My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Monday, November 24, 2014

Cik Merah tak nak jalan.... Oh No!!!!!!

Assalamualaikum...

Ini kisah pagi tadi, Monday yang blues, 24th November 2014.. aku n my cik merah :-)

Selalunya bila meter minyak mula berkelip, aku akan set meter. Paling jauh pun tak lebih 45km aku jalan n then terus aku isi minyak. Tapi kali ni entah gatal kaki kot mana biar jer meter tu terus berjalan sampai more than 45km. Macam biasa, di pagi hari isnin yang indah dan permai, keluar pergi kerja. Jalan kat KL kurengggg sikit jem nya sebab cuti sekolah kan. Ku lihat meter bergerak dari 1 km ke 1 km... So dalam hati berdoa dengan penuh keyakinan, insya allah sempat sampai office, sempat balik kerja malam nanti singgah pump station isi full tank.. Maka, perjalanan diteruskan dengan bahagianya, sambil melayan lagu di hot.fm. Selang seli zikir dan lagu keluar dari bibir...hehehehe



Tiba-tiba, elok jer 4 tayar itu membelok di persimpangan traffic light yang penuh hiruk pikuk itu, dengan penuh lemah longlai cik merah berhenti.. Ha!!!!!!!!!!! Apekah????!!!!!!!! Oh no!!!!!!!!!!!!!! Tuan cik merah panic bin gabra ok.. What to do??? What will happen to my cik merah?? Mengikut segala cerita dan mitos yang didengari, kalau kereta auto, jika minyak terus habis, walaupun diisi penuh semula ia tidak akan dapat bergerak semula seperti biasa KERANA ada suatu system yang akan lock engine. Kena bawa ke bengkel untuk unlock system baru boleh jalan. Ok, take a deep breath, think and think and think. Mujur dok lane tepi sekali, kalau lane tengah lagi naya.....Lalu, handphone dicapai dan no. telefon insurans takaful didail. Dengan penuh ketebalan di muka beritahu operator yang bersuara manis itu masalah aku...hehehehe.....

Beginilah lebih kurang dialog nya:
Operator: Takaful Malaysia, selamat pagi. Boleh saya bantu?
Aku: Hello, masalah saya ni kelakar. Malu nak cakap. Tapi kereta saya habis minyak.
Operator: Ooo, so cik nak orang hantar minyak ke?
Aku: Stesen minyak tak jauh dari sini, saya boleh jalan kaki pergi beli. Tapi saya risau kalau kereta tak leh gerak walaupun lepas isi minyak sebab orang kata kereta auto kalau minyak habis terus walaupun dah isi semula system pada engine dia kena lock. Betul ke?
Operator: Maaf cik, yang tu saya tak pasti pula. Sekarang cik nak buat macam mana?
Aku: Kalau saya panggil orang datang tow kereta saya kena bayar tak?
Operator: Kena bayar cik, sebab kita hanya cover untuk kemalangan jer.
Aku: Oo... kalau kena bayar berapa nak kena?
Operator: Dalam 100 lebih juga la
Aku: 100 lebih ek (dalam hati.. gaji lagi seminggu wey!!!!!). Ok lah, tak pe lah. Macam ni, saya pergi beli minyak dulu, kalau lepas isi minyak tak boleh jalan saya call semula takaful ok.
Operator: Ok cik, tak ada masalah.
Aku: Ok, terima kasih

Lalu keluarlah aku dari kereta, make sure emergency light terpasang. Kukeluarkan segitiga bermuda itu dari dalam bonet n letak kat belakang kereta. Lalu berjalan penuh confident ke arah stesen minyak. Baru gerak dalam 10m tetiba teringat, oh no!!! Cik merah terlupa nak kunci, patah balik pula pergi kunci n make sure memang terkunci. So berjalan lah semula, ber catwalk di tengah jalan raya yang busy itu dengan kasut setinggi 3 inci.. hhahaha... model sangat!!!

Sampai stesen minyak, bekas nak isi minyak pula habis... Huhuhuuhu. Tapi baik betul aunty yang jaga kaunter kat situ, carikan aku botol air mineral yang kosong. Tapi ada satu jer.. Alamak!!! Mana cukup. Jadi terpaksa lah aku beli satu botol air mineral yang besar. Air nya aku masukkan dalam cerek air kat stesen minyak tu. So, hari ni orang yang singgah buat air kat Caltex Jalan Klang Lama, air tu aku belanja hokay... (*_*) Mesti lagi sedap kan...hehehehhe

Ok. Dah beli minyak. Beli ron 97 uolss.. berlagak sungguh...hehehe. Dari kejauhan ku nampak sebiji kereta peronda NPE, sebiji motor peronda NPE, sebiji motor polis trafik!!! Hah... hebat cik merah!!! Terus dapat 3 body guard..ngehngehngeh... Lintas je jalan, senyuman penuh manis aku berikan pada diaorang...hahahah. Ayat pertama keluar dari mulut abang peronda NPE, "kenapa tak tinggal no. telefon??? Kalau apa-apa jadi senang orang nak call cari!!" Alamak, sorry Bang!!! Terlupa seketika...hehe... Tebal muka ni dah 100 inci, tapi maintain cool kat tengah-tengah alam tu. Dah la busuk peluh dah... Padan muka awak!!! Malas bebenor senaman, dah kena senaman free. Hahahahah.. Pakcik peronda NPE suruh pakcik polis saman aku sebab kereta habis minyak n sebabkan traffic jam...hehehe.... Pastu kena perli lagi, minyak ke ni kaler merah ni. Ke air strawberry..hahaha... Mujur i tak jawab vivix shaklee.. Ngehngehngeh.. Kalau letak vivix dalam kereta aku mau cik merah itu terus bertukar jadi ferrari... :(~_*)

Kerisauan yang satu itu pun ditanya kepada pakcik peronda NPE itu. Betul ke kereta auto kalau dah habis minyak tak boleh start walaupun dah isi minyak?? Dengan spontan mereka ketawakan aku !!! Mana ada...tak adelah. Viva tak de masalah lah, bukannya BMW.. Cessss!!!! Tambah lagi 100inci tebal muka... Sabar jerlah. Tak pe, malu bertanya sesat jalan... Kan!!! Senyum.... So, pakcik peronda NPE tolong isi minyak, pakcik polis traffic jaga jalan, abang peronda NPE tolong start kereta. Sebab dia kata, kereta habis minyak ada teknik nak start dia. Tak sempat pula nak tengok n belajar teknik itu. Apa pun, tenkiu semua sebab tolong.... Jasamu amat ku kenang.. :-)

Alhamdulillah....semua selesai... Dah boleh gerak sampai ke next pump station. Maka, cik merah yang tersangat dahagakan kasih sayang petrol itu pun dicurahkan sepenuh kasih sayang.. Full tank cik merah dapat... i love u cik merah.. Susah senang kita bersama selama hampir 7 tahun ni... Melo la pula kan...hehehe

OK.. moral of d story. Confident itu penting tapi biar bertempat. Hahahaha.. Dan kalau asyik dengar cakap orang tapi tak buat dan cuba sendiri sampai bila tak akan berjaya. Remember this!!! If u didn't ask, the answer will always be NO. If u didn't try, the success will always be ZERO...

Sekian sahaja entry kali ini. Sampai berjumpa lagi.... With lots of love dari tuan cik merah :-)
Nah belanja gambar cik merah n me satu :-)

Cik merah kat Swiss garden spa & resort lumut, Perak...... 


Thank you for reading this entry :-)

1 comment:

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^