My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Monday, December 15, 2014

Nak kurus.... Azam setiap tahun baru..Hehehee

Assalamualaikum...

Setiap kali masuk tahun baru, mesti azam ni glamor di kalangan rakyat Malaysia kan??? Ntah-ntah seluruh dunia pun sama...Heheheh.. Apa dia??? Mestilah nak kurus kan. Nak kurangkan berat badan dan nak kurangkan size badan. Tapi macam biasa, ramai yang hangat-hangat tahi ayam jer.. Maybe 2 bulan pertama semangat bukan main tapi masuk bulan ke-3, hampeh... Dan aku lah salah sorang golongan tu....hahahahah... Beria beli tali skipping. Video aerobik beli sampai dua.. Canang kat seluruh donia, pos kat fb dok bagitau seluruh Malaya ni kata tengah semangat nak diet dan menguruskan badan, tapi at the end hampeh...hehee.. Sebab apa??? Sebab yang pertama MALAS. Yang kedua, tak ada daya juang yang tinggi, yang ke-3, teknik tak kena dan yang ke-4 busy... Itulah sebabnya. Dan bila semua sebab itu dicampur dan digaul bersama, ditambah sedikit perasa maka resultnya adalah ALASAN. Kan??? Memang terror cipta alasan !!!

Ramai tak sedar benefits yang ada bila badan kurus 

Ok, so macam biasa, untuk tahun 2015 azam yang sama juga..hehehehe. Cumanya harap-harap tahun ni ALASAN itu pergi sejauh mungkin, baling dia jauh-jauh sampai planet pluto, kalau boleh biar dia keluar dari galaksi bima sakti ni!!! Kan... harus begitu supaya AZAM itu menjadi kenyataan. Insya ALLAH tahun 2015 ni bakal berjaya, sebab dah ada enzyme yang akan boost tahap kerajinan, iaitu teknik berkesan dan nutrient yang berkesan.

Actually masa awal tahun ni rajinlah juga dok skipping malam-malam tapi bertahan dalam 3 minggu je lah kot..hehehe. Teruk sungguh kan. Kalau 2 bulan ok juga, adoi !!!! Mujur masa start skipping tu aku start juga dengan program diet shaklee, ambil complete set diet. Yang ni memang tak pernah skip sebab benda makan kan. Nak kurus tapi tak leh tinggal makan, so kenalah makan benda yang boleh menguruskan badan :-)
Alhamdulillah, hasil consistent dengan set diet shaklee tu, tanpa sebarang senaman, dalam masa 7 bulan kurang 5 kg dan size baju pun kurang 1 size.. Weeehooooo!!!! Ok lah kan, dok mengharap lebih-lebih apanya kalau senaman malas dan makan pun main bedal jer.. Heheehe..

Patut tampal gambar ni besar-besar kat dinding bilik tu kan!!!
So, tahun 2015, kena buat cara betul dah. Lagi pula, mesti senaman untuk pecahkan lemak-lemak, biar jantung bekerja dengan sihat. Bukan setakat untuk kurus tapi untuk kesihatan ni juga. Darah tinggi aku ni harus dihapuskan. Mesti hidup bebas darah tinggi!!!!! Fighting!!!!


So sad... aku dah ada salah satu kesannya..huhuhu
Macam mana nak start program diet berkesan ???? Mula-mula kita kena tahu keadaan diri kita, tahap kesihatan diri kita. Kalau badan tak sihat, janganlah dok pulun berlari sehari 10km. Ada juga yang dok ICU sebulan nanti..haaaa. Tapi kenapa kebanyakan diet fail ??? Sebabnya :-

# Tak ada pengetahuan tentang pemakanan yang betul dan berkesan
# Programnya sangat susah untuk diikuti
# Results yang dapat sangatlah perlahan
# Bahan-bahan yang digunakan tak selamat, harus cek apa yang kita makan tu diluluskan KKM ke tak?
# Kebanyakan makanan diet yang kita ambil mengurangkan metabolisme kita

Tahu tak.. kebanyakan diet yang kita buat contohnya crash diet dan diet atkin, ia bukan setakat menghilangkan lemak tapi ia juga menghilangkan kandungan otot kita. Apabila kita hilang otot, maka kemampuan untuk badan kita membakar lemak juga berkurang sebab metabolisme kita berkurang. Otot sangat membantu dalam membakar lemak. Sebab tu lah kalori yang dibakar juga semakin lama semakin berkurang dan akhirnya berat badan akan naik semula seperti asal. Inilah yang dinamakan yoyo effect. Maka, pengetahuan itu sangat penting untuk berdiet.... :-)

Bagaimana nak mula??? Pertama, supaya setiap apa yang kita makan, nutrient nya dapat diserap sepenuhnya oleh badan, maka kita harus bersihkan badan kita dulu. Kita perlu detox dan cuci usus kita. Sebab usus adalah punca utama badan kita sakit. Kalau usus kotor, maka sisa-sisa buangan tak dapat dibuang dengan sempurna, dan ia akan termendap dalam badan menjadi toksin. Sebab tu lah kita jadi sakit, letih dan tak bermaya. Segala zat dan khasiat makanan yang kita makan pun tak dapat diserap dengan sempurna. Macam mana nak detox??? Banyakkan makan-makanan yang kaya fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, boleh juga guna pembantu iaitu supelemen.

Detox hati, sebab hati tempat berkumpul segala kotoran dan toksin
Detox segala kekotoran yang ada dalam darah

Cuci usus - buang segala kotoran yang termendap di sepanjang dinding usus
Bila dah berjaya detox badan, baru lah mudah segala zat dan nutrient dari apa yang kita makan meresap dalam badan. Semasa diet, kita mesti akan kurangkan makanan kita. Kadang-kadang sampai tahan lapar. Ini adalah cara yang salah!!! Kita tak boleh biar perut kita lapar sebab nanti otak akan hantar isyarat pada badan untuk menggunakan tenaga simpanan, dan akhirnya kita akan makan lebih banyak lagi untuk cover balik tenaga yang hilang itu. Inilah pentingnya suplemen yang berkesan.

Ikan mempunyai kandungan protein yang tinggi

Protein sangat penting dalam pembentukan otot

Jika anda sedang berdiet, leucine perlu diambil untuk membina otot yang membantu dalam meningkatkan metabolisme. Badan manusia tak boleh hasilkan leucine dengan sendiri, kita perlukan dari sumber makanan

Cinch shake merupakan minuman protein yang diperkayakan dengan leucine. So, abang-abang sado.. lepas exercise to harus minum protein shake dengan leucine ni ok!!! Baru badan yang ketul-ketul tu dapat dikekalkan :-)

Makanan harian rakyat Malaysia juga mengandungi terlalu banyak lemak dan kolesterol. Tapi kalau tak makan tu, tidur malam tak lena kan..Hehehe, terbayang-bayang kesedapan makanan tu. Sebab tu penting untuk kita pastikan lemak-lemak yang ada dalam makanan tu tak masuk dalam sistem tubuh kita. Kita perlu kurangkan kandungan kolesterol jahat "LDL" dan kita mesti tambah kandungan kolesterol baik "HDL" dalam badan kita supaya hidup kita lebih sihat dan kita dapat menikmati semua makanan dengan aman dan bahagia.. :-)

Lecithin menyerap lemak dan menguraikan molekul lemak itu untuk dikeluarkan dari dalam badan

Omega mengurangkan kandungan LDL dan meningkatkan kandungan HDL 

Kajian yang dibuat di University di Australia menunjukkan, individu yang bersenam selama 45 minit 3x seminggu dan mengambil makanan yang kaya dengan omega-3 mampu mengurangkan berat badan sebanyak 2.5 kg dalam masa 2 bulan

Ok, tips-tips mengurangkan berat badan dah ada, yang tinggal hanya kekuatan mental sahaja untuk lakukan nya :-)

Moh ler kita sama-sama menjayakannya..heheheh.. Ok. Selamat berkurus!!!
Kalau ada yang nak dapatkan suplemen-suplemen ni boleh contact saya di 012-5379145 :-)

Terima kasih kepad yang sudi membaca ;-)



2 comments:

  1. samalah sis JM pun hangat2 tahin ayam...nk kurus dan fit katanya belik Threadmill Takasima RM2500...guna seminggu selepas tu jeling je tak guna lepas tu sbb malas huhhu...ntah apa nk jadi lah hai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memg dasyat lg dari saya tu. siap beli treadmill.. mujur saya blum beli. dulu mula2 ingt nk beli jga. siap nk reg gym lagi tp bla pikir blk kalau tak buat juga bazir duit jer.. so biar start dari yg ringan2 dulu :-)

      Delete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^