My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, December 7, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 3 (20 September 2014)

Assalamualaikum...

Hari ke-3 berada di Korea.. masih lagi di Pulau Jeju. Tapi ini adalah hari terakhir di Pulau Jeju. Sobs sobs... Plan hari ni nak ke Muzium teddy bear, cheonjeyeon waterfall, jusangjeolli clliff, chocolate land, ice museum and jeju underground market.. Tamak kan ??? Hehehehhe...

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami checkout dari guesthouse. Macam biasa kami dah breakfast siap-siap dalam bilik. Makan biskut jer.. Oklah buat lapik perut. Then bayar sewa dan say goodbye to Sam and Kathy. Diaorang ajak breakfast dulu tapi kitaorang cakap nak cepat sebab banyak tempat nak pergi. Maklumlah jadual pack. Kemudian menapak lah kami ke arah New Kyungnam Hotel sebab nak tunggu bus aiport limo kat depan tu. Before say bye-bye bergambar kenangan dulu depan guesthouse ni...

Photographernya adalah Sam :-)

Berjalan kaki di pagi hari sambil mengheret beg di bawah sinaran mentari yang menenangkan...ah!!!! Paris Hilton sangat...hehehehe. Ok walaupun hanya 15 minit berjalan tapi fuhhh terasa penatnya sebab sambil heret beg juga kan. Mula-mula masing-masing jalan dengan penuh confident ke arah yang dipercayai bakal menuju jalan besar, tapi lama-lama rasa macam makin masuk lorong-lorong je. Hahahah...sesat!! Ngee... Tanpa segan silu tanya sorang ahjumma yang lalu kat situ, mana arah New Kyungnam Hotel. Macam biasa ahjumma terang dengan sedaya upaya arahnya, beserta gerak tangan dan macam biasa juga tak faham..hehehe.. Terang dalam bahasa korea kot..huhuhu. Then lalu sorang oppa, tanya pula oppa tu. Ok, dia suruh ikut dia sebab dia pun nak menuju ke arah sana. Bagus!!!! Tapi punya lah laju oppa ni jalan, adoi.. penat kitaorang kejar. Alhamdulillah sampai juga jalan besar. Oppa tadi masuk kedai makan bertentangan hotel itu.. Sebab bas belum sampai maka singgah GS25 dulu beli banana milk.. yummy. Ni dah jadi sarapan wajib kitaorang setiap hari. Sebotol banana milk.. :-)

Rugi siapa pergi Korea tak minum susu ni.. Sebotol 1,300 won
Bus sampai lebih kurang 10 minit kemudian. Cakap kat ahjussi driver nak turun kat muzium teddy bear. Sebab kat muzium teddy bear ni boleh tinggal beg. Ye lah.. takkan nak usung beg ke hulu ke hilir kan.. nanti setaraf Paris Hilton pula..hehehe.. Perjalanan ambil masa dalam setengah jam. Teddy bear museum ni terletak dekat kawasan Jungmyun Resort. Kawasan ni memang cantik sebab kebanyakan tempat-tempat menarik untuk dilawati ada kat kawasan ini. Hotel-hotel mewah dan menarik juga ada kat kawasan ni. So, sesampainya di situ, terus menuju ke muzium teddy bear. Beg kecil masukkan dalam locker. Kena bayar 200won untuk locker kecik tu. Tapi beg besar bagi je kat kaunter tiket tu..diaorang letak kat bilik belakang kaunter. Yang tu free of charge :-) Dah settle hal beg, maka tiket masuk ke muzium pun dibeli. Sorang kena bayar 7,000 won.

Bear yang mula-mula menyambut kedatangan kami ialah bear Queen Elizabeth.. then nampak Prince Shin :-)
Ok excited mengalahkan budak-budak kan tengok bear. Tapi memang comel bear bear ni semua. Siap ada bear yang bergerak-gerak buat fashion show.. Sangat menarik. Ok, jom belek gambar :-)

Ni seberang jalan... tapi bertentangan tempat ni Chocolate Land.. teddy bear museum sebelahnya.

Welcome to teddy bear museum, Jeju Island :-)

Ganti Ji Hyo pula rampas Shin Gun..hehehehe

Salam  tangan queen kot2 boleh kawen ngan anak raja kan chik ah???? ;-)
Our charlie chaplin



Over sangat memikir...haahhaa








Backhug ngan Bruce Lee....
Sarah dan panda tak dapat dipisahkan :-)







Ni live band...best



Terus terasa slim...hehehehe


Handsome tak boifren kita???? :-)
Ok..selesai jalan-jalan pusing-pusing dalam teddy bear museum ni, next destination was chocolate land!!!! Building dia sebelah kanan muzium ni jer. Masa beli ticket dapat coupon 3,000 won. So boleh la guna untuk membeli belah kat dalam tu nanti..Hehehe... Basically chocolate land ni tentang chocolate jer lah. Tapi harga setiap chocolate yang dijual agak mahal sebab dok dalam ni kan.. Kami pun tak beli, cuma tengok-tengok jer. Tapi seriously irresistible tengok semua coklat yang ada...uwaaaaaaaaa!!! Coz i'm hantu coklat... hehehe.. Pusing-pusing dalam chocolate ni tak adalah lama sangat. Rasanya dalam setengah jam dah settle sebab tak besar sangat. Lepas penat pusing-pusing kami pergi minum kat cafe yang comel dan menarik ala-ala cafe kat Eropah. Cafe ni terletak betul-betul kat pintu masuk sebelah kaunter tiket. Guna coupon yang dapat tadi. Haruslah beli iced chocolate drink kan, dah nama pun chocolate land. Sangat sedap dan menyegarkan. Chocolate dia rasa sangat fresh and pure.. Wah...!!!! Harga secawan 8,000 won. Guna coupon tinggal 5,000 won :-)

Sebagai kenang-kenangan minum kat cafe minta oppa jaga kaunter tolong snap pic satu..hehehe... Walaupun dalam bangunan tertutup bukan di tepian jalan, tapi tenang rasa dapat duduk minum cold chocolate drink..Hahahah.. over sangat!!!

Entrance
Suka betul chik ah dapat jumpa Willy Wonka...hehehehe
Hey girls where are u going????

Pelbagai jenis chocolate keluaran setiap negara

Kat dalan ni boleh belajar buat chocolate, kena bayar seorang 15,000 won kalau tak salah



Ada juga bear comey ni kat dalam chocolate land
Sweet small cafe.. ala-ala macam kat Eropah


Cold chocolate drink..memang terbaik
Photographed by oppa jaga counter :-)
Ok.. tekak pun dah basah, haus pun dah hilang.. so let's move to the next destination. Daepo Jusangjeolli Cliff. Actually kami tak tahu arah sebenar nak ke sana. Hasil tanya pakcik G before ni katanya dekat dengan Jeju International Convention Centre, so kami pun berjalan lah menuju ke sana. Anak panah kata 1.50km. Ok.. dalam 15 minit boleh sampai..mengikut anggaran 1 km 10 minit jalan kaki... Cuaca terang dan panas tapi berangin. So tak adalah terasa bahang matahari tu sangat sebab sejuk dibuai angin Pulau Jeju... argh...rindu nak ke sana lagi!!!!

Mula-mula berjalan rasa best tapi lama-lama terasa bahang matahari..hehehe.. Jalan dan jalan dan jalan lagi tak nampak pun sign jusangjeolli cliff tu. Ah sudah!!! Kat mana dah ni?? Sesat kah??? Tak per.. jalan jer. Tengok ada tangga kayu menuju ke arah bawah, so confident turun. Tapi lepas turun still tak jumpa juga. Ok, ikut je jalan tu menuju ke seberang jalan sebab seberang sana laut, so mestilah kat area situ kan.. Tapi bila sampai tak jumpa juga. Adoi.. then nampak teksi lalu, tahan teksi tunjuk gambar jusangjeolli cliff, nak suruh dia hantar ke situ, tapi dia kata dekat sangat dah so dia tak hantar. Kena jalan kaki sendiri. Huhuu.. Ahjussi teksi bagi arahan macam mana nak ke sana, faham sebab gerakan tangan dia jerlah...hehe.. Ok, jalan jer menuju ke arah yang ditunjuki. Sampai kat kawasan hotel, jumpa orang tanya lagi. Orang tu tunjuk masuk dalam hotel. Ah sudah!!! Camna pula tu.. ok, tak per. Jalan jer masuk dalam hotel. Hotel kat sini sangatlah cantik. Nampak ada restoran dalam hotel tu, so masuk tanya manager kat kaunter restoran tu. Manager hotel mestilah boleh speaking london kan..bagus :-). Rupa-rupanya nak ke sana memang boleh lalu ikut dalam hotel tu. Lalu ikut laman belakang hotel terus je sampai kat sana. Masa lalu kat situ, pekerja hotel tengah buat preparation untuk satu garden's wedding. Wah!!!! Menariknya tempat wedding, sangat exclusive dan marvellous.. Dan perjalanan diteruskan.. sampailah akhirnya berjaya sampai. Pergi kaunter beli tiket dan masuk. Tiket sorang 2,000 won. Bila dicongak-congak total jalan bulan 1.5km tapi 3km... yet sangat berbaloi...happy :-)

Mari berjalan..!!!!!!
Laluan pejalan kaki yang sangat awesome
View yang akan anda nampak sepanjang berjalan kaki
View sepanjang jalan
Aku anak Malaysia.. benches yang diletakkan sepanjang jalan ada bendera setiap negara
Penat cari cliff tak jumpa-jumpa.. berehat dulu kat sini
Kissing bench.. drama secret garden. Dekat laman belakang hotel, tapi lupa apa nama hotel...hehehe

Laju..laju..buai ku laju. Aku nak kawen dengan putera Korea...!!! :-)
Jalan belakang hotel

Maskot Jeju..

Dah sampai.....
Columnar joint.. sangat cantik. Nak menangis tengok ciptaan Tuhan





Sangat tenang dan mendamaikan
Subhanallah...


Selesai jalan-jalan sini, menuju semula ke arah muzium teddy bear sebab nak pergi cheonjeyoen waterfall pula. Tapi masing-masing dah tak larat jalan. Hahaha, nak berjalan ke arah jalan besar kat depan JICC tu pun dah penat..hehehee.. Hasil kata sepakat kita ambil teksi. Alhamdulillah nampak satu teksi kosong tengah tunggu tepi jalan. Ahjussi nak 5,000 won. Wah!!! Melampau amat... sangat dekat kot. Dia kata kalau tak bagi dia tak nak pergi. Eh, ahjussi.. tak tahu ke i ni terror bargain. Kalau i bargain mesti i dapat punya. So ayat keramat yang dipelajari di internet.. "Jjom kkakka juseyo !!!" Hehe.. senyum-senyum buat muka cute sikit (cute ke???!!!), so dapat kurang 1,000 won. Tinggal 4,000 won.. ok lah tu. Then ahjussi terus hantar sampai pintu masuk waterfall... Nak masuk waterfall pun kena bayar juga.. sorang 2,500 won. 

Cuaca makin terik.. tapi demi jalan-jalan itu semua tak diendahkan.. Tapi boleh pula pakat tengok waterfall tu dari atas jer. Sorang pun tak terpikir nak turun bawah.. adoi.. satu lagi kerugian!!!! Mungkin sebab masing-masing dah penat berjalan, pastu perut pula makin lapar..huhu... Tapi still gigi juga pakat menyeberangi jambatan ke arah sana. Sampai ja seberang sana terus terkam ke kedai beli air. Pastu tengok orang jual buah nenas potong. Sedapnya makan, sangat manis dan nyaman rasa. Ahjumma yang jual tu pandai cakap melayu. Tapi perkataan yang untuk dia jual je lah..heehe.. Iaitu, buah..sedap. Ikan ada, sotong ada.. Pandai kan.. :-)

Seonimgyo bridge kat belakang sanan nun... ada ukiran 7 fairies yang dikatakan turun pada waktu malam hari untuk bermandi manda di air terjun ni


Ni temple..rumah ibadat












Masa ni sangat panas terik tapi tahan juga sebab bergambar punya pasal...hahaha
Dari kejauhan ni jer kami tengok waterfall ni...rugikan...huhuhu
Ok..dah siap bergambar semua perut makin lapar dan panas makin terik. Kulit makin hitam terbakar. Lalu bergeraklah kami mencari makanan. Kami jalan menghala ke arah twosome place tadi. Tengok-tengok apa kedai makan yang ada, so nampak ada satu restoran kat tingkat atas, restoran seafood. Tengok harga, ada set seafood stew small size harga 30,000 won. Ok la tu. Kat korea ni walaupun kata small tapi kebanyakkan portion dia besar. So kami order satu set small, dan satu bibimbap... Makan masa tengah sangat lapar nikmatnya sangatlah terasa.. Alhamdulillah... baru lah mood masing-masing naik ke 200% semula sebab energy dah recharge :-)

Nak order kat restoran ni tak susah. Sebab ada pekerja Filipina kat situ. So boleh speaking london, senang nak terang. Seafood stew ni macam ala-ala tomyum la tapi tak ada lah pedas macam tomyum tu.. Yang pasti sedap :-)

Ha.. banyakkan. Chik ah nak makan sudu dah tu..heeehehe
Dah ternampak kehitaman akibat sun burn muka dua-dua orang
Dah siap makan, maka terus pergi semula ke teddy bear museum. Ambil beg. Before tu sempat lagi singgah bergambar depan muzium Ripley's believe it or not.. Muzium ni bertentangan muzium teddy bear. Masa dah agak lewat so tak masuk lah. Lagi pula hujan dah start menitik. Kami pun nak kejar jadual bus airport limo so tak leh main-main lama sangat. Nak naik bus tu jalan jer menuju ke arah belakang muzium teddy bear n tunggu tepi jalan. Dalam 10 minit tunggu bus pun sampai. Tapi before naik bus kena tengok juga route bus tu, ada yang dari airport dan ada yang nak ke aiport. So jangan salah naik ok...

Sampai aiport lebih kurang pukul 6 petang so terus ke kaunter check in.. Kali ni naik Air Busan pula untuk ke Seoul. Free luggage juga.. 15kg. Sukanya aku dengan semua plane kat Korea ni, walaupun low cost tapi luggage still free. Flight pukul 9.20 so lambat lagi. So naik tingkat atas solat dulu. Tak ada surau pun tapi ada satu ruang bawah tangga, sangat convenient untuk digunakan. Ada sofa kat situ, maybe tempat pekerja lepak kot. Lagi pula floor tu sangat sikit orang lalu lalang.. Maka, sangat sesuai untuk berehat sebentar dan menunaikan kewajipan di situ :-)

Best wey melepak kat sini..
Dah settle semua kewajipan, plan nak ke ice museum. Mengikut info yang diberikan oleh pakcik G ice museum 5 minit jer dari aiport tapi mengikut pengalaman setiap yang pergi kena spend lebih kurang 3 jam kat dalam tu. Tengok jam dah pukul 6.45. Ok, tak sempat.. Then pergi ke Jeju Underground Market je lah. Pergi ke bahagian teksi beratur ambil teksi. Perjalanan dalam 5 minit jer. Tambang teksi 4,200 won.

Entrance

Nama pun underground so mestilah bawah tanah kan..sebab tu kena turun tangga ni


Nak kata menarik tu tak adalah sangat. Sama macam tempat-tempat shopping yang lain. Pakaian dia ada yang murah dan ada yang mahal. Aku and chik ah tak shopping apa pun. Sarah jer beli kasut sepasang. Sebenarnya kami lebih cari tempat makan sebab perut dah lapar balik..hehehe.. tapi lepas pusing-pusing tengok kedai makan dia tak banyak dan semuanya macam was-was untuk dimasuki. Aku teringin nak makan ddokbukki tapi tak berjumpa. Cari kimbap pun non hado...huhuhu.. Sedih. Maka lepas pusing-pusing lebih kurang dalam sejam kami keluar dari situ. Nak cari kedai makan kat luar. Tapi peliknya semua kedai tutup. Jeju ni hari ahad memang orang tak berniaga ke??? Hurm.. so tunggu jer lah teksi. Lepas 15 minit tunggu still teksi tak ada juga so kami jalan ke depan sikit. Sebab chik ah kata kalau tadi sampai depan pintu kena bayar 4,200 won so kita jalan depan lagi nanti tambang makin kurang. Budget jangan lebih 3,000 won pun..Hahahahha... begitu sekali perkiraan kami. Ye lah sebab nak budget trip kan. Ok, jalan lah ke depan lagi. Tiba-tiba jeng jeng jeng... yea!!!! Nampak kedai jual ddokbukki.. Wah...alhamdulillah. Akhirnya, tercapai hajat. Macam mana aku tahu kedai ni jual ddokbukki ??? Mestilah baca signboard.. :-)
Memang wajib belajar huruf hanggul dulu before pergi Korea ni, so tak adalah tersasar dari jalan kebenaran sangat kan...hehehe...

Laju je kaki melangkah ke kedai tu. Tengok ada jual kimbap juga.. Nampak sedap tapi tengok dia masukkan sosej dalam kimbap tu. Ok, cannot. So beli ddokbukki sahaja. Beli 2 bungkus. Sebungkus 3,000 won. Sukanya dapat juga makan ddokbukki di bumi Korea...

Ni lah kedainya

Sempat lagi bergambar di tepian jalan


So, kami terus jalan ke depan lagi sebab lepas tunggu kat depan kedai ddokkbukki ni pun tak ada juga teksi datang. Kiranya kami jalan dalam 1 km juga lah sampai la ke satu bus stop ni. Tapi lepas 10 minit tunggu tak ada juga teksi. Time ni masing-masing dah panic. Butterfly dah start dancing in our stomachs. Tengok jam dah pukul 8.30. Macam mana ni ?? Masa tu dalam hati punyalah berdoa minta Allah bantu, semoga dipermudahkan semua urusan. Seriously sangat takut kalau miss flight. 

Masa kat bus stop belek-belek jadual bus, tapi tak tahu nak naik bus apa. Sorang manusia pun tak ada nak tanya. Then chik ah baru teringat yang dia nampak no bus yang lalu masa kat dalam aiport tadi. Thanks so much chik ah... Chik ah ni memang jenis yang suka perhati benda-benda sekeliling, dan ingat setiap apa yang dia tengok. Kalau aku ni dah tahu nak ke mana, benda sekeliling aku tak tengok dah...huhuhu.. So, chik ah memang  a very great travel partner. Ok, so dah tahu nak naik bus mana, tapi nak juga confirm, kot-kot salah ke kan. Alhamdulillah tiba-tiba datang seorang student tunggu bus. Maka bertanyalah kepada dia. Tapi sangat kesian budak tu sebab dia sangat gabra nak jawab dalam english...hehehe.. terasa jahat tiba-tiba. But she still tried her best, Allah memang maha penyayang. Dalam budak tu dok bermonolog sorang-sorang bus sampai. Terus budak tu tunjuk bus tu...heehehe.. Thank u girl. Kami pun bersyukur tak terkira. Tapi masih berdoa bus tak pusing satu Jeju, semoga sampai cepat kat aiport. Oh, tambang bus 500won sahaja...hehehe. Target tercapai. Dan route bus tu terus menuju ke aiport... Sampai aiport 10 minit kemudian. Punyalah lega rasa bila dah nampak bangunan airport. 

Masa sampai airport lebih kurang jam 8.45 malam. Then kami pun terus menuju ke gate yang tertulis di boarding pass. Tapi lepas tu nampak pengumuman flight delayed 15minit..Hahahaha..memang daebak!! Kerusi semua penuh, so disebabkan kami tourist, tanpa segan silu terus jer bersila kat tepi dinding..hehehe.. sambil makan ddokbukki yang beli tadi. Sedap tapi sangat pedas...merah muka setiap orang. Huhuhu.. Seluruh warga Korea tengok ja kami..hehehe, ada kami kisah. Tapi diaorang sebenarnya nak sembang ngan kami.. Datang seorang ahjumma tegur. Ahjumma boleh speaking london you all. Dia and the gang datang bercuti kat Jeju, rumah diaorang kat Seoul. Bila tengok gaya sorang-sorang macam orang kaya Seoul..eh.. suka betul aku buat assumption kan !! Hehehhe.. Tapi diaorang sangat baik. Sambil tunggu plane ada antara ahjussi tu yang dok nyanyi trot sama-sama diaorang. Bagus betul.... free entertaiment :-)

Saja jer kan.. I nak pergi Seoul cepat jumpa Donghae flight delayed pula
Ddokkbukki yang sedap tapi berasap telinga

Ni kertas turas untuk minum air dari water dispenser yang disediakan.. Jakun sebentar aku...hehehehe
Plane dah sampai... so mari kita naik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.. Let's enjoy the flight. Tapi kan nak Air Busan ni macam lain sikit. Selalunya before fly pilot akan annouce nak fly and suruh cabin crew get ready untuk take off. Tapi pilot Air Busan ni tak buat macam tu pun. Then masa take off tak switch off lampu pun. Memang lain dari lain. Masa nak landing pun sama, tak ada announcement nak landing. Tetiba rasa tayar kapal terbang dah touch down.. Terkezzutt i olls.. Well, apa pun Alhamdulillah selamat sampai Seoul...Lee Donghae....here i come !!!!!!!!!!!!!! ok..sengih sampai telinga..ngeeeee. 


Dapat free drinks juga...
Muka super excited nak pergi Seoul
Sampai kat airport terus ambil beg then pergi ke arah train. Kami ambil airport train untuk ke Seoul Station. Setengah jam dari Gimpo Airport ke Seoul Station. Sampai kat Seoul Station terus menuju ke line 1 sebab hotel yang kami duduk kat Seoul terletak dekat stesen Hoegi, Dongdaemun. Boleh naik line 1, tak perlu tukar pun.. Itu yang paling best tu. Senang kerja. Lebih kurang setengah jam juga nak sampai Hoegi tu pun. Masa sampai jam hampir pukul 12 malam.

Yea... Dah sampai Seoul








1st wefie di bumi Seoul :-)
Hotel tu namanya CMS Inn, jarak dari stesen Hoegi ke hotel tu hanya 3 minit jalan kaki sahaja.. Sangat dekat kan. Before fly ke Korea, aku dah email orang hotel tu tanya direction macam mana nak ke hotel tu. Memang terbaik direction yang dia bagi, tepat dan padat...hehee... Macam mana nak pergi???

Keluar exit 1 stesen Hoegi then pusing kiri. Then akan nampak Ediya Coffe..lepas tu jalan straight nampak CU 24Hours store dan kedai makan Galbijangtuh. Belok kiri kat lorong sebelah convenient store tu dan ternampaklah hotel CMS Inn ini... Bertentangan dengannya ialah hotel Benikea.. Masa dok baca arahan macam mana nak cari hotel tu, ada sekumpulan manusia tengah minum depan kedai makan. Tiba-tiba seorang lelaki ni jerit, from Malaysia.. Malaysia welcome!!! Ok.. muka jadi tebal 10 inci. Tapi cakap terima kasih juga la kan, orang berbudi kita berbahasa... :-) Aku rasa dia dengar aku dok bagi arahan kat chik ah n sarah kot arah jalan sebab tu dia tahu dari Malaysia. Tapi bila aku pandang muka laki tu, nampak muka macam Melayu.. Cara sebutan english pun macam Melayu. Well, entahlah...hehehe... Anyway, such a great welcoming cheer out to us.... another great memory!!!

Sampai jer kat hotel terus pergi ke meja receptionist dia kat tingkat 2. Tapi kena bayar full terus sewa bilik. Masalahnya kami ni tak tukar duit lagi. Hehehe.. Balance yang ada tak cukup. Total bill 330,000 won tapi ada 80,000 won sahaja. Ok lah, nasib baik budak yang jaga tu flexible. Cakap kat dia, duit belum tukar then dia ok jer.. Kami bayar lah dulu 80,000 won tu. Lepas tu dia bawa ke bilik. Wah, kunci bilik pakai sistem kod you alls.. Macam dok tengok dalam drama tu, jakun sebentar..Hehehe.. Dah sampai bilik. Tapi agak kecewa sebab masa booking ambil bilik yang single bed and queen size bed. Tapi dia bagi single and double decker. Size bilik pula kecik jer..  Huhuhu... sebab ingat hanya untuk tidur sahaja so malas protes. Redha jer. Lagi pula, esok pagi nak keluar awal.

Maka, terima seadanya janji ada tempat tidur.. So, masing-masing bersihkan diri. Tapi suhu air dia tak dapat dikawal, tetiba panas dan sejuk dengan sendiri. Kami pun sebab dah letih malas nak complain..Lagi satu sebab fikir mungkin memang macam tu kot air dia. So satu lagi keredhaan dalam pasrah yang kami terima..Hehe.. tetiba baik pula masing-masing kan :-)

Akibat tak puas hati dengan bilik..maka satu gambar bilik ni pun lupa nak ambil...hehehe...sorry :-)

Ok... selesai hari ke-3 berada di bumi Korea. Next day sambung dekat next entry pula ok.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi membaca :-)





8 comments:

  1. Salam perkenalan..
    Wahh..bestnya jln2 kekorea. Kena baca dari di 1st entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kak yon.. terima kasih sudi singgah :-)
      baru settle hr ke-3, ada 9 hari lg..hehe.. penat juga mnulis blog ni kan :-)

      Delete
  2. tempat idaman akak nak pi cuti2 nieh....best2..amik pakej ke atau gi sendiri ni dik....nanti share plak kisah pasal bajet ye.....boleh jadi rujukan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak lieya.. saya pergi sndiri sgt jimat n bpuas hati :-)
      semuanya hasil baca blog orang n mnta advice dr pihak korea plaza kat menara hup seng. insya allah nnt sy share ttg budget saya. overall tak lebih 4K sorang

      Delete
  3. banyak jugak tempat g ye...Sally naik Jeju Air dgn Easter Jet...dapat murah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeju air naik dr busan ke jeju... easter jet xjumpa pla masa dok cari2 tu.. patutnya nk ambl jeju air jga ke seoul sb murah sikit tp timing xkena.. so tpaksan ambil busan air. tp mujur beza hrga xbanyk sgt.. kalau xsalah dlm 10K

      Delete
  4. muzium tedddy bear tu. Gambar dia tu teringat Teddy bear mini masa tu MCdonald jual. Berebut-rebut orang nak beli. First and last lepas tu mcdonald tak buat lagi. Sebijik macam teddy bear kat muzium tu tapi version kecik

    ReplyDelete
  5. Tetiba terasa gigih bila masih baca dan asyik dok komen-komen kat setiap post. Hehe :D

    Awak beli tiket Jeju Air & Air Busan berapa harga?

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^