Kepada peminat-peminat outdoor sport ni, korang dah pernah try ke buat skytrex ni???? Kalau dah pernah best sangat kan?? Walaupun the next few days memang sakit satu badan..hehe. Ke aku sorang yang rasa sebab selalunya senaman atas katil jer... mehmehmeh *_*
Kepada yang belum buat sila lah buat. Berbaloi baloi baloi...serius tak rugi.
Last saturday, aku join Una and geng hospital dia main menda alah ni. Total yang join semua 15 orang. 14 perempuan and 1 kumbang... It was my first trial. Kami main dekat Bukit Cerakah, Shah Alam. Ada 3 peringkat semua skytrex ni.. Little adventures untuk beginners, Big Thrill (intermediate) and extreme challenge (advance). Walaupun aku tak pernah main before ni tapi terus join yang extreme... Dasyat kan ??? Huahuahua..Mula-mula takut juga sebab dok fikir boleh buat ke tak ni???Dahla senaman selalu atas katil..hehe. Tup tup terus nak join buat aktiviti lasak bagai ni, ambil extreme challenge pula tu. Ha!!! memang mencabar la kan.
