My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Saturday, August 22, 2015

My Love In Bangkok - Preparations

Assalamualaikum :-)

Selamat berehat-rehat di hari minggu uolls.. Mari rileks-rileks kan minda dan badan baca kesah sengal ini. Haha....

Ok, last entry janji nak cerita macam mana cabaran nak beli tiket konsert kan.. So, meh baca :-)
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Dari malam tu lagi awal-awal dah pesan kat Rina, standby depan pc, jangan terlambat walau sesaat pun. Saingan ramai ni. Cewahhh.. dah rasa macam watak heroine movie confession of a shopaholic berebut nak beli designer's stuff pula kan.. haha. Gila yang amat. Makin dekat waktu tiket nak buka tu makin la berdebar jadinya. Mujur bangun awal-awal pagi dah siap mandi and breakfast bagai, basuh baju siap (mesin la basuhkan... kalau ada mesin boleh tolong sidaikan sekali lagi bagus.. hehe). Then lagi sejam sebelum tu dah tercongok depan pc, menunggu sambil online facebook, baca blog and main candy crush. Banyak nau benda aku buat kan. Almaklumlah.. menunggu sambil mengurangkan debaran di hati. Cehhh.. macam nak pi interview je.

Then.. masa yang telah dinantikan pun tiba. Sebelum tu web nak beli tiket tu awal-awal dah buka. Web dia www.allticketthailand.com. Mujur ada bahasa ongputeh juga uolls, kalau tak mahu tersembur biji mata aku ni nak google translate. Kahkahkah. Bak kata Rina, tengok tulisan Siam yang macam bunga kerawang tu terus pening jadinya. Hikhikhik.. Nasib ler Rina oi... Seriusly berdebar wey.. takut tak dapat tiket. Setiap saat mata tengok jam. Then tepat pukul 11 pagi Thailand terus refresh page. Tapi.. aikkk!!! awat tiket belum buka??? Tak kan salah tarikh kot or salah jam??? Tapi memang dah tanya pakcik G awal-awal kalau pukul 11 pagi Thailand, Malaysia pukul berapa? Pakcik G jawab pukul 12 tengah hari. So betul la. Ok, panic sekejap. Terus whatsapp Rina. Rina macam mana ni???? Tetiba Rina pula reply laptop dia buat hal, hang tak leh buka. Internet pula slow. Uwaaaaa........ memang meroyan wey!!!!!!!!!

Ok.. rileks-rileks kan diri tarik nafas then refresh page lagi. And jeng jeng jeng.. dua minit kemudia link untuk purchase tiket available. Sepantas Usain Bolt berlari laju jer jari jemari klik link tu. Aim kami seat paling depan. Bila dah masuk link untuk beli tiket terus klik kat zone yang nak beli. Tapi tak boleh klik pula. Katanya tiket sold out. Oh no!!!!!! Tak mungkin... tak kan kot.. Baru je buka! Minda dan hati tak dapat terima kenyataan ni. Walaupun memang selalu tiket konsert dalam masa 10minit dah sold out. Uwaaaaa.. memang meroyan la. Sambil dok try klik klik lagi zon yang nak tu sambil whatsapp Rina. Memang meroyan la dua-dua orang. Rina lagi meroyan sebab tak leh nak online. Then nampak kat sidebar ada tulis no of seats available, semuanya kosong. Oh tidak!!!!!! Tak mungkin..... ini semua mimpi. Kata sorang limit boleh beli 4 tiket jer....tak kan dah habis kot. Terus aku pi refresh setiap saat. 

Dalam 10 minit pastu Rina reply cakap dah boleh online. Ok, cun!!! sekarang tentera ada dua orang. Siapa dapat masuk dulu terus beli. Tapi masalahnya untuk 15minit pertama still tunjuk bilangan seat yang tinggal KOSONG..KOSONG.. Sangat kecewa kot!!! Tapi Rina memang kuat semangat, dia cakap refresh jer terus. Maybe web crash sekarang sebab semua nak beli kan. Ok, fine!! Swing never never give up!! Pulun sungguh untuk benda yang bukan-bukan ni kan. Hahaha.. Then lepas 20minit tetiba muncul seats available tapi bila klik nak beli kata sold out. Aishhhh ini sangat menghanginkan keadaan. Bikin daku panazzzz ni. Main-main pula dia. Tapi, masa ni dah 50% gembira dah sebab tahu memang web crash sebab high traffic. So, keep refreshing on and on and on. Muncul je seats available aku and Rina klik. Masa tu tak kesah dah seat mana yang ada janji dapat tiket. Tapi memang nak sangat yang duduk punya, tak laratlah nak berdiri 3 jam kat dalam tu oi...!!! 

35 minit kemudian, aku dapat dua seat. Tapi bukan sebelah menyebelah. Satu depan sekali, satu lagi row ke-3. Oklah.. tak kisahlah janji dapat kan. Bila dah isi semua info then bila time nak bayar dia jadi error.. ooooo lagi seteressss campur geram. Susah sungguh!!!!!!!!!!!! Then refresh lagi, buat lagi dari awal. Keluar error juga. Memang sakit hati sangat-sangat. Hampir nak give up dah tapi Rina memang kuat semangat gila, keep insist suruh try over and over again. Then lebih kurang 50 minit kemudian, dua-dua dapat seat. So aku and Rina sama-sama proceed jer beli. Siapa dapat bayar dulu kena cakap sebab nak stop. Nanti tak pasal-pasal terbeli dua kali walaupun nak jual balik tak der masalah tapi leceh ler.. Berdebar sungguh time ni, seminit kemudian Rina message cakap tengah tunggu security code dari bank, ok berdebar lagi. Masa ni aku stop dulu la time payment tu. Then seminit kemudian Rina message cakap dah dapat tiket. Masa ni macam tak percaya. Siap suruh Rina cek lagi, kompomkan betul-betul. Jangan syok sendiri sudah, memang menangis tak berlagu la. Rina cakap kompom.. memang kompom. Terus dia forward confirmation email tu. Wah!!!!!!!!!!!!!!! bunga api dalam hati woi... i can meet my love... Lee Donghae, wait for me!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahaaa...gediksssssss sangat kan. Nak menangis pun ado.. huhuhu. Berbaloi mencuba selama hampir sejam. Jari dah kebas and sakit sebab asyik dok klik mouse tu jer.

Dapat email ni terus belasah nasi dua pinggan. Wakakaka

Bila dah settle semua fuhhh lega teramat. Rina dari pagi tak makan terus kenyang. Wakakaka.. baguslah!! Boleh turun sekilo tak agak-agak. Kehkehkeh. After dah dapat tiket konsert so next action carilah tiket plane and book hotel pula kan. Belek-belek kat trivago tengok air asia paling murah. So, book jer dari web Air Asia Go. Book hotel free flight ticket. Mula ingat nak naik MAS, so that sampai lebih kurang time Donghae sampai, adalah chance jumpa awal kan kat aiport tu. Ouchhh gedikss sangat. Tapi disebabkan trip ni bukanlah sesuatu yang dirancang, semuanya berlaku terkejut tergempaq.. so simpanlah hasrat bertemu di aiport tu. Money is my constraint. Huhu... I jumpa you kat konsert jer lah honey. Kehkehkeh. Kalau rajin i pegi skodeng kat hotel. Hahahaha.. Pulun sangat tau!!

Hotel pula dah tanya member opis. Kebetulan dalam 2 minggu sebelum tu dia pergi Bangkok. So, tinggal kat hotel tu jerlah. Nama hotel First House Hotel. Location betul-betul tengah-tengah bandar belakang Pratunam Market. So, kalau memang niat nak shopping, boleh shopping sampai lebam hokay. Rate hotel pun ok jer, semalam lebih kurang RM70.00. Murah ler kan untuk rate hotel tengah-tengah alam tu. Untuk ke tempat konsert di Siam Paragon pun, just 20minit jer jalan kaki. So memang sangat cun lah kan.

Dah settled... yahoo


Untuk itinerary pula, ha!!! masa ni lah sesi terjah menerjah blog-blog yang ada. Dan memanglah sangat tidak menghampakan. Blog-blog yang terlibat ialah.. cewah macam nak umum pemenang award pula. Kihkihikih... Ni senarai blog terlibat. 


So, kepada semua blogger-blogger yang hebat ini, thank you so much sebab sudi meluangkan masa mengabadikan segala suka dan duka korang travel dan segala petua bagai dalam blog untuk panduan setiap orang. Cewah!!! terharu tak?? Kehkehkeh. Tapi seriusly jasa kalian amat ku kenang.. Hehe. 

Ok, hal-hal booking membooking semua settle. Pastu terus message Chik Ah cakap nak pinjam camera. Sebab selalunya Super Show kalau compact camera or polaroid camera boleh jer bawa masuk. So ok lah kan. Tapi lagi 2 minggu nak pergi Chik Ah cakap abang ipar dia nak pinjam pula kamera tu. Alamak!!! What to do???? Huhu, camna nak abadikan gambar my boyfriend ni??? Try la cari juga kat kawan-kawan lain. Masalahnya zaman sekarang semua pakat pakai handphone je ambil gambar. Masalah aku pula, handphone ku tak lah secanggih ipong tu ha.. Huhu. Then tetiba nampak pula lazada iklan ada sale.. Huh???? Jeng..jeng.. jeng..!! Laju jer klik belek-belek kamera yang ada. Tapi time tu bajet yillek... tunggu gaji masuk camera yang dok berkenan tu pun dah sold out. Uwaaaaaa. Then pergi lah belek yang lain. And terjumpa camera fujiflm yang comel with higher spec tapi lower price. Wallawehh.. tak pikir panjang dah. Terus jer beli. Harga asal RM1,199.00 tapi lepas diskaun tinggal RM355.00. I sukaaaa!! Walaupun kamera ni spec lama tapi still boleh guna ambil gambar cantik-cantik ^_^ 

Maka nya, all preparation untuk ke Bangkok is done. Hati berdebar tak sabar nak pergi. Apply cuti pun lagi seminggu nak fly, mujur bos bagi. Hehe.. Kalau tak menanges la. Kahkahkah..

Ok, sampai sini dulu. Next entry sambung hari perlepasan. 

Thank you semua kepada yang sudi membaca :-)




Thursday, August 20, 2015

My Love In Bangkok - The Reason

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Harap sihat lah yer :-)

Hati tengah excited berbunga riang untuk hapdate latest  travel ni. Kalau tengok tajuk entry mesti ada yang boleh teka kan? Kalau dah ada wording cintan cintun tu mestilah ada kena mengena ngan buah hati pengarang jantung... LEE DONGHAE.. Hahahaha. Gila tak??? Memang gila.

Semuanya bermula di sini.................

Meroyan tengok announcement ni..  T_T

Monday, August 17, 2015

CONGRATULATIONS SUPER JUNIOR & ELF !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....


Apa khabar semua!!! Hari ni sangat-sangat happy sebab satu berita yang best ni!! Of course tentang Super Junior and ELF....


Tuesday, July 7, 2015

Resepi Laksam Sedap

Assalamualaikum...
Dah masuk fasa terakhir bulan Ramadhan. Semoga keberkatan dan kemuliaan malam 1000 bulan itu menjadi milik kita. In Sya Allah.. Aminnn :-)

Tapi hari ni nak cita tentang resipi bermusim aku. Cewahhh macam terror nau masaknya. Hikhikhik. Walhal semua kaum kerabat and sahabat terhandal aku tau aku lah manusia paling tak gheti masak. Wakakaka... Almaklumlah, kat umah semua mak yang masak. Nak suruh aku tolong memang hampeh ler.. 10 kali mak panggil tak gerak lagi, last-last mak menyampah so buat sendiri.. Huhu. Now dah dok sendiri baru terhegeh-hegeh cari resipi sana sini sinun macam mana nak masak kan. Padan muka. Haha..

Ok, setiap kali bulan puasa mesti teringin sungguh nak makan laksam. Last year pun macam tu juga. So kiranya laksam ni resepi bermusim aku lah. Tahun lepas bulan puasa juga dah try buat sekali tapi time tu buat dengan my friend so kiranya ada pembantu lah. Ye lah beli makan tak puas, sedapnya belum tentu. Hehe.. Pandai mengomen kan. Ahakss.. 1st time buat last year, laksam tu susah nau nak buat, melekat-lekat kat tudung periuk and sangatlah buruk rupanya. Mujur sedap, so berbaloi la juga dok bersauna depan dapur tu kan.

Tuesday, April 14, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 12 (29 September 2014)

Assalamualaikum...

Dah sampai hari terakhir misi daku itu. Hari ni harus pulang ke negara tercinta. Nak tak nak harus balik kan. Hewhew. Flight kitaorang dari Busan ke Kuala Lumpur pukul 10.35 pagi. So bangun pagi tak der lah rushing sangat kan. Barang pun dah kemas separuh, tinggal separuh lagi nak kemas. Ting tong ting tong dalam setengah jam siap kemas.. Konsep sumbat jer semua dalam luggage.. Haha. Eh, tak derlah teruk bebenor aku ni, susun lawa-lawa and kemas-kemas tau. Sedar-sedar time nak mengangkat, mak oi.. berat nau beg. Bila timbang tengok 21kg.. Hambek kau. Dahla hotel tak der lift, angkut la turun tangga. Mujur dok tingkat 1. Tapi Alhamdulillah masa dok terkial-kial heret anak gajah tu turun tangga, ada sorang uncle ongputih ni nak turun juga, so dia tolong angkat. Wah... gentleman gitew... thanks so much uncle ^_^
Settle check out, macam biasa singgah 7-E beli banana milk. Then singgah kedai roti Paris Baguette dalam Busan Station beli roti. Dah settle so harus ke stesen subway. Harus tahu yer station subway and station KTX berlainan yer. Stesen subway bertentangan stesen KTX. Jangan salah masuk.