My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Thursday, December 4, 2014

Adakah aku mempunyai sindrom "White Coat Hypertension" ????

Asssalamualaikum...

"White coat hypertension" ialah keadaan di mana seorang pesakit mempunyai bacaan tekanan darah lebih tinggi dari biasa apabila diperiksa oleh pakar perubatan di tempat yang menggambarkan suasana perubatan seperti hospital atau klinik. Dalam keadaan biasa seperti di rumah, tekanan darah yang diambil adalah normal iaitu 120/80. Namun jika seseorang itu mempunyai sindrom white coat hypertension, tekanan darahnya boleh meningkat sebanyak 30mmHG (systolic) dan 10mmHG (diastolic), malah mungkin lebih tinggi lagi. Peningkatan ini juga berbeza mengikut setiap orang.

APA YANG MENYEBABKAN "WHITE COAT HYPERTENSION" ???


Tekanan darah setiap orang adalah tidak tetap, kadang kala menaik dan kadang kala menurun. Ini bergantung kepada apa aktiviti yang kita sedang lakukan dan dalam situasi apa kita berada. Sindrom ini terjadi apabila kita merasa gementar atau terlau risau apabila bacaan tekanan darah diambil oleh doctor atau nurse. Apatah lagi kalau kita berada di tempat yang menggambarkan suasana perubatan, dikelilingi oleh orang-orang yang sakit dan pakar-pakar perubatan yang ramai... Maka nya, tekanan darah pun akan memecut naik dengan laju seperti roket naik ke bulan.. Hahhahah... sangat scary kan?? :-)
Jika ini terjadi, amatlah susah bagi doctor atau nurse nak ambil bacaan yang tepat tekanan darah anda. Sebabnya, doctor tak dapat nak pastikan adakah anda mengalami masalah tekanan darah tinggi atau anda hanya mengalami sindrom white coat hypertension? Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor berpendapat individu yang mengalami masalah white coat hypertension berkemungkinan berisiko mengalami masalah tekanan darah tinggi. Jika tekanan meningkat 10mmHg (systolic) dan 5mmHG (diastolic) daripada tekanan normal, ini dikira tolerable lagi. Tetapi jika peningkatannya sangat tinggi, ia akan membahayakan sistem kardiovaskular anda. Ia mungkin akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.

BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH INI ???

Jika anda salah seorang individu yang mengalami masalah ini, anda patut ambil bacaan tekanan darah anda sendiri di rumah. Buat jadual bacaan tekanan darah anda. Catat dalam satu buku BP anda selang sehari dan bawa buku tu tunjuk pada doctor bila anda ada appointment dengan doctor. Dari situ, at least the doctor will have some idea tentang apa yang berlaku pada anda :-) 
Masa nak jumpa doctor tu, cuba kurangkan sedikit rasa gemuruh anda. Tenangkan fikiran dan jangan berfikir yang anda berada di hospital atau klinik. Fikirkan suatu tempat yang tenang dan menggembirakan. Percaya pada kuasa subconscious mind anda.. Dengan itu anda akan menjadi lebih relax dan bertenang. Dan semoga bacaan BP anda dapat diambil dengan tepat oleh doctor. Dan kalau tak dapat juga, doctor dengan nurse kena tukar color baju..Hahahaha.. ni mungkin dapat membantu. Pakai baju colorful macam clown, sure budak-budak pun tak akan takut punya lah..Hehehhe. Good idea of mine kan :-)

KENAPA AKU BERCERITA PASAL WHITE COAT HYPERTENSION NI ???

Kira-kira 2 tahun lalu dalam bulan June 2012, aku bangun pagi macam biasa nak pergi kerja. Tapi kepala terasa sangat berat, sangat pening dan berpusing-pusing rasanya. So, aku terus pergi klinik untuk ambil MC. Bila doctor check BP aku, MASYA ALLAH.. tingginya!!!! 180/100. Doctor pun terkejut. Selama ni BP aku ALHAMDULILLAH normal, 120/80. Terus doctor buat surat refer ke klinik kesihatan dan bagi mc 2 hari. Seriously aku pun terkejut, sangat terkejut dan sangat sedih. Sebabnya masa tu umur baru 28 tahun tapi dah diagnosed ada darah tinggi. Sangat sedih. Memang selama ni sangat tak jaga pemakanan dan senaman pun tak pernah. Bila dah kena, tak tahu nak buat apa. Dalam family. memang Abah aku ada darah tinggi. So, doctor kata kuatnya genetik abah aku pada aku..Well, i am anak Abah... I love u Mak Abah... 
Ok, pergi klinik kesihatan check, then klinik refer hospital. Mula-mula apointment doctor, buat ujian darah, ujian buah pinggang dan ujian air kencing. Tapi semua normal. So, apa yang menyebabkan darah aku begitu tinggi ? Doctor tanya stress sangat ke kerja?? Well, what should i say. I work as a Quantity Surveyor kat consultant QS. Ada ke QS yang tak stress kerja??? Memang salute lah kalau ada. Ok, mula-mula ubat amlodipine 5mg. Lepas 2 minggu pergi check semula tekanan 150/90. So, doctor naikkan dos ke 10mg. Lepas sebulan chekcup no effect. Then tukar ubat, coversyl 10mg. Tapi side effect nya sangatlah teruk. Batuk tak berhenti, batuk yang sangat teruk. Batuk kering. My best friend Una, is a pharmacist. So aku pun tanya dia ini memang side effect coversyl ke. Then dia jawab memang. Ok, sebab tak tahan batuk so aku sendiri berhenti ambil ubat tu dalam seminggu before next appointment.
Next appointment aku beritahu doctor yang aku stop ambil ubat sebab tak tahan batuk. Then doctor tukar pula ubat felodipine 10mg. Ok, ubat ni tak batuk tapi lama-lama ada side effect juga. Leg edema.. kaki bengkak.. tapi kadang-kadang jerlah. Still, bacaan darah sama jer setiap kali jumpa doctor, selalunya between 130/90 - 140/95. Aku dah fed up rasa. What's the point makan ubat tapi tak ada perubahan pun. Then doctor tambah lagi satu ubat, Losartan 2.5mg. Katanya aku tak boleh ambil felodipine itself sebab ia tak protect kidney aku, sebab tu aku kena ambil losartan juga untuk protect kidney aku. Ok, i am an obedient patient, so i take the drugs obediently.
Tapi dalam masa yang sama, aku cari alternatif lain juga untuk kurangkan tekanan darah aku. Mak suruh selalu beli buah peria rebus minum air. Tapi kadang-kadang jerlah buat. Heehehe.. Leceh la nak rebus bagai. So, alternatif lain ambil suplemen. Sebab aku pengguna shaklee so mula-mula aku ambil omega guard + garlic complex. Ok, kurang sikit bacaan. Turun jadi 135/85. Tapi still abnormal. Aku tak puas hati. Ini tak boleh dibiarkan. Sebab mengganggu hidup aku. Hari-hari nak kena makan ubat. Lepas tu makan nak kena pantang. Kalau makan daging kambing terlebih sikit rasa pening. Dahla daging kambing favorite aku. Durian... kalau dulu boleh bantai makan sampai 2 biji sekaligus tapi kali ni 3-4 ulas jer. Mana boleh jadi. So, biar tak ber shopping tapi kesihatan mesti tip top. Aku start ambil vivix. Seperti yang diketahui khasiat dalam vivix sangatlah banyak. Ia dapat membantu mengurangkan sakit-sakit kronik macam kencing manis, stroke, kanser dan darah tinggi. Maka, aku pun start la consume vivix. Sehari satu sudu teh. Consistently.... Ubat pun ambil juga. Consistently...
Ni basic set darah tinggi yang mula-mula aku ambil

Inilah vivix yang membantu menceriakan hidup aku... ;-)
Last raya puasa, lepas balik raya kira-kira seminggu dah start kerja, aku demam. Badan panas, kepala pun sakit. Argh..sudah, mesti darah naik tinggi ni sebab masa raya makan tak beringat dan ubat lupa nak makan..Hehehhe.. Raya punya pasal. Then aku pergi klinik ambil mc. Bila check BP, sangat terkejut. Sebab bacaannya 110/70. Aik.. biar betul!!! Kebetulan klinik tu dah ada rekod aku before ni. So doctor check lagi sekali untuk make sure bacaan tadi betul. Ternyata betul. Apa sudah jadi?? Doctor tanya aku dah ambil ubat belum pagi ni. Aku jawab belum, in fact yesterday pun lupa nak ambil. Wah!!! Nak menangis time tu bila tengok bacaan BP. Then Doctor suruh stop ambil ubat darah tinggi sebab takut BP turun lagi bawah. Ok, aku pun stop. Lepas 2 minggu stop aku pergi check semula, BP normal. 120/80. ALHAMDULILLAH... memang sangat-sangat bersyukur. Lantas ku khabarkan berita gembira itu kepada Mak Abah dan all my best friends. Ternyata ikhtiar aku dengan vivix menjadi. Selepas 4 bulan mengamalkannya....ALHAMDULILLAH syukur sangat. Segala sakit dan kesembuhan itu dari ALLAH SWT tapi ikhtiar dan usaha mesti dari kita. So, untuk make sure memang aku dah bebas dari darah tinggi, setiap bulan aku check kat klinik. BP NORMAL... Sebab next appointment kat hospital lg 4 bulan dari time raya tu, iaitu today 4/12/2014. Dan BP aku masih normal sehingga 2 minggu lepas.
Tetapi, pada hari ini..ketika bacaan tekanan darah aku di ambil di hospital, bacaannya menjadi 159/109. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!! Apa yang berlaku????? Ok, stresssssssssssssss tahap infinity. Then tetiba aku terpikir, aku ni ada white coat hypertension ke? Before ni sorang doctor pernah cakap kat aku pasal ni sebab, aku beritahu dia kalau aku ambil reading kat rumah BP aku tak lebih 130/90 pun. Itu masa zaman before ambil vivix la. Tapi bila datang hospital mesti tinggi. So, aku cakap kat doctor tadi, I think i have white coat phobia. But the doctor didn't believe me!!! Of course.. he asked me to continue with my medication. Ok, tetiba kepala aku pun sakit and today i start my medication again.. Fine, maybe for the next one week only. Hahahaha.. we'll see how!! And the doctor suruh aku buat diary bacaan BP sendiri kat rumah untuk membuktikan kata-kata aku benar yang BP aku dah normal...huhuhuhu...
So, agak-agak kan.... BP aku tadi main-main ngan doctor ke???? Hurm..... Sakit kepala pikir. Ok, that's all, done sesi luahan hati dan perasaan !!!

Thank you kepada yang sudi membaca ;-)

4 comments:

  1. kiranya kalau tgh stress mesti tekanan darah makin naik kan...jaga kesihatan ye Salihah jgn tention tau

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^