My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Tuesday, January 27, 2015

Petua-petua Mudah Untuk Diamalkan =)

Assalamualaikum semua..... harapnya memasing sihat la yer..
Pejam celik pejam celik dah nak habis sebulan dalam tahun 2015 ni. Cepa sungguh masa berlalu... Semoga kita semua tak mensia-siakan masa yang ada.

Ok, nk share petua-petua mudah yang boleh diamalkan... Actually ni adalah forwarded message kat whatsapp..hehe... Tak delah tua benauuu aku nak create petua ni ha!!! wink wink *_*
Tanpa berlengah lagi, jom tengok apakah petua-petua itu..!!

==> Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut (aku pun belum try petua ni, ada orang bagi petua baca doa Nabi Sulaiman tapi lupa ada doa dia...huhu).



==> Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite...(selama ni dengar coca-cola jerrr)

==> Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut dalam freezer dan simpan selama 1 jam (yang ni pernah tengok kat tv, tapi just ambil ketul ais letak atas chewing gum tu, tunggu keras then cabut...so tak payahla nak simpan baju dalam freezer kan..hehe)

==> Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit (kalau rasa malas tuang jer clorox sebotol..haha)

==> Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus bilas (bukan minyak kelapa ke...hihi)

==> Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam (terus buat iced lemon tea lah..haha)

==> Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak (time memasak jer ke sampah berbau?? hurmmmmm)

==> Kalau baju terkena dakwat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dakwat tu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci (ooo.. ubat gigi kan untuk putihkan gigi)

==> Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ (memang bukan setakat lada hitam la... racun terus aku bagi...euwwwwwww)


Sekian, petua-petua mudah yang boleh kita amalkan. Anda buat anda dapat. Renung-renungkan dan selamat beramal... ahaksssss

Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)

13 comments:

  1. sangat membantu semua petua ini. terutama petua menghalau tikus..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try dulu kak yon.. xtaula semua ni bolh pakai ke x..hehe

      Delete
  2. petua timun halau semut tu lom pnah dhar lagi..boleh dicuba nanti.. :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. bolehla pakat cuba. byk sgt semut kt rumah ni.. mklumlah tuan rumah semua sweet2..hehe

      Delete
  3. semua tu pernah dgr tapi xpernah buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. purgh... mantap ZF semua pnah dgr..saya ada beberapa jer pnah dgr. yg ttg semut n tikus tu memg xpenah la

      Delete
  4. Akk tak letak timun dah kat lubang semut tu.
    Akak terus glue gun kan tutup terus..

    ReplyDelete
  5. ada tak petua nk hilangkan sunburn...sis JM balik dari thailand sunbrun teruk huhhu...itu pakai sunblock..kalau x pakai mesti muka dh tukar jadi bontot kuali huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna aloe vera Kak JM.. pure aloe vers solution. apply bebila masa kita suka. time dalam aircond paling teruk kalo kulit sunburn.. beli aje yang besar terus.. asal kering saja sapu..

      Delete
    2. yup..ct betul. apply aloe vera n pakai bedak sejuk hari2..memg sangt membantu. nnt kulit yg terbakar tu akan menggelupas. n makan vit c n vit e jga...ni pun sgt membantu

      Delete
  6. eeerk Cik Ti hehehe.. tak sampai ati nak kasi racun.. tapi takmau simpan diorang gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ct??? xsampai hati !!!! errrrrr xdelah sy nk berbelas kasihan bagai ngan makhluk ni..takut n geli kotttttt...huhuhu

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^