My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, March 29, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 10 (27 September 2014)

Assalamualaikum....

Ok... this entry mesti korang rasa sabarrrr jer lah coz sambungan jalan-jalan korea yang dah berzaman tu...ahakkssss. Sorry la, but still i need to up this entry and kena hapdate my mission mencari cinta tu kan.. Mana boleh tak der penyudahnya, kalau dah start haruslah ada akhirnya. And boleh la juga buat pengubat rindu aku kat korea.. Sobss sobss... apa kabar lah agaknya orang kampung mertua den kan...Hehehe. Ok, seperti biasa, kalau bercerita pasal Korea op kos akan ada unsur-unsur kegedikan and ke'ober'an di situ..Lagi pula sebab my klik Sue Yean sekarang ada kat sana, baru sampai kelmarin...Huhu...Jelus. Well.. hanya yang merasa nya ajer yang tahu. Ahaksss ^_^ 
Ok.. sebelum korang menyampah dengan kegedikan yang over ini.. mai la ghamai-ghamai pakat baca my journey di hari ke-10 masa kat Korea sana nun........!!!!!!!


Hari ni was the last day kat Seoul...sobss sobsss... So, plan hari ni just satu tempat je sebab takut tak sempat nak kejar train ke Busan. Jenuhlah kalau kejar train KTX tu kan...haha. Ok, today weollss pergi ke Hongdae sana nun. Punca pergi op kos lah nak cari Hello Kitty Cafe kan...walaupun akak ni peminat mickey mouse tapi sebab cafe mickey mouse non hado so pegilah cafe hello kitty yang wujud tu. Disebabkan ini adalah last day ke Seoul, so plan pun light light jer.. nak menikmati udara Seoul before berangkat pulang...uhukuhuk. Ticket ke Busan pukul 8.30 malam.

Bangun pagi tu baru packing barang, then breakfast dulu dengan penuh bahagianya..Hehe... Then baru checkout. Masa checkout diaorang tanya ok tak dok kat CMS Inn ni.. Kitaorang jawab ok jer cuma suhu air tu uncontrollable. Air dia syok sendiri... tetiba panas nak mampus and tetiba sejuk nak mati.. Terkezzut diaorang noksss sebab itu rupa-rupanya rosak... Lulzzssss... mana lah kitaorang tahu itu rosak sebab masa kat Jeonju pun air dia seghupa itu perangai.. Hurmmmm..sabar jerlah. And before cau cin cau dapat 2 keping name card CMS Inn ni.. Apa fungsi???? Untuk bagi pada sapa-sapa yang nak stay sana, dapat diskaun 10%. And Sue Yean dan rembat sekeping now tinggal lagi sekeping.. Untung Sue Yean... Ada lagi sekeping, sapa mau angkat tangan. Tapi syarat memang nak duduk sana, jangan dengki ambil tapi tak guna hokay.. Aku tak halalkan.. :-)

Ni gambar masa nak ke Nami Island
Kami keluar dari hotel dah lewat, around pukul 10.30 cam tu lah, terus menuju ke Seoul Station sebab nak drop beg kat sana. Kat Seoul Station sana nun ada locker untuk simpan beg so tak payah ler korang bersusah payah nak usung beg yang segedabak tu kalau nak continue jalan-jalan macam weolls ni kan... Sesampai ja kat Seoul Station, tengok-tengok locker semua full. Yillek... non hado yang kosong...Ah sudah!! What to do??? Tak kan nak heret beg tu semua. Tak kosa aku. Pening juga fikirkan beg-beg tu semua. Dekat 15 minit jugalah pakat dok menung and melangut kat situ. Then dapat idea pergi tanya kat kaunter perlepasan train KTX tu. Mana la tau kot-kot diaorang boleh tolong simpan beg kitaorang kan..Hehe. Tanya cik kak manis mana mau simpan beg?? Dak paham english pula akak kita ni. Naseb baik iolls ni tahu beg dalam bahasa Korea panggil apa. See... ada pekdahnya nganga drama Korea tu...hehe. Panggil "kabang". Then bila sebut camtu baru dia paham. Sebut luggage dok paham...Adoi. Tapi elok jer dia nak explain datang oppa hensem tanya apa boleh dia bantu. Ha!!! yang ni speaking london uolls... La... ada yang boleh kecek english ghuponya...Hehe.. Oklah, iolls bukan nak ambil kesempatan sembang ngan oppa encem tapi sebab dengan dia jer tak jadi ayam itik, so terpaksalah sembang kan...Hehe. So, berbalik kepada masalah mana nak longgok semua beg-beg ni. Rupa-rupanya kat Seoul Station ni, selain boleh simpan kat locker tu, ada satu lagi tempat simpan luggage kat level B2. Tapi kat sini mahal la sikit. Dia kira satu luggage 5,000 won. Bukan luggage jer, kalau korang ada shopping beg pun sama juga regenya. Plastic beg seaweed Chik Ah and Sarah pun dia kira satu 5,000 won juga. Aku ada 2 beg so melayang 10,000 won kat situ. Kalau locker murah jer. Tapi lupa rate dia pula..Hehe. Nak tak nak kena lah bayar juga kan, kalau tak mana nak baling beg-beg tu semua. Tapi bilik simpan beg ni tutup around kul 7 kalau tak salah (sorry lupa..hehe). So, sejauh mana pun korang merayau sila pulang ke pangkal jalan before closing time untuk ambil beg korang ok.

Lepas dah settle hal beg, so tunggu apa lagi.. pergilah ke Hongdae. Oh, nama lain stesen Hongdae ni Hongik University. Jangan panik pula kalau tetiba baca-baca blog jumpa arahan ke stesen Hongik University tapi tak de stesen nama tu..hehe. Sampai je kat sana kitaorang keluar salah exit..terbaekkk. So jauhlah juga nak menapak balik ke arah Hongdae Street tu. Sepatutnya keluar exit 9 tapi entah camna sebab salah reference so keluar ikut exit 2. Nak patah balik ke arah Hongdae street tu jauh jugalah... adalah dalam 1km. Adoiii... sabar jerlah. Jadi makin jauh sebab dah berjalan ke arah bertentangan dalam setengah km baru sedar salah arah. Hahaha... sabar jer lah. Ok... akhirnya berjaya sampai. ^_^

Memang happening uollss hongdae street ni. Penuh ngan kedai-kedai barangan kosmetik, baju-baju and street food. Sempatlah juga pakat rembat 2 3 tiub losyen..hehe. Ada jer idea nak menghabiskan duit kan. Tetiba ternampak roti ikan inti kacang merah yang digembar gemburkan itu. Wahhhhh!!! Salah satu makanan dalam foods' list. I sukaaaa...Terus je beli. Then baru berjalan cari hello kitty cafe tu. Mula-mula terkapai-kapai juga nak cari, tapi tanya jer para penjual kat tepi jalan tu mana hello kitty cafe.. sure senang cari. Hehe. Masa ni malas nak tanya pakcik G so tanya orang lagi senang. Bila dah ikut arah yang betul, dari jauh dah boleh nampak cafe tu. All pinky pinky uollss... Pening kepala aku masuk dalam tu..hehe. Oh, tips menarikss kalau nak ke cafe ni. SILA JANGAN pakai pakaian sama color or color seakan-akan dinding cafe ni. Kalau tak nanti bergambar orang ingat ambil gambar dinding..haha. Hari tu baju aku and tudung Sarah memang tenggelam la dengan color cafe ni. Baju Chik Ah juga yang menyerlah.

Korea's Street Food

Harga makanan kat cafe ni boleh tahan juga mahalnya. So tak der lah kitaorang beli pun waffle dia tu. Just beli air sorang secawan jelah. Lagi pula sebab dahaga, penat berjalan kan.. Hehe. Minum air coklat yang sejuk itu sambil makan roti ikan inti kacang merah. Nyumm nyummm.. Bila masuk cafe ni kan korang boleh nampak penuh kat dinding pakat tulis nama. Masing-masing nak bagitahu dia dah sampai sini. Hehe.. Yang bestnya meja yang kitaorang duduk tu ada signature traveller dari Malaysia juga. Pastu ada dialog dari traveller lain. So, apa lagi... kitaorang pun sambung lah diaolog tu..Haha... happening sangat. Lama jugalah lepak dalam cafe tu. Hampir-hampir sejam jugalah.

Nah tengok gambar yang all pink ni biar korang sama pening ngan aku...hahaa.. gelak jahat !! Mana boleh aku sorang-sorang jer pening.



Korang rasa tak serabut kepala hotak ke color camni.. Pening aku tau!!


Muka tu dah hitam sunburn... padan muka tak pakai sun block..haha

Nah.. pakat pulun tulis nama!!










Lepas dah puas lepak-lepak bergambar bagai then keluar semula ke street tu untuk belek-belek barang apa yang ada jual. Then berjumpa pula dengan hotteok.. Ok, satu lagi senarai makanan kena makan..Hehe. Hotteok ni macam kuih pau goreng, cuma inti dia gula merah and biji bunga matahari kot. Tapi yang kat Hongdae ni ada juga inti japchae. Alahh glass noodles yang jadi salah satu side dishes kalau  kita makan kat restoran tu. Nampak orang jual ice cream juga tapi was-was nak beli.. So abaikan. Street ni boleh tahan panjang juga. And area Hongdae ni, ada banyak juga guesthouse yang rakyat Malaysia suka duduk. So, masa kat sini berjumpalah juga rakan-rakan senegara. Ada yang jalan-jalan and ada yang tengah mengheret beg yang besar gedabak itu, entah ler baru sampai ke or dah nak balik. Tak tanya pula...Hehe. Cuma berbalas senyuman jer. Jalan jalan dan jalan lagi, sedar-sedar dah pukul 3 kami merayau kat Hongdae tu aje. Maklumlah konsep hari ni santai, tak rushing so buang masa sungguh...Haha. Dah puas hati ronda kawasan, maka berpatah balik ler ke Seoul Station. Masa ada banyak lagi tapi tak tahu nak ke mana. Lagi pula dok tengok duit macam ngam-ngam jer bajet yang tinggal untuk ke Busan. So tak leh la nak merayau mana dah, takut terbabas bajet mau tak balik Malaysia nanti. Huhu.

Korea's Street Food

Pelanggan yang sabar menunggu Hotteok nya..hehe
Dah sampai Seoul Station, cari area yang agak tersembunyi untuk solat. Seoul Station ni ada tingkat atas tau. Tingkat ni ruang menunggu, kurangla crowded sikit dari tingkat bawah. So kami naik atas. Tengok ada kawasan office kat atas, ada bilik meeting yang terbuka tapi tulis bilik VIP. Minta izin orang yang kat office tu nak guna bilik tu tapi dia tak bagi sebab tu kan bilik VIP. Ok.. fine. Then dia bawa ke bilik menyusu. Dia kata boleh guna bilik tu.. Wah!!! ini sudah bagus sebab memang ruang tertutup and bolehlah bebas sikit nak lilit lilit tudung kan..Hehe. Masa masuk bilik ni ada sorang mak tengah salin diapers anak dia tapi ok jer kakak tu. Dalam bilik tu ada sofa, bila dah duduk kat sofa tu baru terasa letih and mengantuk..Hehe. Boleh camtu pula kan. Dah alang-alang dok dalam bilik best and tak der next plan, apa lagi.. Sempat aku tidur sejam juga dalam bilik tu...Hahaha.. bahagia betul. Dah bangun baru terasa segar. Then teringat ada satu barang kosmetik budak opis pesan belum beli. Concealer brand Signature. Brand ni jual dalam kedai Missha. Masa mula-mula sampai kat Seoul Station ni memang kami penah lalu area underground shop kat sini, and ada kedai Missha tu. Tapi bila nak cari time tu tak jumpa la pula arah tujuan deretan kedai tu. Adoi... saja jer. So, solution terakhir naik train pergi Myeondong la, yang paling dekat and paling kompem ada kedai Missha. Memang dah takdir nak jejak kaki juga ke Myeondong kan..Hehe.

Tingkat 1
Ni lah bilik menyusu nyer...
Sampai Myeondong terus jalan cari kedai Missha. Masa ni memang tak buang masa dah sebab takut dok ralit nanti tak sempat pula nak pergi ambil luggage. Lepas dah jumpa kedai Missha, dah beli apa yang patut baru lega and rileks.. Masa tu dah pukul 5.30 petang. Ok, kami set masa sejam kat situ, pukul 6.30 mesti kena patah balik ke Seoul Station dah. Punya lah ramai umat manusia kat Myeondong ni, nak jalan pun susah !!!! Then tiba-tiba ternampak orang jual kebab halal kat area tak jauh dari kedai Missha tu. Apa lagi, perut dah lapar so pucuk dicita ulam mendatang ler..Hehe. Walhal masa kat Malaysia kan, dah plan nak pi makan nasi goreng sotong kat kedai Yookaney kat Myeondong ni, tapi apakan daya sebab terlupa maka tak der rezeki nak merasa..Huhu.. Ok, ada lagi reason bagus untuk ke Korea lagi. Ahakssss.


Sarah jumpa dah buah hati dia
Tepat je pukul 6.30 petang kami patah balik ke Seoul Station. Masa sampai kat situ, pas turun train tetiba lalu kawasan kedai-kedai tu. Apakah???? Ni dunia mana pula ni. Awat tadi tak jumpa pun masa cari.  Dah keluar dari bawah tanah tu menuju keluar ke dunia sebenar..cewahh, barulah tahu.. rupa-rupanya kedai-kedai tu bertentangan Seoul Station tu..Haha. Kena keluar dari stesen tu and pergi ke seberang jalan sana nun.. Hehe.. adoi, saja jer nak suruh pergi Myeondong kan. Ok, tak per.. jauh perjalanan luas pengalaman ^_^

Seberang jalan Seoul Station ni lah kedai-kedai shopping tu
Then terus pergi ambil luggage and naik semula ke tingkat satu. Duduk lepak bersila kat atas tu sambil makan kebab. Tak derlah sedap sangat kebab tu, sayur bertimbun. Isi ayam ciput jer pastu bau ayam dia tu agak hanyir. Uwekkkk... tapi sebab lapar and tak nak membazir so telan juga lah.. Kalau tahu macam ni rasanya baik pi beli burger udang lotteria. Lagi sedap.. Huhu. Dah makan and solat bagai, tunggu jer kat atas tu, tengok jam dalam pukul 8 camtu baru turun bawah tunggu kat kerusi depan departure door tu. Masa duduk tunggu nak masuk tu kan, ada la sorang nenek ni. Dia baru sampai pakai hanbok, so kitaorang assume baru balik kenduri kawen agaknya sebab ada lagi 2 3 orang yang pakai hanbok. Dia datang duduk sebelah Chik Ah.

Tengok dari atas je jadual train and time
Tapi kan, tetiba dia bercakap sorang-sorang. Aku ni ingatkan dia cakap telefon sebab dia duduk agak mengiring. Makin lama makin kuat dia bercakap tapi tak berhenti. Then Chik Ah datang kat aku cakap nenek tu cakap sorang-sorang, dia tak betul. Ha sudah...haha. And baru aku perasan orang semua pakat tengok dia. Dah 10 minit bercakap pun dia tak berhenti juga, tak tahulah apa yang dia bebelkan.. Sebab tak paham kan..Hehe. Tetiba ada sorang ahjussi pergi marah dia suruh stop, lagilah kuat dia marah. Huhu... Kesian nenek tu. Nampak normal. Then dengar annoucement train dah sampai and dah boleh naik. So, tanpa berlengah lagi kami terus masuk. Lama-lama kat situ kang buatnya nenek tu datang tegur tak ke naya.
Lulsss.

Seat kitaorang sebelah menyebelah. Aku dok sebelah Chik Ah and Sarah dok sebelah ahjussi mana ntah. Cewahh macam kenal. Masa nak julang beg naik atas rak simpan beg tu punya la azab. Berat nak mampus kot especially beg sarah. Adoi, mau patah tangan. Then tetiba datang sorang ahjussi berkot hensem, dalam nada garang tegur aku, Eh!! Tanpa ayat seterusnya terus dia ambil beg tu dari tangan aku and sorang-sorang angkat letak ke atas. Wah!!! terkesima iolls. Dah siap aku cakap la kahmsahamnida tapi ahjussi tu pergi buat dek jer. Tanpa sikit pun senyum muka tak der perasaan. Misteri sungguh ahjussi itu. Tak sempat nak tanya ada anak laki tak ahjusssi? Hehe... Perjalanan ambil masa about 2 jam setengah. Tiket tulis dijangka tiba 10.58. Memang tepat dan pantas pun. Sepanjang perjalanan tidur jelah.. Mimpi jumpa Donghae kat Busan nanti pula..hehe.



Ok, dah sampai. Kami tunggu semua orang turun dulu sebab nak turunkan beg-beg yang berat macam anak gajah tu. Guess siapa yang muncul? Pandai pun.. ahjussi tadi.... ^_^
Sama juga reaksi dia, Eh!!! itu je word dia...haha. Terus dia turunkan anak-anak gajah tadi dengan penuh kemachoannya then terus turun train. Memang misteri nusantara betul. Keluar je dari stesen tu tengok ada monumen bentuk gegelung bulatan besar tulis Welcome To Busan... Wah!!!! Dah sampai Busan. Tapi sebab penat terlampau tak derlah bergambar kat situ malam tu. Plan nak ambil gambar esok malam jer. Lagi pula penat nak heret anak-anak gajah sekelian. Hewhew.

Tapi kan... mana nak pergi??? Guesthouse yang kitaorang duduk kat Busan ni namanya Hansung Motel. Aku dah salin alamat lawa-lawa then terus pergi kat taxi stand tunjuk add tu. Tapi pakcik taxi cakap tak pergi sebab kawasan dia dekat-dekat situ jer. Kena jalan kaki pergi sendiri. Ha???!!!! Nak jalan ke arah mana??? Huhu... Sebab dulu email minta direction tak dapat... Uhukuhuk... kasihanilah kami!!! Ok, jangan panik. Apa guna ada telefon kan.. So, aku call Hansung Motel tu, ada atok jawab tepon. Atok cakap bahasa Korea ja dek non oi...So, tanpa segan silu pergi balik kat pakcik teksi tu pas handphone tu kat dia. Nasib baik pakcik teksi tu bolehlah sepatah dua speaking london uolls. So, Alhamdulillah.. berjaya sampai.

Jadi, nak share la kat sini camna cara nak pi ke Hansung Motel ni. Lepas dah korang keluar dari stesen Busan ni kan, korang pergi ke arah kiri. Tengok sebelah kiri korang akan nampak dua hotel besar. Satu nama Toyoko Inn, satu nama Arirang. Then di antara dua hotel tu ada lorong. Jalan ikut lorong tu.

Sebelah kanan Hotel Arirang, sebelah kiri Toyoko Inn - Gambar aku ambil pakcik G punya..hehe
Dari hotel tu ke Hansung Motel ni jarak dia adalah kot dalam 100m. Tak jauh sangat pun. Building dia sederet dengan kedai 7-Eleven. 7-E tu kat corner lot. Sorry aku lupa nak ambil gambar motel ni. Penat punya pasal.. hewhew. Tapi bilik dia sangat best. Dahla besar, toilet pun besar siap ada bath tub lagi. Pastu everyday dia letak mineral water sorang satu botol dalam mini fridge tu. Ada kettle and minuman 3 in1 lagi dia sediakan. Hotel ni agak lama la tapi still cantik. Cuma tak der lift..Haha... so korang angkut lah anak-anak gajah korang tu sampai tercabut urat perut..Hehe. Nasib baik bilik weolls kat tingkat satu jer. LOL...

Ni aku bagi tengok gambar yang aku ambil dari pakcik G. So kompem tarak tipu punya ini gambar sebab aku dah duduk sini and tahu camna rupa hotel ni.





So, dah sampai pakat bersihkan diri and boommmm.... Penat wey heret bag. Tidur malam tu best gila rasa..Haha. Nikmat sungguh ^_^

Maka berakhirlah journey hari ke-10. Dari Seoul ke Busan. Next entry aku hapdate jalan-jalan Busan pula ok.

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

p/s: Mohon sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Tok Ayah. Masa baru sampai Hongdae, tetiba dapat whatsapp dari adik, datuk saudara kesayangan sebelah Abah dah kembali ke rahmatullah... Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.. Semoga roh Tok Ayah sentiasa bersama para mukminin.. Amin.
Berita inilah yang paling takut untuk terima di kala diri berada jauh dari family. Namun, setiap yang hidup pasti akan mati. 


18 comments:

  1. cantiknya cafe hello kitty....semua pink....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg cantik k.yan tp pening seb smua pink..haha

      Delete
  2. dah masuk hari ke 10..kiranya tinggal lagi 2 hari...org kg mertua katanya ahahaha...bila mau balik jumpa mertua nih...
    psst : misi mencari cinta tu berjaya tak ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tgh kmpul modal baru bolh balik..
      tunggu akhir entry baru reveal hasil mencari cinta tu..haha

      Delete
  3. naik KTX malam ke Busan..no wonder lah tak de gambar di Busan Stn...x leh jadi ni sis JM perlu siapkan entri Busan sebelum semua memori terpadam huhhu

    okey..sambung baca :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer.. naik waktu mlm. smp Busan dh penat n ngantuk so dh xlalu nk bergmbar..haha

      Delete
  4. menariklah Hansung Motel ni x jauh dari Busan Stn...kalau lah ada trip ke Busan lagi boleh ricky motel nih hikissss

    ReplyDelete
  5. ohh..di Seoul Stn ada tempat simpan beg..ye lah...better simpan walaupun mahal kan..takkan lah nak tarikh ke sana ke mari kan..tren jam 8.30 mlm..

    hello kitty cafe ni sejalan utk ke Trick Eye Museum kan...dulu sis JM x singgah sini sbb keluar dari Trick Eye tu dh malam..dah lewat...hari tu x singgah trick Eye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pegi pun trick eye museum tu seb lupa nk cek..hehe.. lg pula takut kalo masuk dok ralit dlm tu lmbat pula nk patah blik ke Seoul St.

      Delete
  6. sempat lagi tu tido dalam bilik menyusu hehe...sib baik x ada org menyusu kat dalam tu...lorr...tak sempat nk makan nasi goreng di yooganey..ok2...boleh repeat tapi Won sekarang mencanak naik..hari ni check 1000won = RM3.41

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... seb xde org menyusu yg boleh tidur tu.

      tulah mahalnya forex skrang..huh. nmpak gaya lmbat lg lah boleh blik jenguk org kmpung mertua...haha

      Delete
  7. SUKE AKAK BACE...Ko update sebijik2 details2...kalo org nak pikorea ni leh bulat2 salin korang kemane2 ....sure tak sesat barat heheheeheh....

    cafe hello kitty tu mmg wajib kan ke sane..... cantik tempat die....cosy jek....anak akak suke hello kitty mesti suke...dah le pinky2 gitu......

    hope ade laa peluang akak pi korea mcm korang gak nanti2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kak, kalau dh berniat n nekad mst ada peluang..hehe. mcm sy dulu beli je ticket jadi xjadi blakang kira.. kalau anak akak suka hello kitty memg wajib pi lah sini. tp kt jeju ada lg besar, hello kitty land. saya xpergi pn

      Delete
  8. huuuurm CT suka Hello Kitty tapi kalau CT ke korea rasanya cafe ni dalam kiv list saja kot..
    bukan keutamaan hihi.. ada lagi tempat lain CT nak p.. waaah siap ada list makanan wajib makan..
    bleh geng ni jalan2 cari makan miahahaha..

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^