My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, December 4, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 2 (19 September 2014)

Assalamualaikum..

Day 2... bermula nya jalan-jalan di Jeju Island. Masa buat itinerary jalan-jalan kat Jeju ni punyalah susah. Susah sebab before buat itinerary, dah book flight ticket dari Jeju ke Seoul. Plan dok Jeju 2 hari saja.. Ku fikirkan time beli flight ticket tu 2 hari dah cukup sebab Jeju tak ada apa sangat nak tengok.. Hambek kau, suka judging benda without getting to know it first. Sekali bila dok belek-belek map Jeju, nak menanges wey tengok.... huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! Sangat banyak tempat menarik!!!! Bila tanya pakcik G, memang rasa macam nak dok Jeju tu seminggu terus. Tengok gambar dia saja dah rasa excited, tak tau la kalau dah berada kat sana. Huhuhuhu.... So, itinerary dibuat se'pack' mungkin... Kalau boleh nak cover semua tempat. Tapi bila dok baca blog orang, kalau nak cover the whole Jeju Island tu paling kurang pun kena stay 3 hari. Itu pun tempat-tempat yang penting jer lah...Seriously memang kena pergi lagi stay Jeju saja 5 days....hehehehe.....



Ok, seawal pagi kami dah bangun n bersiap. Breakfast biskut yang Chik Ah bawa dari Malaysia dengan vico 3 in 1. Kat guesthouse tingkat bawah ada sediakan water filter ngan air panas. So turun bancuh jer lah... Bila tengok luar, hari hujan tapi tak lebat just drizzle. So, dalam hati berdoa INSYA ALLAH nanti berhenti lah hujan tu. Lagi pun plan pagi ni nak pergi Manjanggul Cave. Terletak di Gujwa-eup, Jeju-si. Kiranya on the opposite side of guesthouse kitaorang la. Di bahagian Utara Jeju Island. So, yakin dalam hati jauh dari sini, mesti sana tak hujan.. As always, confident itu penting..hehehe.. Tapi tak tahu macam mana nak ke sana, so plan nak tanya tuan tanah or mana-mana manusia yang ic nya stated warganegara Korea...hahaha, Mesti tahu kan. Allah memang maha penyayang.. tiba-tiba, terdengar seorang mamat ni bertanya kat seorang ahjussi ni macam mana nak ke Manjanggul Cave... yeaaaaaaaaaaaa...ada geng!!! Then ahjussi tu cakap tunggu tuan tanah balik dulu nanti dia terangkan macam mana nak ke sana. Sebab ahjussi tu tak leh nak speaking london!!!! Tuan tanah keluar kejap. Ok, tunggu dulu sambil menghabiskan breakfast. Ku lihat muka mamat ni chinese look, tapi tak tau asal negara mana. So, tanpa rasa malu aku pun menyampuk dan menegur mamat tu..hihihihi. Tanya la dia nak ke Manjanggul Cave juga ke?? Naik apa? Dia jawab naik bus. Ok, cantik sangat.. we can go together!!! Dia pun ok and excited...haha. So dia cakap tunggu kejap sebab nak naik atas panggil wife dia. Dalam 5 minit kemudian tuan tanah balik, so dia pun bagitahu lah nak ke sana kena naik bus apa, nak tunggu kat mana. Luckily tempat tunggu bus tak jauh dari guesthouse tu. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. So berjalanlah kami ke bus stop. Rupa-rupanya guesthouse ni dekat dengan pasar. Masa jalan boleh nampak gerbang tulis street food.

Hujung sana tu pasar dia
Sambil berjalan maka berkenal kenalan lah dengan couple tadi. Suaminya nama Sam, wife dia nama Kathy. Diaorang dari Belgium. Tapi rupa-rupanya si suami ni orang Korea. Adopted masa baby kat Belgium sana nun.. Si isteri pula orang Vietnam, migrated ke Belgium sebab perang. Tapi ini pun first time Sam jejak kaki ke tanah tumpah darahnya.. Macam drama pula kan..hehehe... Well, diaorang memang nice couple. Dah lama kawen tapi tak ada anak, so melancong jer lah kerja diaorang bila ada cuti...

Inilah Sam & Kathy
Ok, tunggu bus dalam 15 minit juga la. Sampai kat bus stop kitaorang reload T-money card dulu, 30,000 won terus.. senang. Bus stop dia sangat best. Berbumbung, ada screen tunjuk setiap no. bus and route yang dia lalu, siap tunjuk jadual bus and berapa minit lagi bus nak sampai. Tunjuk current location bus, kalau bus lambat sebab traffic jam pun mention juga. Sangat sistematik and menarik. Malaysia still has a longgggg way to go to become Negara Maju... Ok, bus yang perlu dinaiki bus No. 701, tambang dia 3,300 won. Masa naik bus tu cakap je kat pakcik driver nak pergi Manjanggul. Lepas tu tap T-money card kat mesin dia. Mudah saja.. baru sehari dok Korea dah terror dah..hahaha. Lepas tu sila duduk dan pakai seat belt ok sebab roller coaster F1 bakal bergerak. Nanti dah sampai ahjussi driver akan bagitau. Harap bertenang menikmati roller coaster F1 riding ini ok... heheheh... Perjalanan ke sana agak jauh, dalam 1 jam 20 minit baru sampai. Itu pun sebab naik roller coaster F1. Kalau bawa dengan penuh kesopanan mau 2 jam baru sampai agaknya.

Screen yang diletakkan kat bus stop, ada tunjuk masa, jadual bus, bus punya current location, bus apa yang lalu kat bus stop ni..Sangat best!!!
Counter T-Money.. Ada Ahjussi jaga dalam tu
Dalam bus pun ada screen yang tayang bus punya jadual and next station. Tapi station yang ada kawasan pelancongan jer dia tulis dalam tulisan roman n announce dalam english
Sepanjang jalan hujan, tapi scenery Pulau Jeju bila lalu di kawasan pantai SUBHANALLAH... tak tergambar dengan kata-kata. Sangat indah. Memang terpukau dan terkesima mata memandang. Rasa macam time tu juga nak migrate dok Jeju. Hahaha.. kalau lah boleh. Ok, bus ke Manjanggul Cave ni bukan terus sampai depan pintu gua tu. Kita kena turun kat bus stop tepi jalan simpang nak masuk ke Manjanggul Cave tu. Signboard menunjukkan jalan masuk ke gua adalah 1.7km. Hahahahah, so sila lah ambil teksi yer unless nak habiskan lagi 20 minits walking boleh juga.. :-)

Tunggu teksi tak de lah lama sebab teksi memang selalu keluar masuk kat area situ. Dalam dua minit lepas turun bus jer ada teksi lalu. Dengan sendiri dia berhenti panggil naik. Ahjussi ni tak kisah naik 5 orang sebab dekat jer kan. So bayarlah sorang 1,000 won. Sampai kat entrance terus pergi kaunter tiket beli tiket masuk. Harga 2,000 won. Masa tu dah around 12 pm. Kathy ajak lunch dulu sebab dia kata tadi breakfast dia makan biskut jer. So dia lapar sebab dia tak boleh skip time makan. Ok lah, memandangkan kami pun tak tahu berapa lama nak jalan dalam gua tu and next destination pun belum tentu tempat makan ada ke tak, so kami pun setuju untuk lunch dulu. Kat Manjanggul Cave tu ada satu jer restaurant. Dekat pintu masuk. Belek-belek menu ok ada bibimbap dan haemul pajeon, boleh makan. So aku n Chik ah ambil bibimbap. Sarah ambil nasi kosong. Then aku share pajeon ngan Sarah. Harga agak mahal la sebab satu-satunya restaurant yang ada kan. Bibimbap jer harga 8,000 won. Pajeon harga 14,000 won.

Sebelah kiri tu restaurant dia
Bibimbap
Haemul Pajeon
Masa masuk restaurant ni tak ramai orang. Dua meja je yang occupied. Satu meja family Korean, dah nak habis makan. Sebelah meja kitaorang satu family ada mak, ayah n anak perempuan. Chinese dari Singapore. Tahu sebab diaorang dulu tegur tanya kitaorang dari mana.. So, sembang-sembang lah... Best thing bila merantau kat negara orang ni, automatic kita jadi peramah. Jumpa sesama rakyat Malaysia siap bagi salam lagi ... Ha gitu !!! Kalau kat Malaysia ni, selisih langgar bahu pun, tak de bagi salam nya. Say sorry jerlah..hehe. Aku pun kalau dok sebelah strangers kalau orang tu tak tegur aku dulu memang aku tak akan tegur lah. Segan kot...!!! Ok dah siap makan semua hampir pukul 1.30 juga la sebab service kat restaurant ni agak slow walaupun tak ramai orang. Before masuk gua, haruslah pergi toilet dulu kan... Kang kalau nak tunai hajat masa dalam gua tu camna nak buek??? Tak ke bahaya namanya..heheheh. Dahla hari hujan. Oh, before tu pergi minimart kat sebelah hujung restaurant tu beli rain coat dulu. Hujan makin lebat...!!!!

Toilet...bersih. Oopsss sorry Sarah, tetiba ko terjadi model toilet aku...hahahhaha
So, dah selesai semua hajat, apa lagi?? Moh ler kita masuk gua.... Tangga nak menuju ke bawah agak licin sebab hujan kan. So harus lebih berhati-hati. Tetiba sretttt....kasut aku terseret ke depan. Wah!!!!!!! scary!!!! tapak kasut aku licin rupanya. So triple hati-hati. Turun tangga memang tak lepas la railing tangga tu. Thanks a million to Chik ah sebab sentiasa tolong pegang aku sama in case kasut aku buat hal lagi masa turun tangga tu. Pendek kata, kalau aku jatuh Chik ah pun jatuh sama, u jump i jump too.. Thank u Chik ah.. love u forever... sedih la pula..Sobs sobs... Ok, jom masuk gua!!!

Model lava yang keluar dari volcano
Apa itu lava raft???
Ini lah lava raft tu
Simple explanation tentang lava cave ni
Cantik kan raincoat kami... lupa harga. 3,000 won kalau tak salah. Sejuk dalam gua ni. Kena pakai rain coat juga sebab ada air yang menitis dari atas bumbung
Bila sampai kat sini means dah sampai hujung gua. Tak leh pergi lagi dah.. BAHAYA!!!
Saranghae..... Wajah-wajah kegembiraan model gua..hehehhe
Ni pintu masuk gua
Wajib bergambar setiap orang
Chik Ah penunggu gua...hahahahaha
Wefie

Model Manjanggul Lava Tube... import from Malaysia :-)
Bumbung gua, geli pun ada juga bila belek balik..heheheh. Ni semua terbentuk sebab pergerakan lava
My coat..haruslah merah menyala..Biar satu Korea nampak..hahahahah
Blog aku so haruslah gambar aku yang banyak kan.... Sangat gila glamor !!!
Lee Minho tak ada dalam gua tu cik kak oi...!!!!
Tapak kaki dinasour kah yang chik ah duduk itu...hahahaha
Done selesai jalan-jalan dalam gua, maka keluarlah kami mencari cahaya di jalan kebenaran..hehehe.. Dekat dua jam juga dalam tu.. Sesudah keluar maka haruslah bergerak ke arah jalan keluar kan. Nak ke next destination pula, Seopjikoji.. Tanya Sam n Kathy apa diaorang punya plan. Diaorang tak ada plan. So kami pun offer la ikut kami. Dengan besar hati dan penuh kegirangan mereka setuju.. So pergi ke pintu keluar. Niat di hati nak naik bus untuk save budget, yer lah..dah nama pun budget trip. Tapi kemudian datang sorang ahjussi taxi ni offer taxi dia. Dia terima jer naik 5 orang. Sorang bayar 6,000 won. Lepas fikir and discuss so bolehla. Lagi pun hari hujan ni, nak ke sana pun tak tahu bus nak datang pukul berapa. Maka berhimpitlah kami macam sardin kat belakang teksi tu..hheheh... Dah alang-alang cuaca sejuk so ok la. Boleh panaskan badan. Mula-mula teksi gerak, dok kagum menikmati scenerey tapi lepas 15 minit... selamat dibuai mimpi..heheheee.. Penat wey jalan dalam gua tadi. Lama juga dari Manjanggul nak ke Seopjikoji tu. Sejam juga rasanya.

Sampai kat Seopjikoji hujan makin lebat.  Jalan nak masuk pun sangat crowded. Penuh dengan bus pelancongan. Kereta que untuk masuk kat drop off entrance tu pun punya lah lama...Manusia sangat ramai. Kebanyakan dari China Mainland...Tetiba terasa bukan kat Korea. Sobs sobs... hilang kegembiraan bercuti di Korea. Ok, ini bukan racism tapi cuma nak feeling memang berada di Korea. Seopjikoji masuk free. Tempat ni glamor dengan church tempat shooting drama All In. Tapi guess what?? aku tak jumpa pun church tu. Hahahahha.. kelakar kan??? Sabar jerlah. Ada dua jalan berbeza nampaknya. Ok, another reason must go again to Korea..Weeehooooo!!!!!

Kenapa nama dia Seopjikoji ????
Ini dia "seondolbawi" tu.. batu berbentuk lilin
Cara komunikasi orang-orang zaman dahulu untuk warning musuh datang
Hyeopja smoke mound.. ada UFO lalu masa model tengah bergambar sebab cun sangat model..hehehhehe
Hujan makin lebat tapi itu semua bukan penghalang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ha!!! pulun sungguh kalau bab berjalan kan. Nak demam ke... sakit kepala ke.. itu belakang kira. Yang penting jalan-jalan sepuas hati..Hahahah.. bukan senang nak sampai sini. Masa on the way jalan naik atas, tetiba dari celahan manusia itu terdengar orang bagi salam. Sepantas kilat ku mencari-cari siapakah gerangan itu?? Oh, orang Malaysia. Salam dijawab, senyuman diberi. Kakak tu dah nak balik.. Kan dah cakap, kat oversea kalau jumpa sesama Malaysian sangat ramah i tell u. Tak ada segan-segan and malu-malu nak tegur. Kat negara sendiri memang kirim salam di angin lalu lah..hahaah... same goes to me..ngeeee

Ok, 1st kedai yang kitaorang nampak masa nak naik ke atas bukit sana nun, kedai ice cream, all pink in color.. Sangat menarik. Adda ribbon besar lagi kat atas bumbung tu.. Awesome. Sebelah dia of course kedai souvenir. Tapi tengok dari luar jelah, tak adalah beli pun. Lagi pula agak mahal. Chik Ah jer yang berhenti ambil gambar ngan gambar Seo Ji Sub yang ada kat situ.

Meriah kan color building kat sini


Ada gambar oppa handsome... :-)
Lepas tu jumpa rumah hansel and gretel, ginger bread house... cantiknya!!!!!!!!!!!!! Rasa macam nak gigit-gigit rumah tu just like dalam buku cerita dia. hahaha. Tapi tak boleh masuk pun. Tengok dari luar jer lah.. Pastu ada orang jual ice cream turki and gula tarik. Eh, sedap ni!!! Before pergi Korea memang dah search makanan apa yang boleh dimakan. Gula tarik termasuk dalam senarai. Ice cream turki pun sama. Ok, turun balik nanti kita beli... Baru sampai jalan-jalan ambil gambar dulu lah :-)

Siapa rasa nak makan juga bila tengok rumah ni ??? Nganga mulut.... aaaaaaaaaa... :-)
Penjual gula tarik.. Muka ala-ala Lee Jun Ki..hehehe.. gedik bebenor sorang-sorang
Ok.. mari jalan-jalan tengok keindahan ciptaan Tuhan. Jom sama-sama kagumi !!!!!! Kathy was so happy being at this place. Kagum dia dengan keindahan ciptaan Tuhan ni. Dia tanya aku macam mana aku boleh tahu tentang tempat ni. Well, dengan bangganya aku berkata, google Kathy....hahahha.. sebab this trip was my first trip yang aku plan sendiri, maka haruslah aku search and kaji sehabis dan sebaik mungkin kan. Baru worth spending money.

Kau dah kenapa Sarah oi... dok muncung itik cegitu????

Pemandangan dari atas lighthouse
No caption..hehehe

Demi nak tayang my red coat.. relaku menadah gerimis.. Sangat pulun turun kat bawah ni.. Hahhaha

Sam tukang tangkap gambar

Bila hujan nak menapak naik atas ni harus hati-hati okay !!!

We are in love..!!!!!!!

Disebabkan kegilaanku dengan warna merah maka hati yang merah membara itu bersatu bersama coat aku... Wahahahahaha
Teletubbies pink melawat Korea...hahaha.. comel kan ??
Sejuk wey... dengan hujan dengan anginnya lagi!!!

Kagum dengan ciptaan Allah swt

Model tangga kayu...hehehe.. Jangan marah :-)
Gambar macam ni hanya untuk orang yang tak gayat sahaja...Kat tebing sangat ni
Cari benda tersembunyi ;-)
Ni adik putera katak. Abang kena sumpah jadi katak, adik kena sumpah jadi batu sebab derhaka witch yang bela diaorang...Hahahaha... mesti korang tak tahu cerita ni kan ??? Hurmmmmm
Chik Ah ni memang hantu selfie... yang manusia dua orang kat belakang tu pula hantu bergambar.. Hahahha
Bajet comey la dok bergambar gaya camni...heehehehe
Ada muzium nama dia Zippo.. tapi tak masuk tengok pun ada apa dalam dia. Ni maskot Jeju
Ok.. dah puas berjalan. Bergambar dan berhujan.. jom kita ke next destination. Seongsan Ilchubong. On the way balik singgah beli gula tarik dan ice cream. Walaupun sejuk tapi nak makan juga.. Yummy !!!!!!

Saja gedik nak tangkap gambar orang belakang sebenarnya..Hahahahahaha
Ha!!! ni lagi tinggi tahap kegedikannya.. Kan chik ah kan??? Baik ngaku!!!!
Ok.. nak ke Seongsan Ilchubong kena ambil teksi dari sini. Tak ada bus untuk ke sana. Macam mana nak cari teksi ? Jalan turun ke bawah jer then tunggu. Akan ada teksi yang hantar orang nanti so tahan la teksi tu. Mula-mula ada satu teksi panggil naik, dia offer 5,000 won. Tapi bila cakap kat dia 5 orang dia tak nak terima. Skema la pula oppa ni.. Maybe sebab driver muda kot. Ok tak per... tunggu teksi lain pula. Dapat satu teksi ahjussi, dia terima 5 orang tapi dia nak 7,000 won. Amboi!!!  Mestilah I bargain kan, pujuk punya pujuk dapat 6,000 won. Hey.. kat Malaysia ni i am queen of bargain tau!!! Hahahaha.. Jarak nak ke sana tak adalah jauh sangat. Dalam 10 minit macam tu dah sampai.

Masa nak bayar tambang tu kan.. aku bagilah ngam-ngam 6,000 won kat Ahjussi tu. Tapi bila dia terima boleh pula dia gelak sinis and cakap "jeongmal".. Hey ahjussi, i am a big fan of korean drama tau. Word semudah itu i can understand u know. Dah awal-awal tadi kau juga confirm agree ambil 6,000 won. Bila dah bayar boleh pula tak ikhlas... Nak tahu apa maksud tu?? Maksud dia lebih kurang macam "biar betul". So bila time bargain tambang tu make sure dia jangan nak berdolak dalih okay... Apa pun, kami dah selamat sampai so ikhlas tak ikhlas tadi before datang dah capai kata sepakat kan.. Take it or leave it. Cewah!!! Sebab dah sampai berani ler...heheheh.. Anyway, semoga rezeki ahjussi lebih banyak lagi pada masa akan datang... :-)

Sampai kat Seongsan Ilchubong dah petang sangat. Dah pukul 6.30. Hujan masih tak berhenti tapi dah tak lebat la.. Still kena pakai rain coat juga. Manusia macam biasa, sangat ramai. Sampai jer terus beli tiket masuk. Harga dia 2,000 won sorang. Masa berjalan tu dok tengok kat puncak atas nun.. Fuhhhh.. tinggi juga. Tapi ada tangga naik atas. Ok, tak per.. naik je dulu. Daki dan daki dan daki lagi sampai kat landing platform yang pertama.. Tengok jam dah nak dekat pukul 7. So, berbincanglah kami berlima. Disebabkan hari makin gelap, cuaca pula kurang memuaskan..so kami tak naik sampai atas. Sampai situ jer lah pendakian kami.. Uhukuhuk... tak dapat nak menikmati keindahan Jeju Island dari atas Ilchubong Peak.. Uwaaaaa.......... Wajib pergi lagi !!!!!! Maka nya, bergambarlah kami hanya sampai di situ....huhuhuhu

Seongsan Ilchubong
Walaupun hari hujan tapi view still SUBHANALLAH

Sangat tenang dan mendamaikan


Tak tercapai puncak itu..uwaaaaaaaaaa!!!!!!!!!









Inilah puncak tertinggi yang kami tawan...huhuhuhu



Ok... dalam pukul 7.30 kami balik. Before tu singgah kedai kat entrance tu beli coklat jeju.. 5 kotak 10,000 won. Pastu dapat free lagi dua tiga genggam..hehe... Then tanya ahjussi yang dok lepak depan kedai tu kat mana nak naik bus nak balik Seogwipo-Si. Berbelit-belit pakat explain. 90% in korean and 10% in English.. nasib baik I ni girlfriend Lee Donghae so bolehla paham kan apa ahjussi tu cakap..heheheheh.... sila jangan menyampah!! ;-)

Dari situ jalan turun bawah ke bus stop dalam 5 minit juga. Masa jalan nak ke bus stop nampak kedai ni jual coklat yang sama 6 kotak 10,000 won. Hah??? Apekah??!!! Hahahaha... sabar jerlah. Tapi nasib baik kedai tu tutup so tak adalah frust sangat..hehehe... Masa sampai kat bus stop tengok jadual, bus akan sampai dalam masa 20 minit lagi (sorry lupa apa no bus). Ok lah. Singgah GS25 yang ada bertentangan bus stop tu dulu, beli mineral water. Perut dah lapar, tapi kena la bersabar. Tunggu sampai balik bilik nanti.

No. bus dah tahu tapi tetiba baru teringat, masa naik bus dari guesthouse tu lupa nak tengok bus stop tu tulis apa nama tempat dia... Daebak!!!!! Mana nak turun? Nak cakap apa kat driver...??? hahahaha... bijak nya sesorang. Oh, setiap bus stop kat Korea, dia akan tulis nama bus stop tu kat bumbung dia. Ada juga tulis previous destination and next destination. So, please alert everyone supaya kejadian yang sama tidak berlaku..hehehe... Then, mula lah membelek route bus yang ditampal pada bus stop tu. Tapi semua tulis dalam bahasa Korea... Nasib baik before ke Korea, aku ada belajar huruf-huruf Korea kat youtube. So, tak adalah buta huruf sangat. Walaupun merangkak nak pronounce tapi at least bolehla baca kan. Boleh sebut dengan betul so that senang nak tanya orang. Jadi, siapa nak ke Korea kalau pun tak sempat pergi belajar bahasa Korea, at least korang belajar kenal huruf-huruf dan cara sebut dia. Untuk kemudahan dan kepentingan korang juga.. Ok, baca punya baca, Sam confident last destination is our destination, that is Seogwipo Bus Terminal. Tapi firasat dan naluri aku mengatakan tidak.. Sebab before pergi aku dah study yang bus terminal bukan dekat dengan Kkodak Kkodak Guesthouse tu, tapi tak adalah jauh sangat. Tetapi, disebabkan tak tahu nak turun mana, so ok lah. Ikut jerlah apa Sam kata, kita turun bus terminal.

Duduk dalam bus pun punya lah lama.. Hampir sejam juga nak sampai. Masa dah nak sampai bus terminal, kami lalu depan kawasan yang kami naik bus tadi. Sam pun perasan, tapi bus berada di seberang jalan tadi, so kami fikir dia akan pusing nanti then bolehla kita turun kat sini. Tapi semua salah...hahahahha... Bus terus stop kat terminal. Kuangkuangkuang... macam mana nak balik. Nak tanya orang tapi tak tahu nak cakap nak pergi mana... Adoi... Sesat di bumi Korea... Daebak!!! Dahla malam, hujan pula tu, lapar lagi.. Hurmmm.. Semua tengah berfikir dan mencari segala maklumat yang ada macam mana nak balik. Then Sam teringat yang dia ada ambil gambar street food tu. Sepantas kilat dia cari gambar tu dalam camera dia then tunjuk pada ahjumma yang jaga kaunter tiket kat situ. Alhamdulillah.... ahjumma tu terus tulis nama tempat tu and no bus yang nak ke situ. Maka kami pun menuju ke bus stop di luar terminal bus itu. Sampai jer tengok bus akan tiba dalam masa 1 minit. Ok, jom naik!!!! Bila dah sampai kawasan pasar tu ahjussi driver bus beritahu dah sampai. Tapi masalahnya turun bukan depan laluan bus stop yang naik pagi tadi. Fine, kawasan tak familiar!!! Tapi memang dekat kawasan pasar. So, masuk dulu dalam pasar tu. Cari pula arah keluar menuju ke guesthouse. Pasar sangat besar. Ada 4 pintu masuk. Dah macam main running man, setiap pintu masuk kami try.. Hahahah.. Guess what??? Pintu yang betul adalah pintu terakhir yang kami try.. sabar jerlah. Tapi at least best boleh tengok keadaan pasar diaorang. Walaupun kawasan pasar basah, tapi sangat bersih dan teratur. Macam-macam jenis makanan dijual. Jakun la seketika tengok..hehehehe

Kathy ajak dinner dulu sebab dia dah lapar sangat. Dia mesti makan on time. Tapi kami tak nak sebab dah rimas dengan kasut yang basah. Nak cepat-cepat balik bilik bersihkan diri. Lepas tu baru makan. So Sam and Kathy went for dinner without us. Lagi pula sarah dah sakit kepala and dah tak ada mood nak jalan. Aku pula terasa sakit kaki sebab kasut kurang selesa. Pentingnya memakai kasut yang selesa ok..

Sampai bilik mula-mula aku and chik ah plan nak keluar semula jalan-jalan kat pasar. Cari makanan apa yang boleh makan. Tapi tengok jam dah 9.30. Lepas siap mandi bagai dah pukul dekat pukul 11.00 malam. Lagi pula hujan belum berhenti. Pastu terdengar orang mabuk bergaduh kat bawah.. Ok, serrrammm... So makan jer lah mamee cup yang sarah bawa and biskut. Sarah dah selamat tidur, then aku n chik ah turun bawah kat lobby, guna komputer untuk transfer gambar and pos some photos kat facebook. Well, almaklumlah.. nak bagitahu satu malaya we are currently in Korea...hehehe...

Maka, selesailah perjalanan kami pada hari ke-2 di Jeju Island.. sangat panjang kan. Fuhhhh!!!!! Good night.. Bila dah banyak berjalan, sebelum tidur macam biasa, aku wajib ambil 2 biji ostematrix shaklee aku supaya esok bangun segar bugar dan dapat lena dengan tenang dan damai :-)

Next entry aku sambung hari ke-3 pula ok...

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)




5 comments:

  1. 2 hari je di Jeju...mana cukup!!...cehh..mcm lah JM pernah kek Jeju kan hihihhi

    Idok le sbb pernah baca blog kawan2..Jeju byk tempat menarik, kalau stay 2-4 hari baru BEST!!!

    Couple tu walaupun tak de anak still setia kan..kalau kita org msia..ahahaah..jawab lah sendiri

    Hujan??? wah..mesti sgt sejuk waktu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuhu,, tau tak per. Nak menages rasa sb jeju sgt awesome. next time nk duk jeju saja 5 hari...heheeh... cuaca sejuk seb hujan n berangin sama

      Delete
  2. tak sempat g Seopjikoji sebab tersesat kauh sampai kat Teddy Bear Museum...GPS silap..huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya korang drive... next time kalau ada rezeki pergi lg nk sewa kereta la juga..mcm lg senang kan nk gerak bla drive sndiri

    ReplyDelete
  4. Saya banyak baca blog awak dengan blog Kak Kiah buat panduan untuk ke Jeju nanti. Hihi :D

    * ni kurakuraygslow

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^