My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, February 5, 2015

Ada Apa Dengan Seringgit dan Seratus Ringgit ?????

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita!!! Cewah...fefeeling pengacara sat na!!! Di malam Jumaat yang penuh barakah ni, saya nak kongsi kisah yang saya dapat kat whatsapp group ni. Tapi diolah serba sedikit oleh saya bagi memenuhi citarasa sejagat...hehe... Mudah-mudahan kita semua lebih bertaqwa dan beriman dengan Allah swt :-)

Begini kisahnya...once upon a time, in a far far away country...haha!!Ok saja je nk bergurau sikit...kalau tak rasa nak gelak pun senyum lah sikit.. awet muda tau senyum ni. Ha!!! macam tu la...senyum sokmo, baru berseri wajah.. Ok ok, back to kisah seringgit dan seratus ringgit.





Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi setelah diedarkan ke bank mereka terpisah tanpa rela dan masing-masing beredar di kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk ini... ^_^

Dan tiba-tiba, jeng jeng jeng.... 4 bulan kemudian, takdir telah menemukan mereka kembali dalam wallet seorang pemuda yang tampan lagi gagah perkasa.. Abam sado lah katakan...hehe. Maka berpeluk dan berjejak kasihan lah seringgit dan seratus ringgit ni. Sebak sebab tak sangka dapat bertemu kembali. Lalu masing-masing pun berbuallah menceritakan kisah masing-masing selama 4 bulan terpisah tu.

Dengan penuh rasa terkejut, seratus ringgit bertanya kepada seringgit, "Wahai seringgit, kenapakah tubuhmu begitu lusuh, kotor, buruk dan berbau busuk sekali??? Sedangkan engkau dan aku suatu waktu dahulu sama-sama cantik, sama-sama wangi dan sama-sama bersinar. Ceritakan padaku wahai seringgit!!! Nasib malang apakah yang menimpa dirimu wahai shabatku?" Lalu seringgit pun menceritakan kisah hidupnya selama 4 bulan itu, dalam keadaan sebak namun penuh ketenangan seringgit berkata "Sebaik sahaja kita terpisah, aku terus dimiliki oleh seorang buruh kasar, kemudian aku diberikan pula kepada penjual ikan, kemudian berpindah pula kepada peniaga ayam dan kemudian diberikan pula kepada seorang pengemis dan begitulah keadaannya. Dari seorang lain kepada seorang lain. Dalam hujan dalam panas aku merantau. Dan engkau seratus ringgit, apa rahsia mu kekal anggun menawan seperti sediakala?""Kerana sebaik sahaja aku keluar dari bank, aku dimiliki oleh seorang primadona jelita, yang kemudian memberikan aku kepada seorang pemilik restoran mewah, kemudian aku diberikan pula kepada pemilik butik-butik baju yang mahal lagi indah dan kadangkala aku juga diberikan kepada pemilik-pemilik hotel mewah. Pendek kata, hidup aku sentiasa dalam keadaan berhawa dingin, tidak pernah walau sekali pun aku dibiarkan kepanasan dan aku sentiasa disimpan kemas dan rapi dalam beg-beg berjenama mewah."

Mendengar kisah seratus ringgit itu, lalu seringgit bertanya lagi, "Pernahkan seorang manusia menangis ketika memperolehi engkau?""Tidak pernah. Kenapa mereka hendak menangis? Setiap yang memperolehi aku semuanya tersenyum gembira dan ketawa riang hati." Maka seringgit membalas pertanyaan seratus ringgit itu,"Wahai sahabatku seratus ringgit, ketahuilah oleh kamu. Walaupun diriku ini busuk dan tidak terurus, namun setiap tangan yang memegangku pasti menangis kegembiraan sambil mengucapkan syukur kepada Ilahi. Malah ada yang menyembah bumi bersujud syukur pada Allah apabila aku diberikan kepada mereka. Aku juga sangat-sangat bersyukur kerana dapat memberikan mereka kegembiraan itu. Wahai sahabatku seratus ringgit, pernahkan kamu menjejakkan kami ke rumah-rumah Allah?" Dalam keadaan teresak-esak, seratus ringgit menjawab, "Tidak pernah wahai sahabatku seringgit. Aku hanya dibawa masuk ke disko, dan kelab-kelab mewah, mereka yang memiliki aku tidak pernah gembira dengan aku, malah mereka saling bermusuhan demi memiliki aku. Sungguh indah perjalanan hidupmu wahai sahabatku, walaupun dirimu buruk namun nilai mu sangat berharga. Semoga diriku juga akan menjadi lebih berharga seperti diri mu sahabatku".

Begitulah kisah dua sahabat ini. Semoga kisah ini menjadi teladan dan pedoman kepada kita semua. Harta yang banyak tidak berguna jika tidak diberkati Allah. Sama-sama kita memperbaiki diri kita. Salam Jumaat semua. Selagi masih bernyawa, rebutlah peluang yang ada sebanyak mungkin untuk melakukan amal ibadat. Jika akhirat yang dikejar, Insya Allah.. pasti akan perolehi kedua-duanya, iaitu dunia dan akhirat..


Terima kasih kepada yang sudi membaca ;-)

33 comments:

  1. takde seringgit takkan jadi seratuskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tp org selalu lupa yg seringgit tu la.

      Delete
  2. salam kenal ... seringgit yg dpt selamatkan byk benda dan perkara ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.. terima kasih sudi singgah :-)

      Delete
  3. betul juga.. rm1 memang banyak digunakan..lebih2 lagi dalam bab sedekah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sb kita ni kalo nk sdkah rm1 xpkir apa dh tp kalo nk bg rm100 memg pjg la pikirannya...

      Delete
  4. Kemewahan & kesenangan tak memberi erti jika digunakan dengan cara yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Shikin. Akak setuju :)

      Delete
    2. Hidup berdikit2 tu lebih membahagiakan.
      Dari asik fikir macamana nak tambah duit walaupun dah lebih dari cukup.

      Delete
    3. kalo sibuk nk tmbah duit sb nk bantu org yg memerlukn n tmbah amal ibadat tu memg bagus.. tp kalo utk tamakkan harta dunia itu yg buat hdup tak tenang tu

      Delete
  5. ahahhaa...kelakar juga baca story ni tapi ada kebenaran sebaliknya...dalam dompet JM lebih byk RM1 dari RM100 kiranya JM bukan kategori Primadona, pemilik butik or busines hanya insan marhaen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jd primadona pn xsalah sis JM tp make sure primadona yg bawa duit tu ke masjid jga :-)

      Delete
    2. K.JM nyer RM1 tu ntah2 lebih dari seratus keping tak? Hehe..

      Delete
    3. kannn.. itu yg blh travel selalu tu ;-)

      Delete
  6. setuju sangat RM1 byk masuk dalam tabung sedekah dan hanya org yang memilik RM1 sahaja yg menghulurkan sedekah tu....ada juga org yg ada RM100 dalam poket tapi tetap RM1 yg di pilh masuk ke tabung sedekah..mmg begitu bernilai RM1...walaupun ia hanya RM1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kn...spatutnya kita diajar utk bsedekah bnda yg paling kita sayang

      Delete
    2. Duit seringgit yang JM kasi... SS simpan smpi skrg... He He He...

      Delete
    3. wow.. letak dlm frame tak SS?? kenangan terindah tu :-)

      Delete
  7. Rm1 amat penting buat saya ... Nak bg anak2 duit belanja sekolah ... Hari2 kena ada ... Bagus kisah nie ... Banyak yg boleh diambil sbg pengajaran ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi saya pulak kena sediakan duit singgit buat belanja anak ke sekolah.

      Delete
    2. tp zamn sekarg bawa g sek rm1 xbanyak bnda blh bli kan..huhu

      Delete
  8. Citer RM1 & RM100 yang ada moral value tinggi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tp porg selalu buat tak kesah pd duit seringgit

      Delete
  9. Rm1, lebih kurang sama jer dgn rm100 kan.. tapi siyes, rm1 saya gune jadi duit tabung

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk menabung rm100 trus selalu nmpk byk tp kalo sehari letak seringgit mst tak perasan kan.. sedar2 dh byk :-)

      Delete
  10. Yang membezakan seringgit dan seratus adalah nombor 0...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. so jgn pndang rendah pd angka 0..hehe

      Delete
  11. dalam wallet banyak yang biru muda tu huhuhu..
    macam mana nak penuh tabung p korea tah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry ct.. sikit2 lama2 jd bukit :-)

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^