My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, November 12, 2015

Long Time No See

Assalamualaikum...

Apa khabar semua??? Lama gila tak update.. hampir terlupa ada blog. Huhuhu.. Life got a bit haywire due to kerja bertimbun kat office and masalah kesihatan juga. Anyhow thank u so much aku nak ucapkan kepada semua yang masih sudi singgah kat blog ni and tinggalkan komen-komen manis. In Sya Allah akan aku balas kunjugan kalian yang sangat sweet itu :-)

I know i'm supposed to update pasal jalan-jalan cari pasal kat Bangkok, but sebab dah lama tak update maka mulakan dulu lah dengan sedikit kata-kata hebat dan menarik dari Ustaz Badlishah. Next entry i'll continue tentang my pertemuan dengan my love ok.. Ahaksssss

Kata-kata ni forwarded by seorang sahabat yang sangat sweet orangnya.. Kak Qat. Kenal sebab sama-sama join Shaklee :-)

Ini petikan kata-kata ceramah tentang Israk Mikraj oleh Ustaz Badlishah.

"Israk Mikraj adalah manifestasi perjalanan kita menuju Allah. Kita nak menuju Allah kena cuci hati dulu (sebab hati Nabi SAW dicuci oleh malaikat Jibrail dan Mikail sebelum Israk Mikraj kan.. dicuci dari perkara tak elok dan diletakkan hikmah).

Bersihkan hati kerana hati adalah raja. Tuhan tak pandang paras rupa kita, Tuhan tak pandang berapa panjang janggut kita, Tuhan tak pandang berapa besar serban kita.. yang Tuhan pandang hati. Hati ni, kata ulamak tasawwuf (ahli sufi khususnya), hati ni raja kita. Kalau hati elok, seluruh badan elok. Kalau hati tak sihat, seluruh badan tak sihat.

Ada orang rumah besar bertingkat-tingkat, duitnya tebal berlipat-lipat, keretanya susun berkilat-kilat, isterinya pun cantik memikat, kadang-kadang jumlahnya empat, tapi.... rumahtangga hari-hari kiamat.
Ada orang sekadar duduk di kawasan setinggan, pakai kereta antik jenama wak segan, tapi ma sya Allah, anaknya ada 9, itu pun sambil-sambilan.

Jaga hati, jom operate dada kita. Bersihkan dengan zikir sebab kita nak menuju kepada Allah, ini (hati) tempat pandangan Allah, banyakkan berzikir, kurangkan hasad dengki kepada orang lain."

Begitu indah kata-kata Ustaz Badlishah ni kan !!! Sangat menusuk kalbu jiwa dan raga. Sebab tu lah aku nak share dengan semua orang supaya setiap orang pun akan dapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jom sama-sama berdoa.

Kalau sayangkan seseorang haruslah doakan segala kebaikan untuknya kan. Biar sama-sama masuk syurga. Amin...

Kalau sakit hati kat seseorang pun, doakan juga segala kebaikan baginya walaupun dalam hati menyampah nak mampus dengan dia.. Hahaha.. Mudah-mudahan Allah makbul doa kita dan jadikan kita semua bersahabat kerana Allah.

Ok, sampai sini dulu. Selamat beramal :-)

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca and singgah kat sini ^_^