My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Saturday, July 4, 2015

Kenapa Harus Kedekut ????

Assalamualaikum.. salam Nuzul Quran.

Blog aku dah jadi Olaf.. hahaha. Bila nak update tak de masa, bila ada masa encik M sangat cemburu dengan aku. Dipeluknya aku erat-erat.. so hasilnya, berjaya blog ini berhibernasi macam beruang kutub yang gebu gebas itu.. Hehe. Jadi, hari ni aku berjaya menumbuk, menghentak dan melenyek-lenyek encik M macam kentang lenyek. Yahooooo !!!! Sebabnya aku excited nak cita sikit tentang amalan memberi dan bersedekah. Kata orang putih what you give you get back. Bagi benda baik dapatlah benda baik, bagi benda jahat dapatlah benda jahat. What comes around goes around :-)



Maka, sempena hari Nuzul Quran yang mulia ni, entry yang seharusnya di update lebih kurang 2 bulan lepas baru terhapdate hari ni.. Huhu.. sorry kepada si pemberi. Mesti dah majuk kan.. Sorry sorry sorry sorry.. ni saya nyanyi lagu super junior bagi kak Jari Manis . Kenapa tetiba sebut tentang kak JM ni??? Hehe.. sebabnya kira-kira 2 bulan lepas (sentap kau), kak JM dengan besar hati nya bagi souvenir yang sangat bernilai tanda kenang-kenangan jadi salah sorang top commentator kat blog dia dari bulan Feb-Apr 2015. Wah!!!! sangat terharu dengan keikhlasan kak JM dan kesucian hati sesuci embun di pagi hari itu. Hehee.. sebab tu lah aku nak minta maaf bebanyak kat kak JM sebab sekarang baru nak war-warkan berita gembira ini. Jangan majuk ok kak JM. Nanti saya jalan-jalan and tinggal komen banyak-banyak lagi kat blog kak JM.. Bagi semangat kak JM untuk tulis blog bertambah beribu-ribu lemon ^_^
Apa kak JM bagi?? Apa benda?? Apa?? Hehe.. Hadiahnya ialah sebiji fridge magnet dari korea dan penanda buku dari Korea juga. I loveeeee it soooo much.. Kak JM memang memahami isi hatiku yang rindukan kampung halaman ku itu. Ahakss..... Tapi raya ni aku balik Aloq Staq la. Kalau balik Korea memang kena ligan (maksud dewan bahasa dan pustaka nya ialah kejar) ngan mak aku ler jawabnya.. Hahaha.

Ni lah hadiahnya.. cantik kan. Sila jelus.... Hahaha
And sebut pasal memberi juga.. semalam bos belanja satu opis buka posa kat restoran sushi. Kelasss sangat kau buka posa kat restoran sushi. Makanan dia sedap tapi bab makan ikan mentah tu memang i cannot go la.. hehe. Sorry not my taste. So, makan apa yang dimasak jerlah. Apa pun Alhamdulillah.. kenyang. Thank you bos!! So, masing-masing kena kerja kuat lagi lah. Hari isnin ni kita MC. Ini tanda kerja kuat. Wakaka.

Japanese Bento
Masa makan-makan ni lah dok sembang-sembang. One of my colleague said, kenapa kebanyakan Chinese murah rezeki nya walaupun diaorang tak der solat dhuha macam kita orang Islam ni. Jawapannya ada depan mata. Kalau kita tengok diaorang ni langsung tak kedekut nak memberi, dalam erti kata lain belanja makan-makan selalu. Bagi diaorang, tak rugi memberi. Lagi banyak yang diberi lagi banyak yang diterima. Konsep ni juga yang diajar oleh Islam. Lagi pun Allah dah firman, setiap satu pemberian akan Allah balas dengan 10 kali ganda. Sangat banyak kan. Tak ternilai apa yang kita dapat balik berbanding dengan apa yang kita beri.

Jadi, jom sama-sama kita ubah mindset kita jadi seorang yang suka memberi dan menggembirakan orang. Jangan tunggu kaya raya baru nak sedekah, mulakan sekarang. Biarpun ada sehengget je dalam poket, cuba lah untuk sedekah 20 sen. In Sya Allah hati kita akan rasa tenang. Yang penting ikhlas dan. Yakin dan percaya dengan janji Allah ^_^

Ok.. sampai sini dulu bebelan hari ini. Alhamdulillah berjaya up satu entry :-)

Oh.. jangan lupa jalan-jalan baca blog Jari Manis kat SINI ok... Banyak info travel kat sana. Yang pasti setiap kunjungan anda pasti akan dibalas.

Sekian dahulu nukilan daku. Selamat menjalani ibadah puasa untuk baki 13 hari lagi. Jom sama-sama tingkatkan ketaqwaan diri, iman dan amal. Sama-sama perbaiki mana-mana kelemahan diri selama ni. Mulakan sekarang!!!!

Assalamualaikum... ^_^

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

6 comments:

  1. asalamualaikum nor...lamanya bertapa...buang jauh2 en M tu :-))

    selamat berpuasa dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak yan.. hehe. malu kt k.yan. Ok pasni kena buang jauh2 en. M tu :-)

      Delete
  2. Alhamdulillah... Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan,
    banyakkan memberi dri menerima..

    ReplyDelete
  4. huurm soalan kawan tu makan dalam jugak eh..
    tapi betul.. kat depan rumah CT ada 2 kedai komputer.. satu mlayu punya satu cina punya..
    ct prefer pegi yang kat kedai Cina.. lagi dilayan elok dr yang melayu tu..

    niat nk tlg bangsa sendiri.. tp CT rela jaga hati sendiri daripada kena layan
    cem hapa je..

    ReplyDelete
  5. org kedekut rezeki semakin kurang heeee

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^