My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, March 22, 2015

Kurangkan Tekanan Hidup Melalui Teknik 6 Balang

Assalamualaikum

It's Sunday... tapi esok Monday.. huhuhu.... Penyakit monday blues pun datang kembali :-(
Ok abaikan moday blues itu. Kalau kita set mind kita dengan benda-benda best dan positive so kompem yang datang pada kita semua benda baik dan positive kan.. So senyummmmmmmmmmmmmm ^_^.





Hari ni nak share ilmu yang aku dapat last Saturday masa attend kelas Shaklee, namanya Start Bright Series (SBS). Kelas ni conducted by my upline dalam shaklee iaitu Master Puteri Rohayu and husband Master Aznin. Kelas start pukul 9.30 pagi sampai 5 petang. Sesi pagi discuss pasal kebaikan produk-produk shaklee yang mesra alam dan sistem-sitem dalam badan. Ada juga sharing dari seorang pengguna produk shaklee macam mana dia hapuskan fibroid tanpa perlu operate. Waktu petang pula discuss tentang business. Macam mana nak start business, apa yang diperlukan dalam berbisnes, bagaimana nak cari bisnes yang bagus and teknik pengurusan kewangan berkesan. Sangat berpuas hati dengan ilmu yang dapat pada hari tu especially tentang teknik pengurusan kewangan yang berkesan tu. Kalau nak attend bengkel khusus tentang ni kurang-kurang mau kena bayar 500 hengget kan. Tapi attend kelas SBS ni just bayar RM20.00 sahaja. Memang sangat berbaloi. Oh, bukan ahli shaklee pun boleh attend kelas ni :-)
Ok, sebab aku sangat suka tentang ilmu teknik pengurusan kewangan berkesan tu, maka di sini me wanna share with u guys.. coz sharing is caring ^_^


WHAT IS MONEY BLUEPRINT

Pernah dengar tak orang selalu sebut FINANCIAL FREEDOM ??? Menda alah apakah itu??? Mesti dalam kepala hotak kita semua fikir tentang hidup bebas hutang kan. Kalau hidup bebas hutang means tak der hutang langsung lah kan ??? Hey.. tidak betul itu. Seperti yang diajar dalam kelas tu, orang yang tak ada hutang dalam hidup dia tak normal la orang tu. Ha!! tapi jangan sampai berhutang melebihi kemampuan nak bayar, sampai kena kejar ngan ah long bagai. Hehe.. Financial freedom means kita still berhutang tapi kita mampu bayar. Contoh bulan ni kita nak beli handphone canggih rege 3000 hengget tapi duit tak cukup. So, kita pakai credit card dulu. Then bulan depan kita bayar habis hutang credit card tu. Itu maksudnya financial freedom. Kita mampu settlekan hutang yang ada dalam masa tertentu tanpa rasa terbeban or terpaksa cut budget untuk benda-benda lain. Kita mampu control hutang kita. Bukan hutang yang control kita hokay!!

Duit ni ibarat pokok. Means apa yang kita semai dan tanam itulah yang kita dapat. Kalau tanam pokok pisang of course lah keluar buah pisang kan. Tak payahlah berangan nak keluar buah durian pula. Haha... unless Allah nak bagi kan. So, income kita ni pun ada dua, satu passive income and satu lagi residual income. Residual income means income yang kita kena berusaha baru dapat income. Contoh macam kerja kita and bisnes kita. Kalau kita tak buat kita tak dapat duit. Bisnes shaklee contoh residual income. Tak usaha tak dapat. Passive income pula, income yang kita tak payah buat apa-apa sambil goyang kaki kat rumah jer duit masuk..Hehe.. best kan!!! Contoh macam pelaburan. Kita melabur duit then tunggu jer keuntungan tu datang or macam income dari rumah sewa ke dengan syarat rumah tu pun dah habis lah bayar loan nya kat bank.... So, here comes benda baru yang diajar dalam kelas tu, Money Management Method. Teknik pengurusan kewangan berkesan melalui sistem 6 jars.

TEKNIK PENGURUSAN KEWANGAN MELALUI SISTEM 6 BALANG

Apa itu 6 balang???? Ala.. macam tabung la. Kita bahagikan income kita setiap bulan kepada 6 bahagian. Means bajet bulanan kita lah. So nanti dari situ kita boleh tengok cash flow kita setiap bulan and dari situ juga baru kita boleh control aliran kewangan kita tu. Teknik ini applies untuk income seisi rumah tau. Means kalau yang dah kahwen tu, combine la income korang husband and wife. Dengan syarat both kena sincere and tak der nak sorok-sorok income. Baru berkesan. Si isteri tak der lagi moto hidup duit husband duit aku, duit aku duit aku..Hahaha. Unless korang punya husband yang memang settlekan everything setiap bulan and duit korang memang korang guna untuk enjoy jer..Hehe.. Untung badan kan ^_^
Ok. jom belajar teknik 6 balang ni.....

Sistem Pengurusan Kewangan Berkesan Melalui Kaedah 6 Balang 

1) Financial Freedom Account (FFA)

  • Ini balang yang pertama dan wajib bagi semua orang ada. Sebab balang ni lah yang akan membantu kita di hari tua nanti. Balang ni ialah duit yang kita guna untuk buat pelaburan and jangan pernah ever never usik langsung duit ni. 
  • Setiap bulan kita hanya perlu ambil 10% dari total nett income kita jer untuk masukkan dalam tabung ni.
  • Contoh tabung ni macam pelaburan dalam public mutual, ASN, ASB, tabung haji or apa-apa jenis skim pelaburan yang korang join lah. Pendek kata, every month laburkan duit tu kat sini and biar dia beranak pinak untuk hidup senang kemudian hari nanti. OK... 

2) Necessities (NEC)

  • Ini tabung kedua yang paling penting dalam hidup. Tabung ni adalah perbelanjaan keperluan harian kita. Masalah utama kita ialah tabung ni selalu makan tabung-tabung lain. Huhu... maklumlah banyak nau tanggungan hidup yang nak kena settle kan. So, every month kompem pakat bising duit tak cukup gaji tak cukup.. JADI, jom check korang punya belanja bulanan yang kononnya memang wajib belanja tu over ke or cun-cun ngan keperluan korang.
  • Tabung ni sepatutnya maksimum yang korang boleh belanja setiap bulan hanyalah 55% dari total nett income jer. Tapi.... ada tapi tu...hehe. Kebanyakan yang dah isi keperluan wajib yang kena bayar setiap bulan semuanya more than 55%. Ada yang sampai 92%. Seriously scary tengok. Huhu..
  • Apa yang patut ada dalam tabung ni?? Semua bil-bil setiap bulan yang kita kena bayar lah. Bil handphone, bil elektrik, bil air, loan rumah, personal loan, credit card, loan kereta, bayar nursery anak, barang dapur, duit minyak kereta and minyak motor, duit tol, duit balik kampung (if every month balik), duit insurance and macam-macam jenis duit lagi lah yang memang setiap bulan wajib bayar tak leh skip. Korang list kan sendiri lah yer.

3) Long Term Saving Spending (LTSS)

  • Tabung ni just ambil 10% from our total nett income.
  • Tabung ni happy sikit nak buat.. Hehe... Sebabnya tabung ni untuk benda-benda yang kita plan in future nanti contoh macam nak pergi melancong, nak beli washing machine, nak beli peti ais sebesar-besar dapur, nak buat kitchen cabinet, keperluan hari raya, children's education and apa-apa yang korang nak in future lah. So, semuanya masuk tabung ni ok. Pendek kata, benda yang kita aim nak buat tapi tak ada deadline. 
  • If korang ada more than satu tabung untuk LTSS ni, contoh macam tahun depan bulan 10 nak pi Korea (hehe.. Korea ajer kan) and bulan 12 tahun ni nak beli laptop baru, so korang kena lah divide 10% dari tabung ni kepada dua bahagia. Portion dia tu bahagilah ikut keperluan masing-masing. Means kalau nak ke Korea mesti pakai lagi banyak duit kan, so maybe 80% untuk tabung Korea and 20% untuk tabung laptop. Begitulah contohnya. If ada pula benda lain yang muncul yang korang nak beli, bahagi lah lagi..Hehe.. Pandai-pandailah nak hidup yer ^_^

4) Education (EDU)

  • Tabung ni tabung bijak aku bagi nama.. Sebabnya ni tabung untuk korang jadi lagi bijak, tambah ilmu dalam dada tu. Allocation nyer hanya 10% jer dari total nett income.
  • Tabung ni untuk korang guna setiap bulan nak beli buku, nak attend seminar or apa-apa program yang boleh tambah ilmu dalam dada and kepala hotak masing-masing la yer. So dengan ini, lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan berakal muncul. Tak derlah lagi kes akal tertinggal kat bawah kaki..... Ahaksssss

5) Play (PLAY)

  • Ohoiiii... ini tabung paling best ni. 10% dari total nett income.
  • Tabung ni korang wajib guna sampai habis setiap bulan, jangan tinggal sesen pun. GUNA TANPA RASA BERSALAH DAN WAS-WAS. Nampak tak sengaja aku highlight kaler merah bold kat situ..hehe. Sebab apa perlu begitu??? Sebabnya tabung ni penting untuk release our innerchild. Menda alah apa tu??? Hehe.. Dalam diri kita ni, setiap orang kompom akan ada naluri nak buat something yang kita nak sangat-sangat especially bila time dapat gaji. Kadang tu before dapat gaji lagi kita dah plan nak buat benda tu, tapi bila dapat gaji tak cukup bajet. So, terpaksa postpone. Ini yang bahaya nyer sebab kita dah sekat keinginan kita yang membuak-buak tu. Bila dipendam lama-lama takut jadi macam volcano gunung berapi tu. Sekali meletop habis musnah semua benda.
  • Apa ada dalam tabung ni??? Dalam  ni duit untuk korang main mainlah. Lepaskan gian..hehe. Contoh macam bulan ni nak beli sebiji handabag, so beli jer tanpa rasa bersalah ok tapi dengan syarat jangan lebih dari 10%. Nak belanja family makan seafood, so gunalah duit ni juga. Nak pergi spa ke, nak beli baju baru ke, nak beli kasut baru ke, nak beli kayu golf baru ke, nak beli swim suit baru ke.. Apa-apa jerlah yang korang rasa nak beli, so guna lah duit tabung ni. Konsepnya ialah HAVING FUN WITH GUILT-FREE... HA!!! Bagus kan !!! Tapi kalau nak handbag LV yang beribu riban tu janganlah masuk tabung ni, pergi masuk kat tabung LTSS sana nun.. unless 10% dari gaji korang memang mampu beli LV sebiji tak per..hehe

6) Charity (GIV)

  • Dah tabung last... tabung ni just ambil 5% dari total nett income jer.
  • Tabung ni aku namakan dia tabung amal jariah. Sebab dalam tabung ni lah korang guna untuk keluarkan zakat, bersedekah, bagi mak ayah (if tiap-tiap bulan korang tak bagi, if bagi masukkan dalan NEC), tabung duit raya. Senang cakap duit tabung ni memang tujuan untuk beramal ibadat. So, tak der lah alasan tak mampu nak bersedekah kan. Let say, bajet korang dalam tabung ni just dapat RM50 jer.. so sehari dah boleh sedekah RM1 kat tabung masjid. Yang penting ikhlas dan berpanjangan amalan kita tu.. Ingat tak entry aku pasal duit RM1 dan RM100 tu... jangan jadi duit RM100 ok. Kalau tak ingat baca balik kat SINI Kalau sehari sehengget masuk tabung masjid, sebulan dam 30 hengget.. so balance lagi RM20 sedekah la pula kat mana-mana persatuan anak yatim or badan-badan kebajikan yang lain. Jangan takut orang gelak kat kita. Abaikan mulut-mulut mereka. Yang penting kita berniat ikhlas dan membantu and kita tahu apa kita buat okay... ^_^
Okay.. dah selesai lah sharing ilmu tentang teknik pengurusan kewangan ni. Hope dapat membantu semua orang untuk hidup lebih aman tenteram and menuju ke arah financial freedom. Lepas ni tak derlah bergaduh laki bini sebab asyik ambil bajet kat tempat lain untuk benda lain kan..Hehe. 

Tapi if korang punya tabung NEC more than 55%, what to do???? Kenalah cut mana yang tak patut. Let say korang punya spending untuk handphone sebulan 200 hengget, so kurangkan jadi 100 jer. Astro punya bil, kalau rasa-rasa tak worth it bayar every month tapi tak tengok pun so pergi terminate. At least dah boleh save kurang-kurang RM70 kan. Tengok-tengok and belek beleklah mana yang boleh potong. Tapi jangan pula pergi kurangkan duit susu anak yer.. Tak cukup makan anak tu nanti...Hehe. Or kalau boleh hantar sendiri anak pergi sekolah, dah boleh jimat duit tambang sekolah anak. Buat bekal bagi anak bawa pi sekolah, dah boleh jimat duit belanja. Aku suka sangat bawa bekal pi sekolah dulu. Bangga jer tayang kat kawan-kawan aku bawa bekal, mak buat. Hang hado... hehe... Tipu jer. tak dak lah cakap cam tu pun.

Tapi kan tapi kan.. memang tak leh nak kurang walau sesen dah tabung NEC tu. Camna nak buat???!!! Rileksss jangan seteresss!!! Ambil la duit dari tabung PLAY tu. So korang kena lah korbankan duit PLAY korang. TAPI mesti ingat satu-satu nya tabung yang tak boleh kacau walau sesen pun ialah tabung FFA. Itu ialah tabung jaminan keselamatan hidup korang di hari tua. Dah tua-tua bongkok 3 tak larat kerja nanti macam mana nak cari residual income. So hanya harap pada passive income jer lah kan. 

Dari sini, MAKA.. cewah!! ada conclusion. Korang mesti disiplinkan diri untuk uruskan kewangan korang. Agak-agak dengan income sedia ada sekarang, tabung NEC korang tu exceed 55% tak?? Kalau exceed of course dah mengganggu gugat tabung lain kan. Hidup pun tarak happy.. huhu. SO, time ni lah korang kena cari alternatif lain. Cari side income supaya income korang bertambah. Bulan depat GST dah bermula, maka of courselah ada gangguan aliran tunai di situ...Huhuhuhu.

Macam mana nak cari side income??? Lulllsss.... mestilah kena kerja lebih kan. Kalau dulu 5.30 sharp korang keluar office, so sekarang balik lah pukul 9 malam buat OT. hehe.. ni salah satu idea. Tapi dalam Islam, RASULULLAH SAW dah bersabda, 9 dari pintu rezeki tu kan dari berniaga. So korang berniaga lah. Macam sekarang ni glamor orang jual pisang goreng cheese. Ha!! Apa lagi, bukaklah meja depan rumah jual. Kalau tak pun buat nasi lemak pagi-pagi bawa pi berniaga kat opis. Tapi make sure sedaplah okay supaya orang nak repeat beli.. Hehe.

Dengan Shaklee... duit dapat, kesihatan pun dapat ^_^

So, kat sini aku nak ajak korang join aku sama-sama berniaga shaklee. Sebab apa pilih shaklee??? Sebab mula-mula bisnes shaklee akan jadi residual income tapi lama-lama nanti ia boleh jadi passive income. Siap boleh wariskan pada anak-anak lagi. Modal nak start bisnes ni hanyalah RM75.00 (before GST..hehe). Tak perlu susah payah nak buat loan bank or sewa kedai. Semuanya dok dalam rumah ngadap komputer jer, dah boleh berbisnes. Paling penting, shaklee dah 50 tahun menapak kat Malaysia ni, so Insya Allah memang terjamin berkualiti dan selamat. So korang tak payah nak risau kena tipu or hilang modal or jadi bankrup ok. Semuanya telus dan ikhlas... :-)
If korang nak join, boleh contact aku kat sini 012-5379145 or boleh pm kat FB page Lu'lu' Kasih 

Sekian dulu buat masa ini... Marilah sama-sama kita menjana lebih banyak income ^_^

Thank you so much pada yang sudi membaca :-)





21 comments:

  1. yeayy!! ada pun entri baru...kerap gak datang singgah tapi balik dgn tangan kosong sbb x de entri baru sob sob sob....nak g mandi jap..nanti datang sambung baca heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sorry seb xsempat nk update.. penat keja. maklumlah gara2 gst keja pn blonggok...huhu. tenkiu seb slalu ziarah ;-)

      Delete
    2. terima kasih juga masih setia dengan blog sis JM..sayang kamu heee

      Delete
  2. FINANCIAL FREEDOM? ini pertama kali dengar

    ahaaha..kiranya sis JM mmg NORMAL sbb hutang byk tapi alhamdulillah still boleh survive

    fuh..ada pasive dan residual income...mcm masuk kelas ekonomi heheeheh

    6 tabung/jar..sis JM ada satu tabung pun asyik nk korek je...perlu disiplin tinggi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. dh makin tua ni baru nk blajar ekonomi..hehe. samalah kita sis, ada satu tabung jer. pasni nk kena disiplin buat 6 tabung ni

      Delete
    2. Betullah, lepas ni kena ada 6 tabung... :)

      Delete
    3. kan kak farrah kan.. tapi nak start tu yg susah..huhu

      Delete
  3. betul tu jm..tuan blog bz dgn biz baru...semoga norsalihah terus maju kehadapan..amin

    ReplyDelete
  4. kalau betul2 buat insyaAllah berjaya...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nk start n nak disiplin tu yg susah..huhu
      tp kalau dh start insya allah boleh

      Delete
  5. woah entry kali ni sngt penuh saintifik term ye.. bagus cara ni but i kenot create the first balang yet unless da dapat income tiap2 bulan.. dalam zaman skarang.. mmg semua perlukan duit.. penting sngt saving..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe ct... slow slow. insya allah lama2 nnt kompem ada

      Delete
  6. semoga berjaya :-)

    ReplyDelete
  7. Sangat menarik konsep 6 balang ni. Tapi kita kena betul2 tekad & disiplin utk menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak farrah.. nk start tu yg amat payah..hehe

      Delete
  8. Actually kalau nak elak Monday Blues kene set mind on Sunday tu jangan pk pasal kerja yang bakal kita hadapi the next day. Just go to work, tapi takmo pk bebanan kerja...But just fikir that we want to serve our best kerana Allah Ta'ala. Insyaallah Allah mudahkan everything.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu lah yng spatutnya akak kan.. tp nak set mind tu memerlukn kesabaran yg tinggi..hehe

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^