My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Friday, April 24, 2015

Obses Dengan Kecantikan Diri - Apa Hukum Dalam Islam ????

Assalamualaikum... Apa khabar semua?? Semoga sentiasa sihat dan ceria ^_^

Dah 24 April pun hari ini... cepat sungguh masa berlalu. Umur pun makin hari makin meningkat..uhuk uhuk uhuk. So, haruslah jaga penampilan dengan lebih mantap kan. Walaupun orang selalu kata age is just a number tapi hey!!! Kalau tak jaga, umur baru 25 tapi muka dah nampak macam 35 tahun. Apa kes???? Tak ke menganiaya and menzalimi diri sendiri kan....!!??? No no no.. harus jaga kecantikan yang Allah anugerahkan itu. Sambil itu wajib bersyukur dengan setiap apa yang Allah beri... ^_^

Last Saturday and Sunday, Alhamdulillah diri ini diberi peluang untuk menghadiri Konvensyen Fiqh Medik 2.0 - Wanita Dan Kesihatan, di Pusat Latihan DBKL. Wah!!!! Sangat-sangat menariksss dan berbaloi. Sangat banyak ilmu tentang perubatan dan Islam yang dibincangkan. Salah satu nya tentang pembedahan kosmetik dalam Islam yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Dalam Islam, hukum pembedahan kosmetik bergantung kepada 3 keadaan iaitu rawatan, pencegahan dan ubahsuai. Disebabkan 3 benda ni, so setiap pembedahan yang kita nak buat tu boleh jadi wajib, harus dan haram. Maka, mai pakat-pakat baca penerangan tentang 3 keadaan ni :-)

HUKUM PEMBEDAHAN KOSMETIK DALAM ISLAM

1 - Rawatan

  • Rawatan ialah salah satu cabang sains hayat berkenaan penjagaan dan mengekalkan kesihatan.
  • Usaha untuk mencegah penyakit dan mengubati sesuatu penyakit sama ada kronik atau sebaliknya, dengan syarat mendapat diagnos dari pakar perubatan yang diiktiraf dalam bidang terbabit.

2 - Pencegahan

  • Segala jenis usaha yang menepati syariat dan undang-undang demi untuk menolak risiko jangkitan, penuaan dan penularan penyakit.
  • Tetapi dengan syarat pencegahan tidak menyebabkan wajah atau anggota tubuh asal berubah. Ia lebih kepada usaha pemeliharaan anggota tubuh daripada rosak, sakit, penuaan dan sebagainya.

3 - Ubahsuai

  • Dalam proses ubahsuai, terdapat 3 hukum yang menentukannya:-
    • HARUS - demi untuk memelihara kecantikan yang Allah anugerahkan, contoh hari-hari telan sekilo collagen sebab nak maintain awet muda gitew..hehe
    • MAKRUH - membiarkan kecantikan yang dianugerahkan Allah itu terbiar begitu sahaja, contoh redha jer muka penuh berjerawat, tak de ikhtiar langsung nak bagi cun balik. Ini tidak boleh ok, ini dikira menzalimi diri sendiri juga sebab asal kejadian kita kulit halus mulus tanpa jerawat. Bak kata Ustaz, ada ke baby lahir-lahir keluar dari perut muka penuh jerawat batu??? Non hado kan!!! So, sendiri mau pikir ok tentang kecantikan masing-masing :-)
    • WAJIB - mengembalikan kecantikan asal apabila ia rosak akibat musibah tertentu. Ni contoh kalau dulu muka cun meletops macam Emma Maembong, tetiba sebab eksiden muka sebelah bertukar jadi macam kulit biawak... Huhu. Nauzubillah. So, wajib rawat dan jaga supaya kembali kepada keadaan asal. Ataupun sebab masa lahir, ada kecacatan pada tubuh badan, yang ni wajib untuk rawat contoh macam sumbing tu.
  • Harus diingatkan bahawa dalam pembedahan kosmetik, beberapa perkara harus dikaji dan diberi perhatian supaya apa yang kita buat tu tak dimurkai Allah. Sebab tu dalam pembedahan kosmetik pun ada prinsip-prinsip umum yang harus kita ikut dan faham. Nendia prinsip-prinsipnya :-
    • Tidak mempercantikkan diri sehingga mengubah ciptaan Allah - Haram buat pembedahan memang dengan niat untuk menjadi makin cantik. Contoh paling mudah nak tengok, tengoklah orang-orang dari kampung mertua iolls..hehe. Korea Selatan sana nun... sangat rendah self-esteem mereka. Kasihan kan? Dan sangat taksub untuk nampak jelita walaupun plastik.
    • Tidak menipu dalam berhias sehingga mendatangkan fitnah dan kekeliruan. Ni kot-kot sebenarnya mata tu sepet tak der eyelid, tapi sebab terror bebenor ngan teknik mekap, teruih jadi mata booolat macam kartun anime. Kot ada yang tengok time ni jatuh hati, tapi pas cuci muka dah bertukar jadi orang lain. Hehe... Jangan sampai 1st day kawen teruih bercerai. T_T
    • Tidak membazir. Kot ye pun nak lawa kan, janganlah sampai membazir and buat naya kat diri sendiri. Dok bersusah payah pakat pi suntik botox tu ha... adoi, tak payahla sampai macam tu sekali. Dengar kata satu suntikan botox tu regenya RM1,300.00, dah tu pula minimum yang nak kena suntik kat muka tu 12 suntikan.. Ha!!! Tak ke melayang duit downpayment rumah Cik Tipah oiiii. Lepas tu tahannya pula 6 bulan ajer.. ish ish ish... JANGANLAH...!!!!
    • Menjauhkan diri dari benda najis dan haram - ni sah sah la pakat tahu kan. Ke ada yang buat-buat tak tahu. Meh sini nak terang. Kot-kot la sebab nak jadi paling cun punya pasal, lepas risik-risik pakai krim perut vavi paling mujarab.. Ha!! NO NO NO NO... JANGAN ok. HARAM seHARAM HARAM nya....!!!!!!!!! Unless untuk tujuan perubatan dan itu satu-satunya cara rawatan yang ada.
    • Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang membawa persamaan antara lelaki dan wanita. Ni paham pahamlah yer. Masa masuk klinik nama Karim, jalannya tegak gagah perkasa, tapi lepas keluar klinik dah bertukar jadi Karimah, melenggang kangkung gitew jalannya.. Hehe. HARAM ok. (Nama tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati *_*)
    • Tidak menyerupai orang kafir atau orang fasik - Contoh macam buat tatoo. Dah elok-elok Allah bagi jadi kulit tu licin suci murni, gatal pula pergi ukir-ukir bagai kan. Menzalimi diri juga tu. Elok-elok rupa manusia, tup tup dah bertukar jadi biawak.
Itu lah 3 keadaan yang menentukan hukum pembedahan kosmetik itu. Sebelum nak buat apa-apa operation tu kan, kena belek dan check perkara-perkara berikut :-
  • Mempunyai hajat yang mendorong kepada pembedahan
  • Tujuan pembedahan untuk perubatan
  • Diakui oleh pakar dalam bidang tersebut dan seboleh-bolehnya pakar itu beragama Islam
  • Mempunyai peluang kejayaan yang tinggi - tidak membahayakan nyawa
  • Doctor yang akan operate mestilah doctor yang pakar dalam bidang tersebut
Oh, kalau sesiapa yang ada tanda lahir tu, boleh kalau nak buang. Tapi mesti check dengan doctor dulu ok, if membahayakan hukumnya HARAM. If tak de masalah, boleh buang. Dan para doktor pula, harus amanah dengan diri sendiri. Jangan sebab nak dapat duit masyukkk maka, tanpa segan silu dan rasa bersalah selamber badak jer buat cosmetic surgery kat orang sebab tujuan nak jadi makin cun. TAK BOLEH ok. Kalau buat juga makanlah duit HARAM and tanggunglah dosa tu. Unless surgery tu memang harus dijalankan sebab tujuan perawatan, pencegahan dan pemeliharaan. IF ada nurse yang terlibat sama dengan this kind of surgery, tapi tak boleh nak elak sebab kerja, ada dua keadaan yang menghukum anda. Jika sepanjang pembedahan tu anda memang mengutuk dan memohon keampunan dari Allah, maka anda tidak menanggung dosa tersebut, tapi kalau anda pun 2 kali 5, maka paham-paham jer lah yer. And kalau rasa was-was dengan duit gaji tu, keluarkanlah zakat duit syubhah tu tapi kena mention yang tu duit syubhah. Sebabnya duit syubhah ni hanya boleh digunakan untuk menaiktaraf kemudahan yang orang ramai gunakan. Contoh boleh derma pada tabung bina masjid, upgrade jalan kampung, bina dewan untuk orang ramai menuntut ilmu or bina pusat tahfiz. Wallahu a'lam :-)

Begitulah serba sedikit ilmu yang aku mampu kongsikan. If ada tersalah or tertinggal apa yang penting, tolong-tolonglah tegur yer demi untuk manfaat dan kemuafakatan bersama. And harus faham and jangan salah faham, hukum ni semua hanya untuk ORANG ISLAM SAHAJA. Kalau bukan ISLAM, anda tidak tertakluk pada terms and conditions ini, okay  ^_^

Dan.. demi untuk kecantikan dan kejelitaan sepanjang hayat.. cewah!!!! Patutlah orang yang cun melecun ni pakat jaga sangat penampilan diaorang kan. Dulu selalu pikir, alah tak payah nak susah payah nak jaga semua tu. Penat jadi orang cun sebab macam-macam nak kena jaga, high maintenance. Hehee... Syukur jer dengan apa yang ada. Ha!!! Sangat-sangat salah konsep ni. Itu bukan redha dan bersyukur tapi menzalimi diri sendiri. Allah jadikan kita sempurna dan cantik sangat tapi kita tak hargai dan tak jaga. So, everyone starting from this moment mesti, harus dan wajib jaga kejelitaan masing-masing ok. Ni salah satu cara untuk jaga kejelitaan yang MAHA PENCIPTA anugerahkan tu. Produk best punya dari shaklee. Bukan ajer untuk kecantikan malah untuk kesihatan juga ^_^

TARAAAA...... CIPTAAN TERHEBAT SHAKLEE VIVIX !!!


Mencegah daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser, strok, darah tinggi dan kencing manis


VIVIX ni merupakan ciptaan terhebat shaklee sebab ramuan dia adalah gabungan semua bahan-bahan yang kaya antioksida. Ha!!! Menatang apa antioksida ni??? Antioksida ni merupakan bahan yang mampu melambatkan atau mencegah proses oksidasi. Ia penting untuk mengurangkan jumlah radikal bebas yang ada dalam tubuh kita. Radikal bebas ni ialah unsur negatif yang kalau jumlahnya sangat banyak dalam badan kita, ia akan merosakkan sel dan DNA tubuh kita. Bila sel dan DNA rosak, maka macam-macam penyakit kronik boleh terjadi contoh macam kanser, high cholesterol dan penuaan sebelum usia.



Sebab tu lah setiap hari kita kena makan banyak makanan yang kaya dengan antioksida supaya ia dapat memakan dan memusnahkan radikal bebas yang berkeliaran dalam badan kita. Tumbuhan yang kaya dengan antioksida ialah tumbuhan yang kaya dengan vitamin A, C dan E. So, banyakkan makan ACE supaya anda jadi kuat dan sihat :-)

Makanan kaya antioksida
Radikal bebas ni hadir dalam macam-macam bentuk. Dalam makanan yang kita makan, dalam udara yang kita sedut dan dalam sinaran uv yang berlebihan juga ada radikal bebas. Pendek kata, radikal bebas ni akan buatkan sel-sel dalam tubuh kita melakukan aktiviti yang tak sepatutnya. Contohnya, rantai DNA yang menghasilkan kolesterol baik terganggu, maka kurang kolesterol baik terhasil dan lebih kolesterol jahat terhasil. Apabila banyak kolesterol jahat dalam badan, ia akan melekat pada dinding-dinding salur darah kita dan menyebabkan aliran darah terganggu. Maka, penyakit seperti strok, darah tinggi dan serangan jantung pun terjadi.. Sangat SERAM dan MENGERIKAN dengan radikal bebas ni.

Disebabkan itu jugalah, SHAKLEE telah melakukan pelbagai ujian untuk mengurangkan sebanyak mungkin kerosakan pada DNA manusia. Hasil kajian dan penelitian inilah terhasilnya VIVIX. Konsep yang diperkenalkan oleh VIVIX ialah hidup lebih lama dalam keadaan kesihatan yang tip top. Makan secara konsisten sehari sesudu, INSYA ALLAH pasti anda akan kelihatan 25 tahun lebih muda dari usia sebenar dan badan pun menjadi lebih sihat. 


BEST kannnn... Selalunya kalau umur dah meningkat, kesihatan pun merosot. Tapi dengan VIVIX walaupun umur meningkat tapi kesihatan still DAEBAK !!! ^_^
Jadi, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kejelitaan yang ALLAH anugerahkan kepada kita :-)

Sehari sesudu vivix, anda pasti kelihatan 25 tahun dari usia sebenar :-)





So lepas ni tak payah nak buat ayat, penat jadi orang cun sebab nak kena maintain. Biarlah muka berjerawat dan berjeragat.. NO NO NO NO... OK... PAHAM TAK??? NO NO NO NO!!!! Hambek tu.. huruf besaq lagi. Setiap kejadian manusia adalah sempurna dan cantik, maka harus dan wajib pakat jaga kecantikan itu ok :-)

Sekian dahulu my sharing... Sharing is caring. JOM JAGA KECANTIKAN MASING-MASING ^_^

Kepada yang nak beli vivix ni boleh terus contact this number 012-5379145 or boleh pm dekat inbox fb page Lu'lu' Kasih 

Kalau nak cuba-cuba beli sendiri pun boleh juga, tapi tak dapatlah free consultation from me. Hehehe... So jangan malu-malu bertanya ok. Ni klik jer kat SINI kalau nak beli sendiri.

Harga vivix ni???? Sangat murah dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan kesihatan yang kita dapat tu. Retail price hanyalah RM475.00. Tapi kalau nak harga murah lagi, harus join membership dulu ok.
Macam mana nak join membership?? Mestilah kena contact aku...Hehe. Kalau tak macam mana korang nak join kan kalau tak der orang yang nak tolong register untuk korang.

Ok.. dah dapat semua info kan. Selamat menjaga kesihatan ^_^


Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)





8 comments:

  1. yes, nice sharing! thank you ^_^ jom join segmen Zue sebelum tarikh tutup! ^_^v
    http://melaedah.blogspot.com/2015/04/1st-bloglist-segment-by-zuezulaikha.html

    ReplyDelete
  2. wahhh nice sgaring especially yg bab kecantikan dan perubatan dalam islam kat atas tu...n yupp memang betul..bopren2 kite kat korea tu low self esteem..tapi yang ensem2 mostly getah surgery ekekekeke ^_^

    ReplyDelete
  3. nice sharing. Mula-mula malas nak baca tengok tajuk macam nak condemn. But after baca baru faham. Sebenarnya kecantikan dalam islam ada syarat wajib dan harus. baru faham. Terima kasih awak!

    ReplyDelete
  4. Anda ditag ... Jom join, senang jer ...

    http://jombercontest.blogspot.com/2015/04/jom-sertai-giveaway-mudah-di-merryfendy.html

    ReplyDelete
  5. yang penting kena sama-sama bersyukur dengan apa yg dah Allah kurniakan...dan kena berusaha untuk jaga dan pelihara dgn kurniaan tu!

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^