My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Tuesday, November 25, 2014

Catatan Mat Luthfi..........cerebellum ku terkezzutttt

Assalamualaikum.....

Cerita pasal Misi12HariMencariCinta belum habis pun lagi... cewahh.. baru tulis hari pertama je pun. Hehehehe.... Kesah jalan-jalan Korea ni kena tulis time weekend. Sebab panjang, nak kena ambil feel n nak down memory lane lagi gitewwww :-)
So bersabarlah wahai peminat-peminat Korea semua ok.. Weekend ni aku sambung entry.

Tapi hari ni nak cerita pasal buku Catatan Mat Luthfi... mesti semua kenal kan??? Pembikin video terfamous abad ini.... Aku tahu tentang kewujudan Mat Luthfi ni sebab geng elf share gambar dia kat group Super Junior. Katanya muka sejibik macam Eunhyuk.. Lorrrr, kalau dibelek dan ditenung memang ada iras. Eunhyuk Malaysia...hahahah... And ada juga video yang dia buat beritahu ramai budak-budak pompuan bila jumpa dia pakat dok curi-curi pandang, nak ambil gambar lah bagai...Hahahaha, memang kelakar. Ayat yang aku ingat dia cakap oppa..oppa.. aku pang bagi!!!! Kahkahahkahkah... kalau ada antara korang yang dah tengok video tu mesti setuju dengan aku. Gaya cakap dan memek muka dia memang cannot go!!!!

Monday, November 24, 2014

Cik Merah tak nak jalan.... Oh No!!!!!!

Assalamualaikum...

Ini kisah pagi tadi, Monday yang blues, 24th November 2014.. aku n my cik merah :-)

Selalunya bila meter minyak mula berkelip, aku akan set meter. Paling jauh pun tak lebih 45km aku jalan n then terus aku isi minyak. Tapi kali ni entah gatal kaki kot mana biar jer meter tu terus berjalan sampai more than 45km. Macam biasa, di pagi hari isnin yang indah dan permai, keluar pergi kerja. Jalan kat KL kurengggg sikit jem nya sebab cuti sekolah kan. Ku lihat meter bergerak dari 1 km ke 1 km... So dalam hati berdoa dengan penuh keyakinan, insya allah sempat sampai office, sempat balik kerja malam nanti singgah pump station isi full tank.. Maka, perjalanan diteruskan dengan bahagianya, sambil melayan lagu di hot.fm. Selang seli zikir dan lagu keluar dari bibir...hehehehe

Sunday, November 23, 2014

Persediaan Untuk Misi12HariMencariCinta

Sambungan hari pertama #Misi12HariMencariCinta......

Baru teringat nak tulis apa nak kena buat before fly ke sana...hehehe... Sorry sebab baru nak try blogging so tunggang langgang sikit entry nya. Harap semua faham. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan :-)

Ok, masa nekad memang nak jejak kaki ke sana tu, tak fikir apa dah. Tahu jer Air Asia buka tiket promo terus beli. Walhal masa tu budget nak ke sana tak ada lagi. Yang penting beli tiket dulu, apa nak jadi jadilah lepas tu... Pendek kata mesti jadi lah. Bila dah beli tiket baru decide macam mana nak berjalan kat sana. Ada dua pilihan, secara sendiri iaitu bacpacking atau ambil tour guide... Setelah bertanya kepada semua yang pernah pergi so keputusannya ialah backpacking. Lebih jimat dan adventurous gitu... I likeeee :-)

Thursday, November 13, 2014

#Misi12HariMencariCinta - Day 1 (18 Sept 18 2014)

Assalamualaikum....

South Korea.....!!!!!!!! Daehanminguk...!!!!!!!!

Kalau yang pakat dok gila tengok drama Korea n gila kpop memang wajiblah kan terbang ke sana. Kalau tak pergi mesti pakat meleleh air liur tengok orang pakat pergi... Sakit jer hati, terbakar rasa..hehehehe

So, segala penat lelah aku sangatlah berbaloi. 12 hari stay kat sana tapi still tak puas rasa. Definitely will go again !!!!! Insya Allah..Cuti-cuti ini aku namakan ia #Misi12HariMencariCinta.. Kenapa nama dia begitu???? Sebab salah satu tujuan, impian dan harapan ke sana nak jumpa dengan Lee Donghae.. member group Super Junior yang hensem, kacak, cute, ganteng itu.. Cewah.. macam boleh jumpa begitu jer kan. Dah angau tahap cipan lah katakan.. Memang lompat sampai bintang la kalau dapat berjumpa.


Tadaaaa.......... Ladies & gentlemen i am gladly to present u my other heart, Lee Donghae (*_*)