My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Monday, March 9, 2015

Semoga Istiqomah... Aminnnn

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 9 bulan March kan... cepatnya masa berlalu. So, my dearest bloggers.. azam tahun baru dah start buat ke?? Or masih di awan awangan...hehehe... That applies to me though. Kuikuikui... Azam sejak pandai berazam, konon nak kurangkan berat badan tapi makan makin bertambah... Alamak!!!!! Nafsu menang sungguh..huhu. Makanya, haruslah rajin-rajinkan diri kan. Jangan lupa amalan untuk bekalan ke akhirat mesti bertambah juga ok. Mati bila-bila masa ajer... tak lewat walau 0.00001 saat pun. Astaghfirullah al azim.


Okay, last entry janji nak cerita tentang apa yang aku belajar kat kelas nutritisi tu kan. Bulan ni ceghita tentang kesihatan wanita. As i mentioned in my last entry, seram sejuk tengok bila nutritionist tu tunjuk slaid macam-macam penyakit wanita berisiko dapat, especially bila mencapai umur menopos. Penyakit paling glamor dan menggerikan ialah kanser. Kajian yang diberikan oleh Jabatan Onkologi Malaysia, setiap satu daripada 4 orang wanita di Malaysia disahkan menghidap kanser seumur hidup. Bila sebut seumur hidup means sampai mati la kanser tu berada dalam badan. Nauzubillahi min zalik... Kanser yang paling tinggi sekali kanser payudara, kemudian tempat kedua kanser kolon and diikuti dengan kanser serviks. Kanser payudara ni mudah nak kena kalau ibu-ibu yang breastfeed anak tak habis. Means saki baki susu tu ada yang tertinggal kat dalam then lama-lama mengeras jadi lump kat situ. Nutritionist tu cakap sebab tu dinasihatkan breastfeed anak sampai umur 2 tahun. Dalam Al-Quran pun ada mention tentang ni kan. Kanser kolon starting dengan susah buang air besar or sembelit la senang cakap. Lama-lama usus tersumbat. Dengar macam kecik punya hal kan tapi cayalah nanti lama-lama jadi besar punya hal..Huhuhu.... Ah, kat blog Dr. Shikin ada sharing kes bengkak usus sebab sembelit. Boleh baca kat SINI (Kes #1) dan SINI (Kes #2) dan SINI (Kes #3). 80% wanita yang berumur 25 tahun ke atas pula ramai yang menghidap kanser servics. Nauzubillahi min zalik....

Penyakit kedua paling glamor di kalangan wanita ialah osteoporosis. Wanita 35% - 50% lebih berisiko menghadapi osteoporosis berbanding lelaki. Mana taknya, time period, tulang bekerja kuat untuk hasilkan darah. Kalau bekalan kalsium setiap hari tak cukup, so simpanan kalsium yang ada dalam tulang tu dah digunakan. Maka tinggallah ruang-ruang kosong dalam tulang. Senang ceghita macam ni lah. Cuba ketuk-ketuk lantai rumah kita tu, sometimes ada tempat yang kita dengar bunyi kosong kan. Itu tandanya tak cukup concrete area tu. Samalah macam tulang kita. Nampak je keras kat luar tapi kosong kat dalam. Pastu kalau pregnant pula, habis semua kalsium anak dalam perut tu ambil. Sebab tu mak-mak lepas beranak rambut banyak gugur la, gigi goyang-goyang la, pinggang pun sengal-sengal and sakit-sakit. Jadi, kita orang pompuan ni mesti makan kalsium cukup setiap hari ok... And time period tu, kurangkan minuman berkafein sebab caffein akan halang kalsium dari terbina dan lipat gandakan pengambilan kalsium ok. Kat kelas tu juga siap tunjuk video simulasi cam mana tulang kira mereput kalau tak cukup kalsium. Oh, orang yang kena slip disc tu sebab kalsium kurang dalam badan lah tu just like my mom... And aku rasa kalsium aku pun kurang juga sebab tak lalu minum susu..Huhu. Tapi sekrang paksakan diri juga demi kesihatan. Itupun sebab ambil cinch shake shaklee, campur sekali. Kalau tak memang tak gheti-gheti nak minum lagi susu tu kan...Huhu

Bila belajar tentang penyakit dan masalah nya, and cara nak cegahnya, tak puas rasa sejam setengah tu. So, bila dah tengok macam-macam penyakit tu, mestilah takut and sedar diri kan. Kalau tak sedar lagi.. haihhhh.. tak tahu lah nak cakap apa dah.. Huhu. Maka, weight loss plan pun mula dirancang..hehe. Minggu lepas pulun pi cari weight scale yang boleh cek macam-macam tu. Survey harga dari dalam website sampai ke shopping complex. Dapat harga yang paling murah kat kedai health care kat Subang Parade. Pulun sungguh kan??? haha. Oklah, after discount 30% dapat harga 199 hengget. So, sampai ja umah terus timbang.. Ah!!!!!!!!!!!!!!!!! Tak usah dicerita dulu lah yer berapa berat...hehehe. Tapi lemak lebihan yang ada dalam badan 7.50 kg.. Huhu... SILA INSAF!!!!!!!!!!!!!!!!! Jumlah air pun kurang. Dok perasan macam cukup dah minum air setiap hari tu kan??? Air kosong ok bukan air teh ais ke, milo dinosour ke, tembikai laici ke or wuteva yang seangkatan dengganya.

Kurangkan lemak pada dalam badan
Mari mari cek lemak selalu...hehehe

Makanya, langkah pertama haruslah minum air yang cukup setiap hari. Macam mana nak kira berapa liter air kena minum setiap hari??? Mudah ajer... setiap 25kg berat badan kita, minum 1 liter air. Contoh kalau badan berat 50kg, so kena minum 2 liter air kosong sehari. Then kalau ada makan suplemen tambah lagi 1 liter. Sebabnya kalau macam suplemen shaklee ni kan, yang diperbuat dari tumbuhan-tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi dan dijamin 100% halal, kepekatannya sangat tinggi. Jadi, ia perlukan air yang banyak dan mencukupi untuk proses dengan betul dan lancar. Barulah segala zat dan khasiat dapat diserap badan. Kalau tak sia-sia jer makan suplemen kan. Hiihihihi. Ibarat macam mesin basuh la, kalau air sikit macam mana baju tu nak berputar dan dicuci dengan betul.. Faham!!! Bagus !!!! And kalau ada minum air manis, korang kena tambah lagi kuantiti air kosong yang diambil. Nak tambah banyak mana??? Sama banyak ngan air manis tadi tu lah.

So, setiap hari air yang aku kena minum lebih sikit dari 4 litre... Haipppp!!! Jangan cuba-cuba nak kira berapa berat yer...Hewhewhew... Memang sejam sekali la lawatan ke toilet dilakukan. Kadang tu bila tengah khusyuk buat kerja, try la tahan sat rasa nak terkucil tu tapi punya la seksa. Huhu... tergedik-gedik kaki tu bawah meja... tak senonoh kan. hehe... Then kalau drive balik kerja takleh balik time jem sebab nanti more than one hour travel time nyer. Pastu kalut la cari stesen minyak untuk tunaikan hajat...hehee. And bila betul-betul minum air yang cukup memang terasa sungguh perbezaannya. 1st bibir dah tak kering sampai berdarah.. Then kulit pun makin lembap, dah tak ada lah kes bila garu jadi garisan kaler putih tu. Garisan tu muncul bila badan kurang vitamin C and kurang air.

Pastu, start la exercise. Tapi bukanlah drastik sampai patah riuk kan.. Untuk permulaan ni buat yang ringan-ringan dulu janji konsisten. Every morning bangun jer tidur exercise dulu 5 minit. Mesti korang cakap hah!!! 5 minit jer?? Otot pun tak dan nak lentur.. Ha!!!! Jangan tak tahu, iolss ada senaman 5 minit tapi bila buat effect nya sama macam sejam punya senaman tu. Tak caya???? Korang try lah sendiri hokay.... ni video kat bawah ni!!! Memang berpeluh i tell u, lagi-lagi kalau korang yang spesies aku yang jenis cepat berpeluh ni. Kalau jadi pengantin mesti tension jer mak andam tu kan..hehe. Asyik berpeluh je, abeh mekap tu ha!!! Hahaha..

video

And of course lagi satu lakukan proses detox badan just like i mentioned dalam my entry tentang lemak degil di peha and perut di SINI . And DIET..... harus kontrol nafsu setan dalam badan tu. Jangan main bedal jer semua benda.. Pikir pikir tentang badan juga!!! Ok... ni peringatan untuk diri sendiri juga..Hehehe.

Ok... buat masa sekarang ini jer dulu updatenya.  ^_^
Nanti i hapdate perkembangan seterusnya. Eh!!! perkembangan???!!! No no no no no... should be pengecutan...hehehe....

Ok... sampai sini dulu.

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

23 comments:

  1. bab nak terkucil tu yg malas minum air banyak. dudk rumah senanglah. kalu tengah drive dalam jem..ermmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp setiap hari memg kena mnum banyk air pun kak yon.. kalau tak sistem badan tak dapat berfungsi dengan betul

      Delete
  2. CT dalam usaha mengecilkan badan jugak.. alhamdulillah DA berkesan untuk CT tapi biasalah on off on off.. baru2 ni saja p scan perut ahaha.. asyik rasa senak saja takut laaah dengan umur2 yg makin meningkat ni..
    alhamdulillah xde pe tapi doc sempat tazkirah seround.. jaga berat.. baaaiklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kena tazkirah ngan doc tu memg biasa pn...ok jom ct, sama2 kita kuruskan badan bg vogue d vazzz... niat dh terpesong kan....hehe.. demi kesihatan yg berpanjangan :-)

      Delete
    2. hehehe tp jujurnya mmg nak kurus sbb 30% nak cantik n the rest haaaa agih2kan sendiri hihi..

      Delete
  3. tu laa ape2 pun kite kene sederhana dlm pengambilan makanan...akak punye tips senang jek...buat puasa sunat...in sha Allah berat terkawal.... pemilihan mknn pun kene betul...kene kurang kan yg lemak2 tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa la paling senang nk diet kn kak lieya. tp mkn yg berlemak tu lah yg palng sedap..hehehe

      Delete
  4. jom kita minum air kosong byk2...jgn smpai kembung lak kang hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. dh kembung blh terapung dlm laut akak

      Delete
    2. hhhahaha...xyah nek kapal la kann

      Delete
  5. kalau gi kelas nutrisi tu ..tengok balik diet harian kita memang jauh beza..banyak nak kena topupkan sian badan selama ni kerja keras..umur sistem badam tua lebih 10 tahun dari usia kita sebenar..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu 10 thn lbh tua ok lagi.. buatnya 25 tahun. memg trus xmakn nasi stgah tahun..hehe. ari2 telan vitamin n buah jer

      Delete
  6. saya memang suka minum air kosong 8 gelas setiap hari :-)

    http://inilamanblogsaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 gelas tu pn kena tgok berapa banyak seb gelas masing2 tak sama kan ukuran dia..

      Delete
  7. tips dari sis JM kurangkan pengambilan nasi sehari dan kurangkan minuman manis dan lebihkan air puteh...yg paling penting rajin buat senaman...nk kurus jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalhnya sis JM oi.. tengok nasi tu menggoda betul.hehe. nak ambil segenggam je memg rasa kesian kt perut..haha. tp air manis memg jarang minum pn. everyday memg mnum air kosong jer

      Delete
  8. itulah bak kata Nur..perlu istiqomah dan kuat semangat!

    ReplyDelete
  9. insyallah..klo istiqomah mmg bjaya..
    lya amalkan infused water sekarang.. rsa segar bdan..
    just guna buah lemon je.. lain2 x pnh try lg

    ReplyDelete
  10. best of luck! jangan lupa share result...whether positive or negative outcome ye! hihihi

    ReplyDelete
  11. Puasa adalah jalan terbaik utk SS...

    ReplyDelete
  12. Tulah 1 masalah akak...tak pernah siyes pk azam tahun baru.
    Kalau pernah pk pun x pernah nak ingat.
    Cuma, pk nak buat yang terbaik je as a Muslimah tapi kalau xde sasaran...susah nak nilai pencapaian kan, betul x?

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^