi oi, awatlah hang tak haplod awai sikit gambaq lain dengan ini orang!!! Frust akak tau.. T_T

Pulang ke Malaysia dengan hati yang lara!!! Ahakssss... Ok bai. Tunggu sambungan hari berikutnya okay *_*

Terima kasih banyak-banyaklah kepada yang sudi membaca :-)




35 comments:

  1. Seronoknya!! Kena baca dari mulah misi 12 hari mencari cinta ni. Baru leh feeling feeling :)

    ReplyDelete
  2. pemandangan kat sungai han tu cantik...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam....jawab salam dulu pastu baru nk baca baris by baris :-)..yg penting rindu Korea!!!

    ReplyDelete
  4. Jumpa x si Lee Dong Hae tu..ahakss....confident level haruslah tinggi

    dari subway tu jalan 1km? fuh..kalau dapat geng travel yg x suka berjln jauh sah akan meritih sepanjang jalan..
    we wwit..bergambar ngan retis tu hehe..itulah kan..korean guy ni tinggi2 lampai kalau x cecah 180cm x sah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM ni!! saja jer menabur garam atas luka ni tau...huhu

      Delete
  5. entri panjang..so komen pun panjang so perlu seperate ehehe

    aha..super Junior..MAMACITA...lagu ni lah adik sis JM layan kat youtube sambil ikut menyanyi...rupanya adik lelaki sis JM berumur 13 tahun tu minat super junior uolss..si kakak nye je x tahu ahaha

    Sahh...NS peminat fanatik K-Pop ehehe..kalau sis JM mmg xkan ke sini sbb member yg join trip x minat huhuhu

    x jumpa donghae lah ye..salah timing tul..x de jodoh lah tu hehehe

    alaa...FRUSTNYA bab tunggu almost 5 mins tapi x de..mesti waktu tu jantung dap dip dup dap dip dup (lagu haiza) berkumandang kan hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow adik sis JM mnat suju juga.. yeayyy boleh geng!!!!

      haha.. lagu dap dip dup haiza tak tahan tu.. tp lebh kurg la jantung time tu...hehe

      Delete
  6. terra korang berjalan kan...mcm dah biase jek tempat tu...eh bile nak gi lagi nie...mcm nakjoin je trip koranng nie..sempoi n kuat berjalan..akak suke....biar penat kaki tapi puas hati heheheheeheheh bab makan pun pandai je korang cari...ye laa survey dulu kan... pastu bagus ko buat lagi direction khas plak tuk blogger lain kalo ade yg nak pergi...lengkap penerangan ....bagus2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 bjaln tmpat org biar smp sakit kaki pn xpe kak k.lieya.. next trip??? ntah bila la pla..hehe. tp memg dok gatal kaki nk g lg ni :-)

      Delete
  7. dah masuk hari ke -9 nampaknya sis JM x sempat nk kejar!!!

    ReplyDelete
  8. best nyeee..nak g sane gak..huhu..sis, sy tag sis kt cney -> http://creamylittlediary.blogspot.com/2015/02/giveaway-mudah-amirnawawicom.html

    All the best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu shyue sb tag.. akak dh join dh. all d best to u :-)

      Delete
  9. Haa, penat aku baca dari atas ke bawah semata-mata nak tahu jawapannya siapakah lelaki tinggi hensem yg awak jumpa tu. Lain kali kalo pergi lagi then jumpa lagi yg hensem dan kat area situ, terus je amik gmbr walaupun lupa dia tu siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. len kali nk buat mcm tu lah. nmpak jer muka familiar ajak ambl gmbar trus. ingat tak ingat kenal xknal blakang kira..haha

      Delete
  10. K pop oh! K-pop.. saya tak suka k-pop, saya suka running man jer.. hehe

    ReplyDelete
  11. Dah makin bertambah tempat nak letak padlock tu nampak nya. Memang dah macam kat taman bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg makin byk pn. n skrg bkn aja padlock casing hp pn ada org letak. blh tlis byk sikit..hehe

      Delete
  12. Seronoknya u olzzz jenjalan terjah bangunan sana-sini.

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan : )
    bestnyer dapat gi sana, bila la pulak giliran saya nie ; ) hihii
    seronok baca entry nie..
    sedapnyer pajeon makan ngan nasi : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga...tenkiu sudi singgah :-)

      Delete
  14. : ) dah follow blog in
    blog baca entry seterusnya lak : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miesha.. tenkiu sudi singgah n baca blog ni. salam pkenalan dr saya juga :-)

      Delete
  15. pjgnya entry
    .barapa hari karang ni.. ka satu hari ja..

    ReplyDelete
  16. Masuk train layan hp tu sama macam Korean jugak ea. Rase2nye kat HK, Shenzhen, Macau macam tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsure la pla k.shikin org HK n china cmna. tp memg pnah ada berita org korea paling cpat update brita seb mask train je smua layan hp

      Delete
  17. Assalamualaikum...Hi dear...klu tengah cari dress/jubah/top/skirt yg affordable price tp sgt cun untuk dipakai ke usrah, kelas, kenduri kawin, office attire atau jalan2...ape kata try tengok kat fb/ig/web/blog kami...search je padiekaraccolta...dress/top bf friendly pun ada...sesuai utk ibu-ibu atau bakal ibu ;)

    ReplyDelete
  18. gigih tau CT bace ni entry panjang.. syiooknya.. kalo CT nak pegi Cube n YG.. YG jauh sikit kan tempat lain.. YG tu konon special.. aaaawuch i need to go to cube tho Dujun Oppa x ada.. i need to get the feel ahahaha..

    ni pergi time spring ke ? panas dak dok jalan2 kehulu kehilir ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi... nk p kt dujun yer.. sila2..hehe.. awak tunggu dpan cube, saya tunggu dpan sme..hehe

      time ni autumn la ct tp baru start autum so xsejuk pn, suhu sama macam kt malaysia jer cuma sentiasa berangin so sejuk la rasa

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^