My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, April 2, 2015

Life as a Quantity Surveyor

Assalamualaikum.... 
Apa khabar semua di hari kedua GST??? Hehe... Duit aku belum terbang keluar dari wallet lagi ni sejak semalam. Peram dulu..hehe. Tapi newsfeed fb dah penuh pakat komplen rege barang naik. Ok scary nak pi shopping. Hurmmm. Tak tahu nak cakap apa. Perasaan bercampur baur kan. So tengok lah camna.



Sambil-sambil serabut pikir GST tu kan, meh sini baca ni. Kali ni nak ceghita tentang real life or tugas sebenar seorang Quantity Surveyor.. Yeah!! That's me.. Hehe. So, apa benda Quantity Surveyor ni??? Singkatannya QS. Kompem ramai tak tahu and tak pernah dengar kan. Aku pun mula-mula dapat offer course ni dulu nganga juga. Menatang apa kos ni? Dahla tulis dalam bahasa Melayu lagi tak glamor namanya.. Haha. Nama melayu dia Juruukur Bahan. Masa surat offer UTM sampai, tengok nama kos ni nak menanges rasa. Yelah tak pernah dengar pun. Apply kos lain tapi dapat yang lain. Itulah akibatnya, rajin sangat study kan.. Hehe. So mula-mula dapat offer letter tu, bila orang tanya malu and segan gila siot nak cakap. Nak keluar word juru tu pun dah tersekat kat kerongkong ni. Mana taknya, selama hidup tak pernah dengar pun. Dalam kepala hotak tengok perkataan juruukur dok terbayang geng-geng juruukur tanah nun ha.. Huhu. Serius segan and malu nak mampus time tu. Lagi pula bila sebut juruukur bahan, otomatik pakat sebut, ha?? gubahan?? Yer... gubahan makcik, pakcik, tok, tokwan. Saya gubah tanah tu sampai jadi bangunan. Kahkahkah. Sampailah kawan Abah yang sorang ni kerja nya Pegawai Perancang Bandar datang umah. Bila dia tahu dapat kos ni terus dia kata wah!! tahniah sebab ni kos bagus, professional punya kos. Gaji banyak ni. Nanti boleh kerja ngan JKR. Hah!!! Dengar kos professional and gaji banyak aku suka lah.. kembang kempis dah hidung tapi bila dengar kerja ngan JKR terus down. Eh.. tak pernah terbayang di kepala hotak nak kerja ngan JKR. Satu-satunya manusia yang dok pong pang pong pang tentang JKR yang aku kenal dalam Malaysia ni sejak lahir ialah tak lain dan tak bukan Dato' Seri Samy Vellu. Yerr korang tak salah baca and aku tak salah taip. Memang dia...harharhar. So, korang rasa eksaited kot celah mana aku nak join JKR????? T_T

Tapi sedar tak sedar now dah nak masuk 8 tahun aku kerja sebagai QS kat consultant. And perasaanku??? Sometimes suka and bangga nak mampus jadi QS but sometimes rasa macam nak resign 24 jam dok umah jer goyang kaki kan. Hewhewhew. So, apa kerja QS ni. Bagi yang kerja dalam bidang construction dah kompem-kompem tahu kan QS buat apa, tapi ada juga yang pura-pura tak tahu, saja nak menyusahkan hidup QS, suruh buat yang bukan-bukan. Grrrrr.... Bajet diorang punya kerja jerlah yang paling busy and mulia. Erkkkk. Level stress tahap maksima... Kuikuikui.Quantity Surveyor or Juruukur Bahan or kat Amerika sana nun panggil Cost Engineer and kalau kat belah negara jiran kita Indonesia panggil Cost Estimator. Kita ikut British so panggil QS. Awatla tak ikut American kan... sedap sikit bunyi sebab ada bunyi enjinia kat belakang. Haha. Lagi pula kalau kat kampung kan pekerjaan professional yang glamor di kalangan tok tok and tokwan tokwan ada 3 ja, doktot, loyar and enjinia. Yang lain tak glamor. Kalau ko cakap ko bawak kapal terbang baru glamor, pilot tak kenai...Hahaha. So, kalau ada yang keja QS or ambil kos QS kat universiti sana nun balik kampung hangpa boleh habaq kat orang kampung cek belajar cost enjinia. Nanti tok hangpa dengaq boleh dia canang satu kampung cucu dia nanti jadi enjinia. Kehkehkeh... Kalau hang sebut juruukur bahan satgi kena dengaq tok beletiaq seminggu.. awat ambil gubahan. Awat tak pi jadi cikgu ka, misi ka.. Ha.. kan dah kena.. Kehkehkeh. Misi and cikgu, kerjaya pilihan mak mertua tu. Sorry lah bakal mak mertua, iolls is enjinia..hehehe 

Ok ok, now nak cita apa QS buat. Di alam pekerjaan sebenar, tugas seorang QS ialah kira-kira berapa harga yang diperlukan and berapa banyak kuantiti barang-barang yang diperlukan untuk membuat sebiji bangunan, sebatang jambatan, sebatang jalan, sebaris longkang dan parit, seberselirat paip-paip najis, sepusat tempat kumbahan najis, seberselirat paip-paip air dan apa-apa lagi yang boleh dikira yang melibatkan bangunan dan infrastruktur. Buat kira-kira ni panggil dia buat taking off or measurement. So, kalau drebar kapai terbang kena buat taking off untuk terbangkan plane dia tu, maka QS kena buat taking off untuk bina hotel bagi abam Pilot rehat lepas penat terbang..Hehehe.. Ada kena mengena tak. Kahkahkah.

Selalunya tempoh yang diberikan untuk buat measurement ni between 3-4 weeks untuk keluarkan tender. Tapi ini kalau design and budget semua dah kompem la oleh client. Selagi tak kompem kena buat estimate dulu. Sebab tu kadang-kadang akan ada sampai sepuloh kali revised estimate. Client tak puas hati design la, kos mahal sangat lah, nak tambah itu ini lah, and macam-macam lagi lah. Pendek kata hangin ja Arkitek and Engineer kena revise design kan. QS lagi hangin nak kena kira seploh kali. Standard client, nak design grand, guna bahan high class tak mau kalah dok berlawan tapi bajet ciput. Cesss... aku bagi ko jamban sebiji baru tau. Hahaa. Oh, QS ni bukan dalam bidang construction jer tau, ada juga dalam bidang oil & gas. Scope kerja diaorang aku kurang pasti sebab tak pernah check pula. Tapi mesti lebih kurang jerlah, ko mesti kena kira berapa banyak paip-paip gas yang nak dipasang tu kan. Ok, back to tugas QS. Bila client dah kompem everything, means design semua dah finalised, Arkitek and Engineer akan hantar drawings ke QS. Drawings ni plan la kalau bahasa orang biasa. Ala... kertas yang sebesar kertas mahjong yang macam korang selalu tengok dalam drama Melayu tu, berdiri kat tapak projek depan kereta buka kertas sebesar-besar alam atas bonet kereta. Konon habis macho sangat dah la tu. Tak de maknanya. Kahkahkah. Bila dah siap measurement ni nanti maka terhasil la sebuku besar gedabak dokumen yang bernama tender. Tender ni lah yang akan digunakan untuk invite contractors untuk masukkan harga-harga yang munasabah untuk siapkan projek tu and tempoh masa untuk siapkan projek tu juga. Tapi selalunya tempoh masa untuk siapkan projek tu dah ditetapkan client. Scene scene ini korang boleh tengok banyak dalam drama Melayu, berebut tender, bocorkan maklumat company la semua ada. Paling kelakar kalau tengok drama melayu, bergaduh sampai bunuh bunuh bagai berebut tender harga 2 juta hengget...Kahkahkah.. Memang kitaorang gelak terkeluar usus kecil besar la. 2 juta hengget tu dapatlah banglo Pak Mail sebiji. Hehehe.. Tapi company masing-masing purghhh tahap korporat yang keparat. Title kalau tak Dato' Seri tak sah.. So typical malay drama. Sabar jerlah. Jadi, nasihat aku kepada para pengarah dan penghasil drama kat Malaysia ni, negara luar aku tak tahulah yer.. please lah.. if korang nak buat cita tentang team construction dapatkanlah nasihat and pendapat dari orang yang sepatutnya. Tak payahlah nak pandai-pandai reka sendiri bagi nampak gah drama korang tu. Nyampah weollssss tau!!! Balik-balik baling tender yang setebal buku latihan SPM tu kalau tak dapat tender. Hello, real tender document baling hanjing pun koma 40 hari tau.. Hahahaa. So, please educate people correctly ok coz ramai yang dok nganga tengok drama korang tu.

Ini apa yang korang nampak dalam drama
Disebabkan propa yang hebat dalam drama tu lah, ramai yang tertipu dunia sebenar dalam kerja. The real story is, korang tak akan dapat bergaya sikit punya cun macam dalam drama tu lah kalau pergi kerja. Awal-awal kerja kot pakat eksaited pakai office outfit and mekap bagai nak rak. Lepas sebulan kerja aku rasa kalau dah boleh pakai proper outfit ke opis tu Alhamdulillah la..hehe. Masing-masing kalau boleh nak pakai tshirt and bottom track ja sebab bebas and selesa bergerak. Muka sememeh itu trademark..Hehe. Yang penting nak siapkan kerja secepat mungkin sebab nak cau cin cau balik tidoq. So, kalau yang mampu mekap cun-cun pi opis tu aku memang tabek spring toing toing ler. Selalunya cuma cun sikit time kena keluar pi meeting. Well, air muka mesti mau jaga, nanti kena kutuk ngan consultant lain pula. Hehe. Normally yang bergaya sakan geng Arkitek la sebab bak kata depa biar papa asal bergaya.. hehe, QS punya konsep selagi boleh jimat cost selagi tu kita guna. Contoh kalau boleh minum teh o ais kedai makcik minah rege sehengget buat pe ko nak pergi minum kat restoran atas kapal yang rege 8 hengget tu kan. Rasa sama jer.. Hihihi. And walaupun korang punya offer letter tu kata office hour 8.30am-5.30pm jangan mimpi lah.. Mungkin sebulan sekali dapatlah kot balik on time. Normally paling awal korang boleh belah dari opis tu pukul 7 malam. So tak payah lah verangan planning apa-apa aktiviti menarik waktu malam. By the time ko left office, kepala hotak dok nampak katil jer. Masa mula-mula aku masuk kerja, terus kena buat measurement. Everyday keluar umah kul 7 pagi then balik pukul 12 malam. Dok menyewa ramai-ramai sampai semua heran apalah aku and kawan aku keja kan.. Kahkahkah. Tak lalu dah nak layan korang sembang wey. Masing-masing assume sendiri lah na. And kalau korang jenis yang lemah lembut ayu gemalai tu, jangan lah kerja QS. Mahu menanges berbaldi hari-hari. Mana taknya, semua benda nak kena buat cepat, siap on time. Salah sikit kena marah ngan bos, pastu pi meeting tergagap-gagap nak jawab kena marah ngan client. Ini belum campur lagi masalah perang dunia between consultants. Memang zalim wey dunia construction.

Saat paling menyampah ialah saat buat measurement untuk siapkan tender. Setiap consultant akan dapat time masing-masing untuk siapkan dokumen yang sepatutnya. Arkitek op kos lah orang 1st kan sebab dia yang kena siapkan design. Ko nak bangunan bentuk apa wahai client cakap jer. Janji ada duit. Lepas Arkitek siap design dia akan pas drawing dia tu kepada Engineer. Maka civil & structural enginner and mechanical & electrical engineer pun buatlah details bangunan tu. Besar mana tiang nak pakai, tebal mana lantai nak bina, berapa banyak konkrit and besi nak letak dalam tu. Berapa banyak wire lampu nak letak kat bangunan tu, segala jenis paip air, paip najis semua lah. Then last sekali baru semua drawings tu sampai kat QS. Oh, tapi hal mechanical & electrical engineer dia sendiri buat. QS tak ambil peduli. Proses ni semua dengar macam smooth jer flow dia kan. Tapi ini semua atas kertas je. Kebanyakkan drawings yang sampai mesti dah lewat, so masa QS dah dimakan oleh consultants lain. Pastu drawings yang sampai pula ada yang complete ada yang tak complete. Pendek kata, unofficially QS ni jadi tukang cek drawing Arkitek and Engineer tak berbayar. Mana tak hanginn kan. Ko mengharapkan sampai jer drawings atas meja semua complete tapi ada pula discrepancies between drawings Architect and Engineer. Nak kena hantar query pula minta clarify. Nak tunggu jawab query pun seminggu, itu pun kalau jawab. Kalau tak jawab hangin kus-kus dah satu badan so terpaksa lah ko assume sendiri apa yang tak betul tu. Then nanti during construction startla drama, eh tak de pula kitaorang allow benda ni dalam drawing. Memang ler tak der sebab tu QS assume. Kalau ada and ko jawab query tak la jadi camni. Daripada langsung tak der and nanti nak kena tambah kos baru baik assume jer dulu kan, at least dah ada kos kat situ. Gurrrrrr... masa tu korang nampak si Arkitek and Engineers tu kecik besar kecik besar jer, rasa macam nak hentak sekali masuk dalam lubang piling tu. Puaihh hati... Hahahaha. Emo tak aku. Kihkihkih. Kalau bergaduh dalam meeting kan, kalah loyar kat court sana nun. Nak-nak pula kalau bergaduh dengan contractor, lagi hanginnn. Camna lah aku tak darah tinggi..Hehe.

During construction pula paling menyampah kalau tetiba ada benda baru nak tambah. Contoh dulu rumah jamban ada sebiji tapi nak tambah jadi lagi sebiji. So, kenalah kira pula berapa anggaran kos. Kat sini kadang boleh bergaduh juga. Ye lah, tunggu Arkitek bagi design pun lambat, tunggu details dari Engineer pun lambat, tunggu client kompem pun lambat, pastu dapat pula kontraktor yang buat kerja lambat. Sabar jer lah. Oh, masa tender tu kan, katalah client invite 5 kontraktor isi tender. Tempoh untuk isi tender tu selalunya 2-3 minggu la. Lepas semua dah submit, QS kena evaluate tender tu then buat report bagi client. Yer lah, nak tengok sapa bagi harga ok and sapa bagi harga ko. Then recommend la kat client mana kontraktor yang QS rasa layak dapat job tu tapi up to client la nak accept ke tak kan. Bila projek dah awarded, setiap bulan kenalah buat valuation. Tengok berapa peratus kontraktor dah siap kerja so bayarlah dia bulan-bulan based on kerja yang dah siap tu. Bukanlah bermakna kontraktor dapat projek nilai 50 juta hengget terus ko bagi dia segedabak 50 juta hengget tu. Buatnya lepas dapat duit terus dia lari, nganga lah ko client. Hehe. And QS juga boleh jadi lawyer tau. Sebab QS boleh ambil master dalam law of construction. Kalau ada masalah dalam contract tu, tak derlah sampai bawa masuk court. Tapi pergi arbitration jerlah. So, kat sini QS boleh jadi arbitrator sebab seorang QS perlu hadam tentang construction contract. Mana tak kena hadam, semua benda tanya QS. Sekejap client call, sekejap arkitek call, sekejap engineer call and contractor pun sama. Tanya dalam contract kita ada tak benda ni, ada tak benda tu?? Walhal masing-masing dah ada contract document tapi MALAS kan... Yerlah, bagi diaorang QS just dok goyang kaki kat opis tunggu call diaorang untuk berkhidmat kat diaorang. Kalau ko dapat team consultants and contractor yang sama mengada memang ler ko rasa nak hempuk-hempuk jer semua orang kan. Kahkahkah.Gaji QS pula??? Tak derlah sehebat yang digembar gemburkan. Itu ikut rezeki masing-masing and tengok company juga. Kalau company besar banyaklah gaji nya, kalau company kecik yang projek pun ciput camna nak bayar ko mahal-mahal kan. Tapi Alhamdulillah, masih bergaji. And tak kesahla apa kerja korang, tapi gaji bulanan still tak cukup.. carilah side income macam aku ni. JOM JOIN SHAKLEE SEKARANG !!!

Dari segi workaholic pula, awal-awal kerja setakat masuk opis kul 7 pagi and balik kul 3 pagi, and tak tidur 2 hari tu memang no hal la. Maintain segar bugar jer badan tu. Hari ketiga baru ko weng tapi belum sampai tahap zombi. Zombi tu kalau ko dah seminggu tidur 2 jam jer.. Hehe. Bangga jer cita kat orang ko tak tidur 3 hari tapi still boleh drive pergi opis, pergi meeting, pergi sana, pergi sinun. Maklumlah badan tengah muda, semangat tengah membara. Tapi bila dah masuk umur 30-an macam aku ni, sehari tak tidur pun ko dah pening cik Jah. Kalau dua hari memang dah mereng la kepala hotak tu. Orang buat salah sikit ko rasa nak penampar German je orang tu. Time time cegini lawak bodoh sangat tak dialu-alukan ok. Itu cari mampus namanya. Hewheww... Makan memang tunggang langgang la. Mana sempat jer masuk mulut. Nak dapatkan proper meal and makanan berkhasiat setiap waktu memang tak lah. Kalau dah busy tu memang order delivery food jerlah. Penah satu tahun tu time bulan posa, buka posa and sahur order McD. Sampai seminggu berturut-turut. Lepas dah boring McD, order pizza pula. Dari pizza hut sampailah Dominos. Hambek kau!!! Pas settle keja sebulan tu, kami band pizza and McD selama setengah tahun. Haha. Muntah wey tengok. Bos nak belanja pizza pun direct cakap tak nak, tolongla belanja tomyam.. Hehe, hebat tak?? Sebab tu lah, kesihatan badan sangat sangat sangat kena jaga dari muda ni. Aku ni bila dah masuk 30 baru start nak jaga, so lambat sikitlah kesannya kan. Tapi Alhamdulillah makin bertambah baik ^_^

So, bila dah masuk 30 badan pun makin la tak bersemangat kan. Bangun pagi nak pergi kerja pun cam malas ja. Hari-hari pikir kalaulah boleh kerja sendiri, tak payah kerja ngan orang bestnya. Tak payah pening bangun pagi-pagi rushing dalam jem pergi kerja, maghrib dok atas jalan lagi... Kalau atas jalan, kalau kat opis lagi camna.. Huhu. Sindrom aku bila dah nak masuk usia 30-an tu kan, terasa sungguh letihnya badan. Walhal buat benda yang sama ja macam mula-mula kerja. Tapi awat kali ni rasa macam tak mampu nak go on. Kalau sehari pun balik lambat esok tu mesti kepala sangat pening. Everyday juga rasa letih and selalu jer terlelap kat opis. Penah juga la beberapa kali kantoi ngan ex-bos sebab terlelap depan komputer tu sampai kena warning. So, pikir punya pikir tak leh jadi ni. Harus bertindak segera cari jalan penyelesaian. Terus jer pm my friend yang jual shaklee tanya apa suplemen yang bagus untuk kecergasan tubuh badan. Then dapatlah sugestion dari dia. Memang tak pikir panjang tak tanya empat lima kali dah, terus jer ok. Time tu juga transfer duit. 

Selepas seminggu makan suplemen tu still tak rasa apa-apa lagi, macam biasa jer. Yelah bukannya ubat ko nak terus dapat kesan dia kan. Ini hanyalah suplemen, untuk tampung mana-mana keperluan badan yang kurang. Then masuk minggu kedua baru rasa kesannya. Tak derlah terus segar bugar kan tapi rasa mengantuk tu dah boleh control. Badan pun rasa segar ja. Paling best bonus rasa kenyang berpanjangan. Lepas sebulan consume consistently then memang puas hati sangat-sangat. Kalau dulu around pukul 10 pagi tu dah mengantuk tahap jebon, pas lunch around pukul 4 petang tu lagi lah mengantuk tahap cipan.. Basuh muka pun tak jalan. Pening kepala tahan. Tapi Alhamdulillah now tak der masalah lagi. Lunch hour pun tak payah makan, boleh tidur. Hehe. Disebabkan kepuasan hati yang tak terhingga, so masa repeat order aku join ahli and lepas 3 bulan yang sangat-sangat berpuas hati, aku start sharing kebaikkan nya ngan semua orang ^_^
Benda baik haruslah kongsi-kongsi kan coz sharing is caring :-)

So, apa yang aku ambil untuk membantu aku sentiasa kekal sihat dan cergas??? Ada 4 benda. Vita-lea multivitamin, B-complex, Cinch shake and ESP. Semua benda ni khas untuk membantu memberikan kecergasan yang berpanjangan. Memang terbaik dan sangat bagus untuk semua orang ^_^

Multivitamin tertua dan terbaik di dunia
RM 88.75

Vita-lea Multivitamin

Kalau korang nak tahu, ini adalah multivitamin tertua di dunia, yang mula-mula sekali dihasilkan. Dulu dalam bentuk cecair but now dah diubah dalam bentuk tablet so senang nak telan. Bahan-bahannya pula of course lah menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi tanpa sebarang perisa, perasa or bahan tiruan sebab shaklee kan always green, always works and alway safe. Sebab tu lah multivitamin ni sangat penting untuk semua orang ambil. Sebabnya setiap hari makanan yang kita makan tu haruslah tak cukup zat dan khasiatnya kan. Pendek kata tak mengikuti gizi seimbang yang disarankan lah. So, multivitamin ni akan menampung mana-mana zat dan khasiat makanan yang kurang dalam badan kita tu. 
Lagi satu, ramai yang pregnant makan ni sangat membantu dalam naikkan paras Hb yang rendah tu. So, bila badan dan cukup khasiat, barulah boleh kekal segar bugar sentiasa kan...
Paling best sebotol ni ada 120 biji, sehari sebiji so tahanlah 4 bulan. Harga cumalah RM88.75. Sangat berbaloi kan.


Vitamin B-Complex

Vitamin pemberi tenaga dan anti-stress
RM 53.75
B-complex ni penting sebab fungsinya ialah menukarkan makanan yang kita makan tu kepada tenaga. Dari situ lah badan kita akan sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Orang perempuan kan... sangatlah penting untuk ambil B-Complex ni sebab dalamnya kaya dengan asid folik. Asid folik ni sangat penting bagi sesiapa yang tengah buat persediaan untuk mengandung dan yang tengah mengandung. Sebab kalau orang mengandung kurang asid folik, risiko baby dalam kandungan tu untuk mengalami neurological birth defects sangat tinggi dan tumbesarannya juga turut terbantut. Contoh yang selalu terjadi ialah spina bifida.
Lagi pula kan, dalam vitamin B-Complex ni ada vitamin B1(thiamine) yang membantu badan mengeluarkan sel-sel baru yang sihat. Vitamin B1 ni juga selalunya orang panggil vitamin anti-stress sebab ia mampu melindungi sistem immune badan. Ha..!!! so, memang patutlah QS makan vitamin ni kan. Kalau tak boleh meroyan stress kerja.. Huhu. Oh, sebab tu lah vitamin B-Complex ni wajib ada dalam set berpantang shaklee. Tujuannya nak protect ibu-ibu dalam pantang dari stress ler.. Kalau stress nanti meroyan. Bahaya tu. Jagalah kesihatan anda demi masa depan keluarga anda..
Dalam sebotol ni ada 120biji, sehari 1 biji so boleh tahan 4 bulan.
Harga vitamin B-complex ni tersangatlah murah berbanding khasiatnya. Hanya RM53.75 jer sebotol.

Protein shake mengekalkan tenaga berpanjangan
RM 150.00

ESP - Energizing Soy Protein

Ni ialah minuman berprotein tinggi yang diperbuat dari kacang soya non-GMO. Menatang apakah non-GMO itu???? Hehe... Nama penuh dia non genetically modified organism. Maksudnya kacang-kacang soya yang digunakan untuk buat ESP ni semuanya ditanam secara organik tanpa sebarang perubahan pada genetiknya. Tak der cucuk-cucuk hormon bagai pada kacang soya ni ok. Semuanya ditanam secara asli. Kebanyakan kacang soya yang dijual di pasaran dan diubah genetiknya disebabkan nak untung punya pasal. Diaorang akan cucuk hormon estrogen dalam genetik kacang tu supaya ia tumbuh dengan lebih besar. Then bolehlah untung lebih. Tapi shaklee punya kacang soya tak der masalah ni ok. Selalu kita dengar macam-macam keburukan orang cakap tentang soya kan?? Well, tu semua terjadi sebab soya-soya yang dah diubah genetik tu lah. Jangan ambil mudah benda ni tau sebab soya GMO ni kalau kita consume hari-hari dalam jangka masa panjang, macam-macam penyakit bahaya boleh jadi. Ada satu kajian yang dijalankan di Canada, diaorang jumpa racun serangga dalam darah wanita yang pregnant sebab selalu makan jagung yang GMO ni. Racun tu juga ada dalam saluran darah ke baby dalam kandungan tu. Sangat bahaya makanan yang ada GMO ni seban tokxin tu semua tak tercerna dalam sistem penghadaman kita. Sebab tu lah, shaklee hanya menggunakan bahan-bahan yang asli dan non-GMO jer. Ye lah kan.. apa guna makan suplemen tapi menggunakan bahan yang membahayakan badan. Satu tong ESP ni berat dia 850g. Sehari aku campur satu scoop jer ngan cinch shake, so tahanla dua bulan. Paling best, bukan setakat bagi tenaga, ESP ni juga bagi rasa kenyang yang berpanjangan sebab indeks glisemik (GI) nya hanyalah 39. So sangat sesuai untuk orang yang ada gastrik and kencing manis sebabnya lagi rendah GI lagi lambat lah pembebasan gula dalam darah. Lagi lambat keluar lagi lama rasa kenyang. So, yang nak berdiet kontrol makan tu sesuai sangatlah kan ambil ESP ni macam aku. Hehe. Ada bonus lagi, sebab ESP ni kan kaya protein, maka dia turut membantu renew sel-sel yang lama dalam badan kita. Hasilnya, kulit jadi makin halus mulus and segala parut yang ada kat badan pun makin hilang. Best kan... ^_^ Harga satu tong... hanyalah RM150.00 sahaja.


Minuman berprotein tinggi yang membantu anda kurus

 Cinch Shake

Ini paling favorite ni. Ini pun diperbuat dari kacang soya juga tapi ada perisa and ada satu lagi bahan tambahan yang sangat sangat sangat membantu badan jadi lebih kental dan sado.. Hehe. Menda alah apa tu???? Nama dia leucine. Leucine ni dia trigger pertumbuhan otot and mengekalkan otot-otot yang ada dalam badan kita. Sebab leucine ni pun asid amino juga. Contoh macam ni, kalau badan-badan yang overweight macam aku ni kan, uhukuhuk.. Bila start diet, memang lemak akan berkurang tapi kalau makanan yang kita makan tak der leucine ni badan akan jadi menggelebeh. Sebab lemak-lemak dah pecah tapi kulit yang dulunya meregang tu still ada kat situ. So, kat sinilah leucine ni membantu. Dia akan tukarkan lemak-lemak tu kepada otot, means bila kita kurangkan lemak-lemak yang ada dalam badan kita kan, tak derlah kita jadi kurus yang menggelebeh macam kulit lembu yang tak cukup makan tu. huahuahua... Sebab tu, kilo tu tak menunjukkan pengurangan berat badan tapi kita boleh tengok size badan kita. Sebab badan yang banyak otot, memang akan berat walaupun orang tu kurus jer. And minuman protein yang ada leucine ni memang menjadi minuman wajib kaki-kaki gym. Of course lah kan, dah penat-penat workout haruslah kena maintain muscle tu.. Biar sado macam Kim Jong Kook.. Hahahaha. Hebatkan encik leucine ni. Nah boleh baca lebih lanjut lagi tentang leucine ni kat SINI
Cinch shake ni lagilah membantu mengekalkan tenaga berpanjangan and buat kita rasa kenyang yang panjang. Sebabnya GI dia hanya 22. So korang rasa tak kebabomnya bila ESP dan Cinch Shake bersatu. Memang superb habis. Favorite perisa aku op kos lah chocolate coz I am a chocolate's lover ^_^
So, pagi-pagi aku campur satu scoop cinch ngan satu scoop ESP and tahan kenyang sampai petang. Rasa mengantuk memang Alhamdulillah dah tak der. Kadang-kadang sangat baru dia datang. Hehe. 
Oh, rege dia??? Satu tong ni untuk sebulan, harga dia hanyalah RM173.00. Tapi kan bulan ni ada promo cinch shake perisa coklat and caffe latte, beli 3 tong percuma 1 tong. Wallawehhh... sangat untung dan berbaloi dan menjimatkannnnnnnn.... i likeeeeeeeeeee ^_^

Makanya, aku nak ler ajak korang semua makan suplement ni sebab aku dah rasa ke'best'an nya... :-)
Seperti biasa kalau nak tanya apa-apa boleh terus pm ke inbox fan page ni Lu'lu' Kasih or boleh terus contact ini no 012-5379145. Layanan tiptop and free consultation untuk korang semua yang seikhlas hati nak sama-sama sihat and cun vogue d vazz macam aku..Hehe.

So... begitulah serba sedikit cerita aku tentang hidup aku sebagai career woman yang mencari cara untuk stay fit, stay healthy and stay gorgeous.. Ahaksssss. Career woman sangat kan.. Penat keja tak tau nak habaq camna. Tak sabaq nak dapat income 5 angka ngan shaklee, pastu boleh resign rileks-rileks dok rumah and travel around the world. Setiap tahun wajib balik kampung mertua kan Donghae. Kahkahkah... Yang ni memang tak boleh belah kan tahap verangan dia...Hahaha. Tapi ni review untuk QS yang kerja ngan consultant jer. Kalau nak rileks korang kerja lah ngan JKR. Pukul 5 tepat dah boleh balik..hehe. Kerja ngan developer pun rileks juga, maklumlah di pihak client, kerjanya mengarah consultant ja.. Haha, marah geng QS developer. Actually ngan sapa pun korang kerja kalau dapat team yang tak best, tahap stress nya tu sama jer. Huhu.. So, be happy with your works ok, niat nak cari ilmu and rezeki LILLAHI TA'ALA :-)



Sampai sini dulu, jumpa lagi di lain entry ok. Entry jalan-jalan Korea ada 2 hari lagi.. FIGHTING!!!

Kamsahabnida kepada semua yang sudi membaca :-)


19 comments:

  1. baru tahu maksud QS...tak sangka sal kerja QS... :-))

    ReplyDelete
  2. ye kak yan.. saya keja QS. tp xsangka pula k.yan tahu ttg QS..hehe

    ReplyDelete
  3. Sally duduk dalam construction company ni mmg faham sangat..hahahaha

    ReplyDelete
  4. fuhh...pening..pening...susah jugak kejer sbg QS ni...sis JM mmg x mampu...tapi kalau Samy Vellu mmg i kenal..."anda perlu derma DARA"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hisap DADA yaa Jay Emm... DADA musuh negara... He He He...

      Delete
  5. hehehehe.. propa lebih.. sbenarnya xdak bergaya ahaha itu lawak.. biasalah drama..
    kang x propa tak laku la citer.. hihi..

    CT dulu dapat offer QS gak tapi tak pegi.. malas da nak serabut kepala ngn nombor..

    ReplyDelete
  6. SS makan dengan QS... Duduk dengan QS.... Gosip dengan QS.... Gado dengan QS... Jalan dengan QS... Selama 5 tahun kiri kanan QS QS QS.... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  7. Hi saya berminat dalam bidang qs ni! Tapi lepas baca entry ni rasa mcm susah? Haha ada yg ckp qs ni senang sebab tkde pengiraan yg terlalu pack tp proses kerja mcm susah. Kena banyak berkomunikasi dengan orang. Dan saya rasa mmg perlukan good english? Rasanya hahaha saya baru dip in qs tp rasa mcm nak search semua pasal qs sebab minat. Tapi bila tgk entry ni masa kerja terlalu lama and gaji as you said tk cukup mcm..... Hahaha I thought gaji qs tinggi 😂🔫

    ReplyDelete
  8. Hi saya berminat dalam bidang qs ni! Tapi lepas baca entry ni rasa mcm susah? Haha ada yg ckp qs ni senang sebab tkde pengiraan yg terlalu pack tp proses kerja mcm susah. Kena banyak berkomunikasi dengan orang. Dan saya rasa mmg perlukan good english? Rasanya hahaha saya baru dip in qs tp rasa mcm nak search semua pasal qs sebab minat. Tapi bila tgk entry ni masa kerja terlalu lama and gaji as you said tk cukup mcm..... Hahaha I thought gaji qs tinggi 😂🔫

    ReplyDelete
  9. salam kak, kalau nak contact akak trough FB mcm mana? saya student UM QS, kalau boleh banyak nak tanya akak pasal QS ni. TQ

    ReplyDelete
  10. Yes.. mmg tu laa bidang qs������.. fuhh.. tidur office tu dah biasa.. and qs memang selekeh kecuali meeting.. kat office slipa jepun.. kuar meeting high heels.. bab gaji, sy puas hati laa.. sbb sy muda lg tp gaji not bad.. and market tgh demands skang utk qs.. campak je memana.. ttp dpt keje.. don't worry.. don't give up.. but mesti kene strong dgn number and logic.. kalau tak, mmg keje xsiap.. ������..

    ReplyDelete
  11. Yes.. mmg tu laa bidang qs������.. fuhh.. tidur office tu dah biasa.. and qs memang selekeh kecuali meeting.. kat office slipa jepun.. kuar meeting high heels.. bab gaji, sy puas hati laa.. sbb sy muda lg tp gaji not bad.. and market tgh demands skang utk qs.. campak je memana.. ttp dpt keje.. don't worry.. don't give up.. but mesti kene strong dgn number and logic.. kalau tak, mmg keje xsiap.. ������..

    ReplyDelete
  12. Hi akak! terhibur sungguh baca entry akak ni. Hahaha actually bulan 11 nnti sy akan start kerja sebagai QS. and skrg tgh gigih nak cari mcm mana life QS ni kak. mcm susah mcm senang, gaji boleh demand, waktu kerja lama. hahaha mcm mcm eh kak.. kalau lah akak boleh bg fb akak untuk sy cntact akak? bnyak ni nak tanya dengan akak.

    ReplyDelete
  13. haiii kita pun qs juga...dh dekat 6 tahun jd qs ni...dulu mmg malu gak lah sbb kos x femes kan..lps tu dgr ayah ckp kos paling bnyk math...lg lah rasa nk benti bljr je...tp bila dh keje...mmg best dn borink in same time...tido opis x yah ceta...masa dating hurmmm mmg x de sgt pun...tp alhamdulilah.... usaha tu kekdg setimpal dgn apa yang kerjakan.... jd salam perkenalan qs dr saya...ehheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. QS nie mudah dpt kerja ke?? dlam stu company tu brapa QS yg diperlukan??

      Delete
  14. assalam kak . sye nk tnye , dlm satu company tu QS mmg sorang je ke ? atau ada QS lain jgk ?

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^