My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Tuesday, November 25, 2014

Catatan Mat Luthfi..........cerebellum ku terkezzutttt

Assalamualaikum.....

Cerita pasal Misi12HariMencariCinta belum habis pun lagi... cewahh.. baru tulis hari pertama je pun. Hehehehe.... Kesah jalan-jalan Korea ni kena tulis time weekend. Sebab panjang, nak kena ambil feel n nak down memory lane lagi gitewwww :-)
So bersabarlah wahai peminat-peminat Korea semua ok.. Weekend ni aku sambung entry.

Tapi hari ni nak cerita pasal buku Catatan Mat Luthfi... mesti semua kenal kan??? Pembikin video terfamous abad ini.... Aku tahu tentang kewujudan Mat Luthfi ni sebab geng elf share gambar dia kat group Super Junior. Katanya muka sejibik macam Eunhyuk.. Lorrrr, kalau dibelek dan ditenung memang ada iras. Eunhyuk Malaysia...hahahah... And ada juga video yang dia buat beritahu ramai budak-budak pompuan bila jumpa dia pakat dok curi-curi pandang, nak ambil gambar lah bagai...Hahahaha, memang kelakar. Ayat yang aku ingat dia cakap oppa..oppa.. aku pang bagi!!!! Kahkahahkahkah... kalau ada antara korang yang dah tengok video tu mesti setuju dengan aku. Gaya cakap dan memek muka dia memang cannot go!!!!



Ok berbalik pada buku ni, buku ni aku baru dapat hari ni. Order online kat web Langit Ilahi. Sangat pantas dan tuntas. Order hari ahad, hari ni dah dapat... Bagus betul diaorang buat kerja. Salute !!!!

Ni lah buku nya... Sangat cantik dan meriah. Every page berona-roni.. I likeee
Well, aku tak delah nak review panjang-panjang tentang buku ni. Kang terlebih review kena saman copyright pula.. Nayo den!!!! Nak upah loyar pun tak dak modal wey..huhuu... Tapi just nak cakap, buku ni memang d best... Dari cover depan sampai cover belakang writing dia yang bersahaja tapi penuh makna, segala isi tersurat dan tersirat memang awesome. Every words yang dia gunakan sangat simple but everything contains deep meaning. And the best part is setiap helai muka surat pasti sakit perut dok gelak. Bergetar segala urat saraf, pankreas, hati, jantung dan otak aku....Memang sangat bagus la buku ni.

Ayat yang paling aku suka, "Aku tak puas hati bila aku tanya member, Kau makan apa? Dia jawab. "Makanan." Itu lawak lapuk, sampailah dia explain, "Nan, roti nan, bodo." Seriously ayat ni aku baca banyak kali pun tetap spontaneously gelak... Adoi, sabar jerlah.

Korang pun sila lah beli...wajib beli !!! Sangat menarik dan best... 100 bintang aku bagi... Over kan..hehehe

Ok... nak sambung baca. Stop kejap sebab nak bagitau kat semua buku ni sangat best.. Oh lupa, tadi kat office bila officemate yang chinese tengok buku ni and nampak muka Mat Luthfi terus dia tanya, Korean ke ni. lol.... He's a malay my dear...hehe. So i guess, betul la muka dia macam Eunhyuk..

Baca buku best haruslah book mark nya juga best.. Ni made in Korea. Aku beli kat Korean Folk Village. 3,000 Won.. Sekali tengok kat Dongdaemun 1,500 won ja.. derrrrrrrrr
Ok... chow dulu.... Adios :-)


Thank you very much for spending your precious time reading this entry :-)

3 comments:

  1. kawan sis JM pun beli buku catatan ni n dia ckp mmg dh jatuh hati sama buku ni. Baila baca review ni teringin gak nk beli..order online ye..ok2..nanti akak try terjah website tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memg sangat best n berbaloi bli sis.. cepat bli. bli sekrg kat web langit ilahi dpt dskaun 10%. pnat gelak bla baca buku ni :)

      Delete
  2. Akak suka part yg dia kata nak order air sengkuang cina atau air liur burung tu. Last2 dia jawap nak beli air liur cina. Lawak, aku gelak beriya.

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^