My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Wednesday, January 21, 2015

Selamat Pengantin Baru Aten :-)

Assalamualaikum semua...
안녕하세요 cewahhh....mentang-mentang dah belajar bahasa korea bolehla eksyen dengan korang kan...haha.

Well, entry ni actually dah lapuk pun tapi baru nak up.. Kenduri dah selamat selesai dengan jayanya 28 December ari tu, tapi oklah belum sampai sebulan kan..hehe.

Aten ni actually my ex-colleague. Majlis dia diadakan kat dewan Risda, Jalan Ampang. Mulanya ingatkan kat Ampang yang menghala ke Gombak tu, rupa-rupanya Ampang KL, dekat dengan Ampang Park tu. Selamat lah dari meredah jem MRR2. So, pukul 10.30 dah keluar ke rumah Kak Nurul kat Cheras sebab plan nak pergi sama-sama. Yang bestnya hadiah belum beli lagi...hewhew. So pagi tu lah baru tergedik-gedik nak p cari. Nasib baik rumah Kak Nurul dekat dengan Aeon Big Cheras, so apa lagi... masuk situ lah jawabnya. Mujur dah plan nak beli apa, so terus jerlah pergi ke seksyen yang spatutnya ka. Beli apa??? Beli periuk yang ada penutup kaca tu and frying pan satu. Pastu beli paper beg yang besar terus sumbat jer dua benda tu dalam tu. Tak payah balut, senang...haha.. Tak senonoh kau!!! Pastu beli kad satu untuk wishing wishing. Tapi lupa nak beli selotape nak lekat kad tu, sudahnya idea bernas Kak Nurul, kami guna safety pin lekat kad tu kat paper beg tu.. Haha.. memang superb la. Tak tau la apa orang kata bila diaorang tengok hadiah kitaorang tu, nampak sangat last minute nye kan...lol


Ok, sampai dewan around 12.15 tengah hari. Jemm dah beribu kali whatsapp Kak Nurul tanya mana tak sampai lagi. Dia dari pukul 12 dah terpacak kat situ, memang lah janji pukul 12, tapi biasalah kan!!! We are Malaysian.. T_T Pukul 12 means paling cepat 12.30 hokay (slap your own face everybody...!!!!)
Dah masuk tengok banyaknya makanan.. akak suka!!!! Bintang-bintang mata gitew...hehe. Masa tu pengantin belum sampai, so, without any hesitation, lepas pergi cop tempat meluru ke arah meja nasi. Lapar kau, memang sengaja tak sarapan apa-apa pagi tadi. Nasi dia sangat sedappppppp (sedikit over di sini tapi memang sedap).

Nah lauk-lauk dia.. ada kenduri lagi tak nak panggil I pergi makan????
Bukan setakat nasi. Ada macam-macam menu lagi, ada kueh traditional karipap and pulut kaya (or seri muka, sama ke???), ada marshmallow celup coklat, ada buah-buah cucuk kat lidi celup coklat, ada cupcake, ada ice cream and ada home made chocolate. Macam mana tak suka, chocolate is everywhere...hehe...

Lepas makan nasi boleh makan kuih pula hokay

Bukan kata budak-budak, yang tak budak pun 10x mengangkut kau!!! (Gambar cun ni cilok fb aten..hehe)


Ni gambar tangkap sendiri hokay.. ni lah homemade chocolate bar nye..sedap!!

Nampak tak betapa bersemangat en. abam ni dok celupkan marshmallow kat chocolate fountain tu
Elok dah habis makan, pengantin pun sampai!!! Tapi of courselah tak leh nak serbu kan, orang tu baru sampai nak bergambar-gambar bersanding lagi, then nak makan beradap menghadap bagai. Makanya, kami teruskan memenuhkan perut and sementara menunggu Nadh and fizah yang tak muncul-muncul itu...lambat!!!!! 


Sampai juga Nadh n Fizah.. sampai jer terus makan T_T
Orang ramai tapi susah nak bersembang sebab meja kami tu dekat dengan stage. Orang yang menyanyi tu pula, adoi..... agaknya dia fikir itu konsert Siti Nurhaliza kot, orang datang nak tengok dia nyanyi jer.. sangat tak suka kugiran kat wedding. Time tulah orang nak bersembang dengan sedara mara n sahabat handai yang lama tak jumpa kan..heeeeeew. Ok, pilihan masing-masing.

Bergambar... of course lah!!!
Melantak dah macam-macam, sedar-sedarlah diri tu.. sila lah pulang ke pangkal jalan..hehe.. Orang lain pun nak makan juga, meja tu bukan awak sorang jer nak duduk. Ok, dipersilakan bangun masing-masing. Before balik, pegi jumpa pengantin yang tengah sedap makan tu, salam-salam, wish-wish doa bagai then balik. Tapi... nak keluar dewan tu pun, sempat lagi menyinggah dekat booth bergambar and tulis ucapan kat buku ucapan tu..hehe.. Suka tau!!!!


Seboleh-boleh nak penuhkan page aku tulis.. T_T

Suka Kak Nurul dapat coklat yer =)

Tetiba nampak macam watak kekasih kecewa gambar si Jemm ni...hehe...sorry Jemm. peace no war =)

Tebal muka wey pergi dok kat belakang tu time orang makan.. tapi nak bergambar punya pasal, tahan jerlah..huhu

Melentok liuk si Nadh ni

Pelamin dia cantekkk hokay ^_^
Here comes the pengantin *_*
Ok... ni gambar yang cun aku cilok dari FB Aten.



Booth bajet retis kat red carpet...hewhew

Tulis doa yang baik-baik ajer tau!!

Eceh... sakan melentok, jelus I...hehe.. 

Baju dia santekkkkkkkkkk
Finish.... selamat pengantin baru to Aten and husband, semoga kekal bahagia bersama hingga ke Jannah dan semoga dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, semoga dikurniakan rezeki yang banyak dan diberikan segalan kemudahan dalam setiap urusan hidup berumah tangga. Aminnnnn...

Terima kasih kerana sudi membaca :-)


4 comments:

  1. meriah kenduri dia.. skarang ni nak kawen bukan kena sedia lauk pauk saja. booth la apalah.. candy bar la adoiyai belanja bukan sikit2.. cabaran. tapi kena ikut kemampuan hihi..

    ps : CT prasan bio owner blog =P kita macam boleh sambut bday sama sama saja hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah risau ct.. buat ikut kemampuan ja.. buat ala kadar pn xpa janji berkat..

      eh, bufday kita sama ke?? kalau mcm tu blh la celebrate togede2 =)

      Delete
  2. Hari jadi raja sehari terasa macam model sebab mak andam mekap dah ala2 mekap retis.
    Ouchhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah Dr. Shikin, dah nama pn raja sehari. mest la kna vogue d vazzz biar overshadow smua org..hehe

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^