My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Monday, February 16, 2015

Awat bagi waktu malam!!!?????

Assalamualaikum...

Kenapa tajuk nyer begitu??? Ha...!!! Sebabnya kesah ni terjadi malam semalam. Masa tu tengah siap-siap nak tidur then tetiba tengok ada whatsapp masuk.. so bukalah baca. Tapi pas abes baca terus terasa seram sejuk satu badan..huhu. Nak tahu apa kesahnya???? Sila baca ni!!!

Penjagaan diri & kediaman dari gangguan makhluk halus :-


  1. Lafazkan ASSALAMUALAIKUM dan BASMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. So tak payah bagi salam, cuma kena baca doa minta Allah lindungi kita dari gangguan syaitan.
  2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah
  3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah, jangan biar satu satu bilik kosong lama-lama
  4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan especially tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.
  5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk tubuh badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin.
  6. Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib, ini semua ada kaitan dengan sihir melaui angin. Sebab tu sesetengah alim ulama akan basuh semula pakaian yang terdampar pada waktu maghrib ke atas.
  7. Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut lembut lembut tau, jangan kasar-kasar, karang nanti terkejut heart attack pula orang tu...hehe
  8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.
  9. Bagi rumah yang pintu-pintu nya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus. 
  10. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.
  11. Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan
  12. Elakkan duduk di pintu
  13. 'Pagar' rumah setiap hari - baca ayat kursi dengan 7 tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilik
  14. Selalu baca surah Al-Baqarah
  15. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus.
Dah habis baca kan??? Lepas aku habis baca, terus rasa seram dengan no. 8, 9 dan 15. Dahla aku ni kalau tidur memg lepas rambut naik atas bantal, kalau tak sakit kot tertindih rambut tu. Pastu terus tengok pintu bilik rumah ni, mujur tak de yang bertentangan selari, kalau tak memang time time tu juga semua pintu aku tutup..huhu. Walhal time ni tak tahu lagi apa reason. So disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak diselang seli dengan rasa takut, habis ke semua group aku forward menda alah ni and tanya diaorang tentang no 8,9 and 15 tu.

Jawapan yang diterima ni lah yang membuatkan aku seram sejuk satu badan. Nah aku share jawapan yang diterima. Kompem korang pun seram sejuk.. Haha... saja jer aku nak ramai-ramai rasa...ngehngehngeh...

Jawapan Untuk No. 8, 9 dan 15

  • No. 8 - Selalunya sihir dihantar akan masuk dari hujung rambut. Lagi pula, jika rambut dibiarkan berjuraian ke atas bantal ketika tidur, akan ada jin yang datang membelai-belai rambut kita. Ni berdasarkan cerita kawan aku juga, arwah nenek dia selalu kata, bangun pagi mesti rambut habis bersimpul walhal waktu malam tu dah ikat kemas masa nak tidur...Huhu.. Terus rasa semalam tidur nak pakai tudung. Serius takuttttttttttttttt... Dan semalam rambut kubawa ke tepi dan ke arah bawah..Huhuhu
  • No. 9 - Pintu pintu yang selari bertentangan menjadi laluan jin untuk keluar masuk, sebab tu kena tutup salah satu, sebagai menghalang mereka bebas keluar masuk dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Especially kalau pintu depan and pintu belakang rumah yang selari.. Ini lagilah meninggikan risiko makhluk-makhluk ini singgah menyinggah. And sebab tu jugalah setiap bilik dalam rumah kena hari-hari solat and baca Al-quran dalamnya. Jangan biar kosong lama-lama. Boleh jadi sarang jin!
  • No. 15 - Tujuan selalu mengalihkan barang-barang dalam rumah supaya tak ada yang menjadi penduduk tetap. Lagi satu bila kita alihkan barang-barang selalu, maybe boleh ternampak kot-kot ada benda-benda yanng tak diingini yang dihantar kepada kita. Sebab tu lah kena selalu rajin-rajin alih-alih sikit barang-barang dalam rumah tu. Bukanlah setiap bulan kena tukar kedudukan, cukuplah alih untuk sapu habuk-habuk yang ada belakang almari, bawah katil bagai tu. Ini kawan aku sendiri kompemkan sebab husband dia pernah pergi kursus kat darul syifa'. And rajin-rajinlah selalu basuh cadar!!
So, amacam??? Seram tak??? Kalau korang tidur berdua untunglah.. tapi kalau yang tidur sorang diri macam aku ni..huhu.. memang nak menangis rasa. So, semalam aku tidur memang pasang ayat Al-Quran la kat henpon tu. Tidur pun terus rapat ke dinding, selimut satu badan, letak bantal penuh keliling badan.. Dahla time nak tidur tu tetiba dengar pula suara budak kecik menangis and suara kucing melalak. Huhu.. Mak!!!!!!!!!!!!!!! Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, sekian dulu. sajer je nak share kegerunan dan keseraman aku ngan korang malam malam ni..Hehe. Ok, selamat malam semua, have a nice and sweet dream ^_^

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

34 comments:

  1. menyesal baca....arghhhhh stresss...walaupun akak tidur berdua..tapi terasa seram nya tu....akak ni penakut juga dik oi...memang tajuk menarik perasaan ingin tahu...tapi bila dah tahu..sendiri meremang...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... syukur akak ada teman kt sebelah. bayangkan saya yg kesorangan ni..huhu..kalau menangis meraung pn sorang2 la..

      Delete
  2. nak taip ni pun rasa seramm....hhhihi...saje je msg tu masuk time nak tido kalau sis JM baca waktu tu sah tak leh tido huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penakot jugak JM nih... He He He...

      Delete
    2. wah SS mantapla kalo baca xrasa seram lngsung..hehe

      Delete
  3. yang ni sis JM x faham "Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal."

    kita tidu kan kepapa atas bantal..so kalau rambut letak bawah kepala sah2 lah atas bantal kan..kalau org rambut pendek mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...JM...sy pon baru nk ckp benda sama....

      Delete
    2. Itu ok lagi JM... Ada jugak rambut... Kalu botak cemana? Nak pakai rambut sape??? Keh Keh Keh...

      Delete
    3. haha.. ini mksdnya kalo rmbut pjg kn bla tdur kita akn lepas rmbut naik atas bntal. biar mengurai ke atas mlpasi bantal.. itulah yg dilarang sb takut ada yg tolong membelainya..huhu.. ok xnk bayangkn

      Delete
    4. Tak pe... Nanti SS tido pakai shower cap.. He He He...

      Delete
    5. Jgn smpai ada yg bisik kt telinga SS berkenan ngan shower cap tu udah..hehe

      Delete
  4. sis JM kan rambut panjang so mmg bila tido rambut tu di selakkan ke atas so rambut tu nanti x terletak atas bantal..dudud..perlu pakai tudung bak kata NS hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu rambut palsu boleh jugak tanggal2 kannn ek JM.... He He He...

      Delete
    2. buat lawak ek SS. kalo rmbut pelesu bling je bawah katil..haha. tp nnt ada pla yg dok membelai kt bawah katil tu..pasni pakat poyong rmbut jd pendekla.. serrammm

      Delete
    3. Kalu membelai bawah katil tu ok lg... Takut dia amik rambut tu dia pakai bawak pegi melaram! Ha Ha Ha..

      Delete
    4. haha.. kot nnt dia tny ada yg kaler2 punya tak...heehe

      Delete
  5. seram plak bila baca...kena tingkatkan amal ibadat sebagai pendinding kita kan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak deanna.. kena tgkatkn amal ibadat utk plindung diri

      Delete
  6. erkkkkk lepas rambut atas bantal tu memang dah habit Sha..wuuuuwuuuuu..anyway singgah follow zizie..#38.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memg smua org mcm tu kot..sy pn sama. tdur lpas rmbut atas bntal

      tenkiu sudi follow :-)

      Delete
  7. Nombor 8 tu nape tak boleh lepaskan atas bantal? Supaya tak nak nampak cam ponti ke? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn spaya xnmpak tp tkut yg tu yg dtg membelai nnt sb dia ingt geng dia..haha

      Delete
    2. kalu camtu boleh sama2 naik bas sekolah laaa... jadi geng bas sekolah....

      Delete
    3. jgn lupa bawa bekal masing2..hewhew

      Delete
  8. woot woot new neighbour ;)
    mind to be my new neighbour?
    dont forget to drop some comment to acknowledge me u r still active blogging ;)

    http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/02/rm-modestyonstreet.html

    *sejuk tetiba ;3

    ReplyDelete
  9. Akak baca halfway je sebab x berani.
    Actually ni pukul 3pg skrg ni.
    Pintu dapur x rapat habis pulak..bukak sebab panaz...terus ja pi tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sapa suruh akak BW kul 3 pgi...hehe

      Delete
  10. segala petua dan adap2 tu dah lama orang tua dulu2 amalkan, makhluk halus ada dimuka bumi ini, bukan kita sahaja yang menghuni bumi Allah ni kan :)

    ReplyDelete
  11. eloklaaaaa ceq pun bace waktu malaaaaam !!!! aargh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..padan muka. mana bolh kena sorg2. hehe

      Delete
    2. and now singgah sini skali lagi waktu malam miahaha..

      Delete
  12. Hahahah baca siang2 pon toleh kanan kiri ni. Inikan kalo baca waktu malam ~

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^