My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Sunday, March 1, 2015

Lemak oh lemak!!! Kenapa lemak lebih banyak pada bahagian perut dan peha???

Assalamualaikum...

Wah!!! Lama benar daku berhibernasi dari blogging kan...hewhew. Dah hampir frozen ini blog. Mana tak frozen, cuti chinese new year seminggu, masuk jer opis kerja yang deadline minggu ni juga sedang melambai-lambai. Akibatnya selagi tak pukul 9 malam tak leh keluar opis...Huhu... Apakan daya, demi mencari sesuap nasi. Dan bila dapat cuti panjang so balik kampung ler.. lagi lah dasyat daku berhibernasi sambil melipat gandakan pengeluaran lemak dengan jayanya. Hahahaha....


Akibat hibernasi seminggu di rumah itu, maka makin menjadi-jadi pengeluasan jajahan lemak di tubuh ini. Ye lah... mana tak nya, pagi petang siang malam makan masakan mak iolss yang super duper marvellous tu... haruslah lelemak pun berparti dengan jayanya. Gila nak tengok saja masakan mak yang deliciously sedap itu!!!! Of course lah bantai semahu mahunya kan...Haha.. Ditambah pula dengan kenduri sana sini, lagilah perut dan nafsu daku yang diutamakan... huahuahua... Then bila masuk opis baru terasa badan mengembang dengan jayanya, seluar jeans  tetiba terasa menguncup. Lubang belt berkurang satu. Apakah????!!!!! Hah!!! Baru datang keinsafan....Huhuhu.Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! Terus kalut mencari dan bertanya sana sini sinun apakah punca dan bagaimanakah cara untuk mengurangkan lemak yang berleluasa di kawasan sekitar perut dan peha. Baru nak kalut kan..hewhew. Akhirnya dapat juga jawapan yang memuaskan hati dan daku rasakan memang betul dan tepat dengan diri ku. Langkah drastik harus diambil untuk mengecilkan saiz peha dan mengempiskan perut... Jom jom baca bagaimana caranya, hasil perbincangan dengan kawan-kawan dan jawapan yang pakcik G bagi *_*

So, apakah faktor yang menyebabkan lemak-lemak dengan bahagianya berkumpul di kawasan sekitar peha dan perut terutamanya kepada kaum wanita??? 

Setelah dikaji dan diselidiki, jawapannya ialah hati dan hormon estrogen. Apa kena mengena hati dan hormon estrogen pula???? Hormon estrogen berlebihan dikaitkan juga dengan fungsi hati yang lemah. Apabila hati gagal singkirkan estrogen berlebihan, maka lebih banyak sel-sel lemak akan dibentuk kerana estrogen meransang pembentukkan sel-sel lemak. Bila sel lemak bertambah, ia pula akan ransang pengeluaran estrogen. Sangat saling bantu membantu kan mereka ini. Wonderpets sangat....!!! T_T
Estrogen pula akan mengikat sodium iaitu garan, dan kemudian akan menakung air dalam badan. Maka jadilah berat badan berlebihan.

Fungsi Hati

Mengikut keterangan yang diberikan dalam website medicalnewstoday ini, hormon estrogen ni merupakan hormon utama dalam wanita. Hormon estrogen ni memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pertumbuhan ciri-ciri kewanitaan. Sebab itu lah, yang jantina bertentangan kalau teringin bebenar nak jadi wanita, diaorang akan makan banyak-banyak hormon estrogen ni...Hewhew.. HARAM ok untuk yang beragama ISLAM merubah ciptaan ALLAH. JANGAN BUAT !!!!!!!!! Ok, hormon estrogen ni majoriti dihasilkan ovari. Cumanya, banyak mana hormon ni ada dalam badan kita akan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Lebih tak boleh kurang pun tak boleh, harus ngam-ngam dengan keperluan badan ok. Dalam kes diriku ini, of course lah dikhuatiri terlebih hormon estrogen dalam badan kan...Huhuu. Confirmation belum ada, kena pergi buat medical checkup untuk kompem kan tapi melihat kepada ciri-ciri dan simptom-simptom yang ada macam betul...Hewhewhew. So, apakah simptom yang menunjukkan daku terlebih hormon estrogen???

  • Berat badan berlebihan
  • Darah tinggi
Ha... dua jer simptom nya, nampak sikit kan tapi effectnya sangat besar kot kat diriku ini...Dan semua wanita harus tahu, hormon estrogen yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan CANCER juga hokay.. Huhuhu.. Maka, untuk mengurangkan jumlah estrogen yang dikhuatiri berlebihan dalam diri ini, tindakan segera harus diambil. Langkah-langkah pencegahan harus dijalankan!!!!!!!!!!!! TIDAK BOLEH BERLENGAH LAGI!!!!!!! Oh, korang boleh baca lebih lanjut tentang akibat hormon estrogen berlebihan kat SINI .

JADI, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGURANGKAN HORMON ESTROGEN BERLEBIHAN DALAM BADAN ???

Pertama-tama sekali, hormon estrogen yang berlebihan akan dikumuhkan dari badan oleh hati. Maka hati harus sentiasa berfungsi dengan betul, hati harus bersih. Hati ialah tempat pengumpulan dan penapisan segala kotoran dan toksin yang ada dalam badan. Sebab tu hati merupakan organ kedua terpenting selepas jantung. Sebab tu juga kita kena lebihkan penjagaan hati, sebab kalau hati tak berfungsi dengan betul, seluruh badan akan dapat effect. Antara masalah yang timbul kalau hati problem ialah:-
  • Nafas berbau longkang
  • Sentiasa letih dan tak bermaya - toksin banyak dalam badan
  • Sukar untuk tidur lena - imsomnia
  • Sentiasa berdebar - berdebar tengok abam encem lain cita..hehe
  • Memori lemah, susah bebenor nak ingat benda - ke sebab tertelan 1000 ekor semut???
  • Masalah kulit yang teruk especially berjerawat lah
  • Complexion kulit kurenggg bagus, kulit nampak pucat dan kusam
  • Hypoglisemia
  • Arthritis
  • Masalah tyroid
Ada banyak lagi masalah yang akan timbul kalau hati problem. 

Keduanya, untuk mengurangkan hormon estrogen berlebihan dalam badan, kenalah kurangkan makanan yang kaya dengan estrogen. Contoh macam kayang soya, kacang hijau, kacang merah, buah delima, rasberry, carrot, apple, minyak flaxseed dan mintak evening primrose. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam dan disembur dengan bahan kimia seperti pesticide pun mengandungi hormon estrogen. Sebab tu lah kandungan hormon estrogen dalam badan kita banyak daripada sumber makanan. So, sebelum makan buah-buahan dan sayur-sayuran tu, campur satu sudu cuka dalam air dan rendam buah-buah and sayur-sayur tu selama 20 - 30 minit kemudian basuh dengan air bersih. Sebabnya cuka akan menyerap racun-racun kimia yang ada dalam buah-buah and sayur-sayur tu. Jadi, selalu lah makan makanan yang ditanam secara organik tanpa sebarang penggunaan bahan kimia samada hormon pembesaran ataupun pesticide :-)

Ketiga, senaman setiap hari. Senaman pagi sangat bagus untuk jantung dan hati. Sebab senaman di waktu pagi akan menggerakkan hati, so hati jadi lebih sihat. Selain itu, senaman setiap hari juga dapat mengurangkan paras estrogen dan stress. Badan akan jadi lebih rileks, bila relax saluran darah akan terbuka dan merilekskan organ-organ lain dalam badan.. Happy kan.??? Senyummmm ^_^

MACAM MANA NAK CUCI HATI ???

Cuci hati secara rohani, cucilah dengan pelbanyakkan amal ibadat. Solat 5 kali setiap hari jangan tinggal, baca Al-Quran setiap hari, selalulah berzikir, sentiasa bersedekah, sentiasa bersangka baik dan sebelum tidur belajar meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang. Memang bercakap mudah kan, tapi cuba sedaya-upaya lakukan setiap hari, INSYA ALLAH lama-lama jadi habit dan hidup lebih tenang.. :-)

Cuci hati secara fizikal pula, kena selalu detox hati. Kurangkan makan makanan yang boleh melemahkan fungsi hati seperti tepung putih, gula putih, caffeine, chocolate, deep fried foods, buah-buah citrus, tomato, pisang dan minuman sejuk. Amalkan memakan supplement atau makanan yang kaya dengan vitamin B, vitamin C dan juga mineral-mineral yang memberikan kesihatan dan tenaga kepada badan.

Tetapi, sebelum makan suplemen ni semua, hati, usus dan darah mesti cuci dan bebas toksin. Barulah penyerapan dapat dilakukan secara maksimum. Ramai orang yang mensia-siakan wang mereka dengan mengambil suplemen, tetapi hati, usus dan darah tidak cuci. Jadi, sebelum ambil apa-apa suplemen, jom lah kita ramai-ramai cuci and detox badan kita...... So, suplemen apa yang sesuai untuk detox badan??? Jawapannya ialah DTX Complex dan Alfalfa Complex.

DTX  Complex.. diperbuat daripada 6 ramuan khas untuk mencuci hati. Bila hati cuci, badan pun sihat. Jom tengok apakah bahan-bahan yang ada dalam DTX complex ni???

  • Milk thistle seed - melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan-bahan kimia.
  • Dandelion - meningkatkan fungsi hati, sangat berguna untuk mereka yang mengalami masalah berkaitan hepatitis dan jaundice. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah, mencegah terjadinya batu karang dengan meransang pengeluaran jus hempedu dari hati dan pundi hempedu dan membuang lebihan air dalam badan.
  • Ling Zhi (Reishi mushrooms) - Membina immunity, mencegah cancer, merawat masalah kelesuan yang melampau dan membantu mencegah penyakit jantung.
  • Artichoke - Menjana penghasilan sel-sel hati dan meransang aliran jus hempedu
  • Turmeric - Meningkatkan kesan anti radang untuk mengurangkan rasa sakit
  • Schizandra - Berfungsi sebagai anti oksidan, membantu merangsang sintesis protein, meningkatkan kandungan enzime detox dalam hati dan menghalang toksin melekat dan mengikat sel-sel membrane.
DTX Complex - Suplemen untuk mencuci hati

Ramuan DTX Complex


Alfalfa Complex pula diperbuat khas dari raja tumbuhan iaitu alfalfa. Fungsi utama alfalfa ialah untuk mencuci hati, darah dan colon. Tumbuhan ini mempunyai nilai alkali yang tinggi yang dapat meneutralkan badan yang terlebih asid. Selain itu tumbuhan ini juga dapat mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, membantu mengurangkan masalah resdung, bau badan dan bau kaki dan masalah sembelit atau kencing tidak lawas. Kajian klinikal yang dijalankan ke atas penggunaan alfalfa yang berterusan dapat menyingkirkan lemak-lemak berlebihan, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Penggunaan alfalfa sebanyak 9,000mg - 15,000mg setiap hari dapat melawan dan mengurangkan sel-sel kanser dalam badan.

Alfalfa complex - agen detox terbaik

Okay.. so dah tau masalah dan penyelesaiannya kan??? Maka marilah kita ramai-ramai cuci hati, cuci usus, cuci darah supaya badan bebas toksin, bebas bahan kimia dan hidup lebih sihat. Lepas ni barulah boleh buat program kurangkan berat badan dengan lebih efficient. Raya dah tak lama wey!!! Moh ler sama-sama tampil menawan cun melecun di hari raya.. Kasi semua ex ex boipren meleleh air liur tengok. Hahahaa..... ok, niat serong. ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM....

Hehe... so, siapa nak join saya mengecilkan size peha dan mengempiskan perut, boleh start sekarang!!!  Kita consistent makan dua produk ni dulu untuk mencuci hati, usus dan darah. Bersenam at least 3kali seminggu selama 20 minit dan jangan lupa makan makanan yang berkhasiat juga. Paling penting air kosong kena minum dengan cukup setiap hari supaya segala proses dapat berlaku degan betul. Jangan tak tahu, kalau kurang air dalam badan segala toksin dan hormon estrogen yang berlebihan ni tak dapat dikeluarkan, sebab benda-benda ni akan dirembeskan melalui urine... :-)

Alright.. kalau nak sama-sama try product ni, boleh calling calling or texting texting kat no handphone ni 012-5379145. Ataupun kot-kot nak pm kat fb boleh juga, pergi jer pm kat page Lu'lu' Kasih ataupun kalau nak beli sendiri pun boleh juga.. sebab suka sangat online shopping beli barang kan..Hehe.... klik-klik jer kat DTX Complex dan juga kat Alfalfa size besar dan Alfalfa size kecik . Sangat mudah kan..!!!!

Selamat mengurangkan lemak-lemak berlebihan di kawasan perut dan peha anda ^_^

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)







34 comments:

  1. mula2 baca tu like sis JM berada di dalam kelas SAINS pulak

    ReplyDelete
  2. until last paragraph..ohh..ambil dua produk ni rupanya..tapi bagi sis JM mmg x mkn lah produk ni apa yg sis buat..kurangkan mkn dan petang2 lari di atas threadmill d ruang tamu rumah tu..alhmaklumlah..susah betul mau telan ubat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. exercise la yg paling bagus sebnarnya. buka liang peluh n pecah lemak tp tu la kadang sistem badan pn ada yg tersumbat jga kn. n penyakit MMMM memg sush nk lari2 or joging2..hehe.. bagus kak JM lari ats treadmil ptg2..patut maintain slim melim...hehe

      Delete
    2. a'alah dr shikin. teringat kat hamster. agak2 sama tak jm lari ngan hamster lari?

      Delete
    3. hahahhaha.. hamster n kak JM. di mana persamaanya..hehe. jangn marah na kak JM :-)

      Delete
  3. psst : nanti jgn lupa kongsi keberkenan sebelum dan selepas mkn produk ni tau...kalau nk slim lagi..nak peha kecik jom kita ke Seoul hheheheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... semangat ni nk tnjuk bukti kt kak JM..hehe
      pergi korea???? komem slim sb hari2 kna jln n berlari2...haha...

      oh rindu korea!!!! ada lg 3 entry blum siap..huhu

      Delete
    2. K.Manis... Ehhh..k.JM dah offer tu..
      Apa lagi,salihah?

      Delete
    3. kna kmpul ongkos nya dulu k.shikin...hehe

      Delete
    4. jomlah kita menabung sama-sama..

      Delete
    5. jom ct jom.. xsabar nk blk kg lg ni..hehe

      Delete
    6. alamak.. uols da kata tu kg.. den x penah jejak lagi.. ehehe

      Delete
    7. umur titewwww sweet 15 tmbh 10 miahaha.. kite still nak jadi adik bleh ? miahahaha

      Delete
  4. Nice info..hehe. Sy datang balas kunjungan ye :)

    ReplyDelete
  5. Tak boleh malas2 exercise tau..
    Memandangkan jajahan lemak dah meluas.
    Nanti lenkali pesan kat mak jangan masak yang sedap2 :)
    * Siap ada lecture notes on oestrogen, fungsi hati dll..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu la.. kena sedar diri. nk pesan suruh mak jgn masak sedap2 haruslah tak..hehehe.. dhla blk umah sebln sekali jer..huhu

      Delete
    2. alamakkkk docter daaa datang *laaari*

      Delete
    3. lari ct lari.. biar kasi lemak tu pecah byk sikit..hehe

      Delete
  6. hai nor, baru berkesempatan kak ana ke sini, datang dan follow balik, erm belajar kesihatan disini ye, satu perkongsian yang baik,all the best dalam Shaklee #40 :)

    ReplyDelete
  7. wahh nasib baik tak jadi frozen kan..hihi..anyway..nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kalo jd frozen memg kna nyanyi let it go lah...
      semoga bermanfaat utk semua :-)

      Delete
  8. Replies
    1. bukan agent distributor...hehe. ye saya distributor shaklee :-)

      Delete
    2. CT tak tahula nak panggil Kakak Salihah ke kita ni sebaya ke tidak ? miahaha..
      kalo dak CT laju je nak panggil akak ahahaha bleh bajet muda =P

      Delete
    3. amboi ct nk muda ajer... brapa umur ct???? kt profile atas sana nun ada mention umur daku...hehe

      Delete
    4. hehehe slalu dtg guna fon blogwalking.. x nmpak profile miahah

      Delete
  9. alamak shian kat badan CT.. dia pun teruk kena process makanan2 yang masuk dalam perut T.T maafin daku ahahahak.. tamo ternak lemak.. nak kena kikis buang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaf ct insaf... haha.. jom sama2 kita insaf

      Delete
  10. Berapa lama peha balak boleh kempis guna produk tu? He he he...

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^