My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, February 12, 2015

Beliau Pergi Buat Selamanya

Assalamualaikum........

Sedang berehat-rehat tiba-tiba dikhabarkan satu berita yang meruntun jiwa dan meranapkan hati, namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menolaknya. Kita semua adalah makhluk yang bukan bersifat kekal. Sampai masa pasti kembali semula kepada Pencipta. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Innalillahi wainna ilaihi roji'un... kembalinya seorang tokoh ulama' yang hebat dengan ilmu-ilmunya dan indahya sifatnya. Pemergian yang menyentap sanubari setiap yang mengenalinya. Semoga rohnya sentiasa bersama para mukminin dalam syurga Allah. Semoga tenang dan damailah roh mu di sana. AL-FATIHAH.



Beliau dijemput Allah swt pada malam penghulu segala hari. Subhanallah... percaturan Allah swt sangat sempurna dan penuh hikmah. Kita hanya mampu berdoa supaya pengakhiran kita juga adalah yang terbaik dan diredhai oleh-Nya. Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi di dalam sunannya hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata: Rasululullah saw bersabda, "Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah swt daripada azab kubur"

Setinggi-tinggi takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham... Al-Fatihah

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah :-)

11 comments:

  1. al fatihah...hilang sudah pembela rakyat..arap lepas nie anak arwah akan teruskan pejuangan arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah.. semoga Allah mempermudahkan setiap urusan para pejuang agama-NYA :-)

      Delete
  2. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/02/sebak-melihat-pemergian-tok-guru-datuk.html

    ReplyDelete
  3. innalillah...
    kehilangan yang tiada galang gantinya..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/02/sebak-melihat-pemergian-tok-guru-datuk.html

    ReplyDelete
  6. AL fatihah buat arwah ajal beliau sudah sampai dan ajal kita pun bila2 masa je

    ReplyDelete
  7. al fatihah....hilangnya tiada ganti

    ReplyDelete
  8. TGNA pergi berehat di taman syurga =)

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^