My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, August 20, 2015

My Love In Bangkok - The Reason

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Harap sihat lah yer :-)

Hati tengah excited berbunga riang untuk hapdate latest  travel ni. Kalau tengok tajuk entry mesti ada yang boleh teka kan? Kalau dah ada wording cintan cintun tu mestilah ada kena mengena ngan buah hati pengarang jantung... LEE DONGHAE.. Hahahaha. Gila tak??? Memang gila.

Semuanya bermula di sini.................

Meroyan tengok announcement ni..  T_T

Nampak tak betapa meroyan nya aku bila tengok announcement ni!!! Udah ler dah lama dok tergedik nak ke Bangkok sana nun tapi manjang ler tak jadi plannya. Maklumlah yang nak pergi bukan sorang tapi dengan bestfriends semua. Masalahnya, bila dah ada date ada pula yang tak dapat join. So, pandang dari jauh je lah Bangkok tu. Tapi.. tapi.. tapi, hehehe... because of my love (gedikssss sangat), Alhamdulillah akhirnya selamat pergi and selamat kembali dari Bangkok. Yahoooooooooooooo, ada bunga api dalam hati. Bunga-bunga dalam taman hati pun mekar harum. Cewah.. Nampak nau dah sasau kan. Kahkahkah. Partner in crime was Rina. Jumpa dalam group fanclub Super Junior. Bila aku tanya Rina, nak buat kerja gila tak pi Bangkok, haruslah meroyan kan budak tu. Kahkahkah. Sebabnya, Rina peminat tegar Eunhyuk. So, elok benarlah tu, aku n Rina flew to Bangkok demi Donghae and Eunhyuk. Gila kan??? Yessss memang gila!!! See, minat Suju pun boleh merapatkan silaturrahhim :-)

Lepas dah nampak announcement tu kan, terus lah message admin group tu tanya macam mana nak beli tiket. Malangnya, admin bukan orang Siam, so dia pun tak tahu. Uhukuhuk..but she did say yang dia akan minta tolong ELF Thailand untuk beli tiket. Ok, masa ni dah separuh gembira dah. Tapi dalam hati masih tak sedap, sebab benda-benda macam ni kalau mengharapkan kat orang memang tak jadi lah. Then pergi pm pula admin group yang lain, still jawapan sama. Untuk seminggu pertama ok lagi, masih berharap pada admin tu. Tapi lama-lama rasa tak sedap hati terus cari jalan lain. Cara paling mudah, pergi join group ELF Thailand. Ha!!! Skodeng kat situ pula tentang info konsert tu. Jenuh hakak nak google translate tau menatang apa depa tulis. Uhukuhukuhuk. Tapi demi darah Siam yang mengalir dalam tubuh ni, ku tabahkan hati. Ahaksssss. Memang pening sungguh oi tengok tulisan Siam yang berpusing-pusing macam bunga kerawang tu. Dah serupa keropok bawang aku nampak.. Haha. Then, tak payah nak pening-pening lebih lagi, post je minta tolong kat dalam group tu. Ayat haruslah sopan kan. Adab nak minta tolong. Kenalkan diri cakap dari Malaysia, then minta tolong bagi info tentang konsert tu. Mana nak beli tiket, itu yang penting. Alhamdulillah, ada sorang pm tolong aku update info. Sangatlah berterima kasih kat makcik ni. Makcik??? Iyerr makcik, umur dia dah 50 tahun tapi dia minat Super Junior juga. Bias dia ialah Leeteuk, leader Super Junior. Nama makcik tu Namfon Nasaree...Khap khun ma na kha ^_^

So, kerja aku mulai hari tu hari-hari skodeng facebook Thai ELF.. jenuh iollss google translate nak tahu apa yang diaorang sembang tentang konsert ni. Info harus dicari sebanyak mungkin. Rupanya hari tu adalah hari cuti umum Thailand sempena Mother's Day. So meroyan la juga geng-geng Thai ELF kan sebab masing-masing nak balik rumah celebrate. Hehe.. but good news to us!! Kurang saingan..hopefully. Kikikiki. Almaklumlah hall tu boleh muat 5,000 orang jer. Jenuh berbut kau!!! Harga ticket pula aku and Rina expect paling mahal pun dalam RM450.00 lah sebab bukan Super Show kan yang ada semua members. Hanya Donghae and Eunhyuk je. So tak kanlah sama harga ngan Super Show kan. Then a week after keluar layout plan ni... Ok, as expected. Harga tiket paling mahal 4,000 Baht. Current exchange dalam lebih kurang RM450.00 la. Ok.. good good.

1st Layout and ticket price announced .. ok, as expected harga dia

Tapi kan dalam seminggu kemudian, layout baru keluar. Harga ticket pun revised!! Kurang hasam SM. Terror nau kau cekik darah orang kan tapi bila hal-hal Super Junior kau anak tirikan. Memang menyakit hati. So, terpaksalah bajet weollss pun revised. Huwaaaaa... demi my love, daku pasrah. Uhukuhuk.. Gila + sasau. Aim aku and Rina haruslah seat paling depan so that boleh nampak clear and belek sepuas hati muka diaorang. Kahkahkah... 6,000 Baht pun 6,000 Baht la.. Sambung puasa lagi sebulan nanti. Uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Actual layout and ticket price.. hurmmmmmm. Pejam mata jer bayar

So, dari saat ni berdebar tunggu tarikh tiket dikeluarkan. Tapi masa ni tak tahu lagi macam mana nak beli tiket. Sesungguhnya penantian satu penyeksaan. Then jeng jeng jeng.. tengah khusyuk kat opis buat kerja tetiba dapat message dari makcik Namfon. Hoyeahhhhhh boleh beli dari web tiket. Oooo hatiku bernyanyi riang!!! Hey mamacita nega ayayayaya!!!! Tiket start jual hari Sabtu 25 July 2015 jam 11 pagi Thailand. So, waktu Malaysia 10.00 pagi. Cantekkkk.. boleh standby depan komputer. Weeehoooo!!! ^_^

Time nak beli tiket pun mencabar juga.. Huhu. Next entry aku story ok, nak masuk dalam ni semua panjang sangat. Muntah korang baca. Hehe. Bila dah dapat tiket konsert lega yang amat. Then terus pergi book tiket flight and hotel. Aku book guna AirAsia Go. Sangat untung. Book hotel free flight. Tapi sebab nak ambil luggage so kena tambah lagi lah duit untuk luggage. Rugilah sikit sebab luggage dia bagi untuk pergi balik, huhu.. melayang lagi duit. Hurmmmmmmmm. Demi Donghae.

Lepas dah book semua benda barulah terasa rileks yang amat yang amat. Rina punya meroyan pun dah hilang. Kahkahkah. Ye ke Rina sorang jer meroyan?? Haha.. dua kali lima jer. Kihkihlih. Alang-alang pergi, haruslah jalan-jalan juga kan. Itinerary belakang cerita. Susah-susah redah jer. Hehe. Total kitaorang stay kat sana 3 hari 4 malam. Maka, start dari hari ni, berdebar tunggu saat nak pergi. Hehe. Bangkok...... here we come!!!!!!!!!! ^_^

Total tiket:-
Flight + Hotel = RM714.38
Tiket konsert = RM579.70

Ok.. sampai sini dulu na.... Next extry sambung kisah jalan-jalan Bangkok ok ^_^

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

Nota: Takziah kepada semua mangsa dan family members yang terkorban dalam kejadian bom di Bangkok







11 comments:

  1. mahalnya..kalau dah minat apa pun boleh jadi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak yan oi.. pejam mata jerlah bayar.. huhu

      Delete
  2. akhirnya update jugak trip gila + sewel nie....... thanks sal sbb lyn kerenah rina mase kat bangkok... jasamu akan ku kenang jua...... cehhhh.....tppppppppp still rindu lg kat eunhyuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cehhhhhhhhhhh gedikssssss. sama-sama sewel.. haha

      Delete
  3. tu diaaa..gigih naaa nak pi jumpa buah hati SuJu tu..telan air lioq laa tengok rege tiket.. chehh..kak yoorin minat suju laa..tapi laa ni minat anak dengan laki je.. hahaha.. x layan dah kpop..layan lagu je.. ptg ni akk list kan dalam blogwalkign list okey!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. gigih tak gigih memang agak pulun la... wahhh kak yoorin pun minat suju ke. suka suka suka. saya blum kawen so boleh terus minat suju.. hahaha

      Delete
  4. hai sis,,im blogwalking. Sudi2 singgah blog i..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. tenkiu singgah. ok, akak pergi jengah skrg juga :-)

      Delete
  5. Mesti hati berbunga-bunga gi tgk pojaan hati, kan :)

    ReplyDelete
  6. lohh....dah pegi dan balik rupanya...sis JM ketinggalan ketapi...kiranya tragedi 17 ogos tu Sally dh balik msia?

    ReplyDelete
  7. huhuhu harga itu harga itu memang kasi bikin puasa sbulan hehehe.. cepat2 sambung..
    nk tngk diorang gak..

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^